Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 47

"Assalamualaikum." seru daddy

Belum sempat Ame ingin bersuara, Daddy muncul di mata genit Ame.Namun itu hanya seketika sebelum susuk tubuh Sandra dan Pak Ngah muncul.Terus Ame mengalih pandangan nya ke arah lain.

'Semak betul lah minah tu.' kutuk Ame

"Waalaikumusalam." jawab mereka semua serentak

"So... mon amour daddy macam mana?Okey tak?Sorry ye,Daddy ada last minutes meeting dengan client tadi." pohon Daddy

"It's okey, daddy.Lagipun abang long ada juga dekat sini.Dunots pun ada,Kambing pun ada dan ramai lagi lah.So, please jangan buat muka sedih tu.Ame tak suka lah." pujuk Ame sambil tersenyum kecil

Darwish tersentak apabila Sandra muncul di hadapan nya.Orang yang pernah musnahkan keseronokkan abang nya dulu, muncul di hadapannya sendiri.Dan paling tidak sangka perempuan sundal tu ada kaitan dengan Ame.

"Tak sangka pulak kau boleh muncul depan aku lagi lepas apa kau buat dekat abang aku dulu?" kata Darwish

'T..ta..tak.. m..mu..mun..mung..mungk..mungki..mungkin.Tapi macam mana dia boleh cam muka aku sedangkan dulu aku pakai mask?' monolog Sandra

Sandra tersentak apabila Darwish mengenali dirinya.Ame,Keysha,Syah dan Yanna memandang pelik ke arah Darwish dan Sandra.Seperti mereka telah lama kenal antara satu sama lain untuk jangka masa yang lama,

"Kamu berdua pernah jumpa ke sebelum ni?" sampuk Pak Ngah.

'Nampak macam anak orang berada je nudak tu.Ni kalau buat jadi menantu, bagus juga.Lagipun, dia nampak sesuai dengan anak aku je.' desis Pak Ngah yang memasang angan-angan

Darwish langsung tidak menjawab persoalan pak Ngah.Dia terus bersalam dengan Daddy dan pak Ngah sebelum kembali semula duduk di sebelah Ame.Ame telah buat muka apabila jarak nya dengan Darwish agak rapat.

'Ciss.Dia buat tak tahu je.Tak apa.Cuma, dah kenapa dia pergi duduk dekat sebelah budak sial tu?' gumam Pak Ngah

"Wei... mamat kerek... tepi lah sikit.Aku nak terjatuh pulak sekarang ni.Ruang punya lah banyak tapi dekat aku, kau nak sapu pulak. "ujar Ame dengan geram

"Ish... banyak bunyi pulak kau ni.Kalau kau tu isteri aku dah lama aku cium mulut kecil kau tu.Boleh tak kau cuba rehatkan mulut kau tu dari berbebel dekat telinga aku.Serius boleh bernanah pulak telinga aku." balas Darwish dengan selambanya

Terus muka Ame berasa panas semacam.Sudah lah abang long dengan daddy pandang Ame semacam sekarang ni.Dan paling dia meluat adalah Sandra dan pak Ngah memandang nya dengan jijik sekali.

'Ya allah dia ni gile ke apa?Memang kena tolak mentah-mentah lah jawab nya.Geli siak!!!' gumam Ame

"Pervet,Baka,estupido,Ji la,inutile.Lebih baik kau duduk jauh dari aku, dasar lelaki miang keladi bunting,monyet terlepas dari hospital rambutan." ujar Ame dengan mendatar

Abang long dan Afdzim ternganga apabila adik perempuan mereka berkata sebegitu.Memang tidak boleh mengubah sifat adik nya yang seorang ini.Daddy tersenyum lucu apabila anak perempuan nya berwatakan seperti arwah isteri nya.

'Tak sangka perangai mon amour yang satu memang tiada perbezaan dengan awak, sayang.Memang betul apa sayang cakap pada abang dulu.Semoga rancangan sayang daptat diterima oleh mon amour sepenuh hati nya.' gumam daddy

Keysha,Syah dan Yanna tergelak kecil apabila Ame berkata seperti itu.Boleh agak apa yang bakal dikatakan oleh pikachu A.K.A Ame sendiri.Ame langsung tidak memandang muka sesiapa apabila berkata seperti itu.

'Kalau tak buat orang tercengang, memang bukan kau lah, kak!!' bisik Yanna dalam hati

Manakala Rayyan,Naufal dan Iqram tergelak sakan apabila Ame berkata seperti itu.Ini kali pertama orang mengelar diri Darwish pervet.Kalu diorang ni bercinta ke apa, memang boleh riuh sedunia lah jawab nya.

'Mak aih... minah ni.Memang betul-betul lah bagi orang bengang je.Haih... nasib kau baik je lah yang abang kau ada, kalau tidak dah lama kena dengan aku.' rungut Darwish

"Pervet, hah?Well dengan kau je aku jadi macam ni.Jangan lah buat aku makin suka dengan kau." kata Darwish dengan suara serak basah

Iqram dan Naufal hanya mampu mengeluh dengan sikap Darwish yang kekadang kuat mengusik orang.Tapi ni kali pertama mereke melihat Darwish mengusik perempuan lain selain Ummi dan Iris.

"Kau duduk dua meter dari aku.Sila lakukan jarak fizikal sekarang." kata Ame dengan kalut

Darwish tersenyum nakal apabila melihat Ame tidak keruan sekarang ni.Entah kenapa dia rasa minah di hadapan nya sangat comel bila dia gelabah.Manakala Naufal,Rayyan dan Iqram hanya mampu mengeleng sahaja kepala mereka.

"Kalau aku tak nak?" kata Darwish

Belum sempat Ame bersuara,Keysha terus bangun dari sofa lalu bergerak ke arah pintu.Terus semua mata memandang Keysha dengan pandangan pelik.Lalu Ame berdiri dengan bantuan Darwish.

"Key nak keluar kejap.Nak ambil angin sekejap." tutur Keysha dengan lemah

Ame memandang Keysha dengan pandangan lembut.Namun Keysha langsung tidak memandang Ame walau sedikit pun.Syah yang perasan akan kelakuan Keysha, hanya mampu mengeluh sahaja.

'Ni mesti cinta bertepuk sebelah lagi?' bisik Syah

Naufal perasan akan muka Keysha menjadi mendung, cuba untuk bersuara namun Afdzim menghalang nya.Lalu Afdzim mengeleng kepala pada Naufala dan dia hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

'Kenapa hati aku sebenarnya?Syirah... asal dengan kau sebenarnya?' monolog Naufal dengan perasaan bersalah

Tanpa menunggu sebarang balasan sesiapa, Keysha keluar dari ward Ame tanpa memandang.Dalam langkah nya, mutiara jernih nya keluar dari kelopak mata nya.Sungguh hati nya berasa sakit seperti duri menusuk ke dalam daging.

'Kenapa perasaan pelik tu muncul lagi?Kenapa aku kena rasa sakit hati dengan Ame?' gumam Keysha dengan sedih

Ame hanya mampu memandang pintu tersebut dengan pandangan sedih.Dia rasa bersalah dengan Keysha walaupun dia langsung tidak tahu apa kesalahan nya.Dari riak wajah Keysha, dia boleh lihat kesedihan yang amat ketara.

"Daddy dengan pak Ngah pergi jumpa uncle, ye sayang.Nanti daddy masuk sini dengan Keysha." pujuk daddy

Dia tidak suka melihat wajah mendung pada anak perempuan nya.Sungguh mereka berempat adalah puteri yang menyinari hidup nya yang suram.Tanpa mereka, pasti dia berasa sangat sunyi tanpa ada pelbagai bunyi.

"Okey, daddy." kata Syah dan Yanna serentak

Ame hanya membatu diri nya apabila dijeling oleh Pak Ngah.Manakala Sandra tersenyum ejek pada diri nya sekarang ini.Daddy yang perasan akan wajah mendung Ame, terus bergerak ke arah anak perempuan yang satu itu.

Pasti dia masih dilema dengan perasaan bersalah terhadap kakak nya.Namun dalam hal ini, bukan salah sesiapa langsung untuk dikatakan.Terus daddy memeluk Ame dengan lembut.Ame membalas sambil teresak kecil dalam dakapan daddy.

"Hey... jangan berasa sedih ye.Daddy yakin kak Key cuma perlukan ruang untuk tenangkan fikirang dia.Jangan nangis, mon amour daddy ni.Buruk lah muka awak menangis sekarang ni.Buat malu anak teruna dekat depan mon amour daddy ni." pujuk daddy yang terselit usikan

Syah dan Yanna tergelak lucu melihat wajah Ame menjadi terlampau merah akibat menangis.Cengeng benar kakak mereka yang seorang ni.Ingatkan tak akan menangis lagi dah bila remaja tapi masih sama je.

"Apa ni daddy??Ame mana ada nangis lah.Mata ni tiber masuk habuk, tu yang berair mata.Bukan menangis lah." dalih Ame

Daddy hanya tersenyum manis melihat Ame bersuara.Namun masih nampak comel sahaja di lihat oleh setiap lelaki.Manakala Syah dan Yanna masih belum berhenti ketawa pada Ame.Ame mula tersenyum jahat apabila mentol kecil mula muncul di atas kepala nya.

'Gelak sangat dekat aku kan?Meh sini kakak pikachu balas kasih sayang korang tu ye.HEhehehhe!!!' gumam Ame

Lantas dia mengambil bantal di atas katil lalu membaling tepat ke arah muka mereka berdua.Terus diam ketawa Syah dan Yanna.Ame hanya tersenyum jahat pada mereka berdua sebelum bersuara.

BUK!!BUK!!

"Sedap tak?Lain kali tengok juga kiri kanan tu kalau nak gelak.Buat malu aku je ada adik yang gelak macam langsuir mintak kaki sekarang ni.Memang tak ada orang yang berkenan dengan korang lah kalau tengok perangai macam tu." kata Ame

Abang long,Afdzim,Darwish,Rayyan,Iqram dan Naufal pulak ketawa pada mereka berdua.Perasaan malu mula bermaharajarela sekarang ini.Memang menyesal kenakan Ame kalau dia akan balas macam tu.

'Menyesal pulak aku gelak dekat mama pikachu.' desis Syah

"Aye menci dengan mama pikachu.Huawaa... kenapa mama pikachu selalu buat aye tersyeduk tepi bucu bilik air.Aye hanya seekor kambing yang tidak bersalah." kata Yanna dengan ayat merapu nya

Ame memandang bosan melihat drama di hadapan nya.Kalau ada bertih jagung kan best, boleh makan.Lantas, dia memandang Darwish untuk masuk campur hal ini jugak.Darwish faham akan riaksi Ame, hanya mampu mengeleng kepala sebelum bersuara.

"Bagus lah mengaku diri tu kambing.Kalau tiada apa-apa lagi, boleh diam terus ya.Aku nak tengok phone pun jadi tak senang dengan korang.Karang aku bagi gelaran lain pulak, bernyanyi panggil hujan lebat pulak." kata Darwish

Tercengan terus Syah dan Yanna apabila Darwish berkata.Entah kenapa mereka berdua ni ada perfahaman antara satu sama lain.Iqram dan Rayyan terus memandang tajam pada Darwish apabila berkata seperti itu.

"Dasar papa pikachu!!!" jerit Syah,Yanna,Rayyan dan Iqram

"Panggil lah pikachu tu lagi, memang aku menghantui mimpi korang berdua jugak karang." Ugut Ame dengan mendatar

Sandra hanya memandang Darwish dengan penuh mengoda.Namun sayang, Darwish langsung tidak memandang nya walaupun sedikit.Sandra mengetap bibir nya sambil mengengam tangan nya dengan kuat sekali.

'Kau tunggu sahaja, Ameerah.Aku akan buat kau tersiksa macam mak kau juga.' bisik Sandra dengan penuh dendam

"Korang... boleh tinggalkan aku dengan mamat sebelah aku ni sekejap, tak?Ada benda penting yang korang tak boleh tahu sebenarnya." ujar Ame

Syah dan Yanna terus menarik muncung itik mereka.Ame yang melihat hanya mampu tersenyum sebelum memanggil mereka berdua duduk di sisi nya.Tanpa di pinta, Syah dan Yanna mula berebut untuk duduk di sebelah Ame.

"Apa ni,Syah?Bagi lah aku dulu.Aku kan paling bongsu kan?Mesti kena duduk dekat sebelah mama pikachu.Tepi lah sikit!!!" kata Yanna dengan marah

Syah hampir terjatuh dari katil apabila Yanna menolak dengan agak kuat.Terus dia duduk di sebelah kanan Ame apabila sebelah kiri sudah diduduki oleh anak kambing A.K.A Yanna.Lalu menjelir lidah nya pada Yanna

Ame mengeleng kepala nya apabila melihat telatah Syah dan Yanna yang serupa Upi dan Ipin sahaja sekarang ni.Macam mana dia tidak risau kalau dia tiada nanti.Sudah lah Keysha,Syah dan Yanna bukan pandai kawal keadaan walaupun mereka sudah remaja.

'Masihkah aku dapat lihat suasana bising ni lagi?Ya allah, aku masih nak lihat orang yang ku sayangi bergembira di hadapan mata ku.' desis Ame

"Haip... apa ni?Korang kan kembar jugak.Jangan gaduh lah.Karang aku tak belanja lagi dah kitkat dengan tudung edisi terbaru." ugut Ame

Terus berhenti mereka beruda berebut.Lalu memandang Ame seperti ibu kucing sekarang ni.Ame hanya mampu tersengih kelat apabila melihat wajah Syah dan Yanna bersinar.Rasa menyesal pulak dia kata macam tu sebentar tadi.

"Betul ke ni?" tanya Yanna

"Tengok jugak lah bajet aku jugak.Jangan nak boros semua sangat lah.Itu kan amalan syaitan yang suka membazir." kata Ame

"Ye lah." kata Syah dan Yanna 

"Kalau salah satu diantara kita kena kahwin, aku nak pesan satu je dekat korang.Jangan cuba lawan apa lelaki cakap sebab diorang adalah ketua keluarga.Korang kena ingat sejauh mana korang pergi pasti hubungan kita sebagai kembar tak akan terputus kecuali salah seorang dari kita dengan hati memutuskan perhubungan.Tapi percayalah yang walaupun aku dingin dengan korang sekalipun tapi dekat sudut hati kecil ni, masih sayang korang tahu." ujar Ame dengan panjang lebar.

Syah dan Yanna tergamam apabila Ame berkata seperti ingin meninggalkan mereka sekali lagi.Terus mereka berdua memeluk Ame dengan erat sekali sehingga Ame hampir tiada oksigen untuk bernafas,

"Jangan kata macam boleh tak?Kitorang tak suka." kata Yanna dengan suara serak

Ame mendengar Yanna berkata , hanya mampu tersenyum.Lagipun dia tahu salah dia jugak buat Yanna dan Syah teremo sekarang ni.Lantas dia memeluk bahu mereka berdua sambil tersenyum.

"Kau selalu buat kitorang sedih lah, kak.Menci kau." kata Syah

"Sila kan.Tapi aku tak korang sedih sebab aku lagi.Cukup je lah aku yang rasa sedih ni.Dan biarkan korang happy depan mata aku, dah buat aku bahagia.Okey lah, korang keluar lah dulu.Aku ada benda nak cakap dengan mamat tu kejap." jelas Ame

Syah dan Yanna menangguk kepala mereka sebelum melangkah keluar.Sempat mereka melambai tangan ke arah Ame.Ame hanya mampu melayan sahaja dengan melambai semula pada mereka berdua.Darwish tersenyum melihat telatah mereka bertiga sebentar sahaja.

Namun senyuman nya menjadi kendur apabila Sandra masih tidak keluar dari bilik.Terus dia memandang Ame yang masih tidak melepaskan pandangan nya ke arah pintu.Lalu Darwish membisik di sebelah Ame untuk menyedarkan diri nya.

"Sampai bila nak tenung pintu tu?Kata nak cakap sesuatu ?" tanya Darwish

Ame tersentak lalu mengalih pandangan nya ke arah kanan.Malang sungguh nasib nya apabila keduduka muka nya dan Darwish hanya beberapa cm sahaja.Terus Ame menunduk kepala nya daripada melihat Darwish.

Darwish tersenyum geli hati melihat telatah Ame sekarang ni.Manakala Sandra hanya memandang Ame dengan penuh jijik.Bagi Sandra, Ame langsung tidak layak untuk Darwish tapi diri nya ini.

'Herh!! Kalau tengok balik, aku paling layak dengan Darwish bukan nya dengan perempuan sial tu.' gumam Sandra dengan tidak puas hati

"Yang kau terjegat dekat situ buat apa?Kan dia kata semua orang termasuk kau keluar dari bilik ni." kata Darwish

Sandra hanya memandang Darwish dengan pandangan mengoda.Ame yang perasan akan pandangan Sandra pada Darwish, terus mengetap bibir nya dengan kuat sehingga terluka.Terkejut Ame apabila dia secara tidak sengaja mencedarakan bibir nya tanpa sedar.

"Auch..." desis Ame

"Haih.. kau ni.Lain kali jangan gigit bibir tu.Kan dah luka.Suka sangat lah buat orang risau dekat kau lah." bebel Darwish

Ame terus menarik mulut itik nya apabila dibebel seperti itu.Lagipun dia bukan sengaja pun nak cederakan bibir cantik nya.Lalu mengambil tisu di atas meja dan mengelap dekat tempat luka nya.

"Haih... kesian benar.Mungkin Syirah dah benci dengan kau rasa nya, Fikah." kata Sandra

Ame yang mendengar hanya membatu sahaja.Lagipun dia tiada masa nak layan orang yang terancat akal macam Sandra.Memang saja je perempuan ni nak buat darah dia nak balik rasanya.

"Ye lah, tengok muka Syirah pun aku boleh nampak yang dia benci dengan kau.Agak nya dia memang tak suka kau hidup lagi kut." sambung Sandra

Ame memandang Sandra dengan pandangan dingin.Lagipun tiada siapa yang boleh cakap Keysha benci pada diri nya tanpa sebarang bukti langsung.Terus matanya mencerlung memandang Sandra dengan tajam bak mata bilah pedang.

"Jadi?Apa masalah nya?" tanya Darwish dengan selamba

'Memang jaga tepi kain orang betul lah, pompan ni.Tunggu je lah masa untuk aku balas dendam pada kau.' gumam Darwish dengan sebuah dendam

Ame hanya mendiamkan diri nya apabila diberi isyarat oleh Darwish.Lagipun memang dia terlampau malas nak layan perangai perempuan sunda tu.Buat semak kepala otak dia pulak karang.

'Bagus jugak mamat ni tolong aku.Memang mulut terlampau berat sangat nak cakap dengan perempuan sundal tu.' desis Ame

Sandra terasa dirinya dimalukan di hadapan Ame, terus keluar dengan perasaan sebal yang semakin bersarang.Dan menghempas pintu ward tersebut dengan kuat.Sungguh pintu tersebut tidak bersalah tapi dia kena.Bertabah sahaja lah wahai pintu yang tersiksa.

'Tunggu kau, pompan sial.' desis Sandra

Ame dan Darwish memandang sesama sendiri sebelum ketawa terbahak-bahak.Tanpa mereka sedar, perasaan aneh muncul lagi dalam hati dua makhluk berbeza jantina.Terus Ame memandang ke arah luar tingkap.

"HAHAHHAHHAHAHHA" gelak mereka berdua

Ame tersenyum lebar apabila terkenang muka Sandra yang merah seperti udang terlebih garing je sebentar tadi.Mata nya tunak melihat paranormal bandar raya Kuala Lumpur yang penuh dengan pelbagai jenis kenderaan.

'Ame rindu mummy.Kalau boleh putar masa dulu, mesti sekarang ni Ame tak rasa sunyi sangat kalau mummy ada.Tapi siapa yang boleh lawan kuasa nya untuk semua ni.' desis Ame dengan sedih

"Subahanallah... cantik nya.Namun pasti aku akan pergi dulu dari semua orang.Dan tak dapat nak tengok lagi pemandangan yang cantik ni lagi dah." kata Ame dengan perlahan

Darwish tergamam apabila Ame berkata seperti itu.Sungguh dia mula berasa sesuatu yang menyakitkan dalam hati nya sekarang ni.Langsung dia tidak pernah rasa sebegini seperti sekarang ini.

"Fikah.." panggil Darwish

Ame terus memandang Darwish dengan senyuman di wajah nya.Darwish terus memandang arah lain akibat Ame tersenyum ke arah nya sekarang ni.Sungguh hati nya mula berdegup dengan tidak serentak dan agak laju daripada biasa.

'Kenapa pulak dengan kau ni, wahai jantung?Jangan buat aku jadi tak keruan sekarang ni.Karang aku humban kau dekat laut Artik karang baru tahu.' desis Darwish

"Oh.. lupa pulak.Sorry eh?Aku memang suka tengok semua paranormal ni.Maaf kalau aku terleka sekejap tadi." pohon Ame dengan perasaan menyesal.

Darwish terus bergerak ke arah Ame sebelum melihat sambil memeluk tubuh nya.Memang betul lah apa Ame kata sebentar tadi.Sungguh dia mula rindu untuk melihat paranormal semula jadi ini akibat kesibukan nya dalam bidang pemodelan muslim.

"Sokay lah.Lagipun bukan kau sorang je yang suka tengok.Aku pun sebenarnya suka juga tengok tapi sebab aku model jadi tiada masa pulak nak tengok." ujar Darwish tanpa dipinta

"Jadi... apa keputusan kau?" tanya Ame setelah berdiam

Darwish menoleh memandang Ame sebelum tersenyum kecil.Muka Ame terus berubah sedikit merah daripada sebelum ini.Sungguh hanya dengan Darwish sahaja, mampu membuat wajah nya yang pucat menjadi tomato.

"PFT... buah tomato.Nak air cendol ke,dik?" kata Darwish

Ame terus mengembung pipi nya apabila Darwish mengelar nya sebagai buah tomato.Halah,halah biar je lah pipi dia ni nak merah macam tomato ke apa asalkan masih nampak comel lagi.

'Haih... geram pulak aku tengok muka dia ni.You... why you so cute?You buat I hanyut tengok you!!Okey... tiber pulak aku sekarang ni.' monolog Darwish sambil tersenyum

"Biar je lah.Jawab je lah soalan aku tu.Pat.. pat lah,mamat kerek.Nanti aku nak buat something dekat abang aku tu...." kata Ame dengan nada mengada

"Gedik siak.. okey lah aku jawab soalan kau.Apa soalan dia tu?Hah, kau tanya keputusan aku kan?Jawapan nya adalah aku hanya mengikut sahaja tapi ada benda kau kena tahu sebenarnya, Fikah." ujar Darwish

'Aduh.. sejak bila aku jadi gedik semacam ni?Haih... malu nya aku sekarang ni!!Kalau dekat depan anak kambing tu tak apa lah jugak.Tapi ni depan lelaki sekarang ni . ' gumam Ame dengan malu nya

Ame mendiamkan dirinya.Dia tidak sangka ada orang sanggup terima semua kejutan yang di beri oleh diri nya.Cuma hati nya sahaja tidak boleh terima lelaki bukan mahram dalam hidup nya sekarang ni.

'Aik?Diam sudah minah kerek ni?Dia ni dah kenapa dari tadi asyik mendung je?Dan paling aku pelik, kenapa dia pakai sarung tangan dekat sebelah je?' desis Darwish dalam hati


https://youtu.be/xrbY9gDVms0

So untuk kali ni author, belanja korang dengar lagu ni.Korang blh pasang lagu ni sambil baca ni ye.Author minta ampun ye kalau ada yng menunggu story ni agak lama.Author agak busy jadi kalau ada masa author akan update lagi. tapi lambat atau cepat sahja ye.


















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro