Bab 32
Selesai sahaja perbincangan di antara mereka berdua dan pengetua, Ame dan Darwish meminta diri untuk pulang.Dan sempat Ame menyimpan kotak baldu tersebut di dalam poket seragam nya.Tanpa memangdang Darwish,Ame terus berlalu pergi ke kelas nya semula.
"Kau masih... terkejut yang aku adalah orang yang kau kena kahwin ke?" tanya Darwish
Ame yang mendengar terus berhenti membuat kerja nya.Lalu dia memandang tepat ke arah mata Darwish.
"Jujur aku cakap, aku masih terkejut apa yang terjadi hari ini.Tapi mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.Siapa yang tahu rancangan allah kan?Jadi aku tak berharap sangat pun.Kalau betul lah kau adalah imam aku ke jannah aku terima dengan hati ikhlas." kata Ame dengan penuh dalam
Darwish tergamam apabila Ame berkata seperti itu.Dia faham yang bukan salah sesiapa dalam hal ni sebab mereka berdua hanya perlu melaksanakan amanah seseorang itu dengan segera.Tapi dia langsung tidak sangka yang Ame boleh terima perkara berkaitan masa depan nya dengan hati terbuka.
"Baiklah... aku terima seadanya diri kau sekiranya kita adalah jodoh yang ditentukan oleh Nya.Lagipun aku tak akan mendesak kau untuk buat pilih sebab ia melibatkan masa depan kau dan aku.Jadi aku harap kita berdua boleh jadi kawan walaupun kita tiada jodoh sekalipun." ujar Darwish dengan tenang
Ame yang mendengar ayat Darwish, dia tersenyum lebar tanpa disedari.Darwish terkaku melihat senyum lebar yang menghiasi wajah Ame.Lalu dia membalas senyuman tersebut.
"Apa kata aku teman kau sampai pagar sekolah?Lagipun dah nak dekat senja ni." pelawa Darwish
'Apa salah dia nak teman aku?Lagipun boleh aku kenal hati budi dia ni' detik Ame
Tanpa menunggu apa-apa,Ame mengangguk kepala nya sebagai setuju.Lalu dia bergerak keluar kelas bersama-sama Darwish.Sepanjang langkah mereka, banyak perkara yang hampir sama dengan mereka.
"Jadi kau ni model ke?" tanya Ame
"Aha... tapi sejak aku pulang ke sini, aku dah active sangat dalam bidang tu.Rimas rasanya orang mengarah buat benda yang langsung aku tak suka." kata Darwish
"Oh baru faham." kata Ame
"Kenapa kau tanya soalan macam tu?" tanya Darwish
"Saja je.Lagipun adik aku pernah nampak gambar kau dekat majalah sebelum ni.Tapi aku buat tak tahu je lah masa tu." terang Ame
Sedar atau tidak mereka sudah berada di hadapan pintu pagar sekolah.Langsung Darwish dan Ame tidak sedar disebabkan pengenalan mereka, membuat mereka menjadi akrab walaupun sebenarnya mereka berdua masih lagi perang dingin.
Abang long yang perasan akan gerak geri Ame dan Darwish, dia tersenyum kecil di dalam kereta.Tanpa menunggu masa, abang long keluar dari perut kereta untuk mengambil Ame yang berada di hadapan pagar sekolah bersama-sama Darwish dengan penuh tenang.
"Haih... rancak betul berbual sampai abang long sampai pun tak perasan ke?" tanya Abang long sambil memegang bahu Ame
Ame tersentak apabila suara abang long menyapa halwa telinga nya.Lantas dia mengalih pandangan nya ke tepi sedikit.Abang long terus tersenyum lebar apabila Ame langsung tidak muram seperti dahulu disebabkan ada orang yang masih sudi untuk berbicara nya walaupun berlainan jantina sekalipun.
"Abang long!!" kata Ame sambil memeluk abang long dengan erat sekali
Abang long terkejut akan refleks Ame yang tiba-tiba memeluk dengan erat sekali.Itu bernasib baik sahaja apabila abang long dapat mengimbang badan nya daripada tumbang.Darwish yang melihat telatah Ame yang tiba-tiba menjadi manja, terkaku terus satu badan nya.Abang long yang perasan akan pandangan Darwish terhadap adik nya, terus berdehem dengan kuat.
"Erhem... jangan tenung anak dara macam tu.Karang jatuh zina mata pulak.Kamu nak tanggung dosa zina mata ke?" tanya abang long sambil mengangkat sedikit kening nya
Darwish yang sedar akan keterlanjuran nya, terus mengalih pandangan ke arah abang long.Riak wajah abang menjadi serius apabila pandangan nya terhala pada Darwish.Darwish terus meneguk air liur apabila pandangan helang menyingah pandangan nya.
'Aduh... seram pulak dia ni.Aku ada buat salah ke sampai pandang aku macam nak tanam aku je.' desis Darwish
"Kau ni Izz kan?" tanya abang long
'Eh macam mana dia tahu nama aku pulak ni?' monolog Darwish
Dengan perasaan ragu-ragu, Darwish menangguk kepalanya untuk menandakan setuju.Abang long yang melihat anggukan tersebut, terus mencuba untuk mengenakan Darwish dengan licik.Ame yang perasan akan wajah abang nya, terus memulas lengan abang long dengan penuh lembut sekali.
"Ah... sakit,Me !!!! Dah kenapa nak pulas lengan abang long ni?Sakit tahu tak.Dah lah abang long nak drive nanti." kata abang long dengan nada berjauh hati
"Bukan saja-saja pun adik nak pulas tu.Tapi kalau niat nak kenakan orang, adik buat lebih teruk tahu tak.Tapi sebab abang long abang adik, jadi masih ada kebaikan dalam diri adik untuk buat tahu." kata Ame sambil tersenyum penuh makna
Abang long yang melihat senyuman yang penuh makna terukir di bibir Ame, terus membalas dengan senyuman kekok.Darwish yang melihat telatah adik beradik di hadapan nya, terasa terhibur walaupun dia faham maksud Ame yang ingin dituju pada siapa.
"Sudah-sudah lah korang berdua ni.Cuba tengok sikit persekitaran dulu sebelum nak berperang ye." kata Darwish
"Mana ada perang lagi ni.Lagipun aku buat benda lebih jauh lagi rasanya.Tapi sebab aku sayang sangat abang aku, jadi tak tergamak lah nak buat." kata Ame
Abang long yang mendengar luahan dari Ame, terus tersenyum apabila mendengar.Dia selalu sayangkan semua adik-adik nya walaupun perangai sorang-sorang pelik.Tapi perangai pelik mereka lah yang buat hati dia gembira.
"Kalau tak ada apa-apa, aku gerak dulu.Dah nak dekat maghrib ni." ujar Darwish sebelum menyalami abang long
Abang long yang perasan Darwish menghulur tangan nya untuk menyalam, terus dia membalas.Namun sempat dia berbisik di telinga Darwish sehingga muka riak wajah Darwish berubah daripada biasa.Manakala Ame terkebil-kebil melihat abang long mendekat muka nya ke Darwish.
'Apa yang abang long buat?' monolog Ame
"Aku tahu kau kenal aku.Tapi depan dia dan kembar dia, kau buat tak kenal dengan aku.Lagipun buat masa ni adik aku langsung tidak tahu apa-apa." bisik abang long dengan serius
"Yang tu aku tahu.Tapi apa maksud kau dia tu adik kau?" tanya Darwish separa berbisik
Belum sempat abang long ingin beritahu, dia dapat rasa aura yang kurang menyenangkan di belakang nya.Lantas abang long memusing kepala ke belakang dan kaget melihat Ame yang sudah berdiri sambil memeluk tubuh nya.
"Nanti kau chat aku malam tau.Aku kena gerak dulu sekarang.Ada hal penting yang aku tak boleh elak." bisik abang long dengan resah
Darwish yang faham akan riaksi muka abang, terus mengangguk kepala.Darwish terus memandang Ame yang merenung nya dengan pandangan kosong.Dia hanya tersengih kelat apabila melihat riak wajah Ame seperti tiada perasaan.
"Abang long nak bersembang berapa lama lagi?Adik nak balik rumah lah." rungut Ame sambil memeluk tubuh nya
"Ye lah, puteri ledang.Patik menurut perintah tuanku." acah abang long
Darwish yang melihat drama antara adik beradik di hadapan nya, hanya mampu tersenyum kecil sambil mengeleng kepala.Ame yang perasan gerak geri Darwish, terus menegur nya dengan jawapan yang sungguh 'indah nian' .
'Memang tak ada tempat lain ke nak pandang?' desis Ame yang rimas
"Kau ni dah kenapa?Terlepas dari tanjung durian ke?Kalau terlepas, aku call pihak tanjung durian untuk ambik kau." tegur Ame dengan mendatar
Selepas berkata sebegitu, terus bergerak ke kerata Audi R8 milik abang long.Abang long kaget melihat teguran selamba dari mulut Ame sendiri manakala Darwish terkaku seperti tiang elektrik.
'Fuh boleh tahan jugak mulut dia ni.Tapi nak gelak pun ada.' desis Darwish
"Sorry wei pasal adik aku tu.Serius dia memang macam tu cuma nya jarang nak tunjuk sifat dia depan aku." pohon abang long
"Halah halah kau ni.Chill lah lagipun nampak menarik je adik kau tu." ujar Darwish sambil ketawa kecil
"Kau cuba lah buat hal dengan aku.Memang aku tanam kau sebelum nak kahwin dengan adik aku karang." ugut abang
Ame yang melihat sekta di luar tingkap kereta, mula berasa bosan.Maka muncul idea licik di fikiran Ame.Lantas dia mengalih badan nya lalu menekan hon kereta dengan kuat.Abang long dan Darwish yang mendengar bunyi hon kereta, terus bergerak ke arah kereta Audi R8 milik abang long.
Ame yang berada dalam kereta, melayan dunia media yang memang bukan minat dia langsung.Namun di sebabkan kerjaya dia sebagai seorang model muslimah, nak atau tidak dia kena update perkembangan nya di media social yang di bantu oleh Syah dan Yanna.
Abang long hanya mampu mengeluh apabila Ame boleh selamba sahaja buat dia risau.Selepas bersalam dengan Darwish, terus dia masuk dalam kereta.Dia mengerling orang di sebelah nya yang sedang larit melihat phone dari tadi.
"Hye.. kenapa ni mon amour abang ni?" tanya Abang long
Ame yang mendengar pertanyaan abang long, terus menumpun perhatian pada abang long.Lagipun dia memang di ajar bercakap bertemu muka bukan tempat lain.
"Nothing.Cepat lah jalan. Adik nak siapkan kerja rumah lepas tu ada hal kena pergi." ujar Ame sambil memandang abang long
"Ye lah... dari tadi merengek je kerja nya.Kalau dengan orang lain tak nak pula nak merengek bagai.Dengan abang long dengan abang Ngah bukan main lagi ya." bebel abang long
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro