Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 69

Darwish terkedu apabila Ame mengatakan ingin dia melepaskan nya.Dia tidak mengerti apa yang ada dalam fikiran Ame sebenarnya.Yanna dan Naufal tersentak apabila Ame tiba-tiba sahaja berkata seperti itu.

"A..ap..apa... ma..ks..ud.. ka..u..?" tanya Darwish dengan gagap

Ame memadang Darwish dengan tiada perasaan sekarang ini.Namun dalam hati dia hampir mengetawakan Darwish kerana termasuk umpan nya.Melihat wajah Darwish yang berubah membuat dia rasa bersalah namun seronok pula.

"Kau tak dengar ke?Lepaskan aku lah!" jerit Ame dengan marah

Yanna dan Naufal kaget melihat Ame tiba-tiba sahaja berubah angin.Namun apabila melihat anak mata Ame seperti yang asal, dia sudah menangkap sesuatu.Nampak nya bukan dia sahaja yang pandai berlakon tetapi Ame juga.

'Baru aku tahu.Pandai juga mama pikachu ni berlakon.Tak menyesal heret dia tengok Kdrama sebelum ni.' bisik Yanna dalam hati

Yanna tersenyum sinis apabila melihat Ame berlakon menjadi watak yang berbeza daripada diri nya yang asal.Hanya Keysha,Syah dan diri nya sahaja yang tahu sifat Ame bagaimana dan memang Ame seorang perahsia yang hebat sehingga yang lain tidak dapat mengesan.

"Asal kau senyum?" tanya Naufal

Yanna hanya membuat bodoh akan kewujudan Naufal di sebelah nya sebenarnya.Lagipun, bukan Naufal lebih kepada budak pendiam?Tetapi apabila melihat pergaduhan tercetus, siapa yang mampu menjadi bisu lagi.

"Kau ni demam ke apa?" tanya Darwish 

Darwish cuba untuk menyentuh dahi Ame namun Ame lebih pantas lalu mengelak daripada disentuh oleh Darwish sendiri.Darwish terkaku apabila Ame menepis dengan cara kasar namun dia tidak kesah kerana itu menghalang diri daripada menyentuh bukan muhrim.

"No.I'm seriuos with my word, Darwish.Let me go forever." kata Ame dengan penuh tegas

Naufal terpinga-pinga melihat perbalahan diantara Ame dan Darwish sebenarnya.Bukan mereka berdua sudah berbaik semula sebentar tadi.Tetapi kenapa mereka boleh bergaduh besar tanpa mempunyai sebab yang kukuh?

"And I not get what words you wanna say right now!?Are you lost your death!?" tanya Darwish lagi namun lebih kasar

Ame tersentak namun tidak mahu kalah dengan lakonan nya lagi.Dia perlu tahu sebab apa Darwish berbaik dengan diri nya sebenarnya.Bukan tidak percaya namun apabila melihat cara Darwish seperti menyorokkan sesuatu kepada membuat dia berasa pelik.

'Apa yang kau sorok dengan aku sebenarnya,Darwish?' gumam Ame

"I said let me go forever!Aku tak nak hidup dengan kau faham tak!?Kenapa kau bengap macam sialan,hah!?" marah Ame

"Siap bengap, hah!?Apa sebab kau nak minta aku lepaskan kau hah, perempuan!?" jerkah Darwish

Ame terkedu akan jerkahan Darwish sehingga air mata nya sudah berkaca-kaca.Namun tidak semudah itu dia ingin menangis dihadapan orang lagi-lagi makhluk yang digelar sebagai seorang lelaki.

"Kau lah!Sebab kau... sebab kau lelaki yang pernah buat aku dibenci semula.Tahu tak!?" jerit Ame dengan terkilan

Darwish tergamam apabila diri nya punca Ame dibenci oleh semua orang.Suasana menjadi terlampau janggal apabila kedua-dua terdiam tanpa kata putus.Yanna terus mendekatkan wajah nya ke telinga Naufal walaupun tinggi seperti galah rambutan sahaja.

"Wei... tunduk sikit." arah Yanna 

Naufal yang terlampau bingung akan situasi sekarang ini, hanya mengikut arahan daripada budak ketot AkA Yanna.

"Aku nak kau bagitahu dekat pengetua untuk panggil yang lain.Tapi, panggil dua ekor syaiton tu dengan kakak aku.Jangan risua sebab pengetua kenal siapa kakak aku sebenarnya." arah Yanna dengan berbisik

Dia tidak mahu Ame mahupun Darwish mendengar bisikan nya kerana dia mula berasa mereka berdua pasti akan mencederakan antara satu sama lain.Naufal yang faham akan maksud Yanna, terus mengodam semua sistem sekolah.

"Kalau kau benci aku sekali pun, apa punca nya?" soal Darwish

Ame mendiamkan diri nya apabila Darwish menyoalkan soalan yang dia sendiri tidak mampu merungkai dengan sendiri.Entah kenapa lakonan nya untuk pura-pura bergaduh namun sudah menjadi pergaduhan besar.

'Aku tak nak semua ni terjadi tapi kenapa perlu?' desis Ame

Darwish mengalih pandangan nya tanpa melihat wajah Ame walau sedikit sekalipun.Dia berasa amat terluka apabila tunang sendiri minta diri nya untuk melepaskan nya.Sungguh ini kali kedua dia terluka disebabkan perempuan.

'Kenapa aku rasa luka yang pernah dia tinggal dekat semakin dalam?Kenapa dengan perasaan aku sebenarnya?' monolog Darwish

"Sebab..sebab..." kata Ame terputus

Dia sendiri tidak tahu sebab apa dia benci dengan Darwish.Namun, semakin dia benci dengan orang semakin kuat hati nya berdegup teramat perlahan.Dia tidak mahu Darwish menyesal menerima diri nya yang sakit dalam hidup sempurna Darwish.

"Sebab apa Fikah!?" soal Darwish dengan marah

"Sebab aku tak nak kau rasa lebih terluka daripada sebelum ni!" jerit Ame tanpa sengaja

Darwish tersentak apabila Ame berkata seperti menyorokkan sesuatu yang dia berhak tahu.Ame terus menekup mulut nya dengan kuat.Dia langsung tidak sedar yang dia sudah terlepas kata pada Darwish.

'Apa maksud dia?' desis Darwish

'Kenapa aku boleh terlepas kata ni?Sumpah aku tak nak berahsia dengan dia tapi aku tak nak dia menyusahkan diri nya.' gumam Ame

"Kenapa?" tanya Darwish dengan mendatar

Ame menunduk wajah nya apabila suara Darwish seperti sudah mengendur.Namun dia tidak mahu salah satu rahsia terbesar nya teerbongkar oleh Darwish sendiri.Yanna yang melihat keadaan mereka berdua dengan pandangan rasa bersalah.

'Aku kena hentikan semua ni.Nampak nya lakonan kau sudah sampai kedalam dunia sebenarnya lagi sekali.' getus Yanna

"Naufal.Kau dah settle ke?" tanya Yanna

"Dalam masa tiga puluh minit lagi diorang muncul." kata Naufal

Yanna mengangguk kepala nya sebelum memandang ke arah Ame dan Darwish.Dia langsung tidak dapat menafikan lakonan Ame teramat halus malah tiada siapa dapat menangkap namun salah Ame juga sebab terikut pada emosi nya sendiri.

"Ryyana.Kalau aku katakan sesuatu, jangan melenting.Itupun kau nak kitkat lah." kata Naufal

Yanna yang terdengar satu loceng kucing berbunyi sebelah telinga nya, terus memandang Naufal dengan penuh nikmat.Naufal menjadi kaget namun apabila dia terlupa cara Ame seperti memperbodohkan Yanna dengan kitkat.

Yanna terus mengangguk kepala nya dengan laju sekali sehingga mampu tercabut terus kepala.Dia akan menjadi kucing manja apabila terdengar perkataan kitkat sehingga sanggup menahan diri daripada tidak makan nasi.

"Kenapa kakak kau berlakon sampai jadi real sangat?" tanya Naufal

Yanna terus tersenyum nipis apabila ada juga perasan akan lakonan kakak nya itu.Naufal masih lagi memfokuskan pada pasangan ke alam penceraian sekarang ini.

"Itu memang kelebihan dia sebenarnya.Dia jadi macam tu ada sebab dan hanya dia sahaja tahu.Aku pernah lah tanya dia sebab apa dia berlakon depan semua orang tapi mana pernah dia sembang banyak.Tapi kekadang lakonan dia memang mampu menjadi nyata malah meragut nyawa dia sendiri.Itu sebab dia pelajar paling pendiam dan anti-sosial sehingga tiada siapa yang berani dekat dengan dia tu.Tapi sebalik lakonan dia, pasti ada sebab tertentu tapi hanya dia sahaja yang tahu dan aku sebagai adik dia pun tak nafikan yang kakak aku memang berbakat namun sayang dia benci sangat.Tiada siapa tahu punca apa dia benci sangat dengan lakonan sedangkan dia sendiri telah lama lakukan." terang Yanna dengan lebar

Naufal terpaku apabila melihat Ame dengan padangan berlainan.Dia berasa sangat terpegun apabila Ame mampu memanipulasikan seseorang dengan lakonan nya namun apa sebab dia perlu buat sebenarnya?

'Hebat.Tapi kenapa?' gumam Naufal

"Tolong jawab soalan aku, Fikah.Aku perlu tahu sebab apa." rayu Darwish

Ame mengemgam kedua-dua belah tangan nya dengan erat apabila Darwish merayu kepada nya seperti itu.Dia masih belum bersedia untuk menceritakan segala rahsia yang sepatutnya Darwish tahu.

"Tolong~" rayu Darwish dengan suara serak nya

"Sebab... sebab aku tak tahu nak bagitahu kau.Bukan masa sesuai,Darwish.I'm sorry." ujar Ame dengan nada sedih

Darwish meraup wajah nya untuk mengelak semua orang tahu dia cuba menahan diri daripada mengeluarkan air mata nya.Sejak bertemu dengan Ame, hanya perempuan itu sahaja yang mampu membuat emosi nya bercampur aduk.

'Kenapa kau yang mampu buat aku rasa semua ni?Siapa kau sebenarnya,Fikah?' bisik hati nya dengan kecewa

Dan pintu bilik meeting terbuka dengan sendiri apabila seseorang menolak pintu tersebut dengan kuat.Yanna dan Naufal terus bergerak ke arah pintu tersebut sebelum menarik tangan seseorang.

"Yow, korang." sapa Iqram

"Waalaikumusalam." balas Yanna dengan selamba

Iqram terus meletakkan tangan nya ke dada apabila Yanna berkata dengan penuh keselambaan. Keysha dan Syah hanya tersenyum nipis apabila Yanna sudah menjadi sedia kala tetapi masalah mereka adalah kembar mereka yang satu itu.

Keysha mengusap bahu Yanna dengan lembut sebelum mengeluarkan kitkat kepada nya.Yanna tanpa rasa segan silu, terus mengambil kitkat tersebut dengan mata bersinar seperti kambing. Syah hanya mampu mengeleng kepala sebelum memandang ke arah Ame dan Darwish.

Ame dan Darwish langsung tidak memandang siapa yang masuk malah masih terhanyut dalam dunia sendiri apabila kedua-dua berasa kecewa antara satu sama lain.Yanna dan Naufal memandang mereka dengan pandangan sedih.

"Bro.Diorang bergaduh lagi ke?" tanya Rayyan

Yanna dan Naufal tiada pilihan lain selain mengangguk kepala dengan serentak. Rayyan, Iqram, Keysha dan Syah mengeluh kesal apabila melihat gelengan daripada Yanna.Pasti ada yang tidak kena dengan Ame dan Darwish sebenarnya.

"Any plans?" tanya Keysha

Syah mengangkat bahu sebelum mengusik Yanna dengan merembat kitkat sebelum menyua ke arah mulut nya disebalik niqab nya.Yanna terus mengambil kitkat pada Syah namun dia sedar yang ketinggian nya selalu menjadi satu maslah dengan Syah sebenarnya.

"Monyet!! Bagi balik lah kitkat aku tu!!" marah Yanna

Syah masih lagi mengusik Yanna dengan mengangkat kitkat lebih tinggi.Dia tahu Yanna antara perempuan dalam keluarga mereka yang paling pendek.Kekadang dia berasa seronok juga dapat mengenakan Yanna sebenarnya.

"Bluek~Cuba lah ambil benda ni dari aku.Itu pun kalau sampai lah." usik Syah

Yanna terus melompat-lompat seperti kambing melompat satu-satu hora horey!Tiber lak.Keysha hanya mampu mengeleng kepalanya apabila melihat telatah tiga orang adik nya yang merangkap kembar.

'Memang patut pun Ame pergi hancurkan semua barang sampai orang pun dia nak bermain.' desis Keysha

Ame dan Darwish yang mendiamkan diri, cuba menahan diri daripada menanam seseorang ke dalam alam kubur sekarang ini.Siapa yang tidak berangin sekarang ini kalau mereka ingin mencari ketenangan tetapi kepanasan sahaja yang dijumpai.

'Diorang ni.Pasal coklat pun nak bergaduh ke?Sumpah aku bakar hidup-hidup benda tu karang menangis tak berlagu pulak.' bisik Ame dan Darwish dalam hati

Rayyan dan Iqram yang perasan muka Darwish seperti ingin mencari mangsa, terus muncul sebuah mentol LED di atas kepala mereka.Iqram bergerak ke arah Rayyan lalu membisikkan sehingga Naufal dan Keysha sendiri naik pelik.

"Kau tengok diorang tu,tengah tahan marah kan?Apa kata kita buat kerja gila sampai diorang bersuara.Amacam?" bisik Iqram dengan nakal

Rayyan yang mendengar terus mengangguk kepala sebelum mereka berdua menanyangkan senyuman syaitan.Naufal yang faham akan senyuman diwajah Rayyan dan Iqram, terus menepuk dahi nya dengan kuat.

'Macam mana lah aku boleh ada member dajjal ni?' gumam Naufal

Rayyan dan Iqram melangkah ke arah Syah dan Yanna yang sedang bermain aci kejar sekarang ini.Syah dan Yanna yang tengah berlawan mulut terus berhenti apabila terbau sesuatu dari kawasan pelupusan sampah sahaja.

"Hye,girls." sapa Rayyan

Syah sudah membuat muka paling menyampah apabila melihat buaya darat sudah muncul dihadapan nya.Cukup-cukup sahaja mamat dihadapan nya telah membuat dia hampir sakit jiwa sebelum ini.

'Kalau bukan sebab sekolah, dah lama aku tembak mamat ni dengan snipper kesayangan aku tu.' desis Syah

"Korang busy ke?" tanya Iqram dengan mesra

Yanna yang sedang cuba mengambil kitkat, terus berhenti perbuatan sebelum memandang Iqram dengan muka buruk.Ingat dia suka ke tengok muka beruk Iqram yang tinggi mengalahkan galah rambutan.

"Eh tak lah.Ni kitorang tengah hai tea lah.Tak nampak ke?" kata Yanna dengan sindiran

Iqram terus membuat muka sebelum menjuling biji mata nya.Yanna yang melihat hampir terletus namun, dia perlu menjaga populariti nya sebagai seorang pelajar paling kebabom sekali dekat sekolah.

'Budak ni... aku lumat juga kau hidup-hidup baru tahu.' getus Iqram

Keysha,Ame dan Syah terdengar mulut Yanna yang terlampau selamba berkata, hampir membuat mereka bertiga ketawa kecil.Macam mana lah mereka bertiga tidak naik hantu kalau badan kecil tapi mulut memang boleh tahan sangat.

'Cetan betul lah,Yanna.Suka sangat buat orang naik angin kerja nya.' desis Keysha

Jangan terkejut ya kalau Keysha mencarut tetapi dia paling jarang mencarut sebab dia ada kesabaran tinggi selain Ame dan Syah.Ame dan Syah hanya mencarut bila ada yang cuba buat masalah dengan mereka atau keluarga.

Tetapi Yanna sahaja memang mulut tiada insuran walaupun sudah dibayar dengan harga yang paling mahal lagikan mewah.Namun, Ame dan Syah sahaja mampu memberhentikan carutan Yanna dengan menggunakan cara lembut dan kasar sahaja.

'Hanat betul budak kambing ni.Nasib baik tak ada siapa perasan.' gumam Syah

'Kambing ni... nasib badan kau lah Iqram sebab kenal dengan mulut kelas tujuh ni.' getus Ame

"Ouh ye ke?Ingat tengah jadi beruk utan tadi?" tanya Iqram

Syah dan Keysha sudah ternampak asap kepop-kepop di atas kepala Yanna sekarang ini.Ame dan Darwish mengangkat kepala mereka sebelum memandang antara satu sama lain.

"Duibuqi, Fikah.Wǒ bùnéng qiǎngpò nǐ gàosù wǒ yīqiè.   (Aku minta maaf,Fikah.Aku tak sepatut nya paksa kau bagitahu semua nya.) " ujar Darwish

Ame yang terdengar ucapan daripada mulut Darwish hanya memandang wajah nya sebelum mendekatkan wajah nya pada Darwish.Darwish terkedu apabila jarak mereka hanya beberapa cm sahaja.

'Kenapa dengan kau wahai jantung?' desis Darwish

"Well... sepatutnya salah aku sebab terikut emosi tadi.Dakara, gomen'nasai. (Jadi, aku minta maaf.) " kata Ame dengan lembut

Darwish mengangguk kepala nya sebelum memberi habuan kepada Ame.Habuan apa lagi kalau bukan mini cadbury bar.Ame menyambut huluran tersebut dengan hati terbuka tetapi ada lagi satu perkara yang tidak membuat hati nya terbuka.

"Xiexie (Terima kasih)." kata Ame

"Welcome.Aku nak tahu, kita nak guna cara apa untuk dua makhluk halus tu?" tanya Darwish sambil memandang sesuatu

Ame melihat ke arah yang Darwish sedang perhati sekarang ini.Ame yang sudah tenang, terus berangin satu hati.Dia memandang Syah namun Syah pasti akan menunduk wajah kalau membuat kesalahan.

"Kita just anggap dua makhluk halus tu langsung tak kenal dan wujud dekat muka bumi ni.Habis cerita dan tak sakit jiwa kita pun." kata Ame dengan selamba

Darwish yang terdengar cuba menahan diri daripada ketawa.Dia bukan apa kalau Iqram digelar makhluk halus memang sesuai sangat tetapi dia sendiri tidak sangka Ame dengan keselambaan nya berkata Yanna seperti itu.

Ame tersengih disebalik mask nya sebelum bangun daripada duduk nya.Darwish mengikut langkah Ame sebelum dia meletakkan tangan ke belakang kepala nya.

"Apa kau cakap?Cer ulang sikit.Tuan hamba ingin mendengar lagi sekali." kata Yanna dengan senyuman lebar

Keysha dan Syah memandang sesama sendiri sebelum kedua-dua meletakkan tapak tangan ke mulut masing-masing.Naufal dan Rayyan hanya mampu mengeluh sebelum kedua-dua meletakkan kepala antara satu sama lain sehingga terhantuk.

"Uh-oh!Habis diorang semua." kata Keysha

Syah hanya mengangguk kepala sebelum menjeling ke arah Ame.Ame dan Darwish masih lagi memandang Yanna sebelum mata Ame terarah kepada Syah.

'Tolong~'

Ame mendengus kasar sebelum menaikan sedikit kening nya ke atas.Ingat dia ni penjaga budak tidak cukup matang ke apa?Kalau macam ni gamak nya, memang tidak lah dia mahu buat drama paling dia benci.

"Tak ada apa pun." kata Iqram

Ame terus mengeluh lemah apabila melihat senyuman pada wajah Yanna.Bukan dia tidak faham dengan perangai adik nya yang seorang ni lebih kepada pscyo semacam. Iqram langsung tidak perasan akan senyuman lebar Yanna terlah menjadi kepada senyuman seram.

"Lebih baik kau ulang kalau nak hidup lama lagi~" kata Yanna 

Iqram terus memusingkan badan nya dan terkaku seperti pantung ais.Melihat senyuman Yanna membuat dia berasa seram sejuk.Kalau sebelum ini, Ame lebih dingin daripada Darwish tetapi Yanna pula tersenyum seperti pesakit dari tanjung bahagia.

'Asal pula aku yang tiber lak seram semacam.Tengok cerita hantu tak adalah seram sangat daripada budak kurang zat besi ni.' gumam Iqram

Ame terus menarik Darwish untuk menyamakan ketinggian nya.Menyesal pulak dapat tunang lebih tingg daripada diri nya.Kan seronok kalau dapat tunang sama tinggi dengan kita tapi kalau sama pulak, lain pulak jadi nya.

Darwish dengan muka blur nya hanya mengikut walaupun dalam hati dia terkejut.Terus Ame berbisik sesuatu sebelum Darwish mengangguk kepala.Ame terus memandang Syah dan Keysha sebelum dia mengangguk kepala.

"Iqram~Nak pergi mana tu~Aku baru je nak main teng teng dengan kau lah~Jangan lah pergi~" kata Yanna dengan mendayu

Iqram sudah pucat lesi tanpa setitik darah langsung.Rayyan,Naufal dan Darwish memandang Iqram,Yanna sebelum mereka membuat jasad mereka tidak wujud di hadapan mereka. Syah, Keysha dan Ame mengambil tempat mereka tanpa pengetahuan sesiapa.

'Jaharam punya member!Tolong lah aku hanats!' jerit Iqram dalam hati

'Aku tak nak tahu langsung siapa mamat tu.' gumam Darwish,Rayyan dan Naufal

Ame terus menunjukkan isyarat tangan kepada Keysha dan Syah.Keysha dan Syah yang faham akan maksud isyarat Ame, terus mereka bergerak ke belakang Yanna.Itu adalah titik kelemahan nya apabila Ame nampak.

Iqram masih lagi kaget ditempat dia berdiri.Dia langsung tidak tahu kenapa dia tetapi apabila melihat anak mata Darwish, dia hanya mampu mengikut walaupun dia tidak yakin akan kakak-kakak kepada Yanna sebenarnya.

"Iqram~Mana nak lari~Best lah game ni~" panggil Yanna

"Now" Jerit Ame

Terus Keysha dan Syah menangkap Yanna dengan kasar walaupun Keysha berasa bersalah namun itu kebaikan nya.Yanna memberontak dalam dakapan Keysha dan Syah namun pegangan mereka agak kuat.

Iqram tanpa menunggu masa, terus berlari ke arah belakang Rayyan sebelum Ame bertindak sebagai seorang kakak.Ame terus bergerak ke arah Yanna yang masih bergerak dalam pegangan Keysha dan Yanna.

Ame terus membisikkan sesuatu kepada Yanna sehingga budak kambing itu tidak lagi memberontak.Keysha dan Syah tersenyum kecil sebelum mereka melepaskan Yanna dengan perlahan-lahan sebelum Ame memeluk tubuh nya.

"Jangan biarkan emosi mengawal diri kau, Yanna.Aku tahu kau tengah bengang dengan mamat galah tu, tapi pernah ke aku bagi kau dikawal?Jangan sampai nyawa yang kita sayang pergi termasuk aku disebabkan kau, sis.Remember it, never let anything control your mind or you death in wars game." bisik Ame dengan nada lembut

Yanna masih lagi dalam pelukan Ame walaupun diri nya masih lagi kaku dengan kata-kata Ame.Syah dan Keysha cuba untuk mendekatkan diri mereka ke arah Ame dan Yanna namun Ame mengeleng kepala nya.

"Kau tahu tak sebab aku mudah kena kawal dengan benda tu?" tanya Ame

Keysha,Syah dan Yanna mengeleng kepala mereka sebelum memandang ke arah Ame yang masih lagi mengekalkan riak wajah biasa.Lagipun bagaimana mereka ingin melihat riaksi Ame kalau mask nya tidak ditangglkan.

"Sebab korang sebenarnya.Setiap kali bukan setiap masa aku sentiasa risau dengan korang even korang boleh tapi sebenarnya tak.Kebencian, kasih sayang, cinta dan sedih itu semua ilusi korang sebenarnya.Tetapi apabila ilusi mengaburi minda, kita akan hilang kawalan sehingga sanggup mencederakan semua orang termasuk diri kita.Itu sebab aku tak pernah bersuara apa yang rasa pada sesiapa termasuk korang.Apabila kita beritahu apa yang kita rasa, lama-lama kita akan rasa benda yang sebalik nya dan minda kita akan memikirkan satu sahaja." kata Ame dengan lebar

Keysha dan Syah mula faham kenapa Ame selalu berahsia kepada mereka malah tidak pernah kesah akan pandangan orang terhadap nya.Kadang kala mereka juga tidak mengerti sebab apa Ame berbuat demikian.

"Apa maksud kau?Aku tak faham?" tanya Yanna

"Dendam.Kerana dendam, kita sanggup membuat kesalahan terbesar dalam hidup kita.Itu sebab aku tak pernah bagi korang ikut emosi sangat macam sekarang.Kalau aku tahu salah seorang dari korang bertiga tak boleh kawal emosi, jangan pernah aku anggap korang wujud lagi.Faham tak!?" kata Ame dengan tegas

Terus Keysha,Syah dan Yanna menangguk kepala mereka dengan laju sekali.Ame yang melihat hanya tersenyum walaupun tiada siapa nampak.Darwish,Rayyan dan Naufal memandang Iqram dengan pandangan ingin memakan mangsa sahaja.

"K..ke...na...pa... pa...nda...ng... a..k..u... m..ac..am.. t..u..?" tanya Iqram dengan gapap

Rayyan dan Naufal memandang Iqram seperti seorang pesalah yang telah membunuh mangsa manakala Darwish seperti papa pikachu yang ingin merenjat anak nya.Iqram menunduk wajah nya daripada melihat tiga orang sahabat nya itu.

"Kenapa, hah!?Kau lepas ni jangan cuba cari nahas dengan budak tu boleh tak!?Kalau buat lagi, memang aku tak pernah bagi bini aku buat, faham tak!?" kata Darwish dengan dingin

Iqram terus mengangguk kepala nya dengan laju.Dia tidak sangka pula yang Darwish akan mengamuk teruk kepada nya.Rayyan terus menepuk bahu Iqram sebelum memberikan senyuman nipis kepada nya.

"Jangan ambil hati sangat dengan papa pikachu.Kau pun tahu kan angin dia tu macam mana?Lain kali jangan buat macam tau.Perempuan ni even dia sama rambut tapi personality charater dia memang berbeza.Jadi, apa yang terjadi pada kau ni kira sebagai satu pengajaran untuk jangan buat perempuan naik hantu.Faham?" pujuk Rayyan

Iqram mengangguk kepala nya beberapa kali sebelum Naufal mengosok kepala nya dengan kasar sehingga menjadi serabai rambut nya.Dia langsung tidak peduli akan pandangan sesiapa kerana bersalah dalam hal ini.

"Lebih baik kita masuk kelas sekarang.Takut kalau budak-budak ni kena marah karang." kata Naufal

Rayyan menangguk kepala nya sebelum mengerling ke arah Iqram dan Yanna.Dia sebenarnya tidak tahu sama ada ingin memarahi kepada siapa kerana kedua-dua bersalah dan tidak.Jadi, jalan mudah adalah menjadi pemujuk sahaja.

"Dan aku nak kau dan budak kambing tu pergi minta maaf." kata Darwish dengan dingin

Amarah nya masih belum reda apabila perbuatan Yanna dan Iqram adalah salah sehingga telah melibatkan semua orang termasuk diri nya.Iqram mengangguk kepala tanpa membantah langsung arahan Darwish.

"Yanna juga ye.Dan Syah kena minta maaf juga tahu." pujuk Keysha

Ame memejam mata nya apabila kepala nya mula berasa berdenyut seperti sebelum ini.Nasib baik dia tidak mengalami sesak nafas untuk minggu ini.Kalau tidak, pasti dia sudah menyusahkan semua orang termasuk kembar nya.

"Yanna akan maafkan Iqram tapi Yanna tak akan maafkan Syah langsung." kata Yanna dengan suara mengada

Syah hanya mengangkat kening nya sebelum menguyah kitkat dalam tangan nya dengan penuh selamba.Yanna sudah ternganga besar apabila Syah sengaja mencari nahas dengan diri nya namun perbuatan nya terhenti apabila melihat jelingan Ame.

"Do it or be death, dude." ugut Ame dengan mendatar

Syah dan Yanna terus mengangguk kepala dengan laju sebelum mereka bersalam sesama sendiri.Keysha tersenyum geli hati melihat telatah mereka namun senyuman semakin pudar apabila melihat Ame mengurut pelipis nya.

"Ame okey?" tanya Keysha

Ame hanya mengangguk kepala sebelum bangun daripada tempat nya lalu mengambil beg sekolah dan menuju ke arah pintu bilik.Keysha,Syah dan Yanna memandang Ame dengan penuh curiga.

"What?Korang nak buat maksiat dalam bilik ni ke?Aku nak keluar pergi surau lah.Kan pelajar perempuan dengan lelaki berasingan. Dan pelajar dengan ustazah Dirra.Macam mana aku tahu, dalam tablet tu.Dan yang lelaki korang memang nak duduk sini sampai dah jadi moyang ke?Just tanya ni." kata Ame 

Keysha,Syah dan Yanna yang steady pada mula nya terus menjadi gelabah semacam apabila mendengar nama Ustazah Dirra AkA ibu kesayangan mereka.Darwish,Naufal,Rayyan dan Iqram terus keluar dari bilik meeting itu.

"Don't stress, baby girl.Kau buat aku makin risau tahu tak?Just rest lepas habis semua ni ye." bisik Darwish dengan penuh romantis

Darwish terus berlalu pergi selepas berbisik kepada nya.Namun bagi Ame itu bukan romantis tapi ayat buaya.Bagaimana dia tahu, dia sendiri pun tidak mahu tahu apa pun yang berkaitan dengan ayat buaya.

'Merlin of sake, dia ni nak kubur ke?Dasar kerek buaya.Tapi asal pulak jantung aku ni laju semacam je?' monolog Ame

Ame hanya menemani Darwish dengan pandangan sahaja sebelum dia mengeluh panjang. Keysha,Syah dan Yanna bergerak ke arah Ame yang masih kaku ditempat nya sebelum mereka melangkah bersama.

SKIP PLACE

SURAU

Ame,Keysha,Syah dan Yanna sedang mendengar penerangan daripada ustazah Dirra apabila kelas baru sahaja bermula.Kebetulan juga mereka berempat menjadi satu kumpulan kerana satu kumpulan hanya perlu ada empat orang sahaja.

"Baik lah, memandang kan ustazah dah letakkan kamu dalam kumpulan.Kamu perlu membentangkan tentang larangan rasuah.Jadi, semua kumpulan wajib bersuara dan perlu bekerjasama ye.Kalau ada persoalan, boleh bertanya pada ustazah." ujar ustazah Dirra

Semua pelajar perempuan mengangguk kepala sebelum mereka berbincang dalam kumpulan masing-masing.Keysha,Ame,Syah dan Yanna meneliti semula tajuk yang baru sahaja dibincangkan dengan ustazah.

"So korang nak yang mana?" tanya Yanna

Keysha,Ame dan Syah memandang semasa sendiri sebelum mereka membelek dengan penuh tekun.Walaupun topik ni hanya ada kata kunci namun penerangan nya agak sedikit jadi mereka terpaksa menambahkan sedikit ayat mereka.

"Aku nak baca Al-Quran punya dengan maksud dan pengertian rasuah." putus Syah

Keysha,Ame dan Yanna mengangguk kepala mereka  sebelum mencatat sesuatu untuk tidak terlupa.Lagipun, mereka bertiga langsung tidak hairan kalau Syah memilih bacaan Al-Quran sebab dia lebih arih dalam pembacaan. 

"Erk... Key ambil kesan dan bentuk kesalahan rasuah." kata Keysha

Ame mengangguk kepala sebelum dia menandakan bahagian Keysha.Yanna memandang Ame sebelum dia melihat ke dalam buku teks nya.Lagipun, dia masih belum tahu lagi untuk mengambil bahagian apa sebenarnya.

"Aku cop larangan Allah tu." kata Yanna separa menjerit

Keysha,Ame dan Syah terus menjeling Yanna dengan tajam sebelum meletakkan jari ke bibir mereka.Yanna terus menekup mulut nya dengan tangan kanan nya manakala tangan sebalik membuat peace kepada kakak-kakak nya.

Ame mengeleng kepala nya sebelum menandakan untuk Yanna.Keysha,Syah dan Yanna memandang Ame dengan mata besar mereka.Lagipun hanya Ame sahaja yang tinggal tidak memilih bahagian yang dia inginkan.

"Whut?" tanya Ame

"Kau yang last punya atau nak tulis?" tanya Syah

Ame menunjukkan buku nya kepada Keysha,Syah dan Yanna sebelum mereka bertiga mengangguk kepala dengan serentak.Bukan mereka tidak kenal Ame memang susah untuk bersuara malah hanya cikgu sahaja yang pernah mendengar.

"Kejap!Ni kita ingat ke atau tulis?" tanya Keysha

Ame,Syah dan Yanna baru sahaja sedar yang ustazah Dirra tidak memberitahu untuk pembentangan dalam bentuk tulisan ataupun secara lisan sebenarnya.

"Sapa nak tanya?" soal Ame

Terus Keysha,Syah dan Yanna menandang wajah Ame dengan membuat baby eyes.Ame yang mula berasa kurang senang apabila ada satu kilauan daripada depan nya.

"Bloody hell, both you!" kata Ame dengan geram

Siapa yang tidak geram kalau Ame sememang nya tidak mahu mengeluarkan suara tetapi terpaksa apabila mereka bertiga sudah membuat mata.Kalau Syah atau Yanna tu memang dia tahu sangat tetapi kenapa Keysha juga turut terjebat membuat mata itu.

Keysha,Syah dan Yanna tergelak kecil apabila Ame seperti menahan geram pada mereka.Tetapi segeram mana pun, pasti buat juga tanpa sebarang rungutan.Tetapi apabila memikirkan semula rasa kesian pula pada Ame kerana terpaksa menerima semua perkara yang tidak sepatutnya.

"Secara lisan dan tulis.Jangan pernah minta aku lagi." kata Ame terselit amaran

Yanna tersenyum lebar seperti ingin makan benda pelik selain nasi dan lauk pauk sekarang ini.Bukan dia tidak kenal akan sifat kakak nya yang tidak peramah dengan orang lagi-lagi terpaksa menjadi fake.

'Budak ni kan!!Kau tunggu je lah aku kenakan kau cukup-cukup!' jerit hati Ame

Setelah mereka sudah selesai membuat setiap bahagian mereka, terus mereka bangun tanpa  rasa takut mahupun malu.Bagi mereka berempat, buat apa nak malu kalau ingin mendapatkan ilmu lebih dalam.

Selepas Keysha,Ame,Syah dan Yanna membentangkan kerja kumpulan mereka, ustazah Dirra menanyakan beberapa soalan.Mereka menjawab soalan mengikut pengetahuan mereka malah jawapan yang paling tepat adalah daripada Keysha dan Syah.

Semua orang bergerak pulang ke rumah masing-masing apabila loceng sudah berbunyi. Manakala, Keysha,Ame,Syah,Yanna,Qasha dan Lia terus bergerak ke gelangan basketball sebelum mereka terserempak dengan Helen dan Iris.

"Aik,Ris?Kau buat apa sini?Bukan sepatutnya kau dah lama blah ke?" tanya Qasha

Iris yang sedang seronok mengupas bawang dengan Helen terus memandang kawan-kawan online nya yang merangkap kawan sekolah nya.Namun pandangan nya tertumpa kepada Ame sehingga tuan punya badan berasa geli semacam sahaja.

'Dah kenapa budak catmunk tenung aku?Macam seram pulak dia tenung serupa perogol bersiri.' gumam Ame

"Memang lah dah lama habis, tapi aku kena balik dengan atuk tu.Itu pun dia baru bagitahu aku yang dia balik petang.Memang termenung masa depan aku je lah jawab nya." jelas Iris

Keysha,Ame,Syah,Yanna,Qasha dan Lia mengangguk faham sebelum Qasha dan Yanna menarik lengan Iris dengan muka tidak bersalah mereka.Helen mula berasa dua ekor kodok ini seperti ingin mendajjal seseorang sahaja.

'Nasib kau lah, Fikah.Dapat adik-adik kurang kasih sayang .' getus Helen

Mereka terus bergerak sambil bersembang panjang lagi-lagi tiga orang manusia yang tidak mendapat kasih sayang daripada Ame.Namun, Ame seperti tiada mood untuk bersembang dengan sesiapa sekarang ini.

Syah perasan akan kelakuan Ame sekarang ini namun dia tidak mampu membuat apa selain berdiamkan diri sahaja.Sesampai sahaja di gelangan basketball, mereka berlapan ternampak beberapa orang senior mereka sedang bermain bola keranjang.

"Fuyoo.... korang tahan aku kejap.Aku tengok senior-senior semua jambu siak!!" kata Qasha dengan gedik

Ame,Syah dan Lia memandang Qasha seperti baru sahaja tersampuk dengan saka tok chai dengan muka sebal.Helen dan Keysha sudah menutup muka mereka dengan menggunakan buku teks dan fail.

'Kawan aku ke ni?Aku memang tak kenal langsung sapa dia.' desis Helen

'Siapa dia ni?Aku kenal ke?' tanya Keysha dalam hati

'Ni perempuan ke sajat?Aku tak mengaku langsung.' getus Syah

'Syaitan mana yang muncul ni?Buat tak kenal je lah.' bisik Lia,Iris,Yanna

'Bloody hell!Lebih baik layan nota daripada kau,Qash.' gumam Ame 

Semua senior lelaki termasuk guru lelaki memandang mereka berlapan dengan pelik.Tiba-tiba sahaja salah seorang daripada mereka terjerit sehingga menarik perhatian semua.Qasha yang tersedar semua orang memandang dirinya terus menutup dengan buku Bahasa Melayu nya.

'Alamak malu pulak aku.' desis Qasha

Iskandar yang berada di gelangan tersebut terkena hentakan daripada lontaran bola.Entah sejak bila fikiran melayang jauh apabila terdengar suara hyper Qasha.

"Kenapa?Malu dah ke?" tanya Lia

"Ingat nak jerit kuat-kuat sampai satu bima sakti ni dengar suara hujan kau ke?Just tanya." perli Ame

Qasha terus menunduk wajah nya apabila Lia dan Ame memerli diri nya kerana terlalu angau dengan lelaki.Tetapi apa salah nya kalau dia ingin menjerit sebab semua senior dan junior sekolah mereka terlampau kacaks sangat.

"Tak payah perli aku lah, korang ni.Lagipun bukan salah aku pun." bela Qasha

"Habis tu?Salah sapa pulak?Kitorang ke?" soal Syah

Qasha mengeleng kepala dengan laju sebelum dia memuncung ke arah pelajar lelaki yang tidak jauh daripada mereka.Namun, tiada seorang pun yang faham akan maksud Qasha dengan memuncung mulut ke arah sana.

"Apa muncung-muncung?Nak aku ikat dengan getah tempe ke?" gertak Helen

"Hish!Tak kan seorang pun tak faham hint?" tanya Qasha

Dengan hampir serentak, mereka bertujuh kecuali Qasha mengeleng kepala dengan laju. Memang lah mereka tidak faham kalau main muncung ikan dekat pelajar senior lelaki.Qasha terus menepuk buku teks nya ke muka dengan kuat sehingga berbunyi.

"Yang kau leupk muka tu dengan buku dah kenapa?Nak aku lepuk dengan beg aku ke?" kata Yanna

Qasha langsung tidak peduli akan suara kambing Yanna yang acap kali membuat dia ingin menjadikan sebagai korban untuk hadiah kahwin Ame.Terus dia memandang mereka dengan pandangan tajam.

"Serius lah korang tak faham apa aku maksudkan ni?" tanya Qasha dengan kepastian

"Yes!" kata mereka bertujuh

"Maksud aku, ini semua salah lelaki lah." kata Qasha dengan geram

Keysha,Yanna,Lia,Iris dan Helen ternganga sehingga buku dan fail yang dipegang oleh mereka sudah selamat mendarat ke atas kerak bumi.Ame dan Syah memandang sesama sendiri sebelum mengeleng kepala mereka.

"What function, Boba?" tanya Ame

"The function is kenapa semua lelaki dekat sekolah kita ni terlampau kacak sangat sampai iman aku tergugat?" kata Qasha dengan penuh drama

"Kan!Kalau salah satu diorag tu adik kita atau boyfriend, kan rasa syok?" sokong Lia

Keysha,Yanna,Iris dan Helen mengangguk setuju apa yang dikatakan oleh Qasha dan Lia sebenarnya.Ame dan Syah terus menjuling mata mereka sebelum pergi meninggalkan Qasha dan yang lain yang sedang melayan perasaan sekarang ini.

Syah memusing ke arah belakang apabila melihat Qasha,Lia,Keysha,Yanna,Iris dan Helen masih tidak berginjak daripada kedudukkan mereka.Ame yang perasan Syah seperti ingin bertanya sesuatu kepada nya, terus dipintas.

"Kau nak suruh aku panggil ke?Biarkan je lah nanti aku suruh abang Ngah panggil." kata Ame tanpa nada

Syah hanya mampu mengikut sahaa arahan Ame disebabkan Ame seperti malas untuk melayan mata kerajang senior mereka.Syah menarik baju Ame dari belakang sehingga Ame hampir terjatuh namun sempat mengimbang badan nya.

'Ish budak ni.Nasib baik lah tak terjatuh tadi.' desis Ame

"Mama..." panggil Syah dengan manja

Ame hanya mampu mengeluh sebelum menghulurkan tangan nya kepada Syah tanpa riaksi. Syah yang melihat tangan Ame disuakan kepada nya terus dipengan tanpa rasa segan silu langsung.

'Apalah nasib aku dapat adik-adik manja?Nasib lah jarang nak bermanja dekat sekolah.' gumam nya

Syah memeluk lengan Ame dengan erat apabila melangkah masuk ke dalam gelangan sambil menunduk pandangan nya.Lagipun, Ame tahu dia langsung tidak gemar akan pandangan daripada lelaki bukan muhrim kepada diri dan kakak-kakak serta adik nya.

Namun semasa mereka mencari keberadaan Darwish,Rayyan,Naufal dan Iqram yang tidak kelihatan, Ame dan Syah dihalang oleh beberapa orang senior.Ame mendengus kasar sebelum menarik Syah ke belakang nya.

"Hai, cik adik yang lebih manis daripada gula." sapa salah seorang daripada mereka dengan ramah

Namun, Ame langsung tidak tertarik pada kesemua senior yang menghalang laluan mereka. Salah seorang daripada memandang diri nya dan Syah dengan pandangan yang sukar untuk ditaksif.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro