BAB 1
SEEKOR burung gagak yang baru saja hinggap di dahan pokok jatuh ke tanah apabila mengena tembakan sniper miliknya itu. Laura mengukir senyum puas. "Good baby..." pujinya kepada objek tidak bernyawa itu. Hujung sniper miliknya itu dikucup sesaat.
"Laura..."
Senyum di bibir Laura pudar tatkala suara garau itu menyebut namanya. Perlahan-lahan kepalanya berpaling. Lelaki yang sedang melangkah ke arahnya itu dipandang tanpa riak. "What are you doing here?" soalnya.
"I miss you..." Lelaki itu menghampiri Laura lalu satu kucupan disinggahkan ke dahi Laura.
Laura mendengus kecil. Wajah lelaki itu ditolak kasar. "Kau mabuk ke?" soalnya geram. Kesan ciuman di dahinya itu dilap.
"Nope. I'm really miss you," ujar lelaki itu dan terus mengambil tempat di ruang kosong sebelah Laura. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
Laura menjuihkan bibirnya. Malas mahu melayan lelaki di sebelahnya itu, dia kembali membelek sniper di tangannya itu.
"Baby..."
Laura pekakkan telinganya. Sebuah beg hitam dicapai. Sniper di tangannya itu dimasukkan ke dalam beg hitam tersebut.
"Baby Laura..."
"Shut up, Adrian Naufal," tegas Laura. Satu jelingan tajam diberikan kepada lelaki di sebelahnya itu.
Adrian tergelak kecil. Tidak takut langsung melihat Laura marah. "Comel lah kau marah macam ni," usiknya. Pipi Laura dicubit.
Pap!
"Aduh, sakitlah..." Adrian mengaduh kecil apabila kepalanya ditepuk kuat oleh Laura. Bahagian yang ditepuk itu diusapnya perlahan. Boleh tahan juga penangan tapak tangan Laura.
Laura hanya menayangkan riak selamba. Dia terus bangun bersama beg sniper yang digantung di bahu kanannya.
"Nak pergi mana?" soal Adrian apabila melihat Laura seakan mahu meninggalkannya.
"None of your business," balas Laura mendatar dan terus melangkah meninggalkan Adrian sendirian di rooftop itu. Panggilan daripada Adrian dibuat tak dengar. Biliknya yang berada di tingkat dua rumah itu dituju. Masuk ke dalam bilik, dia terus mengunci pintu. Beg berisi sniper miliknya itu digantung di tempat khasnya. Laura bergerak ke katil. Tubuhnya direbah kasar di atas tilam. Kipas siling yang berpusing di atasnya itu direnung.
Ting!
Bunyi ringkas itu menyentakkan Laura daripada terus termenung. Kepalanya berpaling ke kanan. Telefon bimbit yang berada di atas meja sisi katil dicapai. Skrin telefon direnung.
-Ada job untuk kau.-
Laura mengeluh kecil sebaik membaca mesej ringkas itu. Telefonnya dicampak saja ke atas tilam. Dia bangun dari baringan dan terus turun dari katil. Almari pakaian dituju. Sehelai jaket kulit berwarna hitam dicapai dan disarung ke tubuhnya. Rambutnya yang tadinya dibiarkan lepas diikat tocang. Topi dicapai dan diletakkan di atas kepala. Sebuah beg berwarna hitam yang terletak di bahagian atas almari diambilnya. Laura kembali ke katilnya. Laci meja sisi dibuka lalu segala barangan penting diambil dan dimasukkan ke dalam beg miliknya itu. Tatkala dia ingin mencapai dompet, sekeping gambar terjatuh benar-benar di hujung kakinya. Laura memandang ke bawah. Dia menundukkan tubuhnya sedikit lalu diambil gambar yang berada di hujung kakinya itu. Tubuhnya ditegakkan semula. Gambar di tangannya itu direnung.
"Nadine..." Terpacul keluar satu nama itu daripada mulutnya. Wajah manis Nadine di dalam gambar itu diusap dengan ibu jarinya. Sungguh hatinya amat merindui gadis itu. Meskipun sudah tiga tahun dia kehilangan gadis itu, namun kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak berubah. Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat, dia merindukan gadis itu.
Deringan panjang telefon bimbit menyentakkan Laura. Entah bila dia menangis pun dia tidak sedar. Air mata di pipinya itu diseka kasar. Laura mencapai telefon bimbitnya. Nama yang tertera pada skrin dilihat sekilas sebelum panggilan dijawab. Dia berdeham kecil.
"Hello."
"Laura, where are you?" Suara garau seseorang menyoal.
Laura menarik nafas panjang sebelum dihela perlahan. "On the way. Give me ten minutes," balasnya ringkas. Panggilan dimatikan begitu saja. Laura menyimpan telefonnya ke dalam poket jeans. Dia kembali memandang ke arah gambar di tangannya itu. "I love you, Nadine..." Dikucup lembut gambar tersebut sebelum ia dimasukkan semula ke dalam laci meja sisi. Beg hitam yang berisi barangannya digalas. Laura melangkah laju ke arah pintu bilik. Sempat tangannya mencapai kunci kereta yang tergantung pada penyangkut tepi pintu sebelum keluar dari bilik.
"Laura!"
Langkah Laura mati. Kepalanya menoleh sedikit.
"Mana?" soal Adrian. Dia yang hanya bertuala separas lutut itu melangkah ke arah Laura.
"Ada kerja. Bye." Sejurus itu, Laura terus berlalu meninggalkan Adrian. Tidak betah mahu berlama bersama lelaki itu. Ada kerja lebih penting yang menantinya.
****
"RES!"
Langkah Ayres termati tatkala pendengarannya disapa oleh suara yang menjerit memanggil namanya. Kepalanya pantas berpaling ke belakang. Berkerut dahinya apabila melihat raut wajah gadis yang sedang menghampirinya itu. "Ela?"
"Yo! Ingat pun kau dekat aku. Fikirkan lama tak jumpa, dah lupa," ujar Elaina. Bahu Ayres ditumbuknya perlahan.
"Gila tak ingat. Bila kau datang sini? Tak bagitahu pun dalam group. Rizq tahu?" soal Ayres.
"Semalam sampai sini. Rizq tahu. Aku baru jumpa dia tadi pagi. Aku memang saja tak nak bagitahu kau. Surprise tak?" Elaina jongket kening bersama senyuman.
"Surprise kepala otak kau," hambur Ayres, seraya mengetuk kepala Elaina dengan kunci keretanya.
Elaina tergelak kuat. Pandangan daripada orang sekeliling tidak dia hiraukan.
"Dahlah kau. Macam langsuir terlepas tahu tak," sindir Ayres seraya tergeleng kecil. Sudah semakin tua, tetapi perangai masih tidak berubah.
"Eh, jom makan. Alang-alang dah tengahari ni. Perut aku laparlah." Elaina mengajak.
"Boleh. Kau belanja," ujar Ayres.
Elaina buat wajah tidak puas hati. "Tak gentleman kau ni. Ada ke patut perempuan yang belanja. Malanglah siapa jadi makwe kau nanti," omelnya seraya mengatur langkah menuju ke restoran berhampiran.
"Eh, kalau dengan girl friend aku nanti aku jadilah gentleman. Kau bukan girlfriend aku. Jadi, tak perlulah nak gentleman," balas Ayres selamba.
Elaina mendengus kecil mendengar kata-kata Ayres. Pintu kaca restoran ditolak. Baru nak masuk, tiba-tiba kedengaran bunyi deringan telefon yang kuat. Elaina menoleh ke belakang.
"Kau masuk dulu. Aku nak jawab call kejap," ujar Ayres.
Elaina mengangguk. Dia terus masuk ke dalam restoran, meninggalkan Ayres di luar.
Ayres bergerak ke satu sudut. Poket seluar diseluk, lalu telefon bimbitnya dikeluarkan. Melihat nama yang tertera pada skrin telefon, dia terus tekan butang hijau menjawab panggilan tersebut. Hampir lima minit bercakap di telefon, panggilan dimatikan. Tubuhnya berpaling dan mengatur langkah menuju ke restoran yang dimasuki oleh Elaina tadi.
Buk! Dia berlanggar dengan seseorang yang mahu masuk ke restoran yang sama.
Ayres yang sedang ralit dengan telefon bimbit di tangan memandang terus memandang gerangan yang dilanggarnya. "Err, cik okay ke?" soalnya seraya tersenyum kelat.
Gadis yang berdiri di hadapan pintu restoran itu memandang Ayres. Tanpa membalas soalan yang diajukan, gadis itu terus menolak pintu dan masuk ke dalam restoran. Sempat dia memberi satu jelingan tajam.
Ayres terpinga-pinga sendiri. Bagi soalan, tetapi jelingan yang dia dapat. Nafas dihela perlahan sebelum dia turut masuk ke dalam restoran yang sama dengan gadis yang dilanggarnya tadi. Matanya melilau mencari kelibat Elaina.
"Res! Sini!"
Ayres menoleh ke arah suara yang menjerit itu. Dia terus melangkah ke arah meja yang diduduki oleh Elaina. Sebuah kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan.
"Lama sangat kenapa?" soal Elaina, memandang sekilas ke arah Ayres sebelum dia memandang semula telefon bimbit di tangannya.
"Tak ada apa. Kau dah order?"
"Belum. Aku tunggu kau," ujar Elaina. Tangan kanannya diangkat memanggil pelayan restoran itu.
Sementara menunggu pelayan restoran datang ke meja mereka, Ayres melilaukan bebola matanya memandang sekeliling restoran itu. Dan pandangannya tertumpu pada seseorang yang duduk selang tiga buah meja dengan mejanya itu. Gadis tadi. Entah kenapa, seperti ada magnet yang menarik matanya untuk terus memandang gadis itu.
Tiba-tiba, gadis itu mengangkat wajahnya dan menoleh. Pandangan Ayres beradu dengan pandangan milik gadis itu. Ayres mengukir senyum manis namun tidak dibalas oleh gadis itu. Riak wajah gadis itu dingin sahaja.
"Res!"
Sergahan tiba-tiba itu buat Ayres terkejut. Lagi-lagi dengan tepukan kuat pada meja, membuat mahu luruh jantungnya. Dia terus menoleh ke hadapan. Wajah Elaina dipandang. "Apa?" soalnya sepatah.
"Kau pandang apa? Dari tadi aku bercakap dengan kau. Tak dengar ke?" soal Elaina, agak marah.
Ayres terkebil-kebil. Sesaat kemudian, dia tersengih menayang gigi. Tidak menjawab soalan Elaina, dia memandang ke arah pelayan restoran yang berdiri di sisi meja itu. Pesanan terus dibuat. Sebaik pelayan restoran itu berlalu, Ayres memandang semula ke arah meja yang menjadi tumpuannya tadi. Pudar senyuman di bibirnya apabila kelibat gadis tadi sudah tiada di meja itu.
"Kau cari apa?" soal Elaina. Matanya memandang ke arah yang sama dipandang oleh Ayres. Kosong. Dahinya berkerut.
"Tak ada apa," balas Ayres. Dia tersenyum tipis ke arah Elaina yang sedang memandangnya itu.
"Peliklah kau ni," omel Elaina.
Ayres menggaru belakang tengkuknya. Pelik. Ya memang pelik. Haha!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro