Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

ADRIAN yang baru melangkah keluar dari rumah mengerutkan dahinya apabila melihat Laura duduk seorang diri di taman mini rumah itu.  Selesai memakai kasut, langkahnya diatur ke arah gadis itu.

“Sayang, menung apa tu?” sapanya bersama satu kucupan lembut di pipi Laura. 

Laura yang sedang termenung itu tersentak.  Kepalanya berpaling ke kiri.  Wajahnya automatik berubah dingin.  “Kalau tak kiss orang tak boleh?” soalnya geram.  Pipinya yang menjadi mangsa kucupan Adrian itu dikesat kasar.  Berang kerana lelaki itu suka mengucupnya wajahnya.

Adrian tersengih tidak bersalah.  Dia mengambil tempat di kerusi sebelah Laura.  “Pagi-pagi dah marah.  Kenapa ni?  Ada masalah?” soalnya prihatin.  Wajah cantik Laura direnung. 

Nothing.” Sepatah Laura menjawab. 

Adrian menjongket kening.  Sesaat kemudian, dia tergelak.  “Jangan menipu Laura Hananie.  Why?  Tak nak share ke?”

Laura menarik nafas panjang, kemudian dihela perlahan. “Aku nak tanya sesuatu.”

“Apa dia?” soal Adrian.

“Aku layak ke untuk dijadikan kawan?  Dan, layak ke untuk berkawan?” soal Laura.  Matanya merenung tepat ke wajah Adrian, menanti jawapan daripada lelaki itu. 

“Kenapa pula tak layak?” Adrian mengajukan soalan semula.

Laura menunduk.  Jarinya direnung.  “Aku jahat.” Ringkas jawapan yang diberi. 

Adrian tersentak. Beberapa saat kemudian, dia tersenyum tipis. “Setiap orang berhak untuk berkawan.  Tiada siapa yang menghalang.  Tapi carilah kawan yang elok.  Janganlah cari kawan yang merosakkan.”

Laura mengangguk kecil mendengar kata-kata Adrian.  “Thanks,” ucapnya lalu tersenyum tipis.

I miss your smile,” ujar Adrian.  Bibir Laura dicubit manja.  Sudah lama dia tidak melihat senyuman di bibir Laura.  Semenjak pemergian Nadine, gadis itu hanya berwajah dingin saja.

Laura pantas menolak tangan Adrian menjauhi wajahnya.  “Pergi kerja sanalah.”

“Nak pergilah ni.  Bubye.  Take care okay.  Jangan nakal-nakal kat rumah,” ujar Adrian seraya bangun.  Rambut Laura sengaja diusiknya sehingga menjadi serabai.  Dia kemudiannya mencicit berlari meninggalkan Laura sendirian di taman mini itu.

Laura mendengus kecil apabila diperlakukan sebegitu.  Rambutnya yang serabai itu dirapikan semula.  Tajam matanya memandang ke arah kereta yang baru keluar melepasi pagar utama itu.  Sebaik kelibat kereta itu hilang daripada pandangannya, Laura kembali termenung.  Wajahnya ditopang dengan tangan.  Dia merenung kosong ke arah deretan pasu bunga di taman bunga yang berada di sebelah gazebo. 

Ting!

Bunyi pendek itu mengejutkan Laura.  Telefon bimbitnya yang berada di atas meja batu itu dicapai. Satu mesej baru daripada nombor tidak dikenali. Jarinya pantas menyentuh pada notifikasi mesej tersebut.

-Assalamualaikum. Hai. Terima kasih hantar kereta I ke rumah.  Dan terima kasih sudi berkawan.-

Dapat mengagak gerangan yang mengirim mesej itu, Laura pantas membalas. 

-Waalaikumussalam.  Okay.-

Butang send disentuh.  Ringkas sahaja dia membalas.  Buat apa mahu balas panjang-panjang.  Kan?  Baru sahaja telefonnya mahu diletak semula di atas meja batu itu, deringan pendek kedengaran lagi.  Laura laju membuka mesej yang diterima. 

-Boleh keluar lunch nanti?  Tanda terima kasih untuk semalam dan hari ni.-

Laura tidak terus membalas.  Dia berfikir sejenak.  Keluar?  Lunch?  Dia tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki selain daripada Adrian.  Terima atau tolak?  Nafas ditarik dalam.  Jarinya lincah menyentuh papan kekunci untuk membalas.

-Okay.  See you later.-

Telefon diletakkan di atas meja batu.  Laura memandang kuku tangannya sendiri. 

Daniel Ayres...

Lelaki itulah yang berlanggar tubuh dengannya tengahari semalam.  Dan lelaki itu jugalah yang hampir dilanggar olehnya.  Hari ini, mereka akan lunch bersama.  Sebagai kawan.  Ya, kawan.

****

“YES!”

Telefon bimbit di tangannya dikucup bertalu-talu.  Hatinya gembira bukan kepalang selepas menerima balasan daripada Laura tadi.  Dia tidak berharap.  Tetapi setelah Laura memberi kata setuju, hatinya jadi berbunga sendiri.  Senyuman tidak lekang terukir di bibir.

“Terima kasih ya Allah...” ucapnya sambil meraup wajah dengan tapak tangan.  Mahu sahaja dia membuat lompat bintang di ruang tamu itu.  Namun takut dicop gila pula.

“Tersengih apa Res?  Ibu tengok kamu macam orang tak betul.”

Senyuman di bibir Ayres pudar tatkala suara itu menyapa gegendang telinganya.  Kepalanya menoleh ke belakang.  “Ibu...” sapanya bersama sengihan. 

Arya melangkah ke ruang tamu.  Punggung dilabuhkan di sebelah anaknya.  “Dari tadi ibu perasan kamu ni senyum.  Berangan apa?”

“Mana ada berangan.  Senyum pun salah ke?  Senyum tu kan sedekah.  Tak gitu?”

“Iya.  Senyum sedekah.  Tapi kalau senyum seorang diri tanpa sebab, tu gila,” balas Arya selamba.

Ayres tertawa kecil dengan balasan ibunya.  “Res senyum bersebablah ibu...”

“Sebab apa?” soal Arya ingin tahu.

“Adalah.  Mana boleh bagitahu ibu.  Rahsia.”

Arya mencebik bibir.  “Rahsia konon.  Tak payah nak berahsia sangatlah dengan ibu.”

“Satu hari nanti ibu akan tahu.  Okay?  Res nak naik atas dulu.  Nak rehat.  Maklumlah, anak ibu kan sakit.” Ayres bingkas bangun dari sofa.

“Melecet sikit je pun tangan tu, dah mengada.  Sini ibu bagi patahkan terus, boleh MC setahun,” omel Arya.

Ayres tersengih.  Dia menghampiri ibunya.  Bahu wanita itu dipaut lembut.  “Love you, ibu.  Muah.” Satu kucupan diberikan pada pipi ibunya itu. 

“Ni sweet semacam kenapa? Tertelan gula sekilo ke?” soal Arya.

“Alah ibu ni, nak sweet sikit pun tak bolehlah.  Kalau daddy tu boleh pula,” balas Ayres selamba. Kemudian, menonong sahaja dia berjalan meninggalkan ruang tamu itu.

Membulat mata Arya mendengar kata-kata anaknya itu.  Sebiji bantal dicapai lalu dibaling ke arah anaknya yang sudah melangkah ke arah tangga.

Ayres semakin galak ketawa.  Anak tangga didaki.  Tiba di tingkat dua rumah itu, dia terus menuju ke biliknya.

Meowww...

Ayres memandang ke bawah.  Anak kucing yang sedang bergesel di kakinya itu dipandang bersama senyuman.  Tubuhnya ditundukkan lalu anak kucing bertompok hitam putih itu diangkat.  “Hey Lola, how are you?” soalnya kepada anak kucing yang diberi nama Lola itu.  Daun pintu dirapatkan.  Dia melangkah ke arah katil. 

Meowww...

“Lapar ke?  Alolo sian dia.  Nanti aku belikan makanan kau ya?  Dengan rumah baru,” ujar Ayres seraya mengucup wajah anak kucing tersebut.  Tubuhnya dibaringkan di atas tilam.  Lola diletakkan di atas dadanya.  Dielus lembut bulu Lola sehingga anak kucing itu tertidur di atas dadanya. 

Ayres merenung siling putih di atasnya.  Bibirnya mengukir senyum.  Terbayang wajah Laura di ruang matanya.  Wajahnya yang manis, kulitnya putih, matanya menawan dan rambutnya ikal.  Sangat cantik ciptaan Allah.  Gadis itu mempunyai aura yang tersendiri yang membuatkan dia mahu lebih mengenali dan rapat dengannya.

Gerakan daripada Lola mengejutkan Ayres daripada terus mengelamun.  Pandangannya ditumpukan ke arah anak kucing itu.   “Thanks Lola.  Disebabkan kau, aku berjumpa lagi dengan dia.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro