Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2: Miss J

"Aaah!"

Jeritan suaraku yang nyaring memecah keheningan pagi.

Muka masih lagi dibelek di hadapan cermin.

Kepala masih terteleng ke arah bahagian kiri.

OH NO, JERAWAT!

"Macam mana nak cover ni? Atas hidung kot, atas hidung!" Aku rungsing.

"Apa yang bising-bising ni, dik?" Pintu diketuk dari luar. Siapa lagi yang bertanya kalau bukan Imtinan.

Malas nak layan. Fokus masih lagi terarah kepada bonjolan merah-merah yang baru muncul.

Aku agak bernasib baik kerana jeritan tarzanku tadi hanya menyapa gegendang telinga abangku yang bertuah itu. Kalau sampai Bonda dengar? Silap hari, pagi-pagi lagi sudah mula kena bebel.

Usai sahaja solat Subuh secara berjemaah, aku terus menjamu sarapan. Bonda, macam biasa. Tekun menyiapkan bekalan sekolah nanti.

Aku bergendong motor dengan abang ke sekolah. Biasanya, aku menaiki bas. Bayar lima puluh sen sekali pergi. Semasa pulang sahaja pulang dengan ibu, kerana kami menumpang dengan kereta Cheq.

Muka ini ringan saja menadah tamparan lembut bayu. Aku tersenyum puas. Dari jauh, aku dapat melihat bangunan sekolah yang tersenggam indah.

Motorsikalnya mula perlahan. Imtinan memberhentikan aku tepat dihadapan pagar sekolah.

"Abang, nampak sesuatu pelik tak atas muka Lia?"

Jari telunjukku dipusingkan pada muka sendiri.

Keningnya berkerut.

"Kenapa? Jerawat? Rileks lah, remaja kot." Jawabnya selamba.

Aku mula menyampah, helmet dihulurkan kepadanya.

"Nah, ambik helmet ni." Sumpah tak puas hati dengan jawapannya yang satu itu.

"Adik, apa yang bagus sangat kejar kecantikkan tu? Cantik dulu akhlak, pelajaran... baru yang lain. Automatic cantik."

Cliché.

'Tak Imtinan. Kau tak akan faham.'

Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengannya.

Aku selalu insecure dengan gegadis lain seusiaku sekarang. Iyalah, mereka selalu saja kelihatan cantik. Mereka terlihat begitu cantik dengan segala jenis hiasan yang dipakai pada tubuh badan mereka.

Sedangkan aku? Aku menggeleng sendiri.

Bersyukur, Dahlia. Bersyukur.

Walaupun tidak terhias seperti orang lain, aku tahu, aku sebenarnya cantik. Semulajadi cantik.

Macam Yuna.

Cumanya, kecantikan aku bagai disaluti dengan kotoran debu. Berkulit sawo matang tanpa secalit solekan.

Perasaan insecure dan low self esteem semakin bercambah apabila jerawat tiba-tiba muncul pagi tadi.

Kaki masih setia mengatur langkah menuju kearah kelas.

Pagi Isnin. Monday blues bagi mereka yang tidak menyukakan hari Isnin.

Usai sahaja meletakkan beg, aku bertembung dengan budak-budak kelas. Malangnya, mereka daripada kalangan Ikhwan. Kosser aku nak tegur!

Expect apa? Bosku, lama tak datang sekolah pe cer?

Heh.

Mereka budak-budak baik. Entah-entah ajk al Quds.

Qudwah Hassanah. Gelaran untuk badan pengawas di sekolah kami.

Baru saja ingin melangkah pergi ke tapak perhimpunan, tiba-tiba namaku dipanggil.

"Akhwat."

Ops, silap. Bukan nama tetapi nama panggilan yang lebih 'kehormat' pada pendengaran kokleaku.

"Tolong suruh pa system pasangkan nasyid." Kata lelaki itu tanpa perasaan.

Apa lagi, pasang nasyid Asmaul Husna lah tu.

Smirk.

Pengawas harus memudahkan tugas pengawas yang lain bukan? Saling membantu aaa gituew.

Nota kecil subjek akaun dibelek, menghafal formula yang sering kali terlupa. 2 minggu terlepas sesi persekolahan amatlah menjadi satu kerugian yang besar. Iyalah, bukan senang nak sambung belajar di sini. Inipun, mujur mendapat tawaran dan tajaan penuh oleh syarikat tempat arwah abi bekerja.

Ah, rindu pula pada lelaki yang bergelar abi itu.

Nafas ditarik sedalam yang mungkin lalu dihela secara perlahan-lahan. Aku cuba menenangkan diri dengan menikmati udara segar daripada pokok si pemberi oksigen.

Kringggg.

Loceng sekolah berbunyi dengan kuat. Ia menandakan bahawa perhimpunan pagi hari ini akan bermula sebentar saja nanti. Semua pelajar telah mula berpusu-pusu ke arah tapak perhimpunan. Beberapa orang rakan sejawatku sempat disapa sebelum kami mengatur pelajar-pelajar supaya berada dalam keadaan yang baik.

Sedikit berbeza berbanding sekolah-sekolah lain yang berada di daerah ini, pagi kami dimulai dengan lagu Negaraku, Asmaul Husna dan nasyid Assobah. Aku paling suka bila part nasyid Assobah. Perasaanku bagai disuntik dengan semangat jitu yang tinggi setiap kali mendengarkan bait-bait lirik yang diucapkan.


واملاء الصدر إنشراحا وفم بالبسمات

Lapangkanlah dadaku dengan kelapangan
dan mulutku dengan senyuman

واعني في دروسي واداء الواجبات

Tolonglah dalam menghadapi pelajaran
disamping menunaikan kewajipan

وانرعقلي وقلبي بالعلوم النافعات

Sinarilah fikiran & hatiku
dengan ilmu yang penuh kegunaan


Itulah antara bait-bait rangkap yang paling menusuk ke jiwa. Sehinggakan ayat-ayat itu dihiaskan lawa-lawa pada kertas warna yang comel. Lalu, diselitkan pula dibawah pembalut plastik lutsinar pada meja belajar di kelas.

Perhimpunan pada pagi itu bersurai seperti biasa apabila mudir telah menyampaikan sepatah dua kata yang berpatah-patah perkataan itu.

"Isha, lamanya kau tak datang sekolah." Chempaka menyapa.

"Aku tekena influenza A lah. Punyalah lama kena warded, sampai rasa dah boleh jadi member dengan geng-geng hospital."

"Seriouslah weh?" Mulutnya terganga luas. Sebelum menyambung, "Ya Allah, macam mana boleh kena tu?"

"Masa cuti raya haji haritu, aku pergi ambik abang dekat Temasik. Kitorang sempat lah jalan-jalan kan. Well, bukan senang kot nak sampai. Balik je sini, dah start selsema dengan batuk-batuk."

Kami bersembang sementara menunggu guru masuk kelas.

"Malam sikit, tiba-tiba rasa dahaga. Aku pun pergilah dapur. Masatu kepala ni, sumpah berat. Sakit mencucuk sampai pitam. Bonda dengan abang aku apa lagi, terus bawak pergi emergency."

Aku bercerita lagak seorang pencerita bebas.

"Lepas dokter yang in charge dekat situ cek-cek semua, dia kata aku terkena flu. Malam tuuu jugak warded."

Semasa mula-mula dimasukkan ke hospital, leceh jugaklah nak bergerak buat itu ini. Yelah, badan tak larat. Nak pergi tandas, even solat pun kena paksakan diri.

Bondalah yang menjagaku siang dan malam, walaupun mulutnya tidak berhenti membebel. Pada masa yang sama, dokter melarang Bonda melawatku dengan alasan takut berjangkit. Hal ini kerana ia boleh merebak melalui titisan salur pernafasan atau istilahnya respiratory droplets melalui percakapan, batuk ataupun bersin.

Bukan salah Lia, Bonda. Dah nasib dapat musibah macam ni.

"Tengok cara kau bersungguh cerita pasal dokter dengan nurse dekat situ, macam ada yang hensem je. Tengoklah, sampai ada jerawat dekat atas hidung."

Shit you.

Aku menampar lembut pada pahanya itu.

Minggu ini, dah berapa ramai tegur jerawat aku. Korang ni memang dengki kan dengan 'pendatang' baru ni? Ni la meleiz.

Jauh di sudut hati, terdetik rasa rimas. Sakit tahu nak sujud masa solat. Sampai boleh terkeluar air mata.

Aku membelek jerawat kemerahan pada cermin bilik air. Mata difokuskan ditengah puncuk hidung.

Bengkak kemerahan dan sedikit kekuningan nanah. Tanpa berfikir panjang, jari pantas memicit kulit bengkak kemerah-merahan itu.

Dan...

Darah mula melimpah-limpah keluar tidak berhenti. Tangan bergegas mengambil tisu, lalu ditekap pada kawasan bengkak.

Teruknya!

Menyesal pula picit. 

Tapi kalau tak picit geram!

Tangan masih menekup hidung. Air dilalukan sedikit pada tempat luka tadi. Tisu baru dilembapkan sedikit dan ditekan-tekan secara perlahan. Kemudian, ditelek sekali lagi di hadapan cermin. Tisu tadi dibuang dan digantikan dengan tisu yang baru.

"Ook, bodoh betul lah." Tak disangka kawasan itu mula berlubang seperti kawah planet yang pernah belajar dalam kelas sains dulu.

Setelah memastikan darah tidak mengalir lagi, aku terus keluar daripada situ.

"Chempaka, jom."

Kami menuju ke bilik tayangan. Hari ini, Muallim Nazri ingin menunjukkan video-video berkaitan Sejarah. Macam tak kenal dia, tayangan hanyalah berdurasi selama 5 hingga 10 minit. Kemudian, menjawab beberapa soalan kuiz.

Kelakarnya, sesiapa yang tidak dapat menjawab soalan kuiz tersebut dengan baik. Maka, dia akan di denda pada hari tersebut. Sudah tentu, tidak semua yang suka dengan jenis denda tersebut. Denda tersebut ialah, pelajar Akhwat atau pelajar Ikhwan akan duduk secara berlainan gender.

Malu bukan?

Nama saja denda kena duduk satu meja dengan berlainan gender tetpi sebenarnya, penjarakkan itu masih ada. Selang satu meja kiri dan kanan.

Cumanya, sanggup ke duduk dekat situ? Nak taknak, terpaksalah hadam subjek ini.

Semua mata tertumpu pada paparan imej yang bergerak-gerak di hadapan. Bunyi audio bergema memenuhi ruangan bilik tayangan. Sebaik sahaja video berdurasi lima minit itu berakhir, ruangan bilik kembali cerah semula.

"Apa yang kamu tengok sebentar tadi adalah berkaitan dengan Zaman Renaissance pada Zaman Eropah. Ramai pelajar yang selalu tertukar. Harapnya pelajar-pelajar saya tidak mengulangi kesalahan yang sama." Katanya sambil memandang ke arah semua pelajar.

"Baiklah, saya akan mainkan video ini semula pada tab diatas meja masing-masing. Kemudian, semua dikehendaki menjawab soalan kuiz yang telah disediakan." Kedengaran suara pelajar mula mengeluh sebaik terdengar perkataan kuiz.

"Soalan sikit je, dua puluh soalan dalam tempoh sepuluh minit. Lebih daripada lima kesalahan akan didenda." Tambahnya lagi.

Wajah masing-masing mula kelihatan serius. Sepuluh minit dirasakan berlalu dengan pantas apabila paparan skrin mula menunjukan petak berwarna merah dengan perkataan tugasan telah tamat.

Muallim sibuk mengklik pada skrin. Semak jawapan tadi lah tu.

"Nampaknya, ada lagi yang masih salah pada soalan yang basic. Bukan senang nak dapat markah free." Dia ketawa.

"Dahlia Areesha, enti boleh berpindah di meja VIP sekarang ya."

Aku? Oh tidak!


31 nov, 2020 <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro