Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31

Ame dan Darwish saling memandang antara satu sama lain.Manakala Keysha,Syah,Yanna,Naufal,Rayyan dan Iqram tersentak apabila pengetua ingin berjumpa dengan Ame dan Darwish.

Suasana di kelas menjadi sunyi apabila mereka semua sesama berbisik apabila nama Ame di panggil oleh pengetua.Ini adalah kali pertama nama Ame di panggil oleh pengetua disebabkan rekod Ame memang tiada masalah tambahan lagi dia merupakan pengawas sekolah yang berdisiplin.

'Dah kenapa pulak pengetua nak panggil aku ni?' desis Ame dan Darwish

"Sekarang ke kitorang kena pergi ni?" tanya Darwish untuk kepastian

Budak itu mengangguk kepala nya.Lalu dia bergerak ke bawah untuk pergi ke kelas nya semula.Ame hanya mampu mengeluh lemah sahaja sebelum bergerak ke arah meja nya semula untuk menyimpan barang nya.

Manakala Darwish bergerak ke meja guru, lalu mengambil buku nota nya sebelum bergerak ke arah pintu.Manakala Ame hampir tersadung akibat terlanggar kaki seseorang yang sengaja meletakkan di jalan nya.Ame terus memejam mata nya apabila dia hampir terjatuh namun dia langsung tidak rasa sakit dekat mana-mana

"Kau okey tak?" tanya Darwish

Namun Darwish sempat menyambut Ame yang hampir terjatuh.Tanpa mereka berdua sedar, pandangan mereka bertaut sehingga tidak mengalih langsung pandangan nya.Lamunan mereka pecah apabila ada suara sumbang seperti gagak mendehem dengan agak kuat.

"Erhem...Aih apasal lah bersemut semacam je mata aku ni?" usik Yanna

Dan muka Ame berubah merah sedikit.Manakala Keysha,Syah,Naufal,Rayyan dan Iqram tersenyum nakal ke arah mereka.Darwish memandang ke arah lain apabila Yanna berkata seperti itu.

'Haih... asal lah budak ni nak mengembek dekat aku pulak ni.' bentak Ame dalam hati

"Dah habis?Kalau belum silakan mengembek dekat aku lagi ye.Tapi itupun kalau kau tak dapat kitkat lagi untuk dua bulan nanti ye." kata Ame sebelum berdiri tegak

Yanna yang mendengar tercengang, terus dia memandang tajam ke arah Ame.Tapi sayang jelingan nya masih tidak boleh lawan Ame.Terus tunduk kepala Yanna apabila aura Ame muncul kembali.Dia lagi takut Ame dalam versi ice girl daripada versi biasa.

Tanpa mengeluarkan suara,Ame terus pergi ke bilik pengetua tanpa menunggu Darwish.Namun langkah nya terhenti apabila ada tangan yang memegang lengan baju nya.Terus Ame melihat tuan punya tangan itu dan tanpa dia sangka Darwish yang pegang lengan nya.

"Tunggu.Aku mana tahu dekat mana bilik pengetua.Jadi jangan nak pergi sensorang pulak." kata Darwish dengan perlahan.

Mulut Ame secara tiba-tiba tergam sendiri, hanya mampu mengangguk kepala sahaja.DIa sempat menjeling ke arah Yanna yang masih ingin mengusik nya lagi.

"Aku rasa kan.Yanna kau boleh menyalak,Syah mengembek dan Key... sebab aku sayang Key jadi tak ada apa-apa pun nak aku cakap.Jadi berseronok ye dengan panggilan yang aku bagi ye." kata Ame sambil tersenyum sinis pada Yanna,Syah dan Keysha

Lantas,Ame menarik lengan Darwish yang berlapik.Darwish yang tercengan apabila Ame dengan selamba sahaja menarik nya tanpa riak langsung.Selepas Ame berasa dia sudah jauh daripada kelas,terus melepas lengan Darwish.

"Jangan salah faham ye.Aku tarik kau sebab kau langsung tak tahu mana pejabat pengetua lagi kan?Jom kita pergi." jelas Ame yang sudah merah sedikit.

Darwish yang melihat, terus tersenyum kecil.Lalu dia bergerak ke hadapan Ame sedikit lalu dia memandang dari arah sisi nya.

"Aku langsung tiada masa nak salah faham dengan kau pun.Tapi thanks sebab selamatkan aku dari masalah tadi.Kalau tidak memang bermasalah jugak dengan member aku tu.Kau kata nak tunjuk aku bilik pengetua.Cepat lah." ujar Darwish

Ame yang melihat telatah Darwish seperti kanak-kanak bodek emak untuk dapatkan hadiah sahaja.Tanpa Ame sedar dia tersenyum pada Darwish sambil menggeleng kepala nya.

Tanpa menunggu apa-apa, mereka bergerak dengan kadar segera ke bilik pengetua.Sesampai sahaja mereka berdua di bilik pengetua,Ame menyuruh Darwish mengetuk pintu pengetua.

Walaupun Darwish menolak untuk lakukan namun disebabkan Ame memijak kaki nya tadi, nak atau tidak dia terpaksa.Selepas ketukkan kedua,pengetua meminta Ame dan Darwish masuk ke dalam.

"Assalamualaikum pengetua.Boleh kami berdua masuk?" tanya Ame dengan sopan

"Waalaikumusalam, kamu berdua.Sila duduk dahulu." kata pengetua sekolah

Tanpa mengeluar satu suara, mereka berdua duduk di kerusi hadapan meja kerja pengetua.Suasana dalam bilik agak ganjil disebabkan semua orang mendiamkan diri sahaja dari tadi.

"Kamu berdua tahu atau tidak apa tujuan saya memanggil kamu hari ini?" tanya pengetua

Ame dan Darwish menggeleng kepala menandakan mereka tidak tahu apa tujuan pengetua memanggil mereka ke sini.Pengetua yang melihat mereka berdua, hanya mampu tersenyum sahaja.

Pengetua mengambil sesuatu di laci meja kerjanya.Selepas menjumpai nya, terus pengetua meletakkan nya di atas meja.Ame dan Darwish memandang kotak kecil yang dikeluarkan oleh pengetua dengan pandangan pelik.

'Apa benda ni?' desis Ame sambil merenung kotak kecil itu

"Apa maksud mak su ni sebenarnya?" tanya Darwish dengan serius

Ame tersentak apabila Darwish mengenali pengetua sekolah.Malah yang paling dia terkejut Darwish boleh memanggil pengetua sebagai mak su.Pengetua yang perasan akan muka pelik Ame, hanya mampu tergelak kecil sahaja.

"Saya sebenarnya adalah mak su kepada Darwish.Tapi disebabkan saya agak sibuk, jarang untuk jumpa dengan anak buah saya yang seorang ni.Jadi kamu jangan terkejut sekiranya Darwish memanggil saya mak su di hadapan awak ye." terang pengetua

Ame hanya mampu menangguk kepala sahaja.Dia tidak berani bersuara apabila melihat air muka Darwish yang sedikit keruh daripada biasa.Jadi untuk elakkan sesuatu terjadi, dia hanya mendiamkan diri sahaja.

"Baik mak su cakap.Apa motif mak su tunjukkan kotak tu?" tanya Darwish dengan serius

"Haih... kamu ni.Tak payah lah nak serius depan mak su.Jangan sampai mak su tarik balik kata-kata mak su sebelum ni." ugut Pengetua

Ame pulak naik pening melihat Darwish dan Pengetua berdebat di hadapan nya sekarang ini.Dia menanyakan riak wajah kosong sahaja.

"Baiklah memandang kamu memang tak makan saman mak su, mak su akan beritahu.Tujuan saya memanggil kamu berdua ialah untuk menyerahkan kotak ini pada kamu.Ameerah, kamu boleh membuka kotak itu untuk melihat isi nya." ujar Pengetua

'Bagi kotak tu?Apa maksud pengetua ni sebenarnya?' monolog Ame

Dengan perasaan takut-takut,Ame membuka kotak tersebut dengan cermat.Ame tergamam apabila di dalam kotak kecil itu adalah sebuah cincin yang nampak ringkas namun masih cantik kepada pemakai nya.

"Jap apa maksud pengetua ni sebenarnya?Saya tak faham." tanya Ame dengan tergagap

Ame terus memandang Darwish dengan pandangan yang kurang faham.Manakala Darwish sedah menyandar badan nya di kerusi.

"Maksud saya, awak telah dipinang oleh seseorang.Rasa nya awak tahu siapa orang nya." kias pengetua

Ame terkejut apabila ada orang masuk meminang nya.Lagipun orang tu dah gile ke apa?Agak-agak lah yang dia baru je 16 tahun kot?

"Mak su, please....Izz bukan tak suka cuma nya boleh tak bagi masa untuk dia fikir semua ni.Lagipun dia baru 16 dan Izz pulak nak SPM, mak su.Lagipun bukan nampak awal sangat lah nak suruh kahwin ni?" ujar Darwish 

"Mak su faham tu,Izz.Tapi ini adalah amanah orang Izz.Lagipun ini ada kaitan dengan kamu dan Ameerah.Dan memang mak su tak boleh nak buat apa-apa lagi.Kalau ikutkan mak su pun kesian dekat kamu berdua tapi sebab semua orang setuju kamu berdua bernikah pada usia muda, tak boleh nak bantah." terang Pengetua sambil melihat Ame yang menunduk kepala nya

Ame yang perasan diri nya di perhati, lantas mengangkat kepala.Darwish kaget apabila melihat muka Ame yang sedikit merah.Dan paling dia tidak duga, mutiara kecil keluar dari alis cantik mata Ame.

"Siapa orang yang amanahkan untuk saya berkahwin?" tanya Ame dengan perlahanan

"Yang tu... maaf saya tidak boleh memberitahu pada awak,Ameerah." ujar Pengetua

"Saya perlukan masa untuk fikirkan semua ni,pengetua.Sebenarnya saya lebih galakkan saya dan Darwish bertunang, tapi sebab ada pihak telah buat keputusan yang kami perlu berkahwin maka saya perlukan masa dalam sebulan dua.Bagi saya tempoh itu sesuai untuk saya berfikir." kata Ame dengan serius

"Baiklah.Saya tak mendesak mana-mana pihak cuma sepanjang tempoh yang awak beri tu,saya nak kamu berdua mengenali antara satu sama lain.Lagipun kamu boleh kenal perangai masing-masing sepanjang tempoh itu." terang pengetua

"Kalau tiada apa-apa, saya minta diri pengetua.Saya takut abang saya tunggu lama sangat dekat bawah."ujar Ame sebelum bangun dari tempat nya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro