Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 36

"Wei... Syah.Kalau aku tak nak turun, boleh kan?" bodek Ame

Syah yang melihat riak wajah Ame, hanya tersenyum sinis.Terus dia memandang ke arah Ame lalu membisikkan sesuatu pada nya.

"Kalau aku cakap yang kau memang tiada pilihan lagi dah." kias Syah

"Holly mudblood!!! Sudah lah aku malas nak hadap muka diorang tu.Asal lah aku kena buat jugak,Syah?" tanya Ame dengan muka sedih

Syah hanya mampu tersenyum sahaja.Bukan dia tidak faham dengan perangai Ame yang langsung tidak rapat dengan saudara mara sebelah daddy mereka.Jadi tidak hairan lah yang Ame dingin sepanjang masa apabila saudara mara sebelah daddy mereka datang ke rumah mereka.

"Amboi.... pandai benor kau nak mencarut ni.Mana belajar?" tanya Syah dengan muka garang

'Ceh.. Macam lah aku takut sangat dengan muka macam tu.' bentak Ame dengan angkuh

"Belajar dalam movie Harry Potter.Is something do you want ask me, miss professor McGonagall?" tanya Ame 

Syah yang mendengar diri nya digelar sebagai professor dalam Harry Potter, terus tergelak lucu.Langsung dia tidak duga yang kakak nya yang seorang ni pandai buat lawak dengan menggunakan watak Harry Potter movie.

"Nothing, my dear Granger.But please don't say bad word in front of me.Or else you loss your point in house." ujar Syah dengan riak yang tenang sahaja

"Ganger!! What are you doing?" jerit sesorang di belakang Ame

Ame dan Syah terkejut dengan jeritan seseorang dari arah belakang.Lantas mereka berdua mengalih pandangan ke belakang.Tersentak mereka apabila Keysha dan Yanna berada di belakang mereka.

"Waalaikumusalam, wahai bakal ahli syaiton nirojim." kata Ame dengan selamba

Syah dan Keysha yang mendengar ayat selamba daripada mulut Ame, terletus ketawa mereka lagi.Manakala Yanna terus menarik muncung itik nya dengan panjang sekali.Ame yang melihat wajah Yanna menjadi masam kena telan asam jeruk, tersenyum kecil sahaja.

"Fuh... Ame... Aku memang tabik spring dekat kau.Lain kali kalau nak terjah orang pun, bagi lah salam tu ye wahai Nur Aryyana Saffiya sayang." tambah Syah sambil tersenyum lebar

"Ye lah, wahai kakak pikachu dan kakak ikan.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Jawablah salam dari adik mu yang perasan kacak ini." perli Yanna dengan perasan nya

"Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh." jawab Ame, Keysha dan Syah dengan serentak

"Hah... kan sedap untuk dengar.Nanti bakal mak mertua pun suka dengan Yanna." usik Keysha

"Herh.. tak hingin pun Yanna nak kahwin awal.Lagipun Yanna kan paling bongsu, of couse lah yang tua dari Yanna kena kahwin dulu." bidas yanna

UHUK..UHUKS

Terus Keysha,Syah dan Yanna memandang ke arah Ame.Ame tersedak apabila isu yang paling dia malas fikir mula menjadi pebualan mereka berempat.Dia merasa dirinya di perhati terus mengangkat kepala nya.

Langsung tidak sangka yang Keysha memandang nya dengan pelik, Syah tersenyum dengan penuh makna manakala Yanna sudah tersengih seperti meminta diri nya untuk ditampar.Ame hanya menayangkan muka selamba sahaja pada mereka bertiga.

"Haih... Ame.Tak kan lah sebut pasal kahwin ni terus batuk kot?"  Kata Syah sambil tersenyum nakal

'Alamak!! Aduh macam mana pulak aku nak kelentong diorang semua ni?' fikir Ame 

"Tak ada lah.Tapi korang dah bersedia ke nak kahwin semua ni.Korang pun tahu tanggungjawab seorang isteri besar juga selain suami." balas Ame

"Habis tu?Asal kau batuk tadi?Ke kau sorokkan sesuatu daripada kitorang?" tanya Yanna dengan curiga

"Mana ada lah.Lagipun kau fikirlah umur macam kita sekarang ni sesuai ke untuk berkahwin semua.Sedangkan makan minum semua daddy yang tanggung lagi, tahu tak." tungkas Ame

"Memang betul, Me.Tapi sekarang ni umur macam kita ni pun dah boleh kahwin.Tapi kalau kahwin dengan lelaki handsome kira bonus free sahaja.Tak bergitu,korang?" terang Keysha sambil tersenyum miang  

Ame yang melihat gelagat Keysha, mencebik bibir nya.Lagipun dia yang kena hadao semua ni lah.Ingat suka ke kahwin dengan orang yang langsung tidak kenal walaupun baru jumpa.

"Apa-apa je lah korang.Malas aku nak berdebat korang pasal isu mengarut ni." kata Ame sebelum turun 

"Alah-alah kau ni,Me.Langsung tak sporting pun.Cuba kau fikir balik, bercinta selepas kahwin?Mesti lebih indah dan dapat pahala." pujuk Yanna

'Diorang ni memang langsung tak faham ke yang aku malu kalau pasal isu ni.Suka sangat tengok muka aku naik merah macam tomato.' bentak hati Ame

"Guyss... please stop.I don't want to hear about this isu anymore." kata Ame dengan penat

"But why,Me?" tanya Keysha

"Korang pun tahu yang aku tak akan berkahwin melainkan kalau ada wasiat yang mengatakan yang aku kena kahwin dengan someone.Baru aku buat tapi tengoklah kalau hati aku ni boleh mencintai nya." kata Ame dengan pasrah

"Only just that, sis?" tanya Syah dengan kepastian

"Yeah.And korang pun tahu dengan aku yang jenis tak pernah sembang dengan lelaki pun kecuali abang long dengan abang ngah.So, kalau ada wasiat mummy yang masih belum selesai lagi dan mengatakan salah seorang daripada kita kena kahwin sebelum abang long, macam mana?" balas Ame dengan lemah

"Okey... Aku nak tanya something dengan kau boleh tak?" pinta Yanna

"Hurm... tanya je lah.Selama ni kau asyik main terjah nak tanya soalan.Ni tiba-tiba jadi baik je." ujar Ame dengan bosan

"Haih.. kau ni kalau nak berapi satu badan bukan kau lah gamak nya.Kau pernah tak buat solat istikharah sebelum ni?" tanya Yanna dengan serius

Ame hanya menggeleng kepala sahaja, sebagai belum pernah buat.Keysha dan Syah sudah faham dengan maksud Yanna menanyaka soalan pada Ame.Mereka berdua hanya mendiamkan sahaja dan membiarkan Yanna menyelesaikan dengan cara nya.

"Kau tahu kan maksud solat istikarah kan?" tanya Yanna lagi

"Tahu.Solat untuk mencari petunjuk daripada Nya disaat seseorang itu dilema bagi mendapat jalan penyelesaian.Betul kan?" kata Ame dengan kurang yakin

"Betul tu.Jadi dalam situasi kau sekarang ni, kau tak boleh nak fikir dengan betul pasal isu ni kan?Jadi aku sarangkan kau buat solat istikarah malam ni." pujuk Yanna

"Lagipun solat istikarah ni ada manfaat nya, babe.Kau faham kan maksud yang islam adalah agama yang indah dan luas-seluas lautan muka bumi ni." tambah Syah

"Dan masih banyak perkara yang berkaitan islam yang masih belum diketahui lagi.Jadi Ame jangan fikir yang tiada jalan penyelesaian untuk semua ni.Ada sahaja tapi kita yang kena fikir cara untuk selesaikan." kata Keysha

Ame yang mendengar pembahasan daripada kembarnya, mula tersenyum leber sehingga menampakkan lesung pipit nya.Mereka bertiga yang nampak Ame tersenyum, terus mereka berpelukan sehingga Ame hampir sukar untuk bernafas.

"Woi..woi ... sudah lah korang.Aku hampir tak boleh bernafas sekarang ni." kata Ame dengan rimas

"Hehehehe.... halah-halah kau.Cuba bawak bertendang gitu.Ni tak, rimas lah apa lah.Karang rindulah nak peluk kitorang ni." protes Yanna

'Mula dah....' desis hati Syah

Ame yang perasan, terus memandang Yanna dengan bosan.Kalau sesiapa nak buat drama, boleh sahaja buat panggilan dengan Yanna the queen of drama.Walaupun Keysha dan Ame merupakan model dan pelakon tapi Yanna pula yang lebih pandai sehingga mereka berdua hampir terpengaruh oleh nya.

"Stop it, mudblood.Daripada kau buat drama yang tak iktiraf ni, ada baiknya kita turun bawah sekarang.Kalau tidak, confident yang kita semua kena tazkirah free-free je dari abang kesayangan." kata Ame dengan mendatar sebelum pergi

Yanna tercengan dengan Ame manakala Syah dan Keysha hanya mengangkat bahu mereka menandakan tidak tahu.Tanpa menunggu masa juga,Syah dan Keysha meninggalkan Yanna seorang diri untuk menyusul turun ke bawah bersama Ame.

'What... kurang garam punya kakak.Bukan nak terima kasih dekat aku pun.Ni tinggal aku senseorang dekat sini adalah.' bebel hati Yanna

"Wei... korang!!! Tunggu lah aku.Asal semua kejam siak?Asyik kena tinggal je lepastu bukan nak berterima kasih pun." bebel Yanna dalam geram

Ame hanya membuat bodoh sahaja apabila Yanna sudah mula dengan perangai kuat membebel nya itu.Boleh masuk dalam pertandingan siapa yang kuat membebel antarabangsa gamak nya budak kecil tu.Sudah lah suara seperti telan mikrofon entah siapa punya dulu, sebab tu suara lebih besar dari badan nya.

"Oh ye,Syah and Keysha.By the way thanks give the advices to me." ujar Ame dengan sopan

KRUCK....

Hati Yanna terkoyak teruk akibat dipalau banyak kali oleh Ame.Terus dia menyendu seorang diri sambil merenung bucu dinding.Ame yang nampak, hanya tersenyum kecil sahaja manakala Keysha dan Syah mengeleng kepala mereka berdua.

"Tahu lah aku ni langsung tak penting pada kau, kan?Ye lah siapa lah aku kalau nak dibandingkan dengan Syah,Key lepastu sapa eh?Hah... Darwish idaman kau tu." Sendu Yanna seorang diri di bucu dinding

'Hah?? apa kaitan mamat tu dengan benda ni?' monolog Ame

Syah dan Keysha sudah mula tersenyum nakal pada Ame.Ame hanya memandang dengan pandangan pelik sahaja.Lagipun dia blur sangat dah sekarang ni.Mungkin makan kerengga banyak sangat kot sampai langsung blur?

"Haih... dalam diam sudah berpunya rupanya,Keysha." kias Syah sambil senyum nakal

"Aha lah.Yanna dari mana tahu ni?" tanya Keysha dengan mengusik

"Ouh.. kalau pasal tu.Ada orang terserempak Ame balik sekali dengan Darwish tadi.Kan,Ame?Tak payah nak tipu kitorang lah." kata Yanna dengan bangga

"Memang betul aku balik dengan mamat tu.Tapi itu hanya lah satu kebetulan sahaja kitorang jumpa masa balik tadi.Dan korang pun masak sangat dengan perangai aku yang anti-guys semua ni.So cuba fikir logik sikit?Ada aku suka balik serentak dengan mamat tu?" balas Ame dengan penuh tenang sekali

Manakala Keysha,Syah dan Yanna tercengang mendengar hujahan daripada mulut Ame.BUdak pikachu ni kan kalau tak balas dengan penuh tenang, memang bukan dia lah gamak nya.

"By The Way, Xièxiè nǐ, xiǎo shānyáng." kata Ame dalam bahasa china

"Kau cakap thanks dengan aku okey dah.Tapi asal kau panggil adik kambing dekat akhir sekali tu, hah?" tanya Yanna yang tidak puas hati

Ame hanya membisukan diri sahaja.Lagipun dia bukan jenis suka terangkan pada orang dengan jelas kecuali dia sendiri yang ingin mengatakan.Tanpa mengusutkan kepala nya, terus dia turun ke bawah sambil mendengar lagu di earphone nya.

https://youtu.be/GbUV3TXUzeQ

"Asal minah tu?" tanya Syah dengan pelik

"Entah.'Kawan' datang lah kot.Tu yang dingin semacam je hari ni." kata Yanna kurang pasti

"Haish... apalah korang ni.Cuba malu sikit kalau reader lelaki yang baca story ni, tak ke malu Ame.Atau korang memang dah lama nak kena tanam dengan dia?Kalau nak sangat pergi lah cakap dekat dia terus." kata Keysha sebelum turun ke bawah pula

"Wei... asal semua moody semacam je hari ni?" tanya Yanna dengan bingung

"Don't ask me, okey?Lagipun mana lah aku tahu?Daripada fikir benda tak berapa nak penting, ada baik nya kita turun bawah sebelum mama pikachu mengamuk satu rumah." ajak Syah

"Hurm... muh lah kita gerak sekarang." kata Yanna dengan pasrah

DI RUANG TAMU

Suasana di ruang tamu yang sunyi walaupun ada penghuni.Ame mula berasa bosan dengan suasana seperti itu.Tambahan pula apabila Sandra memandang nya dengan menyampah sekali sambil mencebik bibir nya.

'Herh.. bosan benar suasana macam ni.Lebih baik aku layan komik manga yang belum habis baca lagi.' desis Ame dengan bosan

Tanpa dia sedar, Ame mengeluh panjang sehingga menarik minat semua penghuni di ruang tamu termasuklah Sandra.Ame menanyangkan sengihan pada semua orang tapi masih cukup sinis untuk semua orang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro