Bab 4: Aib
Dagu berlabuh pada lengan yang sengaja diletakkan diatas meja. Mata ralit memerhati susuk pelajar perempuan yang sedang memadam papan putih. Terjengket-jengket saja kaki itu apabila ada beberapa bahagian yang tidak dapat dipadam dengan sempurna.
"Dah tahu pendek, tak payah la buat."
Perempuan itu berpusing selari dengan pergerakan tudung labuh yang mengurai, mengikut rentak yang sama. Dia menjeling sedikit sebelum kembali ke tempat duduk. Kerusi ditarik kasar.
Currrlas kau.
Lelaki berpakaian seragam murid biasa mencapai pemadam papan putih spare yang berada dalam bakul alatan menulis. Dalam satu kerdipan mata, papan itu sudah mula bersih dari sebarang contengan. Kemudian, jarinya bergerak-gerak menulis sesuatu.
Oh.
Dahi dilekatkan pada kedudukan dagu tadi.
Malas betul nak bergerak ke dewan seminar. Hati ini mula memberontak.
Kelihatan pelajar lelaki sudah mula keluar daripada kelas dan diikuti dengan beberapa orang pelajar perempuan. Ah, sekarang tinggal kami saja yang berada di sini. Laju betul korang ni. Semangat! Bagus-bagus. Buku latihan dikeluarkan dari dalam rak meja. Zip kotak pensil dibuka. Hanya 2 batang pen dan 1 pensil saja yang perlu dibawa-- terus dimasukkan ke dalam poket.
Who need textbook these days? Nerdy.
"Eh, siapa ada pad?"
Selamba saja Ifa bertanya ditengah-tengah kelas.
Aku yang perempuan ni pun malu. Mukaku mula terasa bahang. Chempaka ditepi dicuit perlahan.
"Kita ni memang tak berubah kan?"
Kepala menoleh kearah kiri dan kanan. Fuh, selamat! Selamat takde lagi insan bergelar jejaka yang wujud sekarang ni.
"Well..." Bahunya dijungkitkan.
"Because woman, always be childish."
Tawa kami meletus.
"Aku. Tu pun ada satu je." Entah dari mana, yang disana membalas.
"Fake hope. Baik takyah cakap." Zai yang setia disisi membalas tajam.
"Bukan dalam ladies dah ada section sanitary kit ke?"
"Kalau ada, takde la pulak aku mintak ngan orang." Ifa mula merengek kesusahan.
"Korang ni pun..." Kepala digelengkan kiri dan kanan. Secara tak langsung, aku turut sama mencelah.
"Meh sini, aku ada satu." Plastik petak empat segi ditunjuk seperti kad uno.
"Omggg! Thank you, Lia. Thank you sooo much." Katanya sambil berlari kearah mejaku. Dia terus berlari keluar kelas.
Macam-macam pesenlah manusia ni.
"Weh, baju kau kotor." Spina telinga menegak.
Hah? Kotor? Tak lawak dan memang tak akan pernah lawak ya.
Badan dilembutkan bagi menoleh kearah belakang.
Oisit.
Takkanlah time ni jugak? Aku mula mendongkol geram. Senyuman ditarik sedikit kepada si pemberi maklumat. Tangan diangkat tinggi.
Kening ticer diangkat sebelah.
Jari telunjuk mengunjuk kearah pintu belakang. Memberi isyarat untuk keluar daripada kelas. Sebaik mendapat greenlight menerusi anggukannya, kaki cepat-cepat keluar dari situ.
Girls always be girls. Kecoh betul.
"I already knew it." Chempaka yang setia disisi dipandang. Menyempat pula tu memboloskan diri.
Untuk itu, aku tertanya sendiri. Kenapalah bukan jadi dalam kelas, boleh cover dengan something. Sekurang-kurangnya. Kan?
Dari jauh, kelihatan 2 orang Ikhwan sedang melalui laluan yang sama dengan kami. Kenapa ya lorong ni nama kaki lima tapi bila bertembung dengan orang kena mengelak ke tepi. Langkahku sengaja diperlahankan. Dalam jarak 2 kaki, badan disengetkan sedikit. Berjalan senget-senget macam rupa ibu ketam dah gayanya.
"Kenapa tu?" Soalan itu lebih dituju kepada rakan disebelahnya.
Mungkin pelik dengan gaya berjalan tak berapa betul ni. Perhatiannya seolah terganggu. For God's sake, tak nak bagi orang tengok tu lah orang nak tengok kan? Kalau nak tanya pun takleh bila kitorang dah takde ke? Perasaan maluku mula bertimbun-timbun seperti buku tersusun tinggi.
Mulut ini terkunci. Diam tanpa sebarang jawapan.
"Oh, bocor." Soalan tadi dijawabnya sendiri. Jujur saja, aku dapat menangkap senyuman sinis yang tertahan itu.
Hah?
Aku beriak biasa, sebelum langkah dipercepatkan lagi.
"Akhwat."
Masalah. Bunyi siren mula bergema dalam minda. Kami berdua berpaling. Wajahku cuba beriak biasa.
"Kenapa?" Chempaka laju saja bertanya. Thanks for that, bestie. Awafyu.
"Kawan enti. Kenapa tu?" Lelaki berjaket hijau pekat itu menujukkan kearah aku.
Soalan berjawab soalan.
Tolonglah, kalau ada beg kertas sekarang. Dah lama menyorok dalam tu. Kalau ada gua, nak duduk dalam gua je. Boleh tak macam tu?
"Takde apa." Chempaka menjawab laju.
"Betul. Mana ada apa-apa." Aku mengiakan kata-kata Chempaka tadi. Kepala dianggukkan supaya nampak lebih yakin dan lebih realistik.
Dia mengeluh perlahan. Sambil mencabut jaketnya perlahan-lahan, sebelum disuakan kepadaku.
"Nah, pakai ni."
Butiran mutiara jernih mencemar pipi. Tangan menekup muka sendiri.
Kenapa timing macam ni jugak dia nak datang. Aku memarahi diri sendiri. Kaki kanan menghentak lantai.
"Lia, kau okey tak dalam tu?"
Pintu tandas diketuk-ketuk perlahan.
Liur ditelan sebelum menjawab, "Okey. Cuma geram sikit pasal tadi." Selak pintu dibuka. Sinki dituju. Sabun cecair dipicit sedikit sebelum membuihkannya pada tangan. Badan disengetkan sedikit. Belakang bahagian baju dibawa ke bahagian hadapan dan disental perlahan.
Warna tompokan merah tadi mulai pudar. Air bersih dibilas sedikit sebelum menyambung sesi menyental.
"Kenapa tak tukar je baju sekolah?"
Aku mencari wajah Chempaka.
"Taknak lah. Nak jimat baju. Lagipun berapa jam je lagi nak habis sesi."
Kaki dijingkitkan sedikit untuk menyamai dengan hujung kepala paip. Air paip dibuka perlahan.
"Siap!"
Hujung baju tadi diperah sehingga kering dari titisan air. Kesan genggaman itu melekat pada baju menyebabkan ia berkedut seribu. Ah, lantak. Janji bersih. Badan dibelek ke kiri dan ke kanan di hadapan cermin.
"Acceptable tak?" Aku meminta pendapat Chempaka.
"Cun." Kedua ibu jari diangkat, menunjukkan tanda setuju. "Tak nak keringkan?"
"Jap." Hujung baju didekatkan pada muncung hand dryer.
"Boleh ke ni?" Tanyaku ragu-ragu.
"Boleh. Slow-slow."
Ada-ada je. Kang hangus, satu hal nak kena jawab dengan Bonda.
"Ambik ni." Chempaka menghulurkan semula jaket itu pada aku.
"Lah, kenapa lagi ni?"
"Tu." Mulutnya dimuncungkan, menghala ke bawah bahagian baju.
"Atas kering, bawah basah. Nanti orang ingat kau baru lepas berenang pulak. Baik cover je dengan ni."
"Yelah-yelah." Jaket diambil semula. Kelas dituju.
"Lamanya pergi. Korang buat apa?" Si becok ni kalau tak menyibuk hal orang, tak sah kot hidup.
Sah!
"Settlekan hal ladies lah." Jawabku malas-malas.
"Ye ke?" Soalnya was-was, bibir tersungging senyum.
"Habistu, yang kau gantung dekat depan loker tu apa?" Jarinya ingin memegang hujung jaket itu namun sempat dihalang oleh Chempaka.
"Hal dialah nak pakai apa pun. Ada kacau makpak kau?"
Dia terdiam.
"Tanya pun salah." Jelingnya sebelum cepat-cepat kembali ke katilnya.
Badanku menghempas tilam. Kaki digoyang perlahan. Suara macho itu masih tergiang-ngiang di dalam kepala.
Tuhan, wujud lagi ya lelaki yang baik-baik dalam dunia ni?
Rama-rama di dalam perut mula mengepak hebat.
Jujur saja. Kepada awak yang entah siapa diluar sana, terima kasih. Terima kasih kerana sudi meminjamkan jaket ini bagi menutup aib saya. Semoga dibawah rahmat Allah.
Malu-malu saja semasa jaket itu bertukar tangan. Jaket disarungkan ke badan. Walaupun sedikit besar, sudah memadai untuk menutup bahagian bawah belakang bajuku.
To hide that stain.
Malu. Aku betul-betul maksudkan itu. Tangan mengibas-ngibas muka yang sedang kepanasan. Pasti muka ini sedang merona merah. Selimut ditarik menyelimuti tubuh.
Selamat malam. Moga hari-hari esok bertukar indah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro