Bab 13
Lalu dia mengambil tas tangan nya.Sempat Ame menjeling ke arah Darwish dengan pandang yang cukup benci.Darwish merupakan orang pertama yang mampu membuat Ame marah dan langsung tidak dapat mengawal amarah nya.
"Girls... Jom balik. Aku langsung tak ada mood dah sekarang ni.Cepat sikit ambik tas and barang korang, aku nak pergi bayar bil kita." kata Ame dengan mendatar
Sebelum Ame melangkah ke arah kaunter bayaran, sempat dia menangkap jelingan Darwish terhadap diri nya.Lalu dia membalas jelingan Darwish dengan pandangan kosong sebelum Darwish membuka mulut.
"Heh.. macam lah aku heran sangat dengan kau budak kecil.Dan kau ni memang tiada adab ke apa, hah!? Main serang tempat orang lepastu kau nak salah kan kitorang lah kacau keamanan kau makan tengah hari dekat sini.Memang perempuan kurang ajar kau ni.Mak kau tak ajar ke macam mana untuk hormat orang lain?" maki Darwish tanpa sedar menguris hati seseorang.
Keysha,Syah,Yanna,Rayyan,Iqram dan Harraz terkejut apabila Darwish berkata begitu pada Ame.Keysha,Syah dan Yanna tergamam apabila melihat seluruh badan Ame mengeletar untuk menahan diri daripada melakukan sesuatu yang di luar jangkaan nya.
Rayyan,Iqram dan Harraz cuba untuk menenangkan diri Darwish daripada terus memaki Ame.Meraka tahu yang Darwish bukan orang yang penyabar jadi memang mudah dia terikut apa yang syaitan menghasutnya untuk melukakan hati seorang hawa tanpa dia sedar sendiri.Namun itu hanya lah sia-sia sahaja apabila riak wajah Darwish berubah jadi tegang sekarang ni.
"Buat malu je mak kau lahirkan kau lepastu kurang ajar dengan orang lain.Kalau kau rasa semak sangat, pintu keluar sentiasa di alu-alukan untuk kau berambus, perempuan.Dan satu je balik nanti kau cuba cakap dekat mak kau yang tolong ajar sikit diri kau yang tak ada adab dengan orang.Ye lah dah tengok perangai anak dia macam ni buat malu je dia lahirkan kau dekat dunia ni." sambung Darwish melancarkan serangan
Namun itu hanya seketika sebelum semua orang di dalam Soel Garden terkejut melihat Ame berada di hadapan Darwish dengan riak muka yang sukar untuk ditaksif oleh sesiapa termasuk Keysha,Syah dan Yanna.
"Kau nak apa lagi?kalau nak mintak maaf pada kitorang atas apa yang kau buat tadi tu.Tak payah lah ye sebab aku tak akan terima maaf kau langsung." kata Darwish dengan bongkak
Selesai sahaja Darwish berkata, tanpa amaran Ame menghadiahkan sesuatu yang membuat seseorang akan selalu ingat .
PRANG
Terkedu Darwish apabila Ame menampar muka nya di hadapan khayalak orang yang berada dalam Soel Garden.Lantas mata Darwish mencerlung ke arah Ame yang sedang memandang nya dengan penuh dan aura yang tidak menyenang kan di sisi Ame.
'Jangan cari pasal dengan serigala jadian.' desis Yanna sambil tersenyum sinis
Syah dan Keysha yang nampak perwatakan Yanna seperti memerli jejaka di hadapan mereka hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.
'Haih apa nasib dapat kembar macam ni.Yanna...Yanna kau memang nak tengok Ame mengiau dekat kau ke apa ni?' desis Syah dan Keysha sambil mengeluh
Iqram yang melihat gelagat Yanna seperti baru memang loteri pun boleh naik pelik dengan nya.
'Apahal minah sorang tu.Dari tadi duk senyum je.Wayar otak dia tercabut atau apa?' monolog Iqram
Tanpa merusingkan otak nya,Iqram mengalih pandangan nya terhadap perempuan yang baru sahaj menampar Darwish.
"Kau... lain kali jangan cuba babitkan mak aku.Siapa kau nak babitkan mak aku?Abang aku?Oh please.Satu je mulut tolong clorox kan sikit ye.Sebab mulut kau tu bila bercakap dah serupa longkang je aku dengar.Jangan ingat aku ni perempuan aku tak takut dengan kau.Herh... Kau silap.You'll regret what you have done with me,bro.Assalamualaikum." ujar Ame dengan terselit sindir pedas untuk Darwish.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro