Bab 59
"Senang cerita, semua orang minta maaf je lah.Daripada bertekak, lebih baik minta maaf even dalam hati memang langsung tak nak maafkan orang." putus Naufal dengan nada lemah
Ame dan Syah hanya mengangguk kepala nya memandangkan kedua-dua malas ingin bersuara.Apabila bersuara, pasti kata-kata tajam sahaja yang bakal terpacul dari mulut kecil molek mereka.
Yanna mendengus sebelum mengangguk kepala nya manakala Keysha menunduk kepala nya sambil mengangguk.Yanna memang seorang perempuan yang paling Ego dengan lelaki manakala Keysha jenis pemalu.
"Asif. (Maaf)" kata Syah
Rayyan yang faham akan bahasa arab, mengangguk kepala.Dia langsung tidak hairan kalau Syah mengucap perkataan maaf dalam bahasa arab.Lebih lembut dia berkata seperti itu walaupun Rayyan memang benci dengan perempuan.
"Jeosonghabnida. (Maaf)" ujar Yanna
Iqram sudah pening-pening lalat apabila Yanna bercakap dalam bahasa asing.Sumpah, entah kenapa dia menjadi terlampau lembab sangat untuk memahami bahasa pelik.
"Apa kau cakap?Aku tak faham sebenarnya." jujur Iqram
Yanna terus menyorok tangan nya ke belakang sambil mengepal sekuat hati.Sumpah dia terasa ingin masak lemang dengan menggunakkan moyang buloh lemang ni.Dia masih mengekalkan senyuman paksa di wajah nya.
"Aku cakap maaf, moyang.Lain kali belajar lah sikit bahasa asing." kata Yanna dengan perlian
Iqram membalas senyuman paksa kepada Yanna apabila diperli sebegitu.Kalau sebab ada Ame dekat sini, memang sudah lama budak tidak cukup zat besi ni dia kerjakan habis-habisan.
'Sabar Iq, sabar ~' desis Iqram
"Duibuqi. (Saya minta maaf)" pohon Keysha
Naufal dengan riak wajah mendatar hanya mengangguk kepala.Lagipun, ini sudah dua kali minah belut ini mengucapka perkataan maaf.Langsung tidak layak untuk menerima setiap maaf daripada mulut orang.
"Gomen'nasai (maaf)" tutur Ame
Darwish mengangguk kepala nya dengan muka beku.Walaupun ada segelintir pelajar lain lalu di sekeliling nya, namun entah kenapa pandangan nya langsung tidak beralih daripada memandang mata Ame.
'Kenapa mata dia macam pernah nampak je?Tapi dekat mana?' getus Darwish
"Kitorang maafkan.Tapi aku nak jumpa korang berempat dekat padang nanti.Lepas subjek pertama korang tamat." arah Darwish
Ame,Keysha,Syah dan Yanna mengangguk kepala dengan pasrah.Apabila sudah memaafkan seseorang, mereka tidak boleh melawan kata-kata nya seperti pantang larang.Walaupun dalam hati mereka rasa bersalah dan tunggu ribut petir muncul sahaja.
"Ape-ape je lah.Boleh tepi sikit tak?" ujar Yanna dengan kasar
Yanna dan Keysha yang paling banyak bersuara daripada Syah dan Ame.Syah hanya bersembang dengan kawan atau mereka bertiga manakala Ame hanya akan bersuara pada benda yang peting sahaja.
Terus Darwish,Rayyan,Naufal dan Iqram memberi laluan kepada mereka berempat.Ame sempat melanggar Darwish dengan kasar,Syah memijak kaki Rayyan,Keysha mengetuk Naufal dengan buku dan Yanna menepuk belakang Iqram dengan kuat sekali.
'Padan muka.' desis Ame,Keysha,Syah dan Yanna
END FLASH
Selepas loceng kedua berbunyi, terus Ame,Keysha,Syah dan Yanna keluar dari kelas.Rakan-rakan kelas mereka memandang pelik apabila melihat wajah Keysha yang mendung dan Yanna cemberut.
"Wei,Nasha." panggil Azira
"Apa?" tanya Nasha
"Asal dengan si Syirah tu?Moody semacam je aku tengok." ujar Alin
Nasha memandang Keysha dengan penuh pelik.Sebab memang susah untuk kawan sekelas nya ingin menceritakan masalah kepada nya.
"Entah lah.Tapi yang aku pelik lah kan.Asal dia gerak dengan budak sombong?Setahu aku dia mana pernah gerak dengan budak sombong tu." kata Nasha dengan penuh curiga
Azira dan Alin hanya mengangkat bahu mereka sebagai tidak tahu.Tanpa mereka sedar, Ame menyorok disebalik tiang kelas apabila mendengar semua perbualan tiga ekor dajjal.Ada sahaja benda yang tidak puas hati tentang diri nya.
Selepas Nasha,Azira dan Alin keluar dari kelas, Ame terus masuk lalu bergerak ke arah beg sekolah nya.Nasib baik dia membawa ubat-ubat nya dan air mineral hari ini.Kalau tidak, pasti terjadi seperti sebelum ini, menyusahkan kembar nya.
'Jumpa pun.Biskut ni aku bawa turun lah.Nasib baik aku dikecuali untuk PJ ni.' desis Ame
Ame terus turun ke padang apabila mengambil barang yang dia perlu sahaja.Dan dia terkejut apabila melihat ada segelintir pelajar tingkatan lima turun padang juga.Lantas, dia bergerak ke arah Syah yang sedang bersembang dengan Yanna dan Keysha.
"Kau pergi mana tadi kak?Lama betul duduk dekat atas tu?" tanya Syah
Ame hanya tersengih disebalik mask nya.Dia memandang sekeliling nya apabila melihat pelajar tingkatan empat dan lima dari kelas berlainan kebanyakan sudah turun.Namun dia mula berasa pelik apabila pelajar tingkatan lima juga memakai baju sukan seperti mereka.
"Adalah.Ni asal ada budak senior dekat sini?Bukan form four ke yang ada PJ hari ni?" tanya Ame
"Bukan Me sorang sahaja yang pelik tapi Key dengan Yanna pun sama.Tapi Syah kata pengetua yang suruh." terang Keysha
Ame mula berasa curiga dengan permainan pengetua dan Darwish sebenarnya.Namun, dia kerap bersangka baik kepada pengetua apabila semua terjadi adalah satu kebetulan yang tidak dapat diduga.
"Tak kan lah kebetulan pulak.Tapi bila ingat apa mamat kerek tu kata 'Jumpa dekat padang nanti', korang semua rasa ada yang rancang ke?" kata Ame
Syah,Keysha dan Yanna mengangguk kepala apabila mula sedar akan arahan Darwish pagi tadi.Rasa seperti ada seorang atau sesuatu yang merancang disebalik pengetahuan mereka berempat.
"Tapi siapa yang sanggup rancang semua ni?" tanya Yanna
Ame meletakkan jari nya ke dagu sambil berfikir.Lagipun, dia hanya mengesyak Darwish ataupun pengetua.Lagipun, hanya dia sahaja yang tahu akan hubungan diantara Darwish dan pengetua sebenarnya.
'Takkan lah pengetua pulak?Lagipun, aku tahu yang pelajar tingkatan empat dengan lima memang tidak boleh bergabung.Mungkin 'dia'?' gumam Ame
"Kya!!!Itu kan Helen Kyla!!!" jerit pelajar perempuan
Ame,Keysha,Syah dan Yanna terus menoleh ke arah suara pelajar perempuan.Tersentak mereka berempat apabila melihat Helena adalah senior mereka.Sudah lah dia kenal siapa Yanna kalau mereka berdua bertembung antara satu sama lain.
'Alamak!?Mati lah aku nanti.' desis Yanna
'Macam mana aku langsung tak perasan dia pelajar sekolah ni jugak?' gumam Ame
'Biar kebenaran!?Kenapa pulak tahun ramai pula model dengan artis muda sekolah dekat sisni?' monolog Syah
'Tak sangka pula jumpa dengan partner in crime pula.But, dia tak tahu yang Ame juga satu sekolah dengan dia lagi.' getus Keysha
Tanpa Syah dan Keysha sedar,Yanna sudah menyorok dibelakang Ame dengan badan nya yang bergeletar.Sesungguh nya dia menyesal pula apabila mengingati balik bercakap tanpa berlapit langsung.
"Kak~Aku takut lah." adu Yanna
Ame hanya mengeleng kepala nya sebelum memandang Helena dengan mata tajam nya.Dia pasti yang Helena tidak akan berdiamkan diri apabila diri nya mencabar.
Belum sempat Helena ingin bergerak ke hadapan, ada satu suara yang menyentap di halwa telinga Ame.Terus dia mengalih pandangan nya ke arah suara tersebut dan terkaku apabila melihat Darwish,Naufal,Rayyan dan Iqram berada di belakang cikgu PJ.
"Dah kenapa kamu semua menjerit macam hilang laki ni, hah!?" jerit cikgu Fuad AkA guru disiplin
Menikus sudah semua pelajar apabila cikgu Fuad bersuara.Walaupun dia jenis layan pelajar namun apabila sekali dia bertukar menjadi harimau, memang seram sejuk lah.
'Padan muka.Jerit lagi.' desis Ame sambil tersenyum sinis
"Sudah tu.Pelajar 4 Amethyst 1 dan 5 Amethyst 1 akan bergabung.Pelajar 4 Cyrstal 3 dan 5 Cyrstal 3 sila duduk di sebelah pelajar Amethyst.4 Emerald 5 dan 5 Emerald 5 sila bergerak ke sebelah kelas Cyrstal. Kelas terakhir, 4 Garnet 7 dan 5 Garnet 7 sila duduk di sebelah sana.Kamu semua akan bergabung dengan tingkatan lima.Ini adalah arahan daripada pengetua dan tiada bantahan yang akan diterima oleh kamu semua.Faham." kata cikgu Hanan
Semua orang mengangguk kepala termasuk Ame,Syah,Keysha dan Yanna.Jadi, ini lah yang dimaksudkan oleh Darwish pagi tadi.Tapi, kalau kelas Amethyst dan Cyrstal dapat cikgu Fuad dan Cikgu Hanan, dia perlu maklumkan kepada cikgu akan kesihatan nya.
Lagipun, Uncle Dan sudah pasti melarang nya untuk tidak mengikuti aktiviti pada atau lasak.Namun, masih ada permainan yang dia boleh bermain selagi ia tidak menyebabkan dia dimasukkan ke rumah hantu lagi.
"Jadi, untuk hari ini kamu semua akan melakukan aktiviti memanah dengan pasangan kamu." kata cikgu Hanan
"Yeah!!" jerit semua kecuali Ame dan Darwish
'Dah terancat ke diorang ni.Siap adik aku pun naik sekaki.' kutuk Ame
'Dah nak mati rupa nya.' desis Darwish
"Jangan nak happy sangat lah.Saya,cikgu Hanan,cikgu Dzul dan cikgu Ari yang akan berikan pasangan kamu semua.Jadi, jangan ingat yang kamu boleh pilih pasangan kamu." ujar cikgu Fuad
Ame hanya mengeleng kepala nya sambil tersenyum geli hati disebalik mask nya.Yanna hanya menarik muncung angsa nya sambil memeluk erat Ame.Ame hanya membiarkan sahaja walaupun dalam hati hanya tunggu sahaja dia mengorbankan kambeng golek.
Maka, bermula lah pembahagian pasangan mengikut kelas dan tingkatan.Ada yang gembira sebab dapat berpasangan dengan kawan sendiri.Namun bukan bagi Ame,Syah,Keysha dan Yanna sebenarnya.
"Fikah,Sofea,Ryyana dan Syirah.Kamu berempat akan berpasangan dengan Darwish,Naufal,Rayyan dan Iqram.Baiklah, memandangkan semua orang sudah mendapat pasangan, maka kita akan teruskan dengan aktiviti kita hari ini." kata cikgu Ari
'Aku benci betul lah!!!' jerit hati Ame
'Apa lah nasib aku kena berpasangan dengan mamat bisu ni?' desis Keysha
'Kenapa dunia ini sungguh kejam!?Aku tak pun dengan moyang pokok buloh lemang.' bentak Yanna
Darwish,Rayyan,Iqram dan Naufal mengaru kepala mereka yang tidak gatal.Mereka duduk di sebelah si bunga-bunga dengan muka pelik.Tiada angin, tiada ribut petir, terus jadi bengang semacam sahaja.
'Dah kenapa pulak dengan minah senget ni?' desis Darwish
'Adakah ni Syirah yang aku lihat ke?' getus Naufal
'Apekah!?Apa pulak salah aku dengan minah arab ni?' monolog Rayyan
'Ini manusia ke bunian?Tiba-tiba pulak nak berapi ni?' bebel hati Iqram
Terus mereka mencuit sedikit bahu si gadis.Namun, tiada respon langsung daripada Ame,Keysha,Syah dan Yanna.Maka, mengeluh lah jawab nya Darwish,Rayyan,Naufal dan Iqram apabila melihat perangai tiga suku mereka.
"Nur Ameerah Syafikah." panggil Darwish
"Nur Akeysha Syahirah." panggil Naufal
"Nur Aisyah Sofea." panggil Rayyan
"Nur Arryana Saffiya." panggil Iqram
Macam mana Iqram,Rayyan dan Naufal boleh tahu nama penuh Keysha,Syah dan Yanna?Itu sebenarnya mereka bertiga ternampak nama mereka bertiga pada files peribadi sebelum ini.Ini adalah bantuan daripada pengetua dan Darwish sendiri.
'Macam mana pulak doirang ni tahu nama penuh aku?' getus Keysha,Syah dan Yanna
"Macam mana korang boleh tahu nama diorang?" tanya Ame
Terus Naufal,Rayyan dan Iqram menunding jari ke arah Darwish.Darwish memandang ke tempat lain sambil bersiul-siul.Ame hanya mampu mengeleng kepala nya apabila kembar nya telah memberi death glare pada Darwish.
"Apa masalah korang panggil ni?Tahu lah nama kitorang ni cantik seperti tuan badan nya juga." puji Yanna
Ame menjuling bebola mata nya apabila Yanna mula mengangkat kapal selam.Sesungguh nya dia langsung tidak mahu mengaku yang Nur Aryyana Saffiya adalah adik kambing nya.Syah dan Keysha mengeleng kepala sebelum bergerak ke arah Rayyan dan Naufal.
"Okey, stop it.Only small problem.So, daripada kita bertekak mulut, ada baik nya kita pergi cuba berlatih memanah." pujuk Keysha
Ame,Syah dan Yanna mengangguk kepala sebelum menarik lengan si ketua.Nasib baik mereka berempat memakai baju PJ lengan panjang.Senang sikit Ame,Keysha,Syah dan Yanna menarik si ketua yang berat punggung.
"Cepat lah.Kalau kau tak nak bangun, aku akan batalkan pertunangan ni." ugut Ame di cuping telinga Darwish
Darwish mendengus sebelum bangun dari duduk nya.Manakala yang lain juga terpaksa turut bangun sebelum diugut oleh si kembar.Nasib baik lah partner mereka, kalau tidak mahu dicium mulut kecil itu supaya tidak mengugut orang.
"So, korang berempat tahu ke memanah ni?" tanya Rayyan
"Sudah tentu lah.Our games." ujar Syah dengan penuh bangga
Yanna mengajuk cakap Syah dengan membuat muka buruk nya.Ame dan Keysha tersenyum geli hati apabila Yanna mengajuk dengan muka paling buruk.Tidak ketinggalan juga, si ketua tersenyum pada Syah dan Yanna.
"Woi!Kau ajuk aku ke kambeng?" soal Syah dengan geram
Yanna hanya menjelir lidah nya apabila melihat Syah mula berasa geram.Memang hobi nya untuk membuat Ame dan Syah naik geram.Kalau bukan dia, pasti hidup mereka akan berasa terlampau hambar.
"Sudah lah tu." halang Keysha
Namun, mana pernah mereka akan mendengar daripada mulut Keysha.Selagi tidak balas dendam, jangan pernah ingat untuk berhenti.
"Lebih baik korang berhenti sebelum aku beku kan semua duit korang dalam bank.Dan aku tak pernah langsung bagi coklat korang kalau nak main balas dendam ni." ugut Ame dengan mendatar
Terus terdiam mereka berdua walaupun dihalang oleh Rayyan dan Iqram.Namun, ugutan Ame tetap menjadi sebab apa yang dikatakan pasti akan termakbul juga.
'Memalukan kaum betul lah adik aku ni.' rungut Ame
Darwish hanya mampu mengeleng kepala nya apabila melihat bakal adik ipar nya sudah seperti monyet dan kambeng berlawan sahaja.Nasib baik sahaja Ame tidak seperti mereka berdua, kalau tidak boleh sudah dia mendaftarkan diri ke rumah bahagia.
Terus Ame bergerak ke arah kawasan memanah dengan Darwish bersama Keysha dan Naufal.Lagipun, Ame sudah terbiasa dengan memanah manakala Kesyha pada acara olahraga.
"Kau pandai main tak?" tanya Naufal
Keysha hanya mengangguk kepala nya.Lagipun, ini semua disebabkan Ame jenis suka akan dunia memanah sehingga mereka ada padang mini untuk melakukan aktiviti kesukaan mereka semua.
"Wei,boleh tak kalau aku dengan Key start dulu.Lagipun, dia lebih kepada siapa yang paling handal dalam memanah mengikut pasangan kan?Jadi, lebih baik aku lawan dengan Key dulu lepastu kau dengan Naufal pulak.Amacam?" cadang Ame
Darwish dan Naufal memandang sesama sendiri sebelum mengangguk kepala mereka sebagai tanda setuju.Keysha tersenyum manis pada Ame lalu mengambil posisi mereka.Pelajar yang lain melihat mereka berdua berada di kawasan memanah dengan tenang.
"Ready,Ame?" tanya Keysha penuh serius
"I'm always ready for this, sis." ujar Ame
Maka, kedua-dua mereka mengambil busur lalu diletakkan pada bowstring.Mereka menarik busur tersebut lalu mencari posisi yang selesa.Selepas menjumpai nya, mereka merehatkan diri sebelum memandang ke hadapan dengan tajam sekali.
"Ready.Lepaskan!" jerit cikgu Dzul
DUSH!!
Terus,Ame dan Keysha melepaskan busur mereka dengan serentak.Darwish dan Naufal terkejut apabila melihat kedua-dua gadis itu, amat serius dalam permainan memanah sedangkan ini hanya satu aktiviti sahaja.
'Hebat.Tak sangka pulak diorang pandai memanah.' desis Darwish dan Naufal
"Nice shot, sis." puji Ame
"You too, sis." kata Keysha
Ame dan Syah berjabat tangan sebelum meletakkan alat memanah ke tempat asal.Syah dan Yanna terus menepuk bahu Ame dan Keysha sebagai tanda tahniah.
'Terbaik lah.' desis Yanna
Mereka berdua tergelak kecil apabila melihat wajah Darwish dan Naufal pucat seperti ternampak bunian sahaja.Bukan dia sengaja gelak tetapi entah kenapa semua amarah nya hilang apabila melihat muka buruk Darwish.
"Hye." sapa Ame
Darwish tersentak apabila melihat Ame sudah berada disebelah nya.Manakala Naufal terkejut sehingga hampir terjatuh apabila Keysha muncul secara mengejut dihadapan nya.Nasib baik lah jantung mereka berdua sihat sahaja, kalau tidak sudah jalan jawab nya.
"Lebih baik korang berdua pergi sekarang.Lagipun, diorang berempat dah habis main.Korang berdua bila lagi?" ujar Kesyha
Tanpa menunggu masa, Naufal dan Darwish terus bergerak ke arah kawasan memanah.Mereka melakukan dengan penuh fokus sehingga ada segelintir pelajar perempuan mejerit suka melihat Darwish dan Naufal.
Ame yang berada berdekatan dengan pelajar perempuan, hanya mengempal tangan nya dengan erat sekali.Entah kenapa sejak status nya menjadi tunang orang, dia seperti bukan diri nya yang diketahui.
'Takkan lah aku cemburu?No way!Sedar lah Ame.Dia akan jadi suami kau untuk tiga bulan lepastu end lah.' desis Ame
"Ame?kau dah kenapa?" tanya Syah
Ame hanya mendiamkan diri sebelum pergi dari situ.Entah kenapa dia berasa perasaan nya mula bercampur aduk apabila pelajar perempuan memuji Darwish dihadapan nya.Tanpa berfikir apa-apa, dia bergerak ke tandas perempuan yang berada di block makmal lama.
"Kenapa lah dengan aku sebenarnya?Bloody Hell,Ame.Kau tak mungkin akan jatuh cinta dengan lelaki.Ingat misi kau yang satu tu." marah diri nya
Terus Ame keluar dari tandas sebelum dia mula berasa ada seseorang mengekori nya.Dia mula berasa tidak sedap hati sahaja.Sudah lah kawasan block makmal lama memang jarang ada pelajar atau kakitangan sekolah lalu.
Ame berjalan dengan biasa sebelum dia memandang ke arah belakang.Namun, tiada siapa yang ada disitu kecuali diri nya.Tanpa menunggu masa, terus dia berlari dengan sepenuh hati sehingga tiba di kantin sekolah.Kebetulan juga loceng waktu rehat sudah berbunyi.
"Yow." sapa Yanna
"Waalaikumusalam." sindir Ame
Yanna tersedak teruk apabila di sindir sebegitu oleh Ame.Syah yang berada di sisi nya ketawa terbahak-bahak sambil menepuk belakang Yanna.
"Kau asal Ame?Marah semacam je aku tengok kau tadi." kata Syah dengan pelik
Pelik binti Ajaib apabila Ame tiba-tiba sahaja berapi tanpa sebab.Selalu nya kalau Ame mengamuk sekalipun pasti ada sebab yang munasabah.Tetapi Ame berapi tidak tentu hala seperti perangai kalut Yanna.
"Nothing.Maybe aku stress sikit." bohong Ame
Syah mengecilkan pandangan nya apabila dia dapat menangkap yang Ame sedang menipu dengan diri nya.Kalau dia Yanna untuk menipu, dia masih boleh terima sebab Yanna sudah semula jadi seorang perempuan lurus bendul.
Namun dengan diri nya dan Keysha, memang Ame tidak pernah pandai menipu.Dia mengeluh apabila Ame mendiamkan diri.Manakala Yanna masih leka dengan biskut kitkat yang diberi oleh Syah dan Ame.
"Thanks korang sebab beli aku kitkat Dino biskut." kata Yanna
"Kau ni.Cuba makan macam perempuan sikit.Kau tu jantan ke betina makan macam tu?" tanya Syah dengan garang
Yanna mencebik mulut nya apabila Syah mencari pasal dengannya.Biar lah dia makan bagaimana sekalipun asalkan Kitkat kesayangan nya tidak pupus dimuka bumi ini.
'Lantak lah.Janji aku happy dapat makan kitkat yang paling sedap di muka bumi ini.' gumam Yanna
Ame hanya mengeleng kepala nya apabila melihat si Yanna menguyah KitKat dengan mulut yang penuh.Langsung tiada adab betul budak kambing di sebelah nya.Belum sempat dia ingin menegur Yanna, Keysha muncul dengan muka murung nya.
"Key?Something wrong?" tanya Ame dengan prihatin
Syah memandang Keysha yang berada di sebelah nya apabila mula perasan Keysha sudah muncul.Yanna pula masih leka akan kenikmatan Kitkat Dino Biskut itu tanpa sedar renungan daripada Ame dan Syah.
"Syah,que dites-vous que vous tirez la chose et je tapote la tete de la chever.(Syah, apa kata kau tarik benda tu dan aku ketuk kepala si kambeng ni.)" cadang Ame
Syah mengangguk kepala sebelum menarik Kitkat Dino biskut dari Yanna.Dan Ame terus mengetuk kepala Yanna dengan buku lima nya.Nasib baik muka Yanna tidak terkena pada permukaan meja, kalau tidak memang kemek sudah hidung macung tu.
"Apa ni!?" jerit Yanna
Segelintir pelajar memandang Yanna dengan muka pelik.Yanna tersengih kambeng busuk sebelum menunduk kepala nya sedikit.Baru dia ada perasaan malu, kalau tidak memang muka tidak tahu malu sahaja yang bakal muncul.
"Kau lebih penting makanan kau atau Keysha?" tanya Syah
"Sudah semesti nya dengan Keysha baru makanan.Kalau aku pentingkan korang, lambet lagi." kata Yanna
Ame menguling bebola mata nya ke atas.Sudah dapat agak akan sifat Yanna yang lebihkan makanan daripada nyawa.Kalau dia sudah mengembek, jangan pernah tanya sebab apa kitkat dalam rumah langsung tidak kelihatan.
"Key.Ini bukan diri Key.Just share with us.Mana tahu kitorang boleh tolong apa yang patut." pujuk Ame
Syah mengangguk kepala nya sebagai menyokong kata-kata Ame.Lagipun apa guna nya ada adik beradik kalau merahsiakan sesuatu.Yanna mengangguk kepala nya sambil menyedut milo kotak.
"Macam ni... ada orang ejek Keysha dekat padang tadi.Keysha langsung tak tau apa salah yang Key buat dekat diorang sampai diorang marah dekat Key.I feel like I little girl of usesless after all to everyone." adu Keysha dengan nada sedih
Wajah Ame bertukar menjadi dingin apabila ada orang membuli kakak nya.Walaupun kakak nya seorang yang kuat dari segi fizikal namun daripada emosi amat rapuh sehingga sekeping biskut mudah patah.
"Apa yang diorang kata dekat Key?" tanya Syah
"Diorang kata Ame dengan Key langsung tak layak dekat dengan Darwish and Naufal. Lagipun,diorang kata Helena and Iris lebih sesuai bersama berbanding kita.Lepastu, diorang kata yang Ame dengan Key perempuan tak tahu malu sebab rampas hak orang punya." sambung Keysha
Ame sudah mengemgam kedua belah tangan nya apabila kakak kesayangan nya diperkatakan seperti itu.Kalau sekolah ini adalah milik nya, sudah lama dia bunuh orang yang mengejek kakak nya tanpa belas kasihan langsung.
"Apa nama diorang?" tanya Ame dengan mendatar
"Senior Balqish,Nathra and Senior Putri." kata Keysha dengan takut
Ame terus bangun lalu bergerak keluar dari kantin sekolah.Dia memang kenal sekali dengan ketiga-tiga pelajar disebabkan mereka bertiga adalah budak pengawas sekolah seperti nya.Yanna terus mengikut Ame apabila Ame sudah bangun dari tempat nya.
"Yanna.Mana tiga sundal tu bertugas?" tanya Ame dengan dingin sekali
Yanna yang faham akan maksud siapa sundal, terus melihat jadual mereka melalui tablet sekolah.Barang elektronik sekolah seperti tablet untuk sekolah sahaja mereka diberi oleh pihak sekolah.
"Tiga-tiga dekat block Form Five dan tangga." ujar Yanna
Ame tersenyum sinis disebalik mask nya sebelum bergerak dengan lebih laju.Lagipun, dia perlu menyelidik dahulu sebelum menghukum seseorang dan memerlukan bukti yang kukuh serta saksi.
"Erk,Ame.Aku panggil budak yang jaga tanggu tu eh?" pinta Yanna
Ame hanya mengangguk kepala nya sebelum mata nya meliar mencari mangsa.Sungguh hati nya cukup panas sekarang ini selepas mengelarkan kakak nya sebagai perampas hak orang lain.
Setiba di block Form Five, Ame terus berjalan di kaki lima dengan muka dingin nya.Aura nya sudah dapat diketahui bahawa angin nya menjadi terlebih dingin daripada biasa.Yanna yang berada dibelakang Ame, mula berasa seram sejuk sahaja.
"Balqish Amirah,Putri Sarahfina.Datang ke sini sekarang." panggil Ame dengan dingin sekali
Mereka berdua terus bergerak ke arah Ame dengan lengang lengok sekali sehingga mampu menarik perhatian pelajar lelaki.Dengan pakaian mereka yang lebih sendat, memang boleh nampak pakaian dalam.
'Sendat pula mata aku tengok.' kutuk Ame
"Ada apa panggil kitorang budak?Kau tak pergi bertugas ke?Karang aku bagitahu dekat Darwish dengan Naufal." kata Balqish dengan penuh berlagak
Putri yang berada di sebelah Balqish, tersenyum sinis sambil menolak bahu Ame sehingga terlanggar bucu dinding.Nasib baik baju nya tidak terkoyak, kalau tidak pasti dia buntu untuk menutup kesan koyakan baju nya.
"Kau tahu tak kau cakap dengan siapa sekarang ni?Dia ni penolong Darwish dan Aku setiausaha Naufal.Jadi, yang kau tercegat dekat sini dah kenapa!?" marah Putri dengan berlagak
Ame cuba menahan diri nya daripada membaling senjata nya ke arah mereka berdua.Tidak sangka pula yang dua orang ini masih tidak tahu yang dia adalah penolong kedua dan Yanna merupakan setiausaha pengawas.
"Saja.Aku nak tengok juga korang buat kerja macam mana kan?Ye lah aku kena laporkan pada ketua kita tu." kata Ame dengan penuh sinis
Balqish terus menampar wajah Ame apabila dikritik seprti itu.Ame dapat merakasan muka terasa kebas daripada biasa.
"Ame!!" jerit Yanna
Terus Yanna melangkah ke arah Ame yang sedang terduduk sambil memegang wajah nya.Seumur hidup nya, tidak pernah daddy mahupun abang-abang nya tidak sanggup menampar wajah namun orang lain yang sanggup lakukan.
"Kau pahal, sial!?" jerkah Yanna dengan berang
"Kawan kau tu yang kurang ajar dengan kitorang.Korang berdua tunggu je lah aku bagitahu dekat Darwish." ugut Balqish
Ame tersentak apabila melihat bayang-bayang seseorang datang mendekati mereka sekarang ini.Dia yakin sangat bayang-bayang yang dia nampak adalah bayang-bayang milik Darwish.
"Bagitahu apa?" tanya Darwish
Balqish,Putri dan Nathra menikus apabila Darwish berada di hadapan mata mereka.Entah kenapa depan Darwish mereka berasa lemah sangat lulut dengan mata dingin nya.Ame memaling wajah nya sebelum bangun dari duduk nya.
'Aik?Bila masa pulak mamat ni muncul.' gumam Yanna
Yanna yang sedar akan tidakan Ame, terus membantu si kakak bangun dan menepuk debu di belakang dengan menggunakan tapak tangan.Darwish memaling wajah nya apabila perasan sesuatu pada Ame.
Tanpa amaran, Darwish menanggalkan sweater nya lalu meletakkan ke atas bahu Ame.Ame terkejut namun hanya mampu mendiamkan diri sahaja.Naufal dan Yanna memandang Ame dan Darwish dengan muka nakal mereka.
"Kak.Sakit ke kena lempang tu?" tanya Yanna
Ame mencerlung memandang Yanna tanpa mempedulikan Darwish dan Naufal yang berada di situ.Sudah lah hati nya tengah berapi, boleh pula si kambeng terlepas ini boleh menjadi batu api untuk membunuh orang.
'Kambeng ni nak mati dengan aku ke apa?' desis Ame
'Soalan paling cerdik sekali.Memang patut lah minah senget mudah naik angin dengan si kambeng tu.' kutuk Darwish
"Kau nak rasa lebih apa aku rasa ke, kambeng?" tanya Ame dengan dingin
Yanna tersengih kambing busuk sebelum mengundur diri ke sebelah Naufal.Ame hanya memandang Yanna dengan pandangan kosong sebelum memandang wajah ketiga-tiga perempuan di hadapan nya.
"Tak ada apa-apa lah.Kan,girls?" kata Putri
Kalau sebelum ini mereka berani untuk menyindir Ame, namun keberanian mereka hilang apabila Darwish dan Naufal muncul.Yanna hanya menyandar badan nya ke pintu sambil memeluk tubuh.
Balqish dan Nathra mengangguk kepala sambil tersenyum gedik pada Darwish dan Naufal.Ame hanya memandang Balqish,Nathra dan Putri dengan pandangan jelek.
"Aha, betul tu. Lagipun budak ni yang cari pasal dengan kitorang. " adu Nathra
Ame dan Yanna membulat mata apabila Nathra menfitnah mereka berdua. Kalau bukan sebab ada Darwish, memang jadi arwah gamak nya.
'Kurang garam punya Perempuan.' Mengembek Yanna
'Sekali aku bagi penampar, conform jadi pencemaran udara.' kutuk Ame
"Betul ke Fikah? " tanya Naufal
Ame menggeleng kepala sebagai tanda tidak benar. Lalu, Ame bergerak ke arah Darwish yang sedang berdiri di sebelah Naufal. Darwish terkaku apabila Ame merenung nya dengan pandangan kosong.
'Dah kenapa minah ni renung aku pula? Serm sejuk aku dibuatnya.' gumam Darwish
"Well. Aku sebenarnya malas nak ronda dekat sini sebab ada korang berdua.But aku masih ingat perjanjian aku dengan cikgu Lidya, terpaksa lah datang nak tengok kut-kut lah ada orang poteng bertugas.Dan memang betul sekali bila aku nampak, sempat juga diorang layan budak lelaki yang lalu dekat sini." terang Ame dengan serius
Yanna tersenyum sinis apabila melihat muka Balqish,Putri dan Nathra yang tiba-tiba bertukar menjadi pucat seperti puntianak.Darwish dan Naufa mula berasa curiga apabila Ame berkata seperti itu.
"Pardon?" tanya Naufal
"Maksud nya, diorang sebenarnya dah banyak buat kesalahan sekolah dan disiplin." kata Yanna dengan mendatar
Darwish memandang Ame untuk mendapat kepastian.Ame mengangguk kepala nya sambil memeluk erat sweater yang diberikan oleh Darwish sendiri.Namun, mata nya masih memandang tiga orang pengawas dengan penuh benci.
"Korang bertiga ikut aku pergi bilik pengawas.Naufal, kau pergi panggil Akim,Fahim dengan Muzamil.Ryyana and Fikah, korang berdua ikut aku juga." putus Darwish dengan tegas
Ame hanya menjeling Balqish,Putri dan Nathra dengan tajam sekali seperti mata bilah katana.Langsung tidak melepaskan pandangan nya daripada menjumpai mangsa nya yang seterusnya.
Yanna menolong Ame untuk berjalan sambil menguyah Kitkat.Jangan pernah tanya datang dari mana kitkat tu.Dimana Yanna muncul pasti Kitkat akan menjadi peneman setia nya daripada orang lain.
'Sejak bila pula budak ni sempat curi kitkat ni?Setahu aku bukan ada dalam poket seluar aku ke?Atau si kambeng ni mencabul aku?Astaga aku dapat kambeng golek yang jenis mencabul orang rupanya.' ngomel Ame dalam hati
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro