Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2 : Tidak Terduga

Bunyi penggera jam loceng mengejutkan Haniya. Gadis itu segera menekan butang pada jam locengnya untuk menghentikan bunyi bingit tersebut. Dia turun dari katil lalu menuju ke tandas bagi membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh.

Usai, Haniya terus bersiap dengan pantas. Dia ingin pergi ke rumah Athirah secepat mungkin kerana dia sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui rahsia mengenai Pena Zailyrosam itu. Pintu bilik dikuak besar dan anak tangga dilangkah satu per satu dengan berhati-hati. Belum sempat pintu utama rumahnya dibuka, kedengaran satu suara yang amat dikenalinya memanggil dari arah dapur.

"Haniya."

Haniya segera menoleh ke belakang sebaik sahaja terdengar derapan tapak kaki seseorang mendekatinya.

Seorang wanita bertubuh kurus dan tinggi lampai sedang merenungnya sambil menghadiahkan  senyuman manis. Haniya terpegun seketika sebelum berlari ke arah wanita tersebut lalu memeluknya erat. Haikal yang berdiri di sebelah hanya menonton kejadian itu tanpa reaksi. Namun, hatinya meronta-ronta cemburu.

"Kak long! Bila kak long balik dari Mesir? Tak perasan pun," ujar Haniya, masih tidak percaya yang kakaknya, Hanan sedang berdiri di hadapannya. Dia mendongak melihat wajah kakaknya sekali lagi.

Hanan ketawa gembira lalu membalas pelukan adik perempuannya itu. Kemudian dia mendekati Haikal pula lalu merehatkan tangannya di bahu adik lelakinya itu sebelum menjawab soalan Haniya. "Pagi tadi, sebelum adik bangun daripada tidur."

Haikal mencebik sebelum menepis tangan Hanan, seakan-akan merajuk. Dia menoleh ke arah Haniya lalu menyoalnya, "Adik mahu ke mana? Tidak mahu sarapan dahulukah?"

Haniya tersenyum kemudian menjawab. "Tidak perlu. Saya ingin ke rumah Athirah untuk membincangkan sesuatu. Jumpa nanti ya, kak long! Kita borak-borak." Selepas itu, dia terus berlari ke pintu kemudian keluar dari rumah.

🍀🍀🍀🍀

"Assalamualaikum." Sofiya sudah berdiri tercegat dihadapan rumah Athirah yang nampak megah lagi mewah. Haniya dan Aeishah yang berdiri di tepinya pula sedang asyik menekan-nekan loceng rumah sambil bergelak ketawa. 

Kedengaran selak pintu rumah dibuka dengan cepat sebelum kelihatan kelibat Athirah yang berlari menuju ke pagar. Pagar itu kemudiannya dibuka oleh Athirah sebelum dia membenarkan sahabat-sahabatnya masuk ke dalam.

"Awak berdua ini, tidak perlulah menekan loceng rumah berkali-kali. Tidak pasal-pasal saya kena marah dengan pembantu rumah."

"Maaf," ucap Haniya dan Aeishah serentak, dengan tawa yang masih bersisa. Sofiya yang berdiri di sisi mereka berdua hanya menggeleng tanda kesal.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah Athirah setelah diberikan keizinan. Seperti biasa, mereka akan memuji keindahan rumah Athirah yang cantik bak syurga dunia.

"Sudahlah itu. Penat saya mendengar segala pujian yang awak semua berikan setiap kali saya mengajak awak semua datang ke mari," kata Athirah yang sudah lali dengan segala kata pujian. Dia mempersilakan sahabat-sahabatnya untuk duduk di atas sofa sementara menunggu ketibaan kakaknya.

Tidak selepas itu, seorang wanita muncul di bahagian tangga secara tiba-tiba. Dia tersenyum kecil sebelum menegur mereka. "Hai adik-adik! Kamu semua mesti sahabat Athirah, bukan? Nama akak, Shafiyyah, tapi panggil Kak Shaf saja."

Walaupun Shafiyyah nampak seperti seorang yang aktif dan lasak, namun, wanita itu masih masih dapat mengekalkan kejelitaannya dan Haniya yakin dia mampu membuatkan ramai jejaka tertawan. Malah, lukisannya juga mampu membuatkan semua orang jatuh cinta dengan kehebatan imaginasinya!

"Itukah Kak Shaf?" Soal Sofiya seakan-akan tidak percaya. Sudah sekian lama dia tidak bersua muka dengan wanita yang berada di hadapannya kini.

Athirah mengangguk sambil tersenyum. Ketiga-tiga sahabatnya terlopong.

"Kan sudah akak kata, mereka pasti akan tertarik dengan kejelitaan akak." Shafiyyah berkata dengan angkuh. Meskipun penampilannya sudah berubah, tetapi perangainya masih sama seperti dahulu. Keempat-empat sahabat itu hanya tersenyum kecil.

"Jadi, siapakah Si Comel yang mahu tahu mengenai pena Zailyrosam itu?" soal Shafiyyah mengada-ngada sambil membongkokkan dirinya bagi menyamai para sketinggian mereka yang sedang duduk di atas sofa. Haniya mengangkat tangan kirinya.

Sofiya dan Aeishah mengekek ketawa sambil menekup mulut. Geli hati mereka apabila Shafiyyahmemanggil Haniya, "Si Comel". Bagaikan kucing pula.

Haniya menjeling tajam kedua-dua sahabatny aitu. "Sekurangnya-kurangnya, saya ini Si Comel. Kalian pula apa?"

"Kami Si Cantik," balas Sofiya dan Aeishah serentak sambil meletakkan kedua-dua tangan di bawah dagu dengan mata yang sengaja dikerdip-kerdipkan. Mereka berdua pecah tawa lagi. Sofiya dan Aeishah sering kali melakukan perbuatan yangsama dengan serentak, sampaikan ramai orang salah faham dan menganggap mereka berdua ini pasangan kembar.

Athirah menghentikan perbalahan mereka dengan ugutan. "Sudah, tidak perlu bergaduh. Jikalau tidak, saya akan minta Kak Shaf pulang semula ke Perancis sebelum kalian dapat bertanyakan apa-apa kepadanya."

Ketiga-tiga sahabatnya terus berhenti berbalah. Mereka duduk dengan tertib dan memberikan tumpuan kepada Athirah dan Shafiyyah. Kedua-dua beradik itu ketawa geli hati.

"Baiklah semua. Satu perkara yang akak tahu mengenai pena sakti Zailyrosam ialah ia mampu menghidupkan sesuatu lukisan dan mempunyai kuasayang sangat luar biasa. Hanya golongan tertentu sahaja yang mampu menggunakannya." Shafiyyah mula menjelaskan satu per satu sambil memegang sebuah buku di tangan. Buku yang dipegang itu seperti ditulis tangan, umpama hasil penyiasatan yang dilakukannya secara sendirian.

Sofiya dan Aeishah saling berpandangan. Masing-masing memberikan pandangan jelik.

"Biar benar, kak? Pada zaman moden begini, tak mungkin ada benda-benda magis ini," tukas Aeishah dengan tangan yang digoyang-goyangkan.

Haniya menjeling kedua-dua sahabatnya itu setelah melihat wajah Shafiyyah yang kecewa. 'Pasti Kak Shaf sedih kerana penerangannya terganggu,' bisik hatinya.

"Teruskan." Athirah menyuruh kakaknya untuk meneruskan cerita setelah melihat wajah kakaknya kesedihan. "Niya sudah tidak sabar nak dengar itu. Dia sudah mula menjeling-jeling." Senyuman kecil terus terbit di wajah Shafiyyah.

"Baiklah. Magis masih ada ya, Aeishah. Percaya atau tidak, ia semua wujud tanpa kita sedar. Jika kamu ingin tahu, pena Zailyrosam merupakan pena yang diberikan kepada sebuah keluarga dan ia telah disembunyikan di sebuah rumah usang yang dihuni oleh keturunannya yang ke-30. Hanya seseorang daripada keluarga keturunan yang ke-50 sahaja yang akan menjumpai pena tersebut, membuatkan dia menjadi seorang yang berkuasa," ulas Shafiyyah lalu memejamkan matanya, cuba mencari apa-apa informasi yang dia tertinggal di dalam kepalanya.

Haniya ternganga besar. Umpama patung, dia duduk termenung.

"Tidak ada keturunan yang jahatkah? Seperti di dalam televisyen, pasti ada watak yang jahat muncul bagi merampas kuasa tersebut." Sofiya berkata dengan penuh teruja. Wajahnya yang gembira tidak dapat dibendung lagi.

Athirah yang sedari tadinya berdiri, kini mengambil tempat di sebelah Shafiyyah. Dia menongkat dagu kemudian berkata perlahan, "Kalaulah kita ini keturunan yang baik tersebut."

Shafiyyah tersenyum kepada adiknya sebelum menoleh ke arah Sofiya. "Pastilah ada. Jika pena tersebut dijumpai oleh kuasa jahat, habislah dunia ini. Mereka akan menggunakan kuasa tersebut untuk mencari dan membunuh seluruh keturunan Emelda yang masih hidup."

"Ke– keturunan Emelda? Keturunan apa itu?" soal Sofiya, ingin tahu. Kedudukannya diubah supaya lebih selesa untuk mendengar sambungan seterusnya.

"Keturunan Emelda ialah penjaga pena sakti Zailyrosam, setelah pena tersebut dapat dikesan oleh musuh mereka iaitu keturunan Xyphea. Keturunan Xyphea ini terlalu taksub dengan kesaktian sehingga sanggup membunuh warga Emelda bagi mendapatkan pena tersebut," terang Shafiyyah lagi.

Secara tiba-tiba, seorang wanita muncul dihadapan mereka sambil menatang dulang yang berisi jag dan cawan. Kelima-lima gadis itu terdiam. Lirikan mata tidak lepas daripada mengikuti setiap gerakan yang dilakukan oleh wanita itu.

"Terima kasih, Sumayyah," ucap Shafiyyah kepada pembantu rumah mereka. Sumayyah menghadiahkan senyuman sebelum berjalan pergi menuju ke dapur.

Athirah menuangkan air teh ke dalam setiap cawan lalu diberikan kepada sahabat-sahabatnya. Sofiya, Aeishah dan Haniya menyambut dengan gembira.

"Niya, awak yang beria-ria mahu tahu tentang pena itu, kan? Mengapa tidak salin?" tanya Athirah lalu menghirup tehnya. 

Haniya tersengih memandang sahabatnya yang seorang itu. "Awak fikir saya ini siapa? Saya hanya merakam sahaja apa-apa yang dikatakan oleh KakShaf dengan menggunakan kamera digital."

"Zaman sudah moden," ucap kelima-lima gadis itu serentak lalu ketawa bersama.Masing-masing mula bertanya pelbagai soalan sehinggalah Haniya sendiri mengeluarkan buku tulisannya itu sendiri dan ditunjukkannya kepada Shafiyyah. Apabila dia melihat buku tersebut, Shafiyyah terus menjongketkan kening seraya menyambut buku itu. Helaiannya diselak satu per satu.

"Wah, kajian kamu sehebat kajian akak tetapi tidak penuh kerana akak mencarinya di cetakan akhbar kuno dan arkib seni lama. Tidak silap akak, Emelda dan Xyphea itu asalnya daripada dua puak berbeza yang hidup berdamai. Zailyrosam jatuh pada tangan puak Emelda kerana penjaga asal pena tersebut, iaitu Damaya dan Yazmaini, hadir di dalam hutan Emelda untuk mencari pengguna yang akan menggunakannya demi kebaikan. Kemudian, Zailyrosam menjadi warisan Emelda, namun Xyphea telah mendapat tahu dan iri hati. Dengki, itu lebih spesifik," terang Shafiyyah panjang lebar.

"Tidak suka orang lain dapat lebih, ya kak?" Sofiya bertanya, jelik.

Shafiyyah mengangguk laju. "Benar sekali. Jangan pandang rendah dengan kehebatan orang pada zaman dahulu. Mereka taksub dengan segala benda magis ini. Kita yang hidup pada zaman moden ini, mungkin sudah tidak kisah dengan hal-hal ajaib ini kerana semuanya sudah berada di hujung jari. Kekuatan sakti bukan keutamaan kita lagi."

🍀🍀🍀🍀

"Terima kasih, Athirah. Assalamualaikum!" Sofiya melambai-lambai ke arah Athirah yang sedang menutup pagar rumah. Lambaian Sofiya itu kemudiannya dibalas Athirah.

Haniya menyimpan semula kameranya ke dalam beg. Riak gembira jelas terpampang pada wajahnya.Seperti gadis yang baru sahaja menerima gula-gula, dia melompat gembira.

 "Seronoknya! Banyak maklumat yang saya dapat," katanya dengan penuh semangat. Sofiya dan Aeishah pula mengangguk bagi menyatakan persetujuanmereka.

Mereka bertiga terus mengayuh basikal dengan serentak, melalui jalan yang sama, sehinggalah mereka tiba di sebuah persimpangan jalan.

"Baiklah Niya, kami berdua akan lalu di simpang kanan. Awak hati-hati ya!" Aeishah memberi pesanan ringkas sebelum dia memecut ke simpang kiri bersama Sofiya sebaik sahaja mereka menerima anggukan daripada Haniya.

Haniya membelok ke simpang kanan, mengayuh basikalnya sambil menyanyi dengan tenang. Suasana jalan pada hari itu sungguh aman dan tiada sebuah kereta pun yang melalui jalan di situ. Tidak lama kemudian, Haniya terlihat seekor anak kucing comel yang sedang melintas di hadapannya.

'Ibu pernah berkata, jika aku berjaya menangkap seekor anak kucing, aku akan diberikan kebenaran untuk membelanya,' getus hati kecil Haniya. Dia terus mengejar anak kucing itu dengan pantas.

Anak kucing yang sedang seronok berjalans endirian itu terkejut lalu berlari ke dalam kawasan semak. Namun begitu, perbuatan itu belum mematahkan semangat Haniya yang masih membara.Semak-samun di sekelilingnya terus ditepis dengan rakus.

Tanpa disedarinya, awan mula menitiskan air yang jernih. Dia segera berlari bagi mencari tempat untuk berteduh, meninggalkan basikalnya di tempat yang dia sendiri sudah tidak pasti. Dia terus berlari ke sebuah rumah pondok yang nampak terbiar.

Setibanya di hadapan pondok tersebut, Haniya ketawa janggal bagi menghilangkan rasa takutnya. Bukannya dia tidak tahu yang dia telah berlari jauh ke dalam hutan. Memandangkan hujan makin lebat,maka dia mengambil keputusan untuk merehatkan diri di situ sementara menunggu hujan berhenti.

"Meow."

Haniya tersentak mendengar bunyi yang tiba-tiba itu. Dia terus menoleh ke belakang dan kelihatan anak kucing tadi yang sedang berlari-lari di kawasanyang dapat dikenal pasti Haniya sebagai dapur rumah pondok tersebut. Haniya bangkit lalu mendekati anak kucing tersebut dengan perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia melangkah ke bahagian belakang pondok, tiba-tiba satu cahaya yang menyala dengan terang muncul dari sebalik almari yang nampak buruk rupanya.

Kalau dilihatkan keadaan sekeliling, rumah pondok itu sudah ditinggalkan selama beberapa tahun. Oleh itu, Haniya berjalan dengan berhati-hati agar tidak tersalah langkah. Kucing yang ingin dikejarnya itu tidak dihiraukan lagi.

"Basikal aku pula mesti dekat luar hutan. Apalah yang patut aku lakukan kalau terjadi apa-apa..." bebelnya sendirian sebelum mengintai di belakang almari tadi.

Disebabkan cahaya yang datang daripada almari tersebut terlalu terang, Haniya hanya memasukkan tangannya sahaja untuk mencapai objek yang dilindungi oleh cahaya yang terang itu.

Apabila dia berjaya mencapainya, Haniya terus menarik keluar tangannya dan melihat objek tersebut. Di dalam tangannya kini terdapat sebuah kotak kayu bersadur emas yang diukir cantik. Haniya terlopong sebaik sahaja dia membaca ayat yang tertera di atas kotak tersebut.

As long as Emelda is here, Xyphea cannot enter or come. As long as you are here, in this box lies Zailyrosam.

Dengan perasaan yang membuak-buak ingin tahu, Haniya terus menarik mangga kotak yang telah rapuh itu sehingga patah. Setelah berjaya, dia membuka kotak itu perlahan-lahan. Tanpa disedarinya, air mata sudah jatuh berlinangan, membasahi pipi.

"Inilah pena Zailyrosam yang aku lihat di dalam buku itu. Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu," tutur Haniya lalu bersujud di atas lantai yang berdebu.Kemudian, dia tersedar akan sesuatu. "Eh, bukankah hanya keturunan Emelda sahaja yang mampu menjumpai pena ini? Jadi maknanya..."

Belum sempat Haniya menghabiskan kata-katanya, satu cahaya yang terang kembali menyilaukan pandangan. Tiba-tiba sahaja dia berada di sisi basikalnya yang terbaring di luar kawasan hutan. Tangannya masih menggenggam kemas kotak tadi.

🍀🍀🍀🍀

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh, bukankah tadi hujan?Kenapa kamu tidak basah?" soal Hanan yang sedang duduk di sofa sambil memegang al-Mathurat.

Haniya tersengih seraya menggelengkan kepalanya. Dia memberitahu kakaknya bahawa dia terjumpa sebuah tempat berlindung. Hanan mengangguk faham kemudian menyuruh adiknya itu membersihkan diri sebelum makan tengah hari.

Pintu bilik dikuak luas lalu Haniya melangkah masuk dengan laju. Setelah menutup pintu bilik dengan rapat, dia terus merebahkan diri ke atas katil. Buku History and Myths of The Arts miliknya terus melambung ke udara akibat hentakan badannya yang kuat.

Buku itu dicapai lalu Haniya menyelak setiap muka surat, mencari sesuatu. Akhirnya dia berhenti pada muka surat 172 bertajuk The Zailyrosam yang dibulatkan dengan pena merah. Haniya tersenyumkecil seraya membuka begnya pantas. Sebuah kotak yang bersadur emas dikeluarkan.

"Yes! Inilah pennya."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro