Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

part 5

Taehyung menarik nafas panjang.Berkahwin dengan jaeya memang benar itu pilihan hatinya namun semakin lama bersama dengan nya hati Taehyung mula berbolak balik.Namun rasa sayang terhadap jaeya masih terbuku di hati

"Serius la habis you ingat I main main ke?"jawab taehyung.Dia tahu Yang Aera akan menanyakan soalan begitu terhadap nya.Mana tidak nya,sifat Dan segala perkara tentang Taehyung Di Dalam genggaman tangan Aera.Dia Yang mengenali Taehyung sejak zaman persekolahan.Jadi tak mustahil la perkara sekecil semut mengenai taehyung dia tidak tahu.

"Ye I tahu Yang you sangat sayang Kan dia,tapi look..perempuan Yang macam Tu you nak jadikan isteri?dengan perangai camtu you boleh tahan?"soal Aera bertalu talu.Dia perasan Yang perangai taehyung ketika Di awal percintaan bersama jaeya sangat la berbeza dengan Yang sekarang.Kalau dulu asyik tersenyum cam kerang busuk.Jangan cakap cam kerang busuk,cam muka orang mintak penampar pun ada.Asyik tersenyum sorang sorang.Kalau orang Tanya sepatah,dia jawab sepatah.Asyik leka je dengan chatting kat fon Tu

"Kalau bukan sebab desakan nenek I Dan juga bukan sebab ikatan pertunangan Tu,maybe I dah lama ubah keputusan"Taehyung menghela nafas panjang.Dia termenung memikirkan nenek nya Yang setiap hari mendesak dia agar segera kahwin.Bukan taknak kahwin awal tapi,yela kalau kahwin awal semua benda kena fikir.Bagi taehyung hidup bebas Di umur dia Yang sudah mencapai 20 an Tu lebih baik Dari kahwin.

"ikut you la,I just doakan Yang terbaik untuk you,if you suka Yang Tu I akan sokong..Okey?"Aera memberi semangat pada taehyung.Dia menepuk nepuk bahu taehyung agar taehyung kembali semangat seperti selalu.

"Thanks Aera"taehyung membalas nya dengan senyuman bear nya.

"Dah la I nak Naik atas tengok tunang you,kang tak pasal ii ada Yang menangis sebab baju tak lawa atau tak muat"Aera tertawa kecik.Dia bangun lantas menuju ke tangga untuk pergi menguruskan kerja nya.

"Betul juga kata Aera,Aku pun nak bini Yang bukan jenis 24 jam berkepit je cam belangkas,nak juga Bini Yang sekepala"bisik taehyung Dalam hatinya.kalau diikutkan,dia taknak Bini jenis cam jaeya Tu,asyik nak berkepit.Naik rimas taehyung bila setiap Hari perlu menghadap sifat cengeng jaeya.Tapi apa boleh buat,itu juga pilihan hatinya dulu,buta cinta la katakan.

................................................................

Hyuna mengangkat sedikit wajah nya.Dia menyembunyikan diri Di sebalik tembok berhadapan dengan butik itu.Matanya sibuk memerhati gelagat taehyung Yang berada Di Dalam butik.

"Mamat ni borak pasal apa?dah la tak nampak dia tengah buat apa,pendek sangat ke Aku ni sampai nak mengintai pun tak nampak"hyuna memperli dirinya sendiri.Benci Pula dia bila teringat kisah dirinya Yang pernah dibuli  dengan rakan sekolah Rendah nya dahulu.Semua nya gara gara dia 'pendek' semua mahu membuli nya.Apa teruk sangat ke jadi orang pendek ni?

"apa kata kalau aku masuk Dalam butik Tu?boleh la intai lebih dekat"hyuna bergerak perlahan menuju ke pintu butik.Dia mengeluarkan cermin mata hitam miliknya Dari Dalam beg Yang disandang nya.Dia seboleh nya tidak mahu dirinya di lihat taehyung.Kalau tak naya la dirinya.

...........................................................................

Ting

Pintu butik di tolak secara perlahan.Taehyung menoleh,dia melihat seorang perempuan Yang berkaca mata hitam berjalan masuk ke butik.Dia hanya memerhati gerak geri perempuan Yang sedang menyelak pakaian butik Yang ada Di situ.Gaya nya seakan akan sedang mengintip sesuatu.

"cam kenal?"ngomel taehyung Dalam hatinya.

Hyuna pov

Hyuna Yang melihat Taehyung Dari tadi memerhati dirinya berasa tidak selesa.Dia fikir Yang taehyung sudah dapat mengecam dirinya.Habisla nanti tak memasal dia kena.Tiba ii hyuna mendapat satu idea nakal.Dia berfikir untuk berada lebih dekat dengan tempat taehyung agar dia dapat mendengar perbualan taehyung dengan Yang lain nanti.

"Nak tahu juga dorang borak pasal apa"

End pov

Jaeya berjalan dengan penuh ayu menuruni setiap anak tangga menuju ke tempat taehyung berada.Dia berpusing menggayakan badan nya seperti model Yang sedang berjalan 'cat walk' Di pentas.Dia berdiri di hadapan taehyung.Menunggu jawapan manis penuh pujian dari jejaka kesayangan nya.

"Sayang cantik tak baju ni ngan I,rasanya kalau baju ni Kita pakai berdua mesti cantik nanti nampak cam pasangan merpati sejoli"terang jaeya dengan bangganya.

Dia terasa seperti dia sahaja gadis Yang paling cantik Di Bandar itu.Kalau dilihatkan memang benar Yang jaeya sangat cantik Dan menawan.Rupa parasnya memang memukau sesiapa Yang melihat dirinya.Namun kalau dilihat dari sudut pandangan Yang lain,maybe orang yang nak jadikan dia isteri akan berfikir dua Kali.Siapa nak bini cam jaeya?tengok para readers pun taknak.

Taehyung melihat Dari atas ke bawah.Dia hanya memerhati gelagat jaeya Yang seperti biasa menginginkan perhatian dan pujian darinya.Dahagakan pujian.Agaknya jaeya ni tak cukup kasih sayang?tapi kalau dah dahaga Tu,pergi la minum air Kan?ni tak nak mintak attention orang juga

"Okey la Tu,cantik"balas taehyung singkat.Dia bukan tak mahu memuji lebih tapi perasaan malas untuk melayan tiba tiba berlabuh Di hati nya.Jarang dia bersikap begitu pada jaeya.Namun sesekali tidak memanjakan perempuan ni,tak Salah agaknya.

jaeya Yang mendengar jawapan Dari taehyung segera menarik muka.Dia tak puas hati dengan jawapan Yang diberikan taehyung Kali ni.Biasanya taehyung akan melayan karenah dirinya.Namun Kali ni,dia terasa Yang dia diabaikan.Mula la sifat overthinking keluar.

Aera Yang baru sahaja tiba dari tingkat atas butik nya melihat gelagat dua pasangan Yang seakan ingin berentam Di hadapan nya.Dia tak mahu butik nya menjadi Medan peperangan untuk mereka berdua.Dia melihat sahaja taehyung Yang leka bermain dengan handphone miliknya.Langsung tidak menghiraukan jaeya Yang kini sudah menjadi gunung berapi aktif.Tunggu masa untuk meletup.Dia sudah bersedia dengan Telefon miliknya.Jika berlaku kebakaran disebabkan mereka berdua dia akan menghantar Surat Saman.

Taehyung melihat jaeya Yang berada Di hadapan nya.Dari riak wajah nya dia sudah tahu Yang dia akan di bebel Di Dalam kereta nanti.Menunggu masa untuk sesi menadah telinga.

"Dah habis dah?kalau dah habis,Aera nanti bungkuskan baju ni dengan I punya.Takyah fitting pun takpe Kan cause you tahu saiz I berapa."kata taehyung sambil matanya memandang Aera Yang berada di bahagian kaunter.

Aera mengganguk.Biasanya jika taehyung datang ke butik nya,memang ayat begitu dia akan beri.

"Nanti kalau dah siap bagi tahu"taehyung berdiri ingin beredar ke kereta nya.Namun belum sempat kaki nya ingin melangkah,tiba ii palang pakaian Yang menjadi tempat menggantungkan pakaian Di butik itu jatuh ke arah Taehyung.

Taehyung Yang menyedari akan hal itu dia segera mengelak namun sesuatu menarik perhatian nya.Dia mencapai tangan Yang hampir jatuh bersama dengan palang baju itu.

Taehyung menarik perempuan itu ke Dalam dakapan nya.

Bum!

Semua orang Yang berada Di Dalam butik memandang ke arah bunyi itu.Jaeya Yang tadinya mengikuti Aera ke kaunter untuk memberikan pakaian Yang dia telah pilih tadi turut mengalihkan pandangan ke arah sumber suara Yang kuat itu.

Dua pandangan Mata kini terpaut bersama.Hati taehyung kini berdegup kencang,mengapa dia terasa seperti dia sudah terkena panahan cinta untuk kali kedua?Dia melihat wajah Yang berada Di dakapan nya.

"Kau?"taehyung mencebik.Dia sudah menjangka,wanita yang dari tadi mengikuti nya adalah hyuna.Dia tahu Yang hyuna memerhati dirinya dari tadi.Dia saja mendiamkan diri,niat nak tengok apa Yang perempuan ni nak buat.

Hyuna pov

"Nanti kalau dah siap bagi tahu"

Sebaik saja hyuna mendengarkan suara taehyung Yang ingin beredar dari situ,dia segera bangun ingin beredar mengikuti taehyung juga.Namun nasib tidak menyebelahinya.Kaki Kanan nya tersadung lalu menyebabkan dia terjatuh Kan palang baju Tu.Orang kata kalau terjatuhkan barang biasanya diri sendiri pun terjatuh.

Memang nasib Yang Malang buat hyuna bila dirinya sekali terjatuh.Nasib baik tangan nya sempat disambut oleh taehyung kalau tak habis la jadi Pisang lenyek.

Tapi tak sangka pulak Yang taehyung mendakap dirinya.Dia ingat hyuna ni patung ke?nak peluk peluk adoi.

End pov

Hyuna menatap wajah taehyung Yang tampan.Muka nya kini mulai memerah.Kalau dilihat,sudah seperti clown Yang terlupa untuk ratakan blushing Di pipinya.Dia sedar Yang dia Kini Di Dalam bahaya.Jika diteruskan lagi seperti ni,dia mungkin mudah menyerah Kan hatinya.Fikiran nya kini bercelaru.

"Taehyung Shi!"jaeya mengetap gigi menahan perasaan amarah cemburunya.
Dia merenung tajam taehyung.

Taehyung memaksa dirinya untuk sedar semula.Dia melepaskan hyuna Dari dakapan nya.Ramai pembeli Yang ada Di butik itu hanya memerhati dirinya.

Semua mendiamkan diri.Masih terkedu dengan kejadian Yang baru sahaja terjadi Di depan Mata.

"Sampai hati you!"jaeya terus meluru keluar menuju ke pintu exit butik.Dia tidak menghiraukan semua Mata Yang sedang memerhati dirinya.

Taehyung Yang melihat jaeya melulu ke pintu keluar,segera berlari mengejarnya.
Dia sedar Yang dia telah melakukan kesalahan.Namun bukan Salahnya,kalau palang Tu tak jatuh pada dirinya mungkin perkara ni takkan jadi.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro