PROLOG
"Shasha,cepatlah!Sudah hampir dua jam kita di sini.."rungut Wani.
"Alahai,baru 10 minit lah..."
Wani merungus rimas."Apa benda yang awak cari sampai lama sangat itu?!"
"Komik POKEMON siri yang ke-21.."
"Oh!Kenapa tak cakap awal-awal..Adik saya ada komik itu di rumah,kalau awak mahu pinjam boleh saja.."tawar Wani.
"Betulkah?"
Wani menganggukkan kepala."Yeay!""Shh..Buat malu saja!"Wani meletakkan jari di bibirnya.Pipinya mula kemerahan apabila beberapa orang memandang ke arah mereka berdua.
"Hehe..Sudahlah!Jom pulang ke rumah,"Shasha tersengih seperti kerang busuk."Aik,tidak mahu beli buku lainkah?"
"Tidak mahulah!Saya ajak awak ke MPH ini sebab mahu cari komik POKEMON itu saja.."ujar Shasha dengan selamba.
Wani menepuk dahi sambil mengetap bibir penuh kegeraman.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro