Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♧ M.S °0.1° ♧


" Stupid moron! Didn't I said it clearly last time?! Aku nak properties aku depan mata aku S.E.K.A.R.A.N.G by hook or by crook. Tapi kenapa kau dengan beraninya datang sini dengan tangan kosong..? " Jeritan seorang wanita yang bengang bergema di gudang terbiar di balik kilang simen yang masih beroperasi. Satu tumbukan dan tendangan kuat dikenakan kepada susuk tubuh yang kini melutut lemah di hadapannya. Darah yang mengalir keluar dari mulut, badan dipenuhi lebam terdapat jugak kesan hirisan pisau di bahagian betis kedua-dua kaki lelaki lemah tersebut.

Wanita tersebut ialah Scarlett Valentina atau dipanggil sebagai Lya iaitu satu-satunya mafia perempuan yang paling berkuasa di Korea Selatan. Kegiatannya yang maju dalam penjualan senjata berteknologi tinggi di pasaran gelap sehingga ke luar negara.
Dia pewaris tunggal Royal group, salah satu kumpulan mafia yang terbesar dan terkenal. Sejak dirinya menjadi ketua, segala kegiatan mereka dipertingkat dan perniagaan berjalan lancar tanpa sebarang halangan oleh kerana kebijaksaanaan dia beserta rakan baiknya Kim Taehyung. Lelaki mafia yang determinded dan perfectionist, sering ditugaskan menjalankan operasi pembersihan bukti dalam setiap kerja kotor yang mereka lakukan.

Hukuman yang tidak terkira peritnya diberikan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan besar.Itulah apa yang dialami oleh lelaki melutut dihadapannya ini. Lya makin serabut dengan rancangan yang tidak menjadi sehingga menyebabkan kerugian besar dalam penjualan senjata di pasaran gelap. Pandangan tajam diberikan kepada orang bawahan terbaik dia yang masih menahan kesakitan yang menyengat. Memang silap besar baginya kerana menggagalkan rancangan gadis itu.

Si ketua itu duduk mencangkung dihadapan, rambut lelaki tersebut direntap kuat dan dihentakkan kepalanya di atas lantai simen. Tindakannya itu, mengakibatkan dia menjerit kesakitan darah yang tadinya berhenti kini mengalir dengan laju. Senyuman sinis terukir di wajah gadis itu, lalu mendekatkan bibirnya di telinga orang bawahan dia untuk membisikkan sesuatu.

" Tch.. too bad Park Jimin, Kau dah hampakan aku. Hmm.. any last wish before you die..? Heh! " Terasa seperti terkena renjatan elektrik di seluruh badan sehingga menyebabkan jejaka yang nyawa-nyawa ikan itu menggeletar tidak keruan. Kepala digeleng bersungguh, jelas terpapar riak wajar takut dan gerun. Dia sedaya upaya membuka mulut, meraih simpati agar dilepaskan dari hukuman kejam oleh ketuanya.

Malangnya, rayuan Park menambahkan lagi keterujaan si gadis ini untuk menamatkan riwayatnya. Senyuman besar yang tidak lengkang dari bibir, dia meneliti raut wajah si mangsa. Ianya menjadi satu habit baginya untuk menghayati dan menikmati saat akhir si mangsa yang dalam ketakutan, semuanya merupakan pemandangan yang terbaik untuk dilihat dan diingati.

" Hmm, masa dah tamat! Aku rasa dah tiba masa untuk kau mereput dekat sini. " Si gadis bangun dari duduk dan melangkah belakang setapak. Dinyalakan sebatang rokok dan dihisapnya dengan tenang, langsung tidak berasa kasihan dengan orang bawahan terbaiknya yang kini berada di hujung nyawa.

" Taehyung, uruskan dia. Just let him drown into the cement. Leave no evidence behind " Taehyung yang dari tadi memerhati dari belakang tanpa sebarang emosi hanya mengangguk dan terus menjalankan tugasnya tanpa berkata apa. Memang jelas dia pun berasa meluat dan geram dengan apa yang dilakukan oleh Jimin, wajar dia dikenakan hukuman sebegini.

Taehyung menuju laju, diseret sahaja Jimin yang terlantar lemah tetapi masih berdaya memohon simpati. " Andwaee!! K-kau..  tak bo..leh b-buat..macam ni... AKU TAK NAK MATI!!! " Belum sempat Jimin menjerit tolong dia dihumban kedalam kolah simen yang dalam. Keadaan yang tadinya riuh dengan jeritan kini senyap dibalik malam. Keluhan lembut keluar dari bibir Taehyung, dibawa langkahnya ke arah Lya yang berada di luar kilang.

Terlihat gadis itu, masih lagi menghisap rokok sambil memandang kosong ke arah langit malam yang dihiasi bintang bergemerlapan. Taehyung berdiri di sebelah kemudian dengan selamba merampas rokok dari pegangan lya, dicampaknya ke lantai dan dilenyek oleh tapak kasut jejaka itu. Lya memandang jengkel ke arah Taehyung kerana menganggu dirinya menikmati asap rokok yang memenuhi ruang udara, memberi suatu nikmat.

" Aku dah cakap jangan hisap, tak elok untuk kau. Tak takut mati ke? " Lya berasa lawak bagi Taehyung untuk dia tanya soalan macam tu. Dia terketawa kecil membuatkan Taehyung memandangnya pelik.

" Pfft, setakat rokok ni aku still ada masa untuk hidup. Nak dibandingkan dengan kerja kita sekarang ni, kau rasa mana lagi better? " Taehyung hanya berdiam dan meletakkan tangannya di bahu lya, memeluk lembut si gadis itu.

Senyuman kecil masih lagi terukir di bibir gadis berambut perang gelap itu. Walaupun ayat Taehyung sedikit kasar, tidak bermakna jejaka tidak risau dengan keadaan lya. Hubungan mereka terjalin rapat dan kukuh dengan adanya ketulusan dan juga kejujuran antara satu sama lain. Oleh itu, mereka selesa dan sentiasa menjaga keselamatan masing-masing dari sebarang ancaman.

Seusai mereka menenangkan diri daripada amarah yang berpunca dari kejadian tadi. Segala bukti telah dihapuskan serta merta dan diperiksa secara teliti oleh Taehyung, mereka segera menaiki kereta dan pandu pulang ke mansion mereka yang berada Daegu, kampung halaman mereka berdua.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro