Bab 7-Igglybuff
Selepas salam,Shasha meraup muka.Dia membaca doa lalu meraup muka sekali lagi.Pikachu hanya memerhatikannya dari atas katil."Alhamdulillah,selesai sudah tanggungjawab saya kepada Allah.."Shasha menggantung telekung lalu duduk di atas katil bersama dengan Pikachu."Pikkachu..Malam ini,kita ke Festival Musim Panas,mahu?"ajak Shasha.Petang tadi,dia terjumpa poster festival itu semasa dalam perjalanan pulang ke hostel.
"Pika!"Pikachu melompat-lompat tanda setuju."Okey,malam ini ya..Saya mahu pergi tukar baju dulu!"Pikachu menganggukkan kepalanya."Ingat!Jangan kamu tertidur pula di sana nanti.."pesan Shasha sambil mengunci pintu bilik persalinan."Pika!"
"Amboi,meriahnya!"kata Shasha tatkala dia melihat keadaan yang hiruk-piruk di festival itu."Eh,Pikachu!Ada persembahan POKEMON lah di sana..Jom pergi tengok,""Pikaa.."Pikachu menguap."Pikachu!Kan Syasya dah pesan..JANGAN TIDUR!Sudah,bangun cepat!"Shasha mencubit-cubit pipi Pikachu agar dia kekal segar."PIKACHU!!"Tidak pasal-pasal pula,Shasha terkena renjatan elektrik.
"Hish,degil betullah!"Shasha lantas mendapat satu idea bernas.Dia membeli gula-gula kapas."Pikachu..Mahu ini?Kalau mahu,jangan tidur!"Pikachu membuka mata seluas-luasnya lalu makan gula-gula kapas tersebut."Eh,persembahan dah nak mula lah!Jom,jom.."
Dua jenis POKEMON berwarna pink cair serta berbentuk seperti belon membuat persembahan.Mereka melompat-lompat sambil menari dengan comel sekali.Setelah persembahan tamat,orang ramai menepuk tangan lalu bersurai."Comel kan Igglybuff tadi,Pikachu!""Pika.."Tiba-tiba,Shasha dan Pikachu terdengar suara orang menjerit di belakang pentas persembahan tadi.Shasha pun terus mengintai."Sudah lama saya memiliki kamu berdua..Tetapi,masih tidak membesar lagi walaupun dah berapa kali buat persembahan!Sudah!Pergi dari sini!!"seorang wanita menengking dua Igglybuff tadi."Iggly..""Apa lagi?Pergi!Keluar dari sini!SEKARANG!Shooh.."Shasha sudah tidak tahan melihat Igglybuff dilayan sebegitu rupa.Dia mencelah."Hei,janganlah layan POKEMON awak begitu!"
"Ikut suka hatilah saya nak buat apa..Awak nak sibuk apahal?""Kalau awak nak sangat Igglybuff,ambillah!"tawar wanita itu."Yakah?""Ya!Ambil sajalah kedua-duanya sekali!""Yeah!"Shasha membaling dua bola POKEMON dan dua Igglybuff di sedut ke dalamnya."Sekarang,tinggal satu POKEMON kecil saja yang perlu saya tangkap...Pikachu,jom pulang!Saya dah mengantuk ini.."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro