Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1 : Pena Sakti

Keadaan kelas 3 Zitaa pada pagi itu amat bising sehingga menyebabkan Haniya yang sedang melukis berasa terganggu. Dia seperti mahu menjerit. Namun apabila difikirkan semula, dia tidak jadi menjerit kerana gelarannya sebagai "pelajar paling diam" akan tercalar.

"Niya, apa yang sedang awak lakukan? Tidak habis-habis lagi dengan novel bercampur komik awak itu?" soal Sofiya, sahabat karib Haniya yang duduk tidak jauh darinya.

Haniya menoleh ke arah sahabatnya itu. Pena yang dipegang, diletakkannya ke atas meja sebelum dia menyandarkan diri ke kepala kerusi sambil berpeluk tubuh. "Biasalah Sofi. Ini sahajalah kerja saya. Lagipun, saya tidak dapat fokus belajar kalau bising macam ini," keluhnya dengan rasa tidak senang hati. Dia mengerling keadaan kelasnya untuk seketika.

"Benar kata Niya itu. Kenapa ya ustazah tidakmasuk hari ini?" Athirah yang kebetulan berjalan di sebelah Haniya tiba-tiba mencelah. Gadis itu kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sebelah Sofiya. "Saya sudah tidak sabar hendak belajar bahasa Arab ini," sambungnya lagi.

Wajah bosan jelas ditayangkan oleh ketiga-tiga sahabat itu. Mereka seperti termenung jauh. Melihatkan perkara itu, seorang lagi pelajar perempuan yang merupakan sahabat mereka bertiga juga, mengambil peluang untuk mengenakan gadis-gadis itu.

Aeishah menahan tawa tatkala dia mengusik bahu kiri Haniya beberapa kali. Haniya yang tersentak menoleh ke sebelah kirinya. Aneh, tiada orang pun disitu. Selepas itu, dia menoleh ke arah kanannya pula, ke arah Sofiya.

"Sofi, awak jangan main-main dengan saya. Sayatengah cari idea ini," ujar Haniya geram.

Sofiya yang sedang asyik menilik kukunya berasa marah apabila tiba-tiba dituduh sedemikian. "Maaf ya, saya tidak buat apa-apa pun," balasnya lantang.Akhirnya, perbalahan yang tidak diingini berlaku antara dua orang sahabat itu.

Athirah yang mendengar pertelingkahan itu hanya mampu mengeluh perlahan. 'Apa mahu jadilah dengan sahabat-sahabatku ini?' bisiknya perlahan. Dia lantas menegur mereka, "Kalian tidak perlulah bergaduh. Tiada sesiapa pun yang salah. Kalau mahu tahu dalangnya yang sebenar, semua ini pastilah angkara Aei si tukang prank sejati itu!" Jarinya dituding lurus ke arah Aeishah yang sedang ketawa kecil di sudut dinding kelas.

Bebelan-bebelan kecil mula terbit dari bibir Haniya dan Sofiya. Ugutan demi ugutan dilontarkan kepada Aeishah yang hanya membuat wajah selamba. Begitulah sahabat, kalau tidak mencari gaduh, pasti tidak sah.

"Aeishah, apa awak buat di belakang itu? Duduk di tempat awak sekarang." Kamiliya yang merupakan ketua kelas 3 Zitaa menegur dari jauh. Dia hanya mampu menggeleng sahaja melihat gadis yang seorang itu. Ada sahaja hal yang mahu dibuatnya apabila tiada guru di dalam kelas mereka.

Aeishah mengangguk sekali sebelum kembali ke tempatnya iaitu di belakang Haniya. Sebaik sahaja Aeishah duduk di atas kerusi, Haniya terus berpaling kebelakang lalu menanyakan soalan kepada sahabatnya yang nakal itu. "Aei, memandangkan awak meminati seni seperti saya, awak tahu tak tentang pena Zailyrosam?"

"Bangun!" Suara Kamiliya dilaungkan kuat sebaik sahaja guru mata pelajaran Bahasa Melayu melangkah masuk. Haniya mencebik kecewa kerana tidak sempat mendengar jawapan Aeishah. Salam diberi dan nampaknya kelas mereka dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu hari ini.

🍀🍀🍀🍀

Garis-garis pensel dilorek dengan teliti. Haniya tidak memberikan tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Fikirannya melayang memikirkan mitos pena yang baru dibacanya dalamsebuah buku yang bertajuk History and Myths of theArts. Sedang dia melayan fikiran, kertas yang berada di hadapannya dirampas oleh seseorang.

"Cikgu, tengok ini, ada orang sibuk melukis didalam kelas." Kertas tadi kini sudah berada di tangan Arisa dan sedang dilayang-layangkannya tinggi. Haniya tersentak daripada lamunannya lalu teruscuba mencapai kertasnya daripada pegangan rakan semejanya itu.

Cikgu Afida menghampiri meja mereka berdua lalumengambil kertas yang berada di tangan Arisa. Beliau meneliti kertas tersebut sebelum wajahnya berubah bengis. "Haniya, kamu duduk luar. Jangan masuk kedalam sampai kelas saya habis."

Haniya bingkas lalu mencapai buku kecilnya dan pena untuk dibawa keluar.

"Jangan bawa apa-apa," sambung Cikgu Afida lagi. Gadis itu sekadar mendengus geram sebelum meletakkan kembali barang-barangnya itu ke atas meja dengan patuh.

Arisa menoleh ke belakang sambil menayangkan muka mengejek ke arah Sofiya, Athirah dan Aeishah. Ketiga-tiga sahabat Haniya itu hanya mampu membalas dengan jelingan tajam. Semasa kelas Cikgu Afida, guru itu memang pantang sekali jika ada pelajar yang tidak menumpukan perhatian. Kalau diketahui, pasti akan terkena hukuman!

🍀🍀🍀🍀

Loceng berbunyi nyaring lagi membingitkan telinga,menandakan waktu rehat sudah tiba. Para pelajarterus berpusu-pusu keluar dari kelas selepas diberikan kebenaran oleh guru.

Sofiya, Athirah dan Aeishah segera menjenguk ke luar kelas. Kelihatan Haniya sedang bersandar di dinding sambil tersengguk-sengguk. Bahu gadis itudigoncang Athirah laju.

"Ya, kenapa?" soal Haniya, mamai. Matanya digosok-gosok dengan tangan.

"Sekarang waktu rehatlah sahabat. Itulah, bila tidakdapat melukis, awak mesti akan tidur," balas Athirah sambil menarik tangan Haniya agar terus bangun danbergerak ke kantin. Bekalan sahabatnya itu sempat diambil Athirah sebelum dia keluar dari kelas tadi. Dia terus menyerahkannya kepada Haniya.

Haniya hanya mengikut sahaja langkah Athirah sehinggalah mereka tiba di sebuah kawasan yang luas.Akhirnya, mereka berempat duduk di atas lantai dewan yang dikhaskan kepada para pelajar untuk dijadikan tempat makan. Kantin bukanlah tempat utama mereka pada hari ini.

Tanpa dipinta, seorang gadis bersama dua orangrakannya mendekati keempat-empat orang sahabat yang sedang menikmati bekalan yang dibawa. Mereka bertiga berdiri di sisi Haniya dengan tangan yang mencekak pinggang.

"Apa lagi yang awak mahu, Arisa?" Haniyamenyoal sambil mengunyah sisa roti yang masih berada di dalam mulutnya tanpa menoleh langsung kearah Arisa.

Arisa yang berasa terhina terus menghentakkan kakinya tanda protes. "Awak fikir awak siapa, Haniya?Pandang saya," arahnya tegas. Arisa sudah mula menunjukkan perangainya yang suka benar mencari masalah dan menyakitkan hati orang.

Haniya menoleh ke sisinya dan menatap wajahArisa dan dua orang gadis itu dengan pandangan bosan. Sofiya, Athirah dan Aeishah pula hanya sekadar memerhati kerana tidak mahu masuk campur.

 "Ya, Arisa, Aien dan Afifa. Ada urusan apa sampai susah-susah jumpa saya di sini? Saya tidak popular seperti kalian, jadi saya minta kalian beredar dari sini. Kalian terlalu menarik perhatian pelajar lain,"ujar Haniya dengan berani. Wajah yang dipamerkan kosong sahaja, tanpa ada apa-apa riak.

"Betullah kata Niya. Semua pelajar sedangpandang kita," bisik Aeishah ke telinga Sofiya. Mata mereka terus melirik ke arah pelajar-pelajar yang sedang memerhatikan mereka.

Arisa mencebik lalu berjalan pergi sambil diikuti rapat Aien dan Afifa. Ketiga-tiga gadis itu berjalan dengan gaya yang menggedik sehingga hilang daripada pandangan mereka berempat. Haniya melepaskan keluhan kecil sebagai tanda lega. Jika setiap hari tidak mencari pasal, memang tidak aman agaknya hidup mereka bertiga. Apalah mahu jadi dengan dunia.

Aeishah memetik jarinya seperti baru teringat akan sesuatu. "Oh ya, Niya! Tadi awak ada tanya tentangpena Zailyrosam bukan? Pena apa itu? Saya tidaktahu," soalnya dengan penuh perasaan ingin tahu.

Athirah dan Sofiya saling berpandangan. Tidakpernah pula mereka mendengar nama pena yang sebegitu unik. 

"Pena apakah itu, Niya? Pena sakti, ya? Awak jangan mengarut sangat. Sekarang ini kita berada pada zaman moden, tahu? Semuanya menggunakan teknologi baharu. Lagipun, dari mana awak pernah dengar tentang kewujudan pena aneh itu?" Athirah mencelah sambil mencubit bekalan ayam goreng yang di bawanya.

Haniya mengeluh perlahan. "Zaman moden konon. Kalau setakat ada pintu yang memerlukan passcode untuk dibuka tetapi belajar masih gunakan buku dan pena, buat apa?" Dia mendengus kecil sambil melontarkan pandangannya ke luar dewan. Kelihatan beberapa kereta guru diparkir di tempat yang sepatutnya.

"Kalau awak mahu tahu, saya jumpa informasi pena itu dalam buku yang disimpan oleh keluarga saya. Pena itu sememangnya wujud dan namanya disebut sebagai sebuah pencarian yang terbengkalai. Seni ini luas, Athirah. Buku yang saya jumpa itu pun ditulis tangan. Pasti ada yang pernah melakukan kajian terhadap segala jenis peralatan seni sakti yang lain juga," sambung Haniya lagi. Wajahnya serius benar.

"Jadi, awak yakin yang segala kesaktian yang awak percaya itu wujud di dalam negara kita? Jangan terlalu berharap, Niya. Nanti awak yang rugi. Kalau ada rezeki, adalah itu," balas Aeishah pula sambil disertai keluhan Athirah di sebelah. Macam-macam betul Si Haniya ini, perkara tidak masuk akal pun mahu juga di carinya.

Riak wajah Haniya berubah kecewa. Jika bukan kerana buku itu, tidaklah dia berjaya menyibukkan diri dengan perkara yang baru ditemuinya itu. Setiap daripada ahli keluarganya mempunyai kelebihan tersendiri dan merupakan orang-orang yang hebat dalam hidupnya, jadi buku yang disimpan itu pasti memiliki sesuatu yang tidak dia ketahui. Di dalam buku itu yang disimpan keluarganya itu, nama Pena Zailyrosam dibulatkan dengan dakwat merah disertai contengan-contengan yang tidak Haniya ketahui maksudnya.

Sofiya hanya menggeleng perlahan. "Niya,janganlah buat wajah begitu. Jika buku yang awak jumpa itu buku keluarga awak, kenapa awak tidak bertanya pada emak dan ayah awak?"

 "Tidak, saya tidak berani. Jadi saya buat teori dan pencarian sendiri," jawab Haniya perlahan.

"Haniya... jika awak tidak tahu, kami lagilah tidak tahu." Athirah menepuk bahu Haniya perlahan, cuba untuk memujuknya. "Haih, awak jangan terlalu mendalami hal ini, nanti makan diri. Ingat, kemodenan dunia sudah menghapuskan banyak benda. Kalau tidak jumpa, jangan bersedih pula, ya?"

Haniya menggeleng lemah, tanda dia mengalah.Benarlah kata-kata Athirah itu, dunia yang moden ini sepertinya sudah membubarkan dan melupakan sejarah. Tetapi mereka lupa, yang sedang bercakap ini Haniya! Perkara sakti dan ajaib sebegini tidak akan dia biarkan begitu sahaja.

🍀🍀🍀🍀

Haniya cuba membuka pintu kereta dengan sekuat hati tetapi disebabkan kereta masih dikunci, pintu itu tidak bergerak langsung. Dia menjeling ke arah abangnya yang sibuk bermain telefon pintar sebaik sahaja kereta di parkir di bawah garaj rumah mereka.

"Abang, tolonglah buka kunci kereta ini," pinta Haniya dengan suara yang menahan geram. Haikal memandangnya sekilas sebelum menekan satu butang pada stereng keretanya. Serentak, kesemua kunci pintu kereta tersebut terbuka.

"Terima kasih," ucap Haniya lalu melompat turun. Sebaik sahaja mematikan enjin kereta, Haikal turut keluar dari keretanya.

Haniya memasukkan password pada pintu rumahnya. Setelah pintu terbuka, dia terus melangkah ke dalam lalu merebahkan diri ke atas sofa. Sungguh, dia berasa amat penat ketika ini.

Haikal menjeling adiknya sebelum duduk di atas sebuah kerusi mini yang terletak berhampiran dengan sofa. Dia menghidupkan televisyen seraya berkata,"Amboi, dik. Abang yang bawa kereta, kamu pula yang penat."

"Kot-kot ya pun abang yang bawa kereta, saya juga yang turun ke pasar tadi. Abang duduk sahaja dan bukan mahu menolong pun," luah Haniya, marah. Matanya langsung tidak memandang abangnya, malah dipejamkan.

"Alah, maafkanlah abang. Abang tidak boleh sesuka hati mematikan telefon, kalau sedang berperang dalam permainan video The Clash of the Legends ni." Haikal cuba memujuk walaupun matanya masih melekap pada kaca televisyen. Haniya hanya mendiamkan diri.

Pagi tadi, Puan Marha meminta Haniya dan Haikal untuk pergi ke pasar membeli beras. Pada mulanya, Haniya berkeras untuk tidak mengikut abangnya, namun apabila telah dijanjikan aiskrim oleh Haikal, Haniya akhirnya bersetuju. Kini, dialah yang menerima padahnya apabila dia sendiri yang perlu mengangkat beras yang mahu dibeli sehingga ke kaunter.

Puan Marha yang baru muncul di ruang tamu berasa hairan apabila melihat anak gadisnya yang sedang terbaring di atas sofa. Kebiasaannya, Haniya tidak suka berbaring di mana-mana tempat lain, melainkan katilnya sendiri.

"Haniya, kamu okey?" soal Puan Marha, prihatin. Dia mendekati Haniya yang sedang terbaring kaku di atas sofa. Langsung tiada pergerakan yang dibuat oleh gadis kecil itu.

Haikal yang sedang menonton televisyen juga berasa hairan. Tidak mungkin Haniya sudah tertidur begitu sahaja? Selalunya, Haniya memang seorang gadis yang paling bising di rumah berbanding ahli keluarga yang lain. Ada sahaja kisah yang ingin diceritakan setiap hari. Namun di sekolah pula, dia dicop sebagai pelajar yang paling diam.

"Niya?" Haikal pula menyoal. Dia mula risau kerana Haniya masih diam tidak bergerak.

Puan Marha melihat sekeliling kediaman mereka itu. Matanya tertumpu pada sepaket beras yang terletak elok di sisi pintu rumah. Dia sudah dapat mengagak sesuatu.

"Haikal," panggil wanita tersebut.

"Ya?"

"Kamu suruh Haniya yang mengangkat berasitu?" tanya Puan Marha sambil menunjukkan beras tersebut. Haikal mengangguk laju sebagai jawapan. Hal itu membuatkan Puan Marha menunjukkan wajah yang bengis.

Apabila melihat riak wajah ibunya sudah bertukar, Haikal terus pucat. Habislah, tugasnya sebagai abang yang baik sudah tercalar. "Ibu, maafkan Haikal. Bukan sengaja, Niya yang angkat beras itu sendiri."

Puan Marha mencubit batang hidungnya disertai gelengan kesal. "Adik kamu itu sudahlah kecil boleh pula kamu menyuruh Haniya buat kerja berat. Tidak gentleman langsung."

Apabila terdengar namanya dipanggil berkali-kali, Haniya terus bangun. "Ya, kenapa?" soalnya dalamkeadaan yang masih mamai. Tangannya diusap-usap perlahan sebaik sahaja dia dapat melihat kedua-dua ahli keluarganya dengan jelas.

"Tidurkah budak ini? Buat ibu risau sahajalah. "Puan Marha mendengus lalu meninggalkan ruang tamu. Dia terasa geram apabila terpaksa melayan telatah anak-anaknya yang banyak kerenah.

Haikal mendekati Haniya. "Adik, adik okey? Sakittangan? Rasa apa-apa tidak?" Bertalu-talu soalan yang dilontarkan olehnya.

Haniya menggeleng kecil dan membiarkan soalan-soalan abangnya itu tergantung tanpa jawapan. Dia terus bangkit lalu meninggalkan abangnya yang masih terpinga-pinga di situ.

🍀🍀🍀🍀

"Mana? Mana?" Haniya menjerit kecil apabila dia tidak dapat menjumpai buku yang dibacanya pagi tadi. Jikalau tidak silap, buku itu telah letakkannya diatas meja belajar yang berhampiran dengan tingkap. Mungkin juga dia telah meletakkannya di tempat yang berlainan, tetapi dia tidak dapat mengingatinya.

Tit! Tit! Tit!

Gadis itu mencari sumber arah bunyi tersebut. Dia berlari ke arah katilnya apabila mendapati bahawa bunyi tersebut datang daripada telefon pintarnyasendiri. Telefon pintar tersebut diambil lalu diletakkan ke telinga setelah menekan butang hijau.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Niya, awak sibukkah sekarang?" Kedengaran suara Athirah di hujung talian. Tidaklah Haniya tahu tujuan sahabatnya itu menelefonnya. "Mari kita ke Kafe Teknolia selepas menunaikan solat asar? Ada sesuatu yang perlu kita bincangkan mengenai soalan peperiksaan nanti. Jangan lupa bawa buku Matematik sekali, ya?" Belum sempat Haniya membalas apa-apa, panggilan itu telah dimatikan.

Haniya mencampakkan telefonnya ke atas katil sebelum mengeluh perlahan. Dia membenci subjek Matematik namun apakan daya, dia harus mempelajarinya demi masa hadapan yang tidak diduga. Tetapi keluhannya tidak lama kerana Haniya terus melonjak gembira apabila dapat pergi ke kafe kegemarannya pada saat-saat dia amat memerlukan.

Usai solat asar, dia terus membuka pintu bilik dengan kuat sehingga terhempas ke dinding, sebelum berlari menuruni anak tangga dengan lajunya tanpa memikirkan tentang keselamatan. Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah, Haniya mengambil kunci basikal lalu menuju ke laman rumah.

"Haniya mahu ke mana?" soal Tuan Zal apabila terlihat anaknya itu sedang tergopoh-gapah membuka kunci basikal. Tuan Zal agak terkejut tatkala pintu rumahnya terbuka secara tiba-tiba ketika dia sedang bersantai di atas buaian yang berada berdekatan dengan pintu tersebut.

Haniya yang baru selesai membuka rantai kunci basikalnya terus menoleh ke arah ayahnya yang sedang memegang buku. Dia memberikan senyuman yang paling manis sebelum menjawab pertanyaan ayahnya itu. "Saya ingin ke kafe, ayah. Ada perbincangan yang,harus dilakukan saya dan kawan-kawan."

Tuan Zal mengangguk faham. "Hati-hati, ya," pesannya ringkas sebelum Haniya meninggalkan halaman rumah.

🍀🍀🍀🍀

Haruman kopi menusuk ke hidung sebaik sahaja Haniya melangkah masuk ke dalam Kafe Teknolia.Kopi itu sendiri mempunyai pelbagai rasa dan tekstur serta turut mampu membuatkan seseorang itu terliur tatkala ia dihidangkan di hadapan mata. Tiada ayat yang mampu dikatakan dan tiada rasa yang mampu diungkapkan.

Di sinilah tempat kegemaran Haniya, si penggemar kopi sejati. Selain daripadanya, Aeishah juga seorang gadis yang gilakan kopi. Jika tidak membeli satu tin air kopi di koperasi sekolah, memang tidak sah. Apa-apa yang diajar cikgu di hadapan kelas, pasti tidak akan masuk dalam kepala!

"Niya... Aei... kita ke sini untuk belajar danberbincang. Bukannya untuk minum kopi sahaja," tegur Sofiya yang menahan geram. Buku latihan Matematik yang berada di tangannya dipegang erat. Athirah yang berada di sebelahnya pula hanya tersenyum simpul walaupun dia turut berasa terganggu dengan sahabat-sahabatnya.

Aeishah meletakkan cawannya yang berisi kopi ke atas meja. "Jikalau begitu, mengapa awak mengajak kami untuk belajar di sini? Mengapa tidak di perpustakaan sahaja?" soalnya sambil menjongketkan kening.

"Benar kata Aei," katanya pendek tanda mengiyakan persoalan yang dilontarkan sahabatnya yang seorang itu sebelum mencicip kopinya lagi.

Sofiya mula berang. Dia menarik kedua-dua cawankopi milik Haniya dan Aeishah ke arahnya, sebelum dia menyuruh Athirah untuk memegang cawan kopi milik Aeishah.

"Kopi kami!" jerit Haniya dan Aeishah, serentak sambil tangan mereka menggapai-gapai ke hadapan, cuba untuk mendapatkan semula kopi mereka.

"Keluarkan buku latihan Matematik dari beg awak berdua terlebih dahulu. Selepas awak dapat menjawab soalan yang diberikan, baru kami berikan semula air awak ini. Jika tidak, awak berdua tidak akan fokus. Kita akan menduduki peperiksaan besar pada hujung tahun ini, tahu?!" marah Sofiya dengan wajah yang merah padam.

Haniya dan Aeishah yang berasa kecut perut terus mengangguk laju.

🍀🍀🍀🍀

Keadaan sangat sunyi apabila mereka mula menumpukan perhatian. Sofiya dan Athirah memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada latihan di dalam buku. Aeishah pula sering kali menjeling ke arah cawan kopinya yang berada di sisi Athirah.

'Aduh, lamanya,' desis hati Haniya yang sudah kegelisahan. Bukunya penuh dengan contengan dan lukisan yang kemas. Akan tetapi, hanya sepuluh soalan sahaja yang telah dijawab olehnya.

Pena Zailyrosam. Ya, nama pena tersebut tercetus di mindanya. Sebuah buku kecil segera dikeluarkannya dari beg secara rahsia. Buku itu memang disediakan khas untuk mencatat apa-apa spekulasi dan teori berkenaan pena tersebut. Dia cuba membuka buku tersebut sorok-sorok, tidak mahu sahabat-sahabatnya perasan akan kelakuannya itu. Matanya melirik ayat yang terdapat di dalam bukunya itu satu per satu.

Buku History and Myths of the Arts yang menjadi rujukannya untuk mencipta segala teori itu sebenarnya dijumpai Haniya di dalam peti kayu yang sudah reput di stor sewaktu mereka sekeluarga sedang mengemas rumah. Buku yang menarik perhatiannya itu terus diambil dan disimpan di dalam biliknya secara senyap-senyap. Setiap helaiannya nipis dan tersisir kemas namun, hanya beberapa muka surat sahaja yang memiliki contengan dakwat pena yang terang.Haniya merasakan pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan!

Buku itu menerangkan kuasa Pena Zailyrosam yang boleh membuat lukisan yang dilakar menjadi hidup dan pena itu dikatakan pernah wujud di dunia ini! Pena tersebut mustahil untuk dijumpainya sekiranya buku yang menceritakan tentang perihal pena tersebut adalah milik keluarganya sendiri. 

Timbul satu lagi persoalan baharu, pernahkah mana-mana ahli keluarganya cuba meneruskan pencarian pena ajaib yang sudah terbengkalai itu?Namun jika kewujudan pena itu ialah sesuatu yang mustahil, makanya pencarian ini tidak akan mencapai tujuannya, bukan?

"Zailyrosam." Nama itu terpacul keluar dari bibir Haniya. Ketiga-tiga sahabat Haniya terus memberikan perhatian kepadanya.

"Kenapa Niya?" tanya Athirah. Dia cuba mengintai apa yang sedang disorokkan oleh Haniya. Ternyata, gadis itu tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka. "Haniya!"

Haniya tersentak lalu terus menutup buku yang sedang dibacanya lalu disimpan ke dalam beg. "Okey,okey. Maafkan saya."

Sofiya, Aeishah dan Athirah hanya mampu menggeleng. Mereka memang sudah masak dengan perangai Haniya yang amat suka membaca dan melukis di tempat-tempat yang tidak sepatutnya dia lakukan perkara itu. Pernah sekali, Haniya sampai terlanggar tiang pondok bas kerana dia terlalu khusyuk membaca buku tanpa melihat jalan. Mudah hilang tumpuan, itulah masalah gadis yang seorang itu.

"Niya, jika benar awak mahu tahu mengenai pena Zailyrosam ini, mari kita ke rumah saya pada minggu hadapan," cadang Athirah tiba-tiba. Ketiga-tiga sahabatnya itu menunjukkan riak terkejut.

Haniya membulatkan matanya. "Kenapa pula?Awak ada pena itu, Athirah?"

Athirah mengangguk. "Ya," balasnya serius. Haniya ternganga besar. "Really? Awak jangan nak tipu saya. Kalau tidak, saya karate awak nan–"

"Tidak adalah, saya bergurau sahaja," balas Athirah sambil mengekek ketawa. Belum sempat Haniya hendak membebel panjang, Athirah sambung lagi, "Saya ajak ke rumah saya bukan sebab saya ada pena itu, tetapi awak semua sudah lupakah yang kakak saya salah seorang daripada pelukis terkenal di tanah air kita ini? Dia seorang pelukis yang mengetahui segalanya mengenai hal-hal kesenian. Kita boleh tanya dia sebaik sahaja dia pulang dari Perancis kelak."

Mata Sofiya dan Aeishah kelihatan bercahaya."Mari kita pergi!" ujar mereka berdua serentak dengan teruja.

~ Bersambung ~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro