Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Introduction!



Sung Aecha merenung ke arah kulit e-buku webtoon yang dia baru sahaja jatuh cinta baru-baru ini. Gadis itu mengeluh perlahan sebelum mengalihkan matanya ke arah skrin komputer di dalam biliknya.

"Apa ni?!" dia mula meraung tidak suka.

"Apa ni! Tak nak! Tak nak!" raungnya lagi.

Dia menekup wajahnya dengan bantal tidur miliknya lalu menjerit melepaskan segala rasa geramnya terhadap ending drama true beauty yang baru sahaja dia habis tonton.

Dalam webtoon Han Seojun dengan dalam drama sama saja! Dua-dua Seojun dapat jalan cerita yang menyedihkan.

"Oh penulis, kenapa awak buat sayang saya macam tu? my baby deserve better!" kata Aecha sendiri.

Jangan sampai dia masuk dalam cerita tu semata-mata nak bagi Han Seojun kehidupan yang lebih baik. Tembus skrin komputer nanti dia masuk dalam tu. Marah lah marah!

Dia sengaja tidak menonton drama yang hangat itu semasa dia baru keluar kerana dia sibuk belajar untuk peperiksaan awam untuk masuk ke universiti dan bergembira selepas tamat menjawab kesemua subjek yang ada.

Punya lah dia mengelak daripada mendengar mana-mana spoiler.

Tiba-tiba ending dia macam ni pula!

Marah betul!

"Dah lah malaslah aku macam ni" kata Aecha akhirnya mengaku kalah.

Tapi Aecha masih lagi berharap supaya watak kesayangannya itu mendapat pengakhiran yang lebih baik. Lelaki fiksyen itu layak untuk disayangi dan dicintai! Tak nampak ke dia tu dah la comel, baik, utamakan ahli keluarga, lindungi adik dia.

Siapa yang paling selalu selamatkan keadaan watak utama dalam cerita tu?

HAN SEOJUN!

Argh, marah lah Sung Aecha macam ni.

"Haih" Aecha mengeluh buat kali terakhir sebelum dia tertidur di atas katilnya.

Iyalah dia mengahabiskan 16 episod sekali gus selepas tamat sahaja kertas ujian terakhirnya, mestilah mengantuk.




☆☆☆☆



"Aecha! bangunlah! lambat nanti pergi sekolah!" suara abangnya membangunkan Aecha daru tidur.

"Apa benda abang ni, Aecha baru habis sekolah semalam" suaranya perlahan kerana masih mengantuk.

Lagi satu, sejak bila abangnya dah balik rumah ni? 

Tak salah Aecha, abangnya sepatutnya bekerja di Jepun. Apa abang dia buat dekat rumah ni?

"Abang dah kena pecat ke?" soal gadis itu

"Eh kau ni, abang baru tahun 2 universiti apa yang kena pecatnya?" balas abangnya sambil menarik Aecha bangun dari katilnya.

"Eh?" wajah Aecha berubah menjadi keliru. Apa ni? aku yang gila ke abang aku yang gila?

"Oh ya, adik, tadi Han Seojun ada hantar sup yang mak dia buatkan, kalau nak makan ada atas meja makan tau, appa dengan eomma dah pergi kerja pagi tadi, abang nak kelaur dah ni, kau jangan sambung tidur  balik tau, aku terajang kang" kata abangnya sambil melipat selimut milik Aecha.

"Abang ni, kalau nak menipu pun agak-agaklah, sejak bila Han Seojun tu jiran kita?" balas Aecha.

Abang Aecha menunjal dahi adiknya itu

"kepala otak kau, dia duduk sini sebelum kita pindah sini lagi, cepat siap pergi sekolah, Seojun kata kalau kau nak pergi dengan dia, dia tunggu lagi 5 minit" kata abangnya sebelum keluar dari biliknya.

"Oh, seojun, ha pergi lah kejutkan Aecha tu, aku kejut tak nak bangun. Mana tahu putera datang sleeping beauty tu bangun" suara abangnya jelas kedengaran dari luar.

Aecha cepat-cepat bangun dari katil untuk melihat siapa berada di ruang tamu.

Tiba-tiba pintu biliknya ditolak buka dari luar. Terus keluar suara jantan genetik ayahnya dari anak tekak milik Aecha

"H-HA-HAN SEOJUN?!" 




- - - - - - - - - -- - - - - - - - - -

Yea, so Reenshi nak buat comeback HAHAHA

Gangster betul time SPM publish cerita baru.

Baidaweh, cerita ni ditulis sebab seya nak Han Seojun dapat better story. Seya sangat maroh ya.


Jadi, jika anda juga begitu. IYA MARI TERUSKAN


Baidaweh, idea ni datang sebab baca manhwa isekai banyak sangat HGAHAHAH


Okeh, macam biasa, tak ada smbutan aku delete.


Siapa nak teruskan membaca?! komen sayaaaa  

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro