Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 74

"Tapi kan?Kalau duduk sebelah abang sedara aku ni kan, fuh serupa laki bini siak." kata Qasha

Lia mengangguk kepala sambil tersenyum leret pada Adrien apabila melihat Adrien seperti cacing kepanasan sekarang ini.Ame yang berada di sebelah Adrien, cuba menahan diri daripada meletuskan ketawa.

"Kan!!Itu guew sokong sama sekali.Even dia laki tapi tak mungkin lah laki ada kulit lembut macam perempuan kan?" kata Helen

Adrien sudah tidak mampu menahan diri daripada asyik tersenyum kerana lawak tidak berapa cerdik Ame mengenakan diri nya.Terus, dia menendang kaki Ame dengan sengaja sambil menjengil biji mata untuk memberhentikan permainan nya.

'Stop jadikan aku joker kau lah.Malu aku wei.'

Ame menjeling tajam pada Adrien kerana menendang kaki nya dengan sengaja tetapi bernasib baik tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana takut mereka berdua tengah berlawan mata sekarang ini.

'Boleh tapi satu syarat.'

Adrien yang amat faham akan maksud Ame melalui pandangan mata, hanya mengecilkan anak mata nya untuk bersetuju.Lagipun, kalau dia mengangguk kepala secara kasar, kemungkinan besar yang lain memandang serong terhadap nya.

'Tolong aku satu benda.Antara hidup dan mati.'

'Okey,set.'

Ame tersenyum dalam hati apabila Adrien pasti akan menyetujui kerana pasti sudah tidak tahan diusik teruks dengan Keysha,Syah,Yanna,Qasha,Lia dan Helen.Belum sempat Ame ingin bersuara,seorang pelayan lelaki membawa makanan yang dipesan sambil menjeling Ame.

"Ini pesanan cik-cik semua.Selamat menjamu selera,ye." kata pelayan tersebut

Sempat dia melihat Ame yang langsung tidak mengendah kewujudan nya malah memberi minuman nya kepada Adrien kerana dapat mengagak lelaki disebelah nya haus tidak dijamu secawan air langsung.

'Dah kenapa maulan nak tenung aku?Ingat aku ni perempuan club ke sampai tengok aku.' desis Ame

Adrien yang perasan akan perubahan air muka Ame secara dastrik apabila dirogol melalui pandangan zina sahaja, terus dia bertindak diluar dek akal nya.Dengan muka tidak bersalah,Adrien memegang tangan Ame sambil mengucup lembut.

Pelayan tersebut terkedu apabila melihat perbuatan Adrien pada Ame sebelum meninggalkan meja tersebut tanpa mengeluarkan suara.Hati nya tengah panas sangat melihat agenda di hadapan mata nya.

'Thanks,buaya.Kau telah menyelamat nyawa ku hari ini.' gumam Ame dalam hati

Helen,Lia,Qasha dan Yanna memandang pelik pada Adrien yang tiba-tiba sahaja memegang tangan Ame lalu mengucup seperti pasangan pengantin sahaja.Ame yang perasan akan pandangan pelik Helen,Qasha,Lia dan Yanna terhadap Adrien sebenarnya.

"Nak tanya lepas makan.Aku benci orang kacau aku makan especially kau,kambing." kata Ame dengan tegas

Helen,Qasha dan Lia agak gerun melihat Ame yang mempamerkan wajah tenang tetapi mampu membuat seseorang kecut perut.Yanna berdecit dalam diam sebelum menangguk kepala nya sambil menikmati makanan dihadapan nya.

Keysha dan Syah turut mengeleng kepala mereka apabila melihat Ame memandang Yanna dengan tajam manakala Yanna tersenyum sinis pada kakak nya.Bukan mereka tidak tahu sifat Ame dan Yanna tetapi terlalu penat untuk menegah.

Kalau bab-bab makan, Ame amat pantang kalau orang membuat bising dihadapan nya semasa waktu makan.Lagipun, ingin membincangkan perkara penting, jangan sampai bawa ke meja makan ataupun dihadapan makanan.

Selepas keyang menikmati hidangan yang dipesan beberapa minit lalu, Ame menyandar badan nya sambil memeluk tubuh nya dengan penuh sopan.Keysha yang faham dengan cara Ame, memandang Adrien sebelum tersenyum manis bak gula.

"Aku tahu korang saja usik dia but kali ni aku nak bagitahu something pada korang." ujar Ame

Terus, semua memberhenti aktiviti mereka lalu mendengar ucapan Ame.Lagipun, memang susah untuk mendengar Ame bersuara selepas makan kecuali perkara-perkara yang teramat penting dan berkaitan dengan salah satu antara mereka semua.

"Apa dia,Me?" tanya Keysha dengan lembut

Memang Keysha seorang perempuan yang lemah lembut dengan semua tetapi tiada siapa nampak disebalik kelembutan nya pasti kekasaran akan muncul apabila sudah tiba masa nya nanti kelak.

"Sebenarnya,Adrien ni kawan aku dalam online dan aku memain je tadi sebab nak usik dia." kata Ame

"Habis, yang kau kata tu mamat ni bini abang ngah kira nya dusta je lah?" tanya Yanna dengan bingung

Ame memandang Yanna dengan tajam sebelum menghempas muka nya pada meja dihadapan nya.Sesungguhnya dia perlu minta uncle Dan mendaftar diri nya masuk ke tanjung bahagia apabila melihat kebendulan Yanna terlampau teruk.

"Ye, cik Yanna sayang.Sudah lah, lebih baik kita fikir nak buat apa sebelum balik." kata Keysha

Syah yang berada disebelah Ame, hampir tergelak apabila melihat muka pasrah Ame pada kebendulan Yanna yang sememangnya tidak dapat dibendung walau sedikit sekali langsung. Yanna mengaru pipi nya walaupun dalam hati dia dapat membalas dendam rindu nya.

"Makin aku layan kau, makin senang aku nak masuk ward lagi kambing.Baik pergi shopping mall je." putus Ame dengan sebal

Semua mengangguk kepala kecuali Keysha,Syah dan Yanna yang sedang elok menilit wajah pucat Ame.Ame mengerut kening nya apabila kembar nya memandang pelik sedangkan dia sudah dapat mengagak apa yang bakal dipersoalkan nanti.

"Tahu dah apa yang korang nak tanya sebenarnya.Aku nak pergi shopping kan?But the answer is never sebab apa?Itu korang bertiga tahu.Daripada aku cakap banyak, ada baik aku bayar makan kita sekarang lepastu pergi shopping mall." putus Ame tanpa nada

Terus, Ame bangun daripada duduk nya tanpa mengendah pandangan Helen,Qasha dan Lia yang merenung tingkah nya.Adrien mengeleng kepala nya beberapa kali sebelum bangun daripada tempat duduk nya.

'Nampak sangat tak suka kena soal.Macam-macam hal kau ni, kucing.' desis Adrien

Dalam diam Ame tersenyum kecil apabila melihat pergaduhan kecil diantara Syah dan Yanna manakala Keysha cuba meleraikan pergaduhan tersebut.Helen,Qasha dan Lia juga turut mencari masalah sehingga Adrien menepuk dahinya dengan kuat.

Kalau Ame diberi pilihan untuk tinggal dengan keluarga di Sabah atau di Pahang sebelum arwah mummy nya meninggal dunia, sudah pasti dia ingin ke Sabah kerana tiada seorang manusia yang akan menyakitkan hati mummy nya.

Tetapi dia sedar bahawa mummy tidak akan mempedulikan setiap hinaan saudara mara keluarga daddy sehingga diri nya juga turut merasa tempias.Tiada siapa yang tahu malah kejadian itu juga lah mengajar diri untuk mula membenci makhluk bernama manusia.

Kalau lah Ame mempunyai kuasa untuk mengundur masa silam, pasti mummy masih lagi bersama dengan nya dan yang lain malah gembira melihat anak-anak dara nya bakal bertukar status sebagai isteri orang kelak.

'Meme rindu mummy.' desis Ame dalam hati

Walaupun sesi menyalak,mengembek dan mengiau sudah muncul namun entah kenapa melihat suasana seperti itu membuat dia acap kali teringat akan suasana bersama dengan Aki dan Wan semasa cuti bulan Disember.

"Woi.. kak.Sampai bila nak jadi menara paris depan kaunter ni?Orang lain pun nak bayar juga bukan nya kau sorang." tegur Syah

Ame memekak telinga nya lalu mengeluarkan kad kredit nya pada juruwang tersebut.Namun nasib nya tidak baik kerana juruwang yang berada dihadapan nya adalah seorang lelaki minta ditembak oleh Ame sendiri.

"Semua nya tujuh puluh lima ringgit dua puluh lima sen." kata nya sambil melirik pada Ame

Ame membuat muka menyampah sebelum menghulurkan kad nya pada juruwang tersebut.Kenapa lah dalam banyak-banyak manusia, perlu ke dia berjumpa manusia yang bertopengkan kulit buaya?

'Kenapa lah mamat ni?Dah nak jadi buta ke macam mana?Sumpah aku pula yang tengah tahan diri nak bunuh orang dalam cafe ni.' gumam Ame dalam hati

Siapa yang tidak geram kalau kad kerdit nya dipulangkan tetapi sengaja menyentuh tangan nya dengan selamba sumbu.Malah, sempat memberi senyuman nya paling jelek bagi pandangan Ame mahupun kembar nya kecuali Keysha.

"Can we meet tonight?" tanya juruwang tersebut

Ame terus merentap tangan nya daripada pegangan jijik namun apakah daya seorang perempuan untuk melawan lelaki.Ame mengetap gigi nya sehingga berbunyi malah tidak mempedulikan 

"In your dream, mudblood!" jerkah Ame dengan keras

Dia langsung tidak mempedulikan pandangan serong pelanggan yang berada dalam cafe terhadap diri nya asalkan amarah nya dapat dilepaskan walaupun masih tidak mencukupi lagi untuk menenangkan diri nya.

Keysha,Syah,Yanna,Helen,Qasha dan Lia terdengar suara Ame yang berada dikaunter pembayaran dengan muka dingin nya.Keysha,Syah dan Yanna yang perasan anak mata Ame seperti ingin mencari permainan baharu, terus mereka bergerak ke arah nya.

"Woi!Lepaskan kakak aku, sial!" jerit Yanna dengan bengang

Adrien yang melihat keadaan Ame yang sedang melepaskan tangan nya daripada dipegang daripada juruwang tersebut, terus menerap ke dalam cafe.Dia terus merentap tangan Ame daripada pegangan juruwang tersebut sebelum menarik Ame ke belakang diri nya.

Keysha,Syah,Yanna,Helen,Qasha dan Lia menerap ke arah Ame yang masih lagi kaku ditempat nya.Keysha memeluk Ame dengan erat manakala Syah dan Yanna merenung anak mata juruwang tersebut dengan tajam.

"Don't ever touch her." ugut Adrien dengan keras

"Kau siapa pada dia,hah!?" tanya juruwang tersebut dengan kuat

Adrien memejam mata nya sebelum merenung anak mata lelaki yang mencari mati dengan nya sekiranya Ame menjadi mangsa seorang lelaki mahupun perempuan.Dia sudah menganggap Ame seperti seorang adik kepada nya.

"Aku abang dia!Kau tu sapa yang bagi arahan pegang dia,hah!?" jerkah Adrien 

Juruwang terkedu apabila melihat pengurus cafe sudah turun padang.Ame membalas pelukan Keysha sambil menyorokkan wajah nya daripada melihat sesiapa langsung.Muka nya seperti disimbah dengan darah merah apabila sesetengah mereka menyindir Ame.

"Ada masalah ke, encik?" tanya pengurus 

Adrien menjeling pengurus nya yang langsung tidak ubah seperti juruwang tersebut.Mata memandang Ame dan Syah dengan penuh ghairah, membuat Adrien ingin menghadiahkan satu kejutan kepada mereka berdua sahaja sekarang ini.

"Pekerja kau cari mati dengan adik aku sekarang ni.Aku nak pesan dekat korang satu je lah, lebih baik buat solat taubat kalau tak nak malaikat Izrail." kata Adrien dengan sinis

Semua terperanjat kecuali Ame kerana dapat mengagak Adrien pasti akan berkata seperti itu kepada seseorang yang mengacau sesiapa Adrien sayangi lagi-lagi Ame merupakan sepupu kesayangan merangkap adik kepada Adrien.

Terus, Adrien menarik Ame keluar daripada cafe Secert Recepi tanpa mengendah tanggapan orang terhadap mereka berdua.Keysha,Syah,Qasha,Helen dan Lia mengikut langkah Adrien manakala Yanna tersenyum sinis sebelum mengorak langkah nya.

"Play with my sisy, and death with MS." kata Yanna dengan ceria

Terus Yanna menunjukkan jari hantu kepada dua lelaki dengan penuh selamba sebelum meninggalkan kawasan bakal ahli neraka.Syah hanya mampu mengeleng kepala nya sebelum menyeret Yanna dengan selamba sekali.

SKIP PLACE

Sampai sahaja di Suria KLCC, semua berpecah kepada empat pasangan iaitu Helen dan Keysha,Syah dan Yanna manakala Lia dan Qasha.Akhir sekali tetapi tidak perlu dijelaskan adalah Ame dan Adrien.

Helen dan Keysha bergerak ke butik pakaian yang amat cantik tetapi harga nya pun teramat cantik juga.Syah dan Yanna bergerak ke butik tudung muslimah manakala Qasha dan Lia ke kedai kasut.

Hanya Ame dan Adrien menjadi tunggul apabila melihat kesemua mereka bergerak begithu sahaja selepas mendapat wang daripada Ame.Hanya Keysha,Syah dan Yanna sahaja Ame membelanjakan kerana mereka kembar.

"Jadi, apa benda yang kau nak cakap kan sebenarnya?" tanya Adrien di sebuah cafe

"Sebenarnya aku nak kau sorokkan hubungan kita sebagai sepupu." kata Ame

Adrien memandang Ame sekilas sebelum mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang membawa minuman yang dipesan oleh Adrien sendiri.Lagipun, dia sudah dapat agak Ame seperti ingin membuat sesuatu perkara diluar jangkaan sesiapa termasuk diri nya.

"Termasuk kembar,suami dan adik ipar kau ke?" tanya Adrien lagi

Ame mengangguk kepala nya sebelum menunduk wajah nya ke arah meja kayu tersebut.Adrien mengeluh kesal apabila melihat Ame langsung tidak mahu menceritakan segala nya walaupun mereka sudah berjanji untuk menyimpan satu rahsia langsung.

"Kenapa,Me?Kalau diorang tahu siapa aku dan status aku pada kau, tak ke kau juga kena tempias juga." kata Adrien dengan kesal

Ame tahu tindakan nya pasti akan membawa implak kepada semua termasuk diri nya dan Adrien sendiri.Tetapi untuk melindung nyawa orang dia sayangi, terpaksa melibatkan Adrien walaupun nyawa nya juga turut berada dalam bahaya.

"Aku tahu semua risiko,Rien.Tapi aku lebih rela terima daripada kau kena.Kau pun faham kan masalah aku sekarang ni?Dengan kes mummy tu sampai sekarang aku langsung tak tahu siapa orang disebalik pembunuhan tu sampai aku sendiri terkena tempias sedangkan mummy aku tak pernah ada musuh pun." terang Ame dengan perlahan

Hanya Adrien sahaja yang mengetahui pekerjaan kedua nya selain menjadi CEO kepada dua Syarikat paling terkenal dipelusuk dunia.Bukan dia ingin menyembunyikan pekerjaan kedua nya daripada yang lain tetapi untuk keselamatan mereka.

"Aku faham perasaan kau,Me.Even aku ni anak tunggal sekalipun, tapi bila kau buat keputusan paling hanats, kau ingat aku ni boleh duduk diam sambil minum latte ais?A big wrong,dude!" kata Adrien dengan penuh kecewa

Dia tidak sangka kemunculan nya ke Malaysia untuk berjumpa dengan sepupu manja nya, tetapi dia sendiri tidak menyangka Ame membuat keputusan yang tidak masuk akal sesiapa langsung. Ame masih menunduk wajah nya walaupun dia tahu apa yang dia ingin lakukan sebenarnya.

"Kalau diorang semua tahu, apa yang aku nak cakap?Kata yang kau tengah happy layan orang jahat sambil ajak sembang, macam tu?Tolong lah fikir rasional sikit,Me.Kalau suami,kembar atau adik ipar kau tak sayang kau, siapa aku pada kau?Aku ni orang asing dalam hidup kau ke,Me?" tanya Adrien lagi

Ame masih memilih untuk tidak mengeluarkan suara nya kerana dapat mengagak Adrien masih lagi marah akan tindakan gila nya.Adrien tidak mahu melepaskan kemarahan nya pada Ame kerana masak akan perangai sepupu kesayangan nya yang seorang itu.

'Kalau memarahi aku dapat melegakan amukan Rien, aku sanggup terima asalkan dia tidak menjadi permainan musuh aku sendiri.' monolog Ame

Adrien merenung anak mata Ame apabila tiada sebarang respon langsung yang diberikan oleh sepupunya itu.Kalau ikutkan dia ingin sahaja mencampak Ame kedalam sungai ada buaya tetapi sayang nya pada Ame amat tinggi, terpaksa membatalkan niat hati.

"Kalau itu yang katakan, baiklah aku akan buat demi kau.Tapi apa pun terjadi, biar aku sahaja yang tanggung risiko amukan diorang semua.Aku langsung tak nak kau pendamkan semua ni dalam jiwa kau sampai kau sendiri dilemma.Sakit untuk menyimpan semua ni, Me.Malah, kau akan mula rasa tiada siapa yang sayang kau langsung sedangkan aku,aki,wan,papa dengan mama aku sayang pada kau sesangat.Kalau arwah mak su ada lagi, aku yakin dia berasa simpati pada kau malah dia sendiri kecewa untuk lindungi kau sebagai seorang ibu." sambung Adrien

"Aku tak nak kau rasa apa yang aku pendamkan,Rien.Kau mungkin tak ada dekat tempat aku tapi semua luahan diorang semua buat aku nak sangat jumpa dengan sang pencipta.Benci macam mana sekalipun aku pada diorang, aku sentiasa ada rasa sayang malah sanggup biarkan diri aku ni terkapai dalam kegelapan masa silam untuk kebahagian diorang sendiri." ujar Ame 

Adrien terkejut apabila Ame dihadapan nya adalah bukan Ame yang tidak mudah mengaku kalah malah akan bangkit daripada kegagalan sendiri.Namun, Ame dihadapannya adalah Ame yang lemah, mudah tewas akan perasaan sendiri malah mudah mengeluarkan air mata.

"Aku langsung tak nak tengok setitis air mata diorang mengalir disebabkan aku, faham tak? Aku memang tak nak libatkan sesiapa langsung dalam hal ni, tapi aku terpaksa wei.Terpaksa sampai aku sendiri tak dapat nak cari semua jawapan yang muncul dalam benak aku ni.Aku penat sangat nak tahu kesemua nya sampai aku sendiri langsung tak rasa perasaan yang selalu orang rasa.Semua tu dah lama mati macam mana mummy pergi tanpa sempat aku dan yang lain berjaya." sambung Ame dengan hiba

Setitis air yang mengalir daripada alis lentik Ame telah gugur tanpa dia sedari walaupun Ame sedaya upaya untuk menahan diri nya.Adrien terkedu melihat Ame menangis untuk pertama kali dihadapan nya selepas arwah mak su nya meninggalkan mereka semua.

'Pertama kali aku tengok dia menangis.Sumpah aku benci tengok dia menangis sebab salah dia.' gumam Adrien

Ame terus menekup wajah nya dengan menggunakan tapak tangan nya daripada Adrien.Dia tidak tahu kenapa sejak mengetahui diri nya bakal menjadi isteri orang, diri nya sentiasa mudah mengalir air mata tanpa sebab langsung.

'Kenapa dengan aku sebenarnya?Kenapa aku masih menangis lagi sedangkan aku masih menahan air mata ni?' desis Ame dalam hati

"Aku bodoh sangat minta benda alah tu dulu, Rien.Aku punca mummy pergi malah aku juga punca keluarga aku sentiasa bergaduh sebab nak pertahankan aku sendiri.Aku yang sepatutnya mati, bukan nya mummy.Kalau aku boleh undur masa, pasti keluarga aku bahagian macam dulu bukan sekarang.Aku penat sangat nak pendam sensorang malah aku sendiri tak dapat jumpa cahaya yang pernah aku rindukan walau sedikit langsung.Aku bangun dari koma, terus meraung sebab mummy aku dah pergi tanpa aku peluk dia walau sedikit langsung.Tambahan pula aku amnesia sampai sekarang, dude.Aku pura-pura sembang diorang macam aku ingat semua nya tapi aku sakit untuk ingat balik walaupun aku tak memaksa diri pun." luah Ame dengan sedih

Ame langsung tidak menurun tangan nya daripada menekup wajah nya malah menahan diri daripada teresak-esak menangis dihadapan sepupu nya iaitu Adrien sendiri.Dia gagal menipu Adrien kerana hanya Adrien sahaja yang memahami diri nya dengan masalah terjadi.

Tanpa Ame sedari,Adrien menarik kedua-dua lengan nya daripada menekup wajah yang dipenuh akan air mata.Adrien tergamam namun tersenyum tawar sebelum mengelap air mata Ame menggunakan tangan nya sendiri.

Ame terkaku apabila Adrien mengelap air mata nya sedangkan tangan nya masih lagi mampu berfungsi untuk mengelap atau menyentuh sendiri.Namun, melihat pandangan Adrien mebuat diri nya menjadi tugu negara.

"Kalau kau bodoh dari dulu, kenapa kau tak pernah terfikir yang ada orang lebih kecewa daripada kau?Kenapa mak su ditakdirkan tinggalkan kita semua tanpa sempat nak tengok kau dan yang lain berjaya?Itu semua percaturan daripada Nya, girls.Kita semua bukan tuhan nak aturkan segala nya sedangkan ibadah kita sentiasa terumbang ambing sebab kita berbeza." kata Adrien dengan tenang

Ame masih lagi membatu diri nya namun telinga tetap dipasang besar-besar untuk meunggu sambungan Adrien.Dia pasti lelaki dihadapan nya sememangnya akan bersuara lebih banyak dengan nya berbanding orang lain mahupun keluarga sendiri.

"Ini adalah takdir kau,Me.Mungkin ada sebab Allah ambil nyawa mak su masa kau masih mentah sebab dia tahu kau seorang perempuan yang paling kuat dan tabah menghadapi semua masalah walau sedikit.Macam mana mak su sesenang bawak kau pergi company dia seorang diri sedangkan yang lain dia bagi nenek kebayan kau jaga masa umur korang masih nak kenal dunia?Sebab dia tahu kau pasti akan menjadi CEO bagi dua company yang sememangnya menjadi tarikan hebat semua client tak kira dalam negara atau luar sekalipun.Kenapa kau terpilih jadi the best leader Spy in Japan?Sebab kau dilatih oleh ayah susuan kau untuk jadi pelindung dalam selimut untuk keselamat orang yang kau sayang termasuk company mak su sendiri." terang Adrien

Ame tergamam apabila Adrien sendiri mengetahui siapa diri nya dalam dunia malam tetapi dia sendiri tidak hairan langsung kalau Adrien dapat merungkai dengan sendiri sebab Ame juga mengetahui siapa Adrien disebalik malam kecuali dengan siapa dia bekerjasama sekarang ini.

"M..ac..am... ma..na.. ka..u..?" tanya Ame dengan tergagap-gagap

Kalau Yanna mahupun sesiapa sahaja muncul, mahu sahaja Ame ingin meminta seseorang menampar wajah nya untuk berhenti menjadi seorang gagap sekarang ini.Adrien tersenyum sebelum menongkat dagu nya.

"Semua nya adalah magic,girls.Mana boleh cerita dekat kau sedangkan member skuad aku sendiri pun aku siap tipu dajjal lagi.But, ada masa kau sendiri akan tahu tanpa aku ceritakan segala nya." kata Adrien dengan berlagak

Ame yang pada mula terasa ingin mengaku Adrien adalah sepupunya terus tidak jadi apabila seekor lotacos sudah mengangkat sampang nelayan sekarang ini.Entah kenapa dia membuka padang pedang dengan Adrien sekarang ini namun ditahan kerana masih lagi di cafe.

'Baru nak feeling sikit, terus jadi nak bunuh orang sekarang ni.Sabar,Ame.Ada hari pergi atas, ada hari aku balas.' bisik akal Ame

"Malah, aku sendiri tahu kau sebenarnya seorang detektif muda terkenal tetapi seorang misteri sebab kau langsung tak pernah tunjuk siapa diri kau depan orang malah dalam dunia koporat juga macam tu.But, even cara kau agak misteri tapi kau still boleh bertenang dengan semua keadaan walaupun tengah sakit macam minta nurse ikat kau dekat katil ward je.Kalau aku dekat tempat kau kan,memang dah lama aku capek sebab penat nak buat semua benda dalam satu masa.Tapi kau, serius memang beza nak mati dengan orang sampai aku fikir kau ni robot canggih tapi menangis ni macam manusia pulak." sambung Adrien dengan teruja

Dalam keterujaan nya, dia seharusnya merendahkan suara nya daripada orang lain mendengar segala perbualan dengan Ame.Lagipun, tiada siapa boleh tahu siapa diri nya termasuk Ame kerana dia sering menjadi perhatian orang ramai walaupun tidak pernah sekalipun dilayan.

"Jadi, kau nak cakap dekat aku ni remaja yang paling pelik sebab usia macam aku sepatutnya enjoy dengan dunia sedangkan aku pula terlampau pentingkan masa depan orang lain sampai aku sendiri langsung tak kenal erti penat dunia, macam tu?" tebak Ame sambil mengecil mata nya

Hanya Ame seorang sahaja mempunyai mata sepet berbanding Keysha,Syah dan Yanna kerana mata Ame lebih kepada cina malah kulit Ame putih pucat mudah dianggap seperti awek cina melayu tetapi dia langsung tidak terkesan malah sempat menjeling tajam.

Adrien mengangguk kepala nya sambil tersenyum sinis pada Ame.Dia sudah merancang untuk mengenakan Ame yang berada dihadapan nya sebenarnya.Namun, Ame bukan seorang perempuan yang senang masuk dalam jerat sesiapa.

"Amboi... kau.Kalau nak tengok Raja Adrien Faliq dimasukkan ke dalam ward ICU sebab dikaratekan oleh sepupu kesayangan nya, dipersilakan mengirtik aku." ugut Ame

Adrien tersengih panjang sambil mengangkat kedua-dua tangan nya ke atas sebagai tanda menyerah kalah.Memang dia tidak mahu Ame mengapakan diri nya kerana masak sangat dengan perangai Ame yang akan mengotakan setiap bicara nya tanpa tinggal satu langsung.

'Tahu pun takut.Ingat anak jantan tapi anak nyah juga.Nasib...nasib...' getus Ame 

Selepas membuat sekta drama jejak tidak mengenalik kekasih, Adrien dan Ame berbual kosong bagi mengurangkan masa mereka daripada menjadi tunggul api.Bukan boleh percaya dengan Keysha,Syah dan Yanna kalau bab shopping semua ni.

Ada sesekali mereka Ame ataupun Adrien ketawa terbahak-bahak kerana membuat cerita kelakar namun masih lagi mengawal suara.Langsung mereka tidak sedar air yang dipesan oleh mereka sendiri sudah tinggal separuh sahaja.

ERHEM!!

Sedang Adrien dan Ame berbual panjang untuk menunggu yang lain menamatkan shopping, ada satu suara sumbang yang menghentikan perbualan mereka berdua.Ame dan Adrien mengalih pandangan mereka ke arah suara tersebut.

"Rancak sembang?" tanya seseorang

Ame yang menanyang senyuman lucu pada Adrien terus menjadi dingin malah pandangan nya menjadi lebih tajam daripada sebelum ini.Melihat susuk tubuh seseorang yang berada dihadapan meja nya membuat diri nya ingin membunuh orang.

"Waalaikumusalam.Anda orang islam kan?Jangan ic sahaja islam tapi perangai mengalahkan orang kafir." kata Adrien dengan selamba

'Kenapa lah minah sundal ni boleh muncul?Aku baru je nak chill dengan buaya last-last jumpa bala.' desis Ame dalam hati

Siapa lagi kalau bukan sepupu yang amat membenci diri nya iaitu Sandra.Adrien yang melihat riak wajah Ame sedikit dingin daripada biasa, sudah dapat mengagak siapa orang dihadapan mereka sekarang ini.

"Date dengan scandal ke?Atau dengan anak ikan kau,sial?" tanya Sandra dengan penuh sinis

Ame langsung tidak mempedulikan kata-kata Sandra kerana tiada guna untuk menjawab soalan perempuan yang bertalam dua puluh muka sekarang ini.Ada baik nya dia mendiamkan diri sambil menghirup minuman yang masih tersisa.

'Nampak nya ada persembahan baru lagi?Memang cari maut dengan minah kucing ni betul lah.' gumam Adrien

Sandra tersenyum sinis pada Ame sebelum memandang Adrien dengan penuh mengoda namun Adrien langsung tidak mengendah kewujudan nya malah sibuk merenung phone nya sehingga mampu menembus.

'Ceh dia buat tak tahu je dengan aku je?Sumpah apa yang lebih cantik dekat phone tu daripada aku yang hots ni?' monolog Sandra

Ame terus bangun daripada duduk nya tanpa memandang wajah Sandra walau sedikit langsung.Adrien yang melihat tindak tanduk Ame, terus mengikut Ame bangun sekali malah sempat tersenyum sinis pada Sandra.

"Terasa ke?Bukan kau tak ada hati?Ye lah, jual badan untuk dapat duit kan?Terasa jijik bila depan aku kan?" soal Sandra lagi

Ame langsung tidak mengendah pandangan negatif pelanggan-pelanggan di cef tersebut malah memanggil seorang pelayan untuk membayar minuman nya dan Adrien.Sandra mendengus kasar sebelum melanggar Ame dengan sengaja.

'Padan muka." desis Sandra

Ame yang melihat senyuman sinis terlakar diwajah buruk Sandra, terus menahan buku lima nya melayang ke wajah tersebut.Adrien yang menyambut Ame malah melihat penumbuk kecil tersebut, terus memandang Sandra dengan tajam.

"Kau minta maaf dekat dia sekarang juga." arah Adrien

Ame menarik sedikit hujung baju Adrien untuk berhenti bersuara.Dia sendiri tidak mahu Adrien masih menerus menyuruh perempuan sundal dihadapan mereka untuk meminta maaf kepada nya kerana pasti lebih teruk dia akan kena nanti.

"Kalau aku tak nak?Kau nak buat apa?Pandai betul kau ni, sial.Haritu dengan boyfrien aku lepastu sekarang dengan siapa?Anak siapa yang kau ngadung tu?Mesti anak haram kau kan?" tanya Sandra dengan penuh hina

Adrien yang mendengar Sandra menghina Ame dihadapan nya membuat kesabaran nya seorang lelaki menjadi sangat tipis sehingga hampir sahaja tangan nya diangkat tinggi.Ame menghalang Adrien membuat kerja gila dikhayalak orang ramai.

"Enough,Rien." pujuk Ame

Adrien yang melihat wajah Ame seperti ingin mempertahankan Sandra, terus dia mendengus sebelum memaling wajah nya.Sempat dia menjeling tajam pada Sandra sebelum merenung anak mata Ame untuk kepastian.

"Kenapa tak buat?Malu sebab dapat pelacur macam dia ni ke?Untuk pengetahuan kau, perempuan dekat sebelah kau tu sebenarnya dah kena tebuk dengan lelaki mana ntah." fitnah Sandra

Ame masih lagi mendiamkan diri nya apabila melihat semua memandang jelek ke arah nya apabila Sandra menunding jari nya.Sepupu-sepupu perempuan yang berada dibelakang Sandra, tersenyum sinis pada Ame dan mengetawa dengan penuh kejam.

"Dan sekarang ni dia mengandung anak haram sampai jadikan boyfriend sepupu aku ni untuk jadi pak sanggup.Tapi itulah nak kawin boleh pulak sibuk layan kau pulak dengan perut dah berisi tu.Kesian pulak aku tengok kau macam tak percaya apa dia cakap." kata Syidah, sepupu Ame kedua

Dan, semua dalam cafe mengetawa Ame seperti Ame seorang perempuan yang paling jijik dihadapan mereka sekarang ini.Adrien memekaik telinga nya kerana amat mempercayai kata-kata Ame malah dia sendiri tahu siapa mereka dihadapan nya.

"Dah habis ketawa?" tanya Ame tanpa nada

Terus, semua terdiam apabila Ame bersuara manakala Adrien tersenyum sinis sambil memegang tangan Ame dengan erat.Suasana menjadi senyap sepi walaupun Ame hanya menanyakan soalan pendek sahaja.

"Kenapa diam?Tadi, bukan main ketawa aku sampai hina aku?Thanks sebab puji aku sesangat tapi kan kalau rasa nak tengok ada mayat depan rumah korang, best tak?" tanya Ame sambil tersenyum

Semua mula berasa seram sejuk melihat senyuman Ame seperti seorang hantu yang baru sahaja bangun daripada lena alam kubur nya untuk membalas dendam nya pada manusia.Adrien langsung tidak berasa takut malah sempat tersenyum senget.

"Jauh betul ayat korang eh?Tapi korang nak tahu satu cerita tak?Mestilah nak tahu kan?Jangan pernah kejutkan kala jengking daripada lena nya, kalau tak pedih sangat rasa bisa dia sampai membawa maut." kata Adrien dengan satu amaran

Sandra dan sepupu Ame yang lain tergamam apabila Adrien langsung tidak mempercayai kata-kata mereka malah sempat memberi amaran sambil memegang erat tangan kecil Ame.Ame masih lagi tersenyum sebelum membiarkan aura nya keluar dengan dastrik.

'Kenapa aku rasa seram sejuk je?' desis mereka semua kecuali Ame

'Nak game aku sekalipun, silap orang setan.' gumam Ame dalam hati

Adrien yang perasan bulu roma nya menegak naik, terus dia memaling wajah ke arah Ame yang mula berubah.Melihat daripada mata kasar, Ame menjadi lebih dingin daripada sebelum ini malah ada sesuatu meniup batang leher nya dengan penuh seram.

'Tak mungkin!?' gumam Adrien

Ame terus melepaskan pegangan nya daripada Adrien sebelum berjalan disebelah tepat bersebelahan Sandra.Sempat dia berbisik pada Sandra disebalik telinga nya sebelum melangkah pergi.

"Rien, jumpa nanti ye.Kalau ada prob, just call in time.Aku nak gerak dulu.Rasa hangat semacam duduk dekat cafe ni sebab orang duk menfitnah aku sampai tak kenal mana satu dosa dan pahala pulak dah." kata Ame sambil mengangkat sebelah tangan nya ke atas

Adrien membalas lambaian Ame sebelum diri nya juga turut meninggalkan kawasan yang penuh dengan dosa mengumpat orang.Semua orang termasuk Sandra dan sepupu Ame tersentak sebelum mereka semua mendengus kasar.

Sandra merenung bayangan Ame yang telah lama meninggalkan kawasan cafe tersebut sebelum dia menghentak kaki nya atas lantai.Bisikan Ame masih lagi terngia-ngia dicuping telinga apabila terasa diri nya dikenakan semula.

"Jangan sampai kau jadi mainan aku dan aku langsung tak takut dengan kau,Sandra.Kau bukan tuhan pun, tapi kau lebih kepada iblis bertopengkan jin.Jangan sampai semua rahsia kau terbongkar depan semua orang termasuk datuk dan nenek kesayangan kau tu." bisik Ame dengan tenang

"You okey,Ra?" tanya salah seorang sepupu nya

Sandra mengangguk kepala nya perlahan-lahan sebelum melangkah keluar daripada cafe nya.Hajat nya ingin berbual bersama-sama dengan sepupu nya yang lain dengan menggunakan wang daddy Ame.

Mereka memandang sesama sendiri sebelum mengikut langkah Sandra yang meninggalkan kawasan cafe tersebut dengan muka bengang.Siapa yang tidak bengang kalau diperkenakan seperti itu oleh Ame sendiri.

'Tunggu lah,Ameerah.Ada ubi ada batas, ada hari kami balas.' getus mereka semua

SKIP TIME

DI RUMAH

Selepas menghantar Helen,Qasha dan Lia pulang ke rumah mereka, Ame terus keluar daripada kereta khas untuk mereka berempat yang dibawa oleh Pak Mat sendiri.Keysha,Syah dan Yanna memandang pelik pada Ame kerana tiba-tiba sahaja berubah angin.

Itu bernasib baik mereka semua telah selesai membeli barang yang diimpikan dengan menggunaka wang Ame sendiri.Lagipun, Ame sukar untuk ditiaksif kerana sifat nya yang seorang misteri dengan semua benda.

"Kak Key." panggil Yanna

Keysha yang baru sahaja melabuhkan punggung nya ke atas sofa empuk, terus memandang Yanna yang sibuk memandang phone nya.Syah pula sudah terbaring diatas sofa sebelum meletakkan tangan nya ke bawah kepala.

"Ye, ada apa?" tanya Keysha

"What's wrong with mama pikachu?" tanya Yanna dengan pelik

Dia terus menutup phone nya sebelum duduk bersila manakala Syah yang hampir terlelap terus menjadi segar bugar selepas mendengar soalan daripada mulut Yanna sendiri.Lantas, dia bangun daripada perbaringan nya kepada duduk biasa.

"Key pun tak tahu sebenarnya.Kalau sebelum dia panggil kita balik, nampak happy gila.Tapi entah lah.Key tak berani nak bagi komen lebih.Karang jadi lain pulak kita cakap." terang Keysha

Yanna mengeluh sebelum dia meraup wajah nya dengan kasar.Dia bukan sehari kenal kakak nya yang seorang itu, tetapi sifat nya yang sering membuat dia takut malah penuh dengan misteri amat sukar untuk mengetahui perkara yang sebenar.

"Daddy ada text dekat kau tak?" tanya Syah

Dia perlu menukar topik perbualan mereka agar tidak menyerabut fikiran semua lebih-lebih lagi Ame.Mungkin ada sebab kenapa Ame berubah angin malah tiada sepatah yang dikatakan walaupun banyak kali Keysha,Syah dan Yanna menanyakan nya.

Yanna mengangguk kepala sebelum memandang tetap pada wajah Keysha dan Syah sebelum memandang anak tangga.Dia tidak mahu Ame mendengar perbualan mereka kerana pasti Ame tidak akan keluar dari bilik untuk jangka masa yang lama.

"Family belah daddy will stay with us until finish you and mama pikachu wedding." ujar Yanna

"Seriusly!?" tanya Keysha dengan terkejut

Dia takut kalau Ame menjadi teramat dingin dengan mereka semua termasuk Darwish dan Rayyan kerana saudara mara sebelah daddy.Syah menekup wajah nya dengan bantal kusyen apabila Yanna berkata seperti itu.

"Yes and daddy nak kita semua layan diorang dengan baik termasuk mama pikachu." sambung Yanna lagi

"But kau pun kenalkan dengan pikachu tu,kambing.Dia mana pernah senyum depan diorang kecuali Uncle dan Aunty." kata Syah 

"It's true, monyet.Tapi kau ingat aku ni sanggup ke nak lawan cakap daddy.Dengan Ame pun aku boleh cari keranda apatah dengan daddy pula." balas Yanna 

Keysha mengurut pelipis nya apabila kedua-dua mereka sudah mula bertengkar malah sempat menepuk tangan ke atas meja dengan begitu kuat sekali.Dia sendiri buntu untuk menceritakan kepada Ame ataupun merahsiakan.

"Stop it both of you." arah Ame dari tangga

Syah dan Yanna terdiam sehingga mereka langsung menahan nafas selama tiga puluh saat.Keysha mengangkat wajah nya sebelum memandang Ame yang melangkah ke arah mereka semua di ruang tamu.

Dia sudah lama mendengar perbualan Keysha,Syah dan Yanna tanpa mereka bertiga sedar.Tanpa dipinta, Ame terus menghenyak punggung  nya atas sofa sebelum memandang tajam Keysha,Syah dan Yanna.

"Kalau korang nak bangkang cakap daddy, lebih baik jangan.Korang nak jadi anak derhaka dengan ibu bapa?" tanya Ame 

Syah dan Yanna mengeleng kepala nya dengan laju sebelum menunduk menghadap permaidani bulu yang dibeli oleh keluarga mereka sendiri.Keysha masih lagi mendiamkan diri apabila Ame bersuara kerana dia berasa kesian pada nasib adik nya yang satu itu.

"Me tahu yang daddy minta kita semua layan diorang dengan baik sebab diorang family daddy.Kalau Me dimaki atau apa, jangan pernah tolong sebab Me boleh hadap selagi yang mampu." kata Ame dengan tiba-tiba

Keysha membuat reaksi terkejut apabila Ame seperti dapat membaca apa yang berada dalam akal fikiran nya.Namun, dia masih lagi berasa serba salah akan tindakan nya sebelum Ame dimasukkan ward disebabkan tuduhan melulu mereka dahulu.

"Key,stop staring on me.You make me feel wierdo you know?" kata Ame dengan perlahan

Dia sepatutnya tidak mengikut emosi nya untuk menjadi pemarah.Namun untuk merahsiakan segala nya daripada ketahui oleh Keysha,Syah dan Yanna, dia terpaksa menjadi dingin buat seketika sebelum kembali kepada yang asal.

Keysha memandang Ame lebih dalam sehingga sebuah mentol muncul ditepi kepala nya.Dia memberikan senyuman mengoda pada Ame sebelum mendekatkan wajah nya agar lakonan nya menjadi.

"Wei!Apa ni!?Jangan lah,Key!" jerit kecil Ame

Terus Keysha berhenti mengusik Ame kerana melihat telatah Ame seperti takutkan akan sesuatu.Syah dan Yanna sudah bantai mengetawa Ame yang sudah seperti kucing yang baru sahaja menelan asam jeruk.

Ame memandang Syah dan Yanna dengan tajam sekali sebelum dia sendiri tersenyum jahat. Sempat Ame memberi isyarat mata kepada Keysha lalu mengangguk setuju sambil membuat tumb up.

Tanpa sebarang amaran daripada mulut Keysha,Ame membaling bantal kusyen tepat wajah Syah dan Yanna sebelum menepuk tangan dengan muka baru sahaja mendapat anugerah model paling cantik.

"Woi!Apa ni,siak!?" jerit Syah dan Yanna serentak

Keysha tergelak kecil apabila melihat muka Syah dan Yanna masam mencuka seperti limau busuk.Ame menongkat dagu nya sambil tersenyum puas akan dekorasi pertama nya pada Syah dan Yanna sendiri.

"Hiargh!" jerit Yanna

Terus Syah dan Yanna melancarkan perang bantal lalu membaling kearah Ame.Ame terus menyorok dibelakang Keysha lalu tergelak kecil.Keysha yang terkena balingan Kuysen Yanna, terus membaling ke arah Syah.

"Oh." kata Yanna

"My." sambung Syah

"Goat!" jerit Ame 

Keysha,Ame,Syah dan Yanna terus membaling bantal-bantal kusyen sebelum mereka menyusun semula ke tempat asal.Lalu, mereka berempat berkejaran ke bilik Ame sambil membuat acara tarik menarik tudung sehingga tidak serupa tudung dibuatnya.

Terus mereka membaling bantal sehingga kepenatan lalu terbaring atas permaidani bilik Ame.Sempat mereka tersenyum penat sebelum Ame bangun daripada baring nya kerana hampir terputus udara nya apabila baring.

"Rasa macam kita umur lima tahun kan?" tanya Yanna 

Keysha,Ame dan Syah mengangguk kepala mereka sebelum mereka berempat tersenyum gembira.Langsung mereka rindu akan sifat bersama mereka namun semakin umur meningkat semakin matang mereka untuk tidak melakukan perkara tersebut.

"Kalau mummy ada lagi, mesti lagi best kan?" tanya Syah dengan perlahan

Keysha dan Ame terus memeluk Syah dan Yanna sebelum mereka tersenyum manis.Memang betul mereka semua teramat merindui mummy mereka lebih-lebih lagi Ame namun tiada siapa yang mampu mengubah takdir tertulis.

"Bukan kau sorang je monyet tapi aku ni.Kalau aku boleh putar masa semula, memang aku takkan buat kita semua hilang mummy lagi." kata Ame dengan sedih

"Tapi bukan salah Me mahupun sesiapa.Key harap sangat orang yang buat mummy pergi dan cuba bunuh Me akan mati dalam api neraka." sambung Keysha dengan geram

Ame tersenyum kecil sambil mengusap bahu kakaknya yang sentiasa berada disebelah nya tidak kira senang mahupun susah.Yanna mengangguk kepala nya sambil mengelap hingus yang meleleh keluar.

"Euw!Pengotor betul lah kau,kambing.Duduk satu kilometer daripada aku sekarang juga.Kau pembawa covid-19 kepada semua orang kambing!" jerit Syah 

Keysha terus menghulurkan tisu yang berada di atas meja kecil Ame manakala Ame mengambil sesuatu di atas meja belajar nya sebelum bergerak ke arah Keysha,Syah dan Yanna yang sedang elok duduk atas permaidani. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro