Part 3
Jam di dinding cafe berbunyi menandakan sudah pukul 4:30 petang.Hyuna menarik nafas panjang sambil berehat di salah sebuah meja yang kosong di cafe itu.Myunji yang melihat hyuna sedang berehat mula menuju ke arah nya."Eh bukan tadi awak ada kat tingkat atas ke hyuna?"tanya myunji."Sepatutnya macam tulah.tapi nasib baik lelaki tadi tu dia balik awal.kalau tak memang berjanggut lah saya tunggu dia habis makan kat situ.Awak tahu tak,dia nak suapkan makanan kat mulut dia tu pun macam ambil masa satu tahun tau.Pastu bila makan tersengih-sengih macam orang tak betul"terang hyuna.Yelah mana tak nya,berjanggut hyuna tunggu kat situ sebab tunggu laki tu habis makan.Selalu macam tulah,selagi tak habis makan selagi tulah hyuna takleh pergi dari situ.Kadang2 sampai patah pinggang hyuna tunggu laki tu habis makan.
"Eh awal pulak laki tu balik.selalunya pukul 5:30 baru balik."tanya myunji hairan."Memanglah balik awal,tadi dia dapat panggilan telefon.Katanya kecemasan ape tah.Itu pun dia taknak pergi tau tapi disebabkan saya taknak pinggang saya patah lagi saya suruh lah dia balik.Kalau tak mau patah riuk pinggang ni tunggu dia habis makan."kata hyuna sambil memegang pinggangnya yang sakit."Hem ade2 je laki tu.Dah lah jom hyuna tolong saya kemas dapur"kata myunji."Alah nanti tak boleh ke,sakit lagi pinggang ni"rengek hyuna.Myunji yang sudah tahu akan perangai malas rakannya itu pun segera menarik lengan baju hyuna."Jangan nak mengelat,cepat tolong saya kemas dapur"tegas myunji sambil menarik lengan baju hyuna."Ok2"kata hyuna lalu dia pun mengikut myunji dari belakang.
Tok,tok.Terdengar bunyi ketukan pintu yang tidak kuat dan tidak begitu perlahan menyebabkan seorang pemuda lelaki yang sedang sibuk dengan kerjanya terganggu.
"Masuk"kata pemuda itu.Pandangan nya langsung tidak beralih dari menatap hasil kerja yang harus disiapkan nya itu.Dengan kebenaran pemuda itu,lelaki yang tadinya pun masuk ke dalam ruangan kerja.Berjalan ke arah meja lalu lelaki tadi menarik kerusi yang ada di situ.
"Maaf sebab lambat tae,tadi ada kerja"kata lelaki tadi.Taehyung yang tadi hanya menatap meja kerja nya segera mengangkat kepala memandang lelaki yang ada di hadapan nya."Yah hyunji-shi,kau tahu tak yang pagi tadi kita ada mesyuarat penting!? dah lah kau yang kena bagi ucapan.Pastu boleh pulak kau takde kat office!kau tahu tak berapa kali aku call kau sampai aku hampir terlanggar budak perempuan pagi tadi?"kata taehyung tegas.
"Haish sorry lah,lagipun kau kata mesyuarat tu tunda esok.Aku pun tak datang lah office hari ni."kata hyunji.
Yelah taehyung kata yang dorang akan ada mesyuarat hari tu tapi ditunda pulak.Tapi tahlah kenapa mesyuarat tu jadi hari tu jugak."Haishh mane lah aku tahu,dah dorang yang nak buat hari ni.Kau pun satu angkat lah telefon bila ada orang telefon kau.Ini tak.Sampai aku kena bebel dengan budak perempuan sebab hampir langgar dia tau."kata taehyung.Taehyung pun teringat akan kejadian yang berlaku pagi tadi.Panas pulak hati bila ingat balik kejadian tu.Ada ke lelaki yang hensem kena bebel dengan budak sekolah perempuan.Siapa je yang tak malu."Ah baru aku ingat.pasal jalan yang tepi sekolah tu kan,kau dah beli belum?"tanya taehyung.
"Jalan tepi sekolah tu..emm dah tapi borang beli tu belum dapat lagi."kata hyunji."Ok,nanti kalau dah dapat borang tu kau bagi kat aku tau.Oh satu lagi nanti suruh dorang tulis nama KIM TAEHYUNG besar2 dekat jalan tu"kata taehyung.Tiba2 muncul idea nakal dia nak kena kan hyuna.Yelah dah lah dia hilang duit 1000 ringggit sebab bagi kat hyuna.
"Kau ni tibe2 je tanya pasal jalan tu.sebelum ni takde pun tanya pasal tu.Ada something ni.taknak share ngan aku ke?"usik hyunji.Dia pelik,biasanya taehyung tak kan tanya pasal hal remeh cam tu.Selalunya dia tanya,duit hari ni dapat banyak tak?hari ni saham kita naik tak?berapa banyak bangunan yang kita dah beli?tulah soalan yang dia selalu tanya.kalau setakat tanya pasal jalan dah beli belum tu tak pernah lagi.Pelik en.Salah makan ubat kot taehyung ni.
"Ada lah"kata taehyung lalu dia pun sambung menatap kerja nya.Tiba2 pintu bilik yang tadinya tertutup rapat terbuka dan terlihat lah seorang perempuan yang tinggi dan cantik masuk ke dalam ruangan bilik itu.Perempuan tu pun berjalan menuju ke arah kerusi yang ada di sebelah hyunji."Baby!i miss you so muchhh!"kata perempuan tu.Eeee nana pulak yang nak muntah (┬┬﹏┬┬).Taehyung yang mendengar itu pun menatap pemilik suara itu."Jaeya?bukan awak ada kat US ke sekarang?"tanya taehyung hairan.Jaeya pun menatap ke arah hyunji.Memberi isyarat untuk keluar dari bilik tu.Hyunji yang faham akan maksud jaeya pun segera bangun dan keluar dari ruangan bilik tu."Ishh takkan lah saya nak tinggalkan kekasih tersayang saya ni jalani pernikahan sendiri sorang2."kata jaeya.
Yup.Taehyung dan jaeya akan menikah.Dorang punya hari pernikahan pun dah dekat.Minggu depan dah menikah.Semua plan ni disebabkan nenek taehyung.Nenek taehyung yang memaksa dia untuk berkahwin.
Flashback on
Taehyung yang berada di hadapan pintu bilik neneknya pun mengetuk pintu dengan perlahan."Masuk".Mendengar jawapan dari neneknya,dia pun membuka pintu lalu masuk ke dalam ruangan bilik tu.Taehyung berjalan menuju ke arah sofa yang ada di situ."Emm nenek ada apa2 masalah ke?kenapa nenek panggil taehyung"tanya taehyung.
"Taehyung.Nenek yakin yang taehyung dah tahu kan yang taehyung akan jadi pewaris untuk syarikat ni"kata nenek taehyung."Em dah nek,kenapa?nenek dah tukar pewaris ke?nek jangan lah kan nenek dah janji nak bagi kat taehyung."kata taehyung.Dia takut yang neneknya akan menukar nama pewaris untuk syarikat tu.Dari kecik lagi taehyung mengimpikan untuk memegang seluruh syarikat tu.Mana tak terkejut dia kalau dapat tahu yang nenek dia nak tukar nama pewaris.
"Haish kenapa nenek nak tukar nama pewaris.Taehyung kan satu2 nya cucu nenek.Kalau nak bagi pun,nak bagi kat siapa"kata nenek taehyung.Lega hati taehyung bila dengar nenek dia cakap cam tu.
"Tapi ada satu syarat."kata nenek taehyung serius."Syarat?"tanya taehyung hairan.Dah sudah,nenek main syarat2 pulak."Nenek nak taehyung kahwin.Tak kisah lah dengan siapa,asalkan taehyung kahwin"kata nenek taehyung.Mau tercabut jantung taehyung.Perkataan yang paling dia tak suka dengar dan sebut."KAHWIN".Ye memanglah taehyung tu banyak "girlfriend" tapi dia belum lagi terfikir nak kahwin.Yang dia tahu.Duit,kerja kena ade."Nenek jangan lah cam ni.Uwahhh"rengek taehyung.Dia berharap sangat yang nenek dia akan tukar syarat tu."Keputusan nenek muktamad!jadi taehyung kena cepat kahwin lepastu baru boleh jadi pewaris syarikat ni."kata nenek taehyung lalu beredar dari situ.Ternganga taehyung kat situ.Bermacam macam soalan yang ada dalam fikiran dia.Dia nak syarikat tu tapi syarat yang nenek dia buat tu memang menguji ketampanan dia.Eh cam pelik je.
Taehyung pun berjalan lemah menuju ke ruangan bilik dia.Dia pun duduk mengelamun di kerusi miliknya.Tiba2 fon samsung milik taehyung bergetar menandakan ada panggilan masuk."jaeya?"kata taehyung lalu dia pun mengangkat panggilan.
"Hello babyyyy miss youu.You tengah buat ape sekarang?"tanya jaeya dengan nada manja."I tak buat ape2 pun"jawab taehyung dengan nada yang perlahan.Dengar pun dah tahu yang taehyung ada masalah."You ade masalah ke?cuba cite kat i"tanya jaeya."Nenek i suruh kahwin.Selagi i tak kahwin,i takkan dapat syarikat ni"kata taehyung dengan nada kecewa."Lah sebab tu je"kata jaeya."You..nak tak you kahwin ngan i?i sebenarnya nak tanya you tapi takut you taknak je"tanya taehyung."You!soalan ape ni!?mestilah i nak kahwin dengan you.kalau boleh hari ni jugak i kahwin dengan you"kata jaeya dengan nada separuh menjerit.
"Seriuslah you.ok kalau macam tu lagi 3 minggu kita kahwin.Nanti you balik sini sebelum majlis kita tau.You jangan risau,nanti i yang akan uruskan majlis tu.Gomawo you sebab sudi kahwin ngan i"kata taehyung dengan semangatnya."ok you!luv you!muah❤"kata jaeya lalu mematikan panggilan.
"Ok settel satu masalah"kata taehyung dengan tenang nya.Min Jaeya.Dia adalah salah seorang dari kekasih taehyung.Dia jelah yang kekal sampai sekarang.Yang lain semuanya dah putus.Haih playboy jugak taehyung ni.
Flashback off
Boleh pulak terlupa perkahwinan sendiri.Itulah perkataan yang terlintas di fikiran taehyung."Awal you balik sini.kata balik lusa"tanya taehyung hairan.
"Biarlah i datang awal.sekurang- kurangnya boleh lah i ikut you pergi beli baju pengantin."kata jaeya."Kalau cam tu kita pergi cari baju tu esok lah.Dah alang2 you ada kat sini,so kita cari esok"kata taehyung."ok you"kata jaeya.
Melihat jam di telefon nya hyuna pun berjalan ke arah ruangan bilik .Hyuna pun menukar bajunya dan bersiap untuk pulang.Semasa hyuna keluar dari bilik itu,hyuna ternampak rakkanya yang sedang sibuk mengemas meja cafe.Hyuna pun berjalan perlahan ke arah rakannya itu."Myunji-ah,saya dah nak balik ni.Kita jumpa nanti ye"kata hyuna."Ok hyuna.hati2 tau masa balik nanti"kata myunji.
Hyuna pun menuju ke arah tempat basikal nya.Dan secara tiba2 hyuna disapa oleh seorang lelaki."Hai hyuna"kata lelaki itu.
Bersambung...............
Hai korang!!nana nak ucapkan jutaan terima kasih kat korang sebab korang sudi baca dan vote cite nana niヾ(≧▽≦*)o sampai nana dapat 99 vote untuk 4 chapter cite ni.Nana harap korang suka lah dengan cite ni.Sorry kalau ada typo or kalau cite ni tak best(┬┬﹏┬┬)nana sekarang akan focus buat cite ni.cite yang lagi satu tu mungkin nana tak up sebab takde idea yang jatuh dari langit lagi(づ ̄ 3 ̄)づbtw selamat membaca korang✪ ω ✪
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro