Bab 49
Darwish hanya mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh Ame.Langsung dia tidak mengetahui yang masih ada orang yang bersikap toxic masa kini.Namun dalam masa yang sama, dia berasa kesian pulak pada Ame.
"Maaf sebab aku buat kau ungkit semula kisah silam kau.Aku betul-betul tak sengaja." pohon Darwish dengan rasa bersalah.
Ame yang mendengar hanya mampu memandang Darwish dengan lembut sebelum memberi sebuah senyuman.Langsung dia tidak berasa bersalah pun untuk mencerita kisah silam nya pada orang yang berhak untuk mengetahui.
"Tak ada lah.Lagipun kau berhak tahu kisah silam aku sebenarnya.Kau kan tunang yang paling kerek dekat dunai sekali." kata Ame dengan selamba
"Kerek aku sekali pun, masih lagi ada perasaan jugak ye.Bukan macam kau tu." bangkang Darwish
"And lepas dari tu aku ubah diri aku untuk tak benci pada diri sendiri.Aku langsung tak kesah apa orang kata, maki, caci atau hina aku sekali pun, asalkan aku kenal siapa diri aku dari luar dan dalam.Tapi bila aku ingat balik apa yang pernah jadi dekat aku masa kecil dulu, memang aku nekad untuk balas dendam sebenarnya.Disebabkan diorang, aku dengan arwah mummy aku tersiksa sehingga mummy aku dah tak ada." sambung Ame
Darwish tersentak apabila Ame berkata seperti itu.Sungguh dia tidak sangka yang mampu bertahan walaupun dibenci dari kecil lagi.Kalau dia, rasanya dia akan bunuh sahaja dirinya sebab dia langsung tiada guna apa-apa.
'Kejap.. apa maksud dia nak balas dendam?Dan siapa diorang tu sebenarnya?' desis Darwish
"Apa maksud kau sebenarnya?" tanya Darwish
Ame terus memandang Darwish dengan begitu mendalam.Dia tidak kesah diri nya dibenci oleh Darwish sekalipun asalkan dia tahu siapa diri nya sebenarnya.Dia lebih gemar diri nya dibenci daripada jatuh cinta.Hanya disebabkan dirinya langsung tidak layak untuk cinta itu.
"Seluruh ahli keluarga sebelah daddy aku tak pernah suka kewujudan aku sebenarnya.Sebab sifat aku sama seperti arwah mummy aku.Aku asyik dilayan macam pengemis yang tiada maruah sahaja masa kecil tapi abang-abang aku,Syirah,Sofea dan Ryyana , diorang layan macam ahli keluarga sahaja.Dan benda aku tak boleh lupakan adalah masa umur aku tiga tahun sebelum arwah mummy meninggal beberapa bulan selepas tu.Diorang paksa mummy buat kemaskan seluruh rumah sampai berkilat.Kalau tak berkilat, diorang akan hukum mummy dengan kejam sehingga aku terjebak sekali.Bila aku ingat wajah mummy yang cengkung sebab sakit masa tu, aku rasa kesian tapi apa lah daya seorang budak perempuan yang berumur tiga tahun masa tu.Aku hanya mampu menangis melihat mummy aku kena pukul, tendang dan lagi-lagi.Bila aku jadi diri aku yang sekarang ni, aku langsung tak peduli perasaan sesiapa pu.Sebab diorang aku jadi benci dengan orang sampai aku langsung tak ada sorang pun kawan rapat mahupun sekolah." kata Ame yang langsung tidak sedar air mata nya keluar semula
Darwish yang perasan, terus menyentuh wajah bersih Ame.Langsung dia tidak tahu apa yang merasuk nya sekarang ni untuk menyentuh wajah tersebut.Hati nya berasa sakit melihat air mata diwajah itu keluar.
"Aku rasa cukup untuk kau beritahu.Aku tak nak kau terluka untuk ingat semula nightmare tu.Jujur aku katakan, kita akan rasa sangat sakit untuk mengingati kisah silam.Tapi disebabkan perkara tu jugak lah, kita mampu berubah menjadi diri kita yang sekarang ni.Macam aku pun ada jugak kisah silam yang ngeri, tapi kau boleh tengok diri aku sekarang ni.Jauh berbeza dari sebelum ni.Macam tu jugak dengan diri kau.Dalam kau tak sedar, kisah silam jugak mampu mengubah diri kau yang sekarang ni." jelas Darwish
Ame tergamam selepas mendengar kata-kata Darwish, lalu dia memaling wajah ke arah lain.Darwish menelan air liur nya apabila hati nya berasa aneh semacam sahaja sekarang ni sehingga dia tidak dapat mengawal langsung.
"Maaf." kata Ame sepatah
"Pardon?" tanya Darwish
"Well... saja.Who knows what will happend in future?True,right?" balas Ame
"Yeah, but it's not means that you would running in trouble again." kata Darwish
Ame tecengang mendengar ayat dari mulut neraka Darwish.Kalau tak buat dia jadi pikachu untuk sehari, memang tak boleh ke?Sudah lah annoying nya memang tiada beza langsung dengan Yanna.
"I will do anything for my happiness , dude.There will no one will change my mind.Whatever you're my fiance or what, okey!?" kata Ame dengan dingin sekali
Tiada siapa yang boleh ubah pemikiran nya walaupun dengan Darwish sekalipun.Lalu dia memandang Darwish dengan dingin bak ais salju yang tidak pernah reda daripada musim.Darwish tersentak apabila matanya bersambung dengan pandangan seperti dirinya.
'Ni dah kenapa pulak dah ni?Asal aku boleh rasa ada aura seram dekat dia ni eh?' monolog Darwish
"Woah... chill, dude.Aku faham lah apa maksud kau tu.Jangan lah tenung aku macam tu.Serius , kau buat aku jadi tak selesa." ujar Darwish
"So?Lebih baik kau bangun dari aku sebelum kau jadi mandul.Kau ingat tak sejuk ke baring atas lantai ni.Sudah lah aku tengah sakit lagi, lepastu boleh pulak terbaring dengan kau atas lantai.Haih... conform nanti aku kena dengar kambing mengembek dekat telinga aku.Sudah lah dia gelar aku pikachu.Malas pulak nak dengar anak kambing tu mengembek dekat telinga aku nanti." bebel Ame
Darwish yang melihat Ame bebel seorang diri, mula buat muka pelik.Memang perempuan suka bebel ke?Serius, boleh tahan jugak dia bebel.Dia ingat Ame tak kuat bebel, tapi sama je dengan Ummi dan Iris.
Belum sempat Darwish ingin berkata sesuatu, pintu bilik ward Ame terbuka.Yanna,Syah,Iqram,Rayyan,abang long , Afdzim dan Sandra masuk dalam tanpa dipinta.Terus mereka berdua memandang sesama sendiri.
"Wei, Meme.Tadi assistant kau call...." kata Yanna yang melihat keadaan Ame dan Darwish sekarang ni
Terus Yanna menahan diri daripada tersenyum lalu menangkap gambar mereka berdua tanpa sedar.Ame dan Darwish memandang Yanna dengan tajam dan dingin sekali.Bagi mereka, itu hanya satu kemalang yang tidak sengaja terjadi.
"Wuuu.... korang!!Cuba tengok apa yang aku jumpa!!" panggil Yanna dengan lantang
'Ah... sudah!' bisik Ame dan Darwish
Terus Syah dan yang lain melihat keadaan Ame dan Darwish.Syah menekup mulut nya sambil cuba menahan mulut nya daripada tersenyum.Dari riak wajah kedua-dua mereka, sudah jelas yang aura membunuh muncul.
"A.p.e.k.a.h!!!" jerit abang long dan Afdzim
"Ternoda mata aku tengok." kata Syah sambil menutup mata
"Erk.. bro.Kau buat maksiat ke?" tanya Rayyan dengan bendul
Darwish memandang Rayyan dengan tajam manakala Ame mencerlung ke arah Syah dengan dingin sekali.Sesekali dia melihat Yanna, abang long dan Afdzim.Dia tidak peduli langsung dengan jelingan tajam Sandra.
"Wanna be say ridiculas word or.." kata Darwish dengan mendatar
"Be burn death in hell?" sambung Ame dengan dingin
Rayyan dan Syah tersenyum kelat apabila melihat kedua-dua mula menjadi diri mereka di mata semua orang.Suasana dalam bilik menjadi ganjil apabila di sebelah kanan mula berasa takut akan kedinginan di sebelah kiri mereka.
"Now..Choose it." ujar Ame dan Darwish dengan serentak
"Kambing.... help me.Mama pikachu wanna kill meh." kata Syah sambil buat drama
Ame terus membuat muka.Memang nak tengok dia renjat orang ke macam mana?Eh... kejap.Apa kaitan Ame dengan pikachu sebenarnya?
"Shuh.... aku tahu, monyet.Pabila mama pikachu cakap macam tu, tiada siapa yang boleh lawan kecuali mengaku cinta kau pada mama je lah." kata Yanna
'Minah ni merepek apa?Sumpah memang tamat riwayat hidup korang dua nanti dengan aku.' ngomel Ame dengan geram
Kalau tak sehari mengembek dengan Ame, bukan Yanna lah jawab nya.Pasti akan mencari peluang untuk mengembek pada nya walaupun tengah sakit sekarang ni.Bukan sebab Ame, pasti Yanna akan menjadi terlampau annoying pada diri nya.
"Syaq... papa pikachu nak bunuh gue... bantuin gue..." kata Rayyan
Darwish terus memandang mangkuk ayung di hadapan nya yang buat muka beruk.Sungguh dia langsung tak akan mengaku Rayyan adalah kawan nya.Iqram terus menepuk bahu Rayyan sebelum memandang denga penuh mendalam.
"Meh sini aku ajar dia.Berani dia marah buah hati aku ni?" kata Iqram
Terus Syah dan Yanna memandang pelik melihat dua orang jejaka seperti pasangan kekasih pun ada sebenarnya.Ame memandang Darwish dengan muka blur nya sebelum memandang semula hadapan.
"Adakah aku sorang sahaja yang fikir mamat buaya dan pokok buluh tu gay?Sumpah aku reject direct terus." tanya Yanna
"Bukan kau sorang je." tukas Syah
Ame hanya mampu memandang kosong sahaja pada Syah dan Yanna sebelum memandang Darwish.Darwish yang perasan dirinya di lihat oleh seseorang, terus mengalih pandangan nya ke arah tersebut.
'Apa?' tanya Darwish dengan isyarat mata
Darwish terus mengangkat kening nya sedikit.Ame yang faham akan maksud tersebut, terus tersengih sinis pada Rayyan dan Iqram.
"Diorang ni gay ke apa?" tanya Ame
"Mungkin.Dan aku langsung tak akan mengaku diorang ni kawan aku langsung.Buat malu lelaki je sekarang ni." kata Darwish dengan lemah
Ame hanya mengangguk kepala sebelum memandang sekeliling.Belum dia ingin bangun, kepala nya berasa berpusing sahaja.Lalu dia mempejamkan mata nya untuk meredakan kepala nya daripada berpusing.
'Tak mungkin.Tolong lah jangan buat hal masa ada orang.' desis Ame
Darwish yang perasan akan riak wajah Ame berkerut semacam, terus mendekatkan wajah nya ke wajah Ame.Afdzim yang ternampak tingkah Darwish pada Ame, terus merenung dengan tajam sekali.
'Mamat ni... suka sangat ambik kesempatan dekat adik pikachu aku.Tunggu sahaja lah, budak.' desis Afdzim dalam hati
"Wei, Fikah?Kau okey ke tak ni?" tanya Darwish dengan suara yang risau
"Tepi sikit lah, mamat beku!!!" jerit Syah dan Yanna
Pertanyaan Darwish telah membuat semua orang menerpa ke arah Ame yang berada di bawah Darwish.Dan paling teruk adalah, Yanna dan Syah boleh dengan selamba menolak Darwish sehingga terduduk.
BUK!!!
Berbunyi terus apabila Darwish terduduk atas lantai dengan muka blur nya.Sungguh Syah dan Yanna ni, badan sahaja kecil tapi kuat juga tolak orang ni.Menyengat sudah punggung nya apabila kena hentak atas lantai.
'Haih... apalah nasib aku.Sudah lah terbaring atas minah kerek, lepastu kena tolak dengan kembar dia sampai naik kematu punggung aku ni.' ngomel Darwish sambil mengusap pinggul nya
Nasib baik tak patah pinggul nya tadi.Kalau tidak, mahu dia nak maki hamun dekat kambing dengan monyet di hadapan nya.Rayyan hanya tersengih sahaja manakala Iqram tersenyum ejek pada Darwish apabila ditolak oleh Syah dan Yanna.
"Apa senyum-senyum, hah!?Jangan sampai aku buat tahlil untuk korang karang." ugut Darwish
Terus mati sengihan dan senyuman mereka berdua.Tanpa menjawab apa-apa, mereka berdua hanya memerhati kelakuan Syah dan Yanna.Entah kenapa hati mereka berdua berasa sedikit aneh sahaja sejak bertemu secara hadapan.
'Kenapa dengan hati aku ni?Hir... tak mungkin kau jatuh cinta dengan kaum hawa.Jangan pernah lupa apa yang diorang pernah buat pada kau dulu?' monolog Akal Rayyan
Iqram memandang ke arah lain sambil memikirkan sesuatu.Seumur hidup nya, ini kali pertama dia berasa agak selesa untuk bercakap dengan orang lain selain Darwish,Naufal dan Rayyan.Terus dia menyentuh dada nya yang berdegub dengan laju sekali.
'Mana mungkin aku ada hati dengan minah tak cukup klasium tu?Lagipun dia cuma hanya menyusahkan hidup aku je kalau dia terjebak dengan aku.' gumam akal Iqram
"Kau okey tak ni, kak?" tanya Syah dengan risau
Ame yang mendengar suara Syah, tercelit sedikit mata nya sebelum tersenyum kecil.Lagipun, dia cuma berasa pening sahaja, bukan nya pengsan seperti pagi tadi.Terus dia memandang Yanna selepas sakit kepala nya surut sedikit.
"Apa dia nak?" soal Ame pada Yanna
Syah dan Yanna memandang sesama sendiri sebelum melihat semula Ame.Sesungguh nya, mereka berdua menjadi blur akibat terjangkit dengan kesengalan Author sekarang ni.Okey!!!Tiber pulak Author sekarang ni sejak nak dekat exam ni.
"Kau tanya aku ke?" tanya Yanna dengan wajah polos
"Eh.. tak lah.Dengan lantai ni aku tanya.Lantai, oh lantai." sindir Ame
Tersengih sudah Yanna apabila disindir sebegitu oleh Ame.Syah yang mendengar sindiran Ame, terus tersenyum ejek pada Yanna.Yanna hanya mengangkat kening nya dengan tinggi sekali sambil tersengih.
"Alah... jangan lah marah aye.Aye kan kambek yang paling cute sekali.Apa soalan nya tadi?Mianhae, eonni." pohon Yanna sambil tersengih
Ame hanya mengeluh sahaja apabila dia kena ulang balik soalan tadi.Sudah lah dia bukan jenis suka mengulang ayat.Dan sejak bila pulak si kambek ni pandai cakap korea ni?Oh, lupa pulak.Terpengaruh dengan idol k-pop sebenarnya.
"What she say actually?" tanya Ame dengan suara biasa nya
"Ouh.. dia kata yang kau kena jumpa dengan amoi murai tu." kata Yanna
Ame terus mengeluh panjang apabila dia kena jumpa manager.Sudah lah nak hadap muka dia pun tak nak apatah lagi mintak jumpa.Darwish yang melihat keadaan Ame untuk cuba bangun daripada baring di atas lantai.
'Lebih baik aku tolong minah tu.Lagipun salah aku jugak sebab buat dia terbaring atas lantai.' gumam Darwish
Terus dia mendukung Ame dengan muka selamba.Ame dan yang lain terkejut akan tindakan dastrik Darwish.Abang long cuba menaham Afdzim daripada menumbuk Darwish sekarang ini.Kalau daddy ada dekat sini, mesti dia akan cuba untuk menceramahkan orang.
"Turunkan aku, mamat kerek." jerit Ame dengan geram
Sudah lah dia melihat jelingan tajam Afdzim pada Darwish sekarang ni.Bukan dia tidak tahu yang Afdzim agak kurang gemar kalau ada orang cuba ambil kesempatan terhadap diri nya atau yang lain.
"Kau diam, boleh tak?Anggap je lah aku nak mintak maaf dekat kau." kata Darwish
Ame tergamam apabila Darwish berkata seperti itu.Dia tidak pernah rasa seperti sekarang ni.Tiada siapa yang tahu apa isi hati nya berbicara pada masa ini.Ame terus memegang erat baju Darwish sehingga melihat wajah bersih Darwish.
'Kacaknya wajah dia.Namun lambat laun dia mesti tahu tentang penyakit aku ni.' desis Ame
"Tolong jaga mata tu, cik adik.Tunggu hubungan ni halal ye, baru boleh tenung aku sepuas-puas hati nya." bisik Darwish di tepi cuping telinga Ame
Terus merah muka Ame seperti buah tomato yang terlebih masak.Pada mula nya Afdzim ingin menumbuk Darwish, tapi sekarang ini abang long pulak yang mengambil tempat adik nya.Yanna dan Syah hanya memandang kosong sahaja.
"Sabar, long." pujuk Afdzim
'Memang tak mengaku lah diorang ni abang.' desis Yanna dan Syah dalam hati
"Tak hingin lah aku nak tenung kau.Bukan dapat faedah langsung." ujar Ame
Darwish memandang Ame dengan menghadiakan senyuman sinis.Ini kali pertama perempuan menolak secara mentah pada diri nya.Lalu dia meletakkan Ame di atas katil dengan selamba sahaja.
'Ambik kau!!' bisik akal Ame
'Minah ni kan??Nasib baik aku ni masih ada perikemanusiaan jugak.Tunggu je nanti.' monolog Darwish
"Apa ni??Nasib baik aku tak terjatuh." tanya Ame
"Saja.Lain kali jangan terlampau selamba je nak cakap." kata Darwish dengan selamba
Ame terus mengembung pipi nya sambil memaling wajah ke arah lain.Suka hati dia lah nak selamba ke apa?Bukan urusan sesiapa pun untuk menghalang cara percakapan.Namun dia tidak kesah sangat pasal tu, cuma sengaja nak balas dendam ke apa mamay kerek tu??
"Eh... kejap." kata Ame
Terus semua memandang nya dengan muka tanda tanya.Dan paling dekat adalah Darwish sambil merenung anak mata nya.Sungguh hati nya berdegub dengan tidak betul dikala mata Darwish memandang nya.
"Mana Naufal?Bukan dia ada dengan korang ke?" tanya Ame
Darwish yang mendengar soalan dari mulut Ame, terus memandang nya dengan dingin sekali.Sungguh dia malas nak ambil tahu lagi pasal Naufal sekarang ni.Selagi masih belum berdamai, sampai bila pun dia tidak akan peduli dengan mamat tu.
'Asal minah ni terlebih sibuk nak tahu mana Raz?Tak logik lah,Luth.Kau mana pernah jatuh cinta pada minah kerek tu.Kau kena ingat misi kau yang satu tu, bro.' desis akal Darwish
"Ouh... dia ada hal.Tu sebab batang hidung dia tak nampak." jelas Rayyan
Suasana dalam bilik menjadi dingin apabila Darwish secara tiba-tiba senyap tanpa dipinta.Iqram yang tahu punca Darwish menjadi dingin, hanya mendiamkan diri sahaja sambli bermain phone nya.
'Haih... apa masalah nya sebenarnya?Asal tiba-tiba je jadi dingin pulak mamat ni?' gumam Ame
Ame mula turun daripada katil sambil berpaut palang katil.Lagipun kondisasi nya tidak selemah dari sebentar tadi, jadi dia tak nak duduk dekat sini lagi.Cukup sahaja dia kena ugut tahan semalaman sebab kerap skip makan ubat.
"Kau nak pergi mana tu?" tanya Darwish dengan mendatar
Ame yang mendengar soalan dari mulut Darwish, hanya mengerling seketika sebelum memandang ke arah hadapan semula.Syah,Yanna,abang long dan Afdzim hanya mampu mengeluh melihat kedegilan Ame.
Bukan mereka tidak tahu kedegilan Ame memang tidak boleh nak bawa berbincang langsung.Syah memberi isyarat mata pada Yanna sebelum bergerak ke arah Ame.Yanna yang faham akan isyarat tersebut, terus mengangguk kepala nya.
"Tepi lah.Tolong lah kali ni je.Lagipun kalau aku tak pergi jugak, boleh pekak telinga aku nak tadah bebelan amoi murai tu." pohon Ame
Yanna hanya tersenyum kecil sambil mengeleng kepala nya.Lagipun selagi Ame masih belum sihat sepenuhnya, jangan cuba nak lari keluar dari hospital.Syah pulak menghalang laluan Ame daripada bergerak ke arah pintu tandas.
"Sorry, babe.Keysha ada pesan dengan aku sebelum ni yang jangan bagi kau keluar.Kalau kau sayang kitorang, tolong dengar.Aku dengan Yanna boleh je ganti tempat kau.Lagipun apa guna kitorang kalau boleh manipulasi mata orang?" ujar Syah
Ame hanya mampu mendiamkan diri sahaja apabila Syah mengutarakan perkara yang sudah lama.Dia tak nak Syah mahupun Yanna hadap masalah syarikat arwah mummy nya sekarang ni.Biar sahaja dia yang mengawal keadaan selagi mampu.
"Ya aku tahu semua tu, babe.Tapi kau lupa atau buat-buat tak ingat?Aku kena kawal syarikat tu sampai umur kita berempat berada dalam 20-an.Hanya lagi empat tahun sahaja sebelum kau,Yanna dan Key bakal ambil alih jugak syarikat mummy.Biar aku sahaja yang selesaikan semua ni tanpa sebarang bantuan kau,Yanna dan Key.Trust me, everything will fine to me right now." kata Ame dengan serius
Darwish dan yang lain tergamam apabila melihat Ame menjadi serius.Agak sukar untuk melihat riaksi serius dari Ame.Namun apabila Ame mula serius, tiada siapa boleh bantah setiap patah bicara nya walaupun sedikit.
'Tak pernah aku tengok budak ni serius dalam hal ni.Tapi aku boleh tengok watak dia hampir serupa dengan arwah mummy dulu.' desis Afdzim dalam hati
"Okey... tapi ada syarat nya." kata Yanna
Ame mengangkat kening sebelah nya dengan tinggi.Darwish yang melihat kelakuan Ame, hanya memandang kosong sahaja.Lagipun hati nya masih belum reda dengan pertanyaan Ame sebentar tadi.
"Syarat yang pertama, jangan pernah nak skip makan ubat." kata Yanna
Ame hanya tersenyum kecil apabila mengenang diri nya yang kerap skip makan ubat akibat kesibukan dalam dunia pemodelan.Tanpa rasa ragu-ragu, Ame mengangguk kepala nya.Lalu memandang Yanna dengan tenang.
"Syarat yang kedua, kau jangan cuba nak tinggalkan kitorang dekat rumah sensorang." kata Syah
Ame tergelak kecil apabila mengenang dia pernah tinggalkan Syah dan Yanna seorang diri dekat rumah tanpa sesiapa langsung.Dan paling dia tidak pernah lupa, Syah dan Yanna boleh menangis dekat dia sampai tidur dalam bilik nya sekali.
"Ada lagi ke syarat-syarat harus yang perlu aku ikut?Kalau ada cepat sikit." kata Ame
Abang long dan Afdzim hanya mampu mengeleng sahaja.Memang tak riuh kalau diorang dalam mood elok.Nasib Ame jenis pemaaf walaupun dia sebenarnya bukan mudah memaaf orang lagi-lagi lelaki.
"Ada lagi.Kejap sat." kata Syah
"Cepat lah, monyet.Aku bukan suka tunggu pun." kata Ame
"Syarat ketiga, jangan asyik malas nak bukak chat group, boleh?Sakit pulak mata aku tengok nombor yang terlampau cantik tersusun dekat setiap group." ujar Yanna
"Halah,halah kau ni.Thanks lah atas pujian anda itu.Well, biasa lah aku ni budak kreatif tak boleh bawak bincang langsung katakan." loya buruk Ame
Abang long dan Afdzim yang mendengar terus membuat poker face.Sungguh ke empat-empat adik meraka memang suka puji diri sendiri .Darwish,Rayyan dan Iqram ternganga melihat Ame masih mampu berloyar buruk walaupun tengah sakit sekarang ni.
"Depan aku ni diorang ke atau apa?" tanya Rayyan dengan polos
Iqram dan Darwish hanya mengangkat bahu mereka.Sungguh mereka berdua jadi naik pelik melihat kaum hawa di hadapan mereka sekarang ni.Dekat sekolah lain tetapi dekat sini terlampau lain sehingga ada yang hampir nak pitam melihat.
'Aku memang kena hadam betul-betul lah pasal hubungan kembar empat tu.Silap hari bulan, boleh semput aku nak hadap perangai diorang.' desis Darwish dalam hati sambil mengeleng kepalanya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro