Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 37

"Dah kenapa ni?Bosan ke,dik?" tanya abang long dengan perlahan

Ame menangguk kepala nya sambil menutup mulut nya yang dari tadi asyik menguap sahaja.Lagipun masa sekarang ni mungkin dia sudah menghabiskan ulang kaji nya atau terus masuk tidur.

"Tahan sikit ngantuk mon amour tu.Lagipun daddy ada benda nak cakap dekat awak.Dan benda tu penting sangat." kata abang long

"Okey lah, adik cuba." balas Ame dengan mengantuk

Sandra yang perasan akan tingkah laku Ame, terus mencebik bibir nya sambil memandang dengan penuh menyampah.Dasar perempuan mengada, tahulah ada abang tapi tak payah lah nak tunjuk sangat perangai tak senonoh.

'Haih... gedik betul lah minah ni.Kalau dah rasa mengantuk tu pergi lah mampus.Tak payah muncul depan mata aku pun tak apa.Semak je dekat sini kalau kau ada pun.' desis hati Sandra dengan menyampah

Entah apa yang Sandra tidak puas hati dengan Ame pun langsung tidak tahu.Tapi kerana Ame jenis cool depan semua orang membuat dia benci dengan sepupunya itu.Dengan Keysha,Syah dan Yanna dia okey sahaja, cuma nya dengan Ame buat dia benci-sebenci nya.

'Kalau nak maki hamun aku pun, tak payah lah nak jeling-jeling aku sangat.Karang ada yang kena cucuk dengan mata katana yang paling halus juga.' monolog Ame dengan bosan

"Oit... asal kau ni?Dari tadi duk jeling si Sandra tu?" tanya Syah, separa berbisik

"Nothing, lagipun nak tumpang kaki kau,Syah?Aku nak baring kepala aku kejap.Nagntuk sangat dah ni." pohon Ame dengan nada comel

Syah yang faham dengan perangai Ame, hanya benarkan sahaja dia baring di atas peha nya.Lagipun cukup lah Ame buat kerja untuk mereka berempat, jadi apa lah sangat dia nak kedekut dengan Ame untuk bagi dia tidur atas peha nya.

"Sure, why not?" kata Syah dengan perlahan

"Thanks, darling.Nanti aku dah okey, aku belanja kau." kata Ame dengan lemah

Tanpa sempat Ame ingin memelapkan mata nya sekejap, ada panggilan yang masuk di phone nya.Terus dia mengangkat tanpa melihat nama yang tertera di panggilan phone.

"Assalamualaikum, cikgu.Ada apa cikgu telefon saya malam ni?" tanya Ame dengan mengantuk

"Waalaikumusalam.Kau ni mamai ke apa?" tanya orang di sebelah sana

"Hah!? Jap sapa ni?" tanya Ame terkejut

"Larh... budak ni.Kau kenal atau tak ni?" tanya orang di sana tanpa menjawab soalan Ame

'Eh....eh... mamat ni.Sudah lah tak bagitahu siapa dia.Lepastu kata aku ni macam kenal dia padahal tak pun.' bebel hati Ame dengan geram

"Maaf lah, encik.Lagipun sekarang ni dah lewat malam.Suami saya pun dah menjerit panggil saya sekarang ni.Saya tahu tujuan encik telefon saya untuk mengorat saya tapi saya ni dah ada anak berderet macam kereta api.Jadi saya harap encik batalkan niat encik tu nak mengorat saya ye.Maklumlah saya ni dah muka pun berkedut seperti orang tua pun ada.Baik encik cari yang lebih cantik dan muda daripada encik ye." jawab Ame dengan nada yang dibuat lembut

Keysha,Syah dan Yanna yang paling dekat Ame, ternganga mendengar jawapan Ame.Memang tabik spring lagi lah dengan Ame.Pabila Ame berada dalam mood yang tidak elok, mula lah idea yang paling merapu muncul di minda nya.

"Aduh, budak pikachu ni.Kalau dah start moody dia tu, mula lah nak merapu teruk." kata Keysha

"Itu nasib baik sahaja orang tu buat panggilan dengan Ame."  kata Syah pula

"Kalau tidak....." kata Yanna 

"Memang banyak dia typo dekat ws dari kita semua." jawab mereka bertiga serentak

"Bukan korang je yang kena tahu tak?Tapi abang long dengan abang Ngah pun kena dengan typo teruk dia tu." ujar abang long dengan lemah

"Apabila mood Ame sudah kelaut hindi, maka dia banyak typo daripada kitorang termasuk online friend kitorang.Sampai ada yang sudi bagi dia spam banyak-banyak secara personal atau dalam group." jawab Syah dengan lemah

'Mak aih... aku salah nombor phone ke apa ni?Betul ke ni nombor adik Afdzal atau dia memang saja nak kena kan aku?' monolog orang sana

"Ouh... sebenarnya saya dah lama mintak izin 'suami' awak untuk bercakap dengan awak.BOleh saya tahu awak ni Nur Ameerah Syafikah, bukan?" tanya nya untuk kepastian

"Jap macam mana awak tahu nama saya?" tanya Ame denga curiga

"Saya tanya awak, awak boleh tanya balik dengan saya?" tanya orang sana dengan pelik

'Eh.. eh... mamat ni.Ada yang makan kaki juga karang.Sudah lah mood aku dah tak ada langsung untuk malam ni.Lepastu buat pranks pulak.' bentak hati Ame

"Haih.. ye lah.Memang itu nama penuh saya.Kenapa tanya?Dan siapa awak sebenarnya sebelum saya buat benda bukan-bukan karang." ugut Ame dengan bengang

"Kalau saya cakap yang saya ni bakal tunang awak?Awak percaya atau tidak?" tanya nya dengan berkias

'Jap, bakal tunang?Jangan kata ni dia?' desis Ame, cuak

"EH!!! KAU DARWISH KAN?" tanya Ame dengan terkejut

Ame terkejut bukan sebab siapa yang menelefon nya malam-malam buta.Tapi macam mana nombor nya boleh ada pada Darwish padahal dia langsung tidak ada lelongkan nombor nya pada orang?

"Tapi macam mana kau boleh dapat nombor aku ni?Aku langsung tak buat iklan jual nombor aku ni?" tanya Ame bertubi-tubi

'Aih.. budak ni.Cuba bagi soalan tu satu-satu.Ni main terjah je.Nasib baik Raz tak ada dalam bilik.Kalau tidak mahu disoal jawab karang.' bebel Darwish

"Cik adik manis lagi menawan, boleh tak tanya soalan satu persatu?Kau ingat aku ni robot jawab soalan kau ke?" tanya Darwish dengan bengang

Ame tersengih apabila dia dapat menangkap perlian dari Darwish.Keysha,Syah dan Yanna hampir pitam apabila melihat Ame yang pada mulanya muka ketat selepas itu boleh pulak tersengih seorang  sendiri.

'Ya Allah... Kakak aku ni dah tersampuk dengan jin apa sampai tersengih?' desis hati Syah

'Dah kenapa pulak mama pikachu tersengih macam kena rasuk ni?Atau suadh disahkan menjadi gila betul?' monolog Yanna

'Aduh... adik aku sorang ni.Dah biul ke apa sampai tersengih seorang diri?' bebel Keysha

"Wahai abang perasan kacak lagi dingin, saya cuma ingin kepastian dari siapa atau mana awak dapat nombor saya ini.Baik jujur sahaja sebelum saya buat benda pelik nanti karang." ugut Ame

'Waoh.. tak sangka pulak minah ni pandai main tarik tali eh?Let's play some game.' desis Darwish sambil tersenyum penuh makna

"Ouh... kalau adinda seorang yang pintar lagi bijaksana, cubalah teka orang yang pernah kekanda pernah jumpa hari ini?" kata Darwish

'Haih... mamat ni.Menyesal pulak main tarik tali dengan dia ni.Last-last aku yang kena.' bebel hati Ame 

"Kejap.Yang tu klu ke atau sesaja je kau sebut?" tanya Ame

'Haih.. budak ni.Aku dah bagi klu dia boleh lagi tanya yang tu apa?' desis Darwish

"Eh.. tak lah.Yang tu makanan untuk kucing aku ni.Dah tentu lah klu untuk kau." kata Darwish dengan perlian

'EI!!! kalau nak tegur tu tak payah lah perli aku je.Perli lah kawan dia yang serupa buluh tu.' gumam Ame dengan geram

"Aku tahu siapa yang buat lelongan nombor telefon aku ni." kata Ame dengan yakin

'Aik... cepat betul dia tahu?' gumam Darwish

"Siapa gerangan yang kau tahu tu?" tanya Darwish 

"Siapa lagi kalau bukan abang aku.Dan aku nak tanya sesuatu dekat kau.Apa yang korang berdua bisik petang tadi?" tanya Ame dengan serius

'Apa aku nak goreng ni eh?Macam mana kalau dia tahu aku dah lama kenal abang dia?' fikir Darwish dengan kusut

"Erk... alah biasa lah lelaki bisik benda mengarut.Macam lah kau tak kenal perangai lelaki macam mana kan?" ujar Darwish 

"Kalau aku cakap kau sebenarnya nak keletong dari aku tapi kau tak pandai.Baik kau terus terang sahaja dengan aku.Aku bukan makan orang pun sebab aku makan nasi." komen Ame dengan selamba

"Haih... tak sangka pulak kau ni ahli nujum pak belalang.Macam mana kau boleh tahu siapa yang lelong nombor kau?Dan bila masa aku nak keletong dengan kau?Aku cakap jujur lah sekarang ni." kata Darwish yang tersenyum di sana

Harraz masuk ke dalam bilik Darwish mula berasa pelik melihat kawan nya tersenyum seorang diri.Sudah serupa dengan orang yang tak betul pun ada sekarang ni dia tengok.Harraz terus keluar dari bilik Darwish apabila kehadiran nya langsung dianggap seperti tidak wujud sahaja.

"Eh.. eh... jangan pandang aku ni sebelah mata sahaja.Lagipun aku syak yang kau kenal sangat abang aku sedangkan korang langsung tak pernah jumpa." kata Ame

"HAHAHHAHA.Ya allah, sorry aku tak boleh dengar ayat kau.Serius talk, memang lawak pulak kau cakap macam tu." ujar Darwish sambil ketawa

Ame yang mendengar suara Darwish ketawa disebabkan lawak nya yang tidak jadi.Tidak sangka lawak nya yang tidak jadi mampu menghiburkan lelaki dingin tersebut.Tanpa Ame sedar, dia tersenyum lebar sehingga menampak lesung pipit dan muka nya sedikit merah dari biasa.

"Serius ke?Wei, betul-betul aku memang tak pandai buat lawak.Tapi kau dah ketawa macam hantu langsuir mintak kaki je, tak apa lah.Lagipun ni first time aku buat orang tergelak.Kalau tidak ayat buku sahaja lah aku cakap." kata Ame tanpa sedar

Darwish mendengar ucapan Ame, mula berasa pelik.Setahu dia perempuan ni jenis lebih  peramah dan senang dapat ramai kawan kecuali dia malu-malu kucing sahaja,Tapi kenapa dia rasa yang Ame langsung tak ada satu kawan walaupun dia sudah lama berada di sekolah berbanding diri nya?

"Erm.. Fikah." panggil Darwish

"Hurm... apa dia?" tanya Ame

"Kalau aku tanya something, kau jangan terasa eh?" pohon Darwish

"Tengok keadaan lah kalau benda tu logik." kata Ame 

"Kau tak pernah ada kawan ke?Maksud aku cara kau tu macam tak pernah ada seorang kawan pun?" tanya Darwish dengan pelik

Ame kaget apabila soalan yang langsung dia tak nak dengar dari mulut sesiapa.Namun sayang dia mendengar soalan itu dari mulut Darwish aka bakal tunangnya.Dengan tenang nya, AMe mengatakan benda yang dia rasa dari kecil lagi.

"Kalau aku cakap yang aku tak pernah ada kawan walaupun dengan perempuan.Aku dari kecil memang berbeza dengan abang-abang, kakak dan adik-adik aku.Aku bukan pemalu atau apa tapi sebab satu perkara yang mengubah hidup aku sehingga orang pun tak hingin nak berkawan dengan aku.Bila arwah mummy tahu aku langsung tak pernah keluar rumah untuk bergaul dengan budak sebaya, dia kawan aku.Tapi sejak dia tak ada, aku tak ada sesiapa pun." kata Ame dengan lemah

Tanpa Ame sedar, ada sesuatu mengalir di muka nya.Lantas tangan nya menyentuh pipi nya.Langsung dia tidak sangka yang air mata nya mengalir lagi sekali.Terus dia mengelap air mata nya dengan menggunakan tapak tangan sebelum ada orang yang perasan.

'Kenapa aku perlu nangis?Aku sepatutnya hanya rindu dengan mummy.Aku tak nak mummy tengok aku macam ni.Aku kena kuat untuk lawan semua ni walaupun nyawa aku hampir nazak.' bisik hati Ame

"Kau okey tak?Maaf kalau aku buat kau terasa dengan soalan aku tu, Fikah.Anggap soalan aku tu seolah tak wujud lagi.Please... aku tak nak kau sedih lagi pasal mummy kau.Kalau kau rasa nak kongsi perasaan kau, aku sentiasa memasang telinga untuk kau." pujuk Darwish

'Ya Allah.Langsung aku tidak sangka yang Darwish bukan seperti apa yang aku fikirkan,' desis Ame dengan kesal

"Aku okey.Thanks ,Darwish.Kau orang pertama yang sudi benarkan aku luahkan perasaan.Sepanjang jangka hayat aku hidup, tak pernah seorang pun orang yang sudi pinjamkan telinga dia untuk aku.Aku hargai sesangat Darwish." luah Ame dengan gembira bercampur sedih

"Tak ada hal lah.Lagipun apa salah nya kita berkawan dulu sebelum bercinta selepas nikah.Kau sorang je yang aku boleh ajak sembang.Yang lain asyik tergedik-gedik dengan aku, rimas pulak aku rasa." rungut Darwish

Ame yang mendengar, tergelak geli hati.Darwish terpana mendengar suara Ame tergelak disebabkan rungutan nya.Terus dia memikirkan idea untuk buat si dia ini tergelak lagi.Seronok pulak hati dengar orang yang dia rapat tergelak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro