Bab 1: Puteri
I'm more than just a picture
I'm a daughter and a sister
Sometimes it's hard for me to show
»»————- ————-««
Bagiku, kehidupanku sendiri tidak ubah seperti hikayat puteri raja bersiung. Saban hari, hidupku bermula dengan rentak lagu irama bambi, arnab, tupai serta cicipan burung yang berterbangan.
Namun, itu semua dusta kayangan belaka.
Keceriaanku hanya tertampal dengan topeng sahaja. Kerana itu, aku kurang suka berada di rumah.
Abah.
Sudah begitu lama aku tidak memanggil seseorang dengan gelaran itu. Pemergian abah ke alam abadi saat usiaku yang masih mendambakan hangatnya pelukan dan belaian abah. Seingatku, beliau pergi menghadap Ilahi semasa aku berusia 5 tahun.
Masih segar diingatan, raunganku yang masih bersememeh hingus berterusan memanggil-manggil abah. Tangisanku sedikit reda apabila ditenangkan oleh ibu saudaraku, Chira.
Siti Zinnirah, kakak kepada abahku. Mesra dipanggil Chira oleh anak-anak saudaranya.
Chira, wanita berhati iblis.
Sejak abah pergi, kasih ibu bagai dibawa pergi. Akal waras ibu bagai diracuni dengan kata-kata Chira yang penuh dengan belitan ular. Dia seolah-olah cuba mengawal segala gerak-geri keluarga kecilku ini seperti boneka hidup.
Tidak dinafikan, kata-katanya memang kedengaran manis tetapi penuh dengan racun berbisa. Entah, aku tidak tahu dan lelah mencari tahu mengapakah wanita itu sangat tidak menyukai keluarga kami. Wanita itu seakan menanam dendam dan benci setiap kali melihat kemesraan kami sekeluarga.
Hanya Imtinanlah tempat aku bergantung harap, itupun usia bagai menjarakkan kami apabila abang ditawarkan untuk bersekolah di Sekolah Intelek Ulul Albab dibawah tajaan MARA.
Mataku sudah bertakung dengan air mata.
Di hati kecilku, aku kasihan pada ibu yang tidak henti bekerja. Bukan aku tidak tahu, abah meninggalkan wang yang agak banyak untuk kami bertiga. Duit insurans sahaja mencecah 500 ribu. Belum duit daripada pihak istana lagi.
Abah merupakan tukang masak terbaik di pekan kami, sehingga pihak istana selalu memintanya menjamu dengan masakan hebat. Akhirnya, dia ditawarkan untuk bekerja dengan keluarga diraja itu.
Aku kira, itu mungkin salah satu asbab mengapa Chira begitu dengki dengan keluarga kami.
[ ايکسکلوسيف اونتوق ڤمباچ ]
or should be untuk pembaca ekslusif?
Pernah rasa tak, solat Subuh pagi-pagi yang syahdu, yang sepatutnya kau tengah berselimut dalam gulungan babi-roll tu. Kau diberi kekuatan kaki kerana mampu terpasak pada tikar sejadah untuk menunaikan tuntutan Yang Maha Agung.
Sedangkan yang lain masih seronok tidur melayan mimpi indah.
Kau pula, kadangkala menggigil kesejukan dek kerana air wudhuk tadi.
Macam tu lah aku sekarang.
Telekung dan sejadah mini dilipat cepat-cepat dan terus dimasukkan ke dalam beg telekung.
'Kena pergi vending machine ni, sedap jugak kalau pekena hot mocha sehirup dua. Alang-alang boleh round taman, dapat jugak merasa udara orang beriman whew.' Dalam otak ni dah merancang macam-macam.
Shawl yang tergantung rapi di ambil. Aku hanya memakai secara ala kadar sahaja. Selempang je mampu nyahhh.
3 minggu berkurung dalam ward, jangan kata nak berjalan keluar. Nak join nurse membawang pun tak larat.
Berjalan santai sambil melewati ward-ward orang lain, aku membawa diri untuk mencari vending machine yang terdekat.
'Akhirnya!'
Aku berlari anak apabila ternampak robot petak segi empat tepat yang menyala itu.
Banyaknya flavour.
Gulp.
Aku menjadi rambang mata. Padahal tadi niat nak beli air Mocha.
Mocha. Mocha. Mocha.
Jari telunjuk meraba-raba butang setiap perisa. Perbuatanku mula terhenti apabila telah mengenal pasti kedudukan perisa Mocha.
"Hi there, come to mama." Aku senyum sendiri.
Not kertas yang berwarna biru dikeluarkan sebanyak dua keping.
Nilai RM 2. Hm, jaman now.
Dulu lima puluh sen aje tau satu cawan, lepastu naik jadi lapan puluh sen. Alih-alih sekarang jadi Yahudi.
Zreeeett.
Bunyi robot itu kedengaran apabila wang kertas dimasukkan. Butang-butang merah sudah menyala, sebagai tanda sedia untuk di tekan. Aku memasukkan satu lagi not kertas berwarna biru.
Zreett, zreeeett.
Eh?
Apahal tak nak masuk ni? Sakit tau kena reject ni!
Duit yang terkeluar tadi dibersihkan sedikit, mana la tahu kot-kot duit ni kotor ke berdebu ke sebab tu mesin ni tak nak terima.
"Bismillahirrahmanirrahimmm." Cubaan kedua dilakukan dengan gaya ala-ala mat magik.
Malangnya, cubaan aku tadi tetap saja sama. Aku membelek-belek duit berwarna biru yang lain dalam dompet.
Alamak, takde!
Aku membelek-belek duit ini, seraya melayangkan ke lampu neon yang berada di syiling hospital.
Duit ni tak palsu kan?
Aku tak kira, aku kena cuba sekali lagi.
Jawapannya masih lagi sama, bilamana mesin itu memuntahkan kembali wang seringgit yang tidak seberapa tu.
"Nah." Huluran not kertas yang lain disuakan kepadaku.
Aku terpinga-pinga lalu memandang ke arahnya.
Tangannya bergerak lagi tanpa berkata.
"Hm." Bunyi macam enjin kereta dah mamat ni.
"Terima kasih."
Mahu tak mahu, terpaksa ambil. Dah kempunan kot!
Zreeeett.
Aku meneruskan aktiviti yang tertunda tadi. Butang yang menempatkan air kesukaanku ditekan.
Tap!
Bunyi cawan dari perut mesin kedengaran.
Aku berpaling ke arahnya. Lelaki berbaju uniform biru itu di tatap.
Matanya tertutup sambil bersandar pada dinding. Tambah pula dengan muka tak mandi.
'Kesian, ingatkan jadi dokter boleh la nampak cool.'
Aku menyisip air perlahan-lahan dari cawan kertas. Panas tapi feel so gewd.
Selepas mengambil air tadi, dia melakukan perkara yang sama seperti aku.
Aku sengaja tunggu, awal-awal tadi ucap terima kasih je macam tak best pulak. Duit dia ni kena ganti kot, walaupun terpaksa guna duit fake tadi.
"Aaaa", aku sedikit teragak-agak untuk memulakan perbualan.
Lelaki itu sibuk membelek telefon pintar di tangan.
"Taha. Panggil I, Taha."
Nampak sangat ke aku teragak-agak tadi? Hebat jugak tu, dengan tangan yang sebelah lagi pegang cawan.
"Haa, Encik Taha. Terima kasih tau bagi duit tadi."
"Sama-sama, lagipun I nampak you gelabah macam hilang anak tadi."
Kami masih lagi berjalan seiringan.
"Oh, haah." Aku malu-malu.
"Encik, ni seringgit yang saya dah pinjam tadi. Ambil lah." Aku menghulurkan duit fake aku tadi. Nak buat macam mana, dah takde duit lain.
"Sokey, anggap je tu sedekah."
"Alah, tak best la macam tu. Rasa terhutang budi tau."
"Takde hal lah, lagipun duit you yang kena reject tadi mungkin duit yang ada sign Gabenor baru.
"Ohhh," aku masih mengikuti langkahnya.
"Tapi tak boleh ke kalau ambik je?" Masih lagi mencuba.
"If you say so, jom ikut I. Then, hutang you settle." Dia mengajakku.
Alamak ai, niat nak pergi ambil udara terus rasa tenggelam lemas dengan keramahanku sendiri. Aku mengembungkan pipi.
'Baru je kenal takkan nak ikut dia kot?' Akal warasku cepat-cepat menegah.
Sedar tak sedar, kami tiba pada lif.
"Takpelah, lain kali jelah tau. I pun nak kena gi packing barang-barang ni."
Aku memberi alasan. Perasaan takut mula menyebu dalam diri.
"Sooo, sampai sini jelah ek? I hantar you dekat sini je hehe." Sengaja tambah 'hehe' dekat belakang. Sumpah, aku nak cabut cepat-cepat dari sini.
Tinggg! Pintu lif sudah terbuka dihadapan kami.
"Betul ni taknak ikut?"
"Hm, betul." Aku mengangguk.
Bye! Aku melambaikan tangan ke arahnya sebelum pintu lift tertutup dengan sepenuhnya.
"Fuh, that was close!" Aku memegang kepala.
Itu cerita semalam.
Pertemuan tidak sengaja dengan lelaki muka tak mandi itu bermain difikiran.
Memandangkan jarang keluar masuk hospital, inilah pengalaman yang agak pelik bagi aku. Ye lah, takde angin, takde ribut tiba-tiba ada tangan terjojol keluar.
Kalau tu hantu tangan macam mana?
Aku menggeleng-geleng kepala apabila teringatkan kejadian tadi. Mungkin sebab rupa dia yang serabai atau aku terlalu judge dari personality seseorang.
Aku bertembung lagi dengan dia semasa melepasi kaunter pendaftaran wad. Pasti dan teramat pasti, lelaki itu tidak sedar akan keberadaanku disini. Mujur saja abang Im yang menguruskan urusan keluarku.
Aku hanya setia menanti di kerusi ruangan menunggu. Sambil mata nakal ini memerhati lelaki yang sekarang ini, rupanya sudah mandi.
"Ok, I should sleep now. Esok sekolah."
Lampu tidur di kepala katil ditutup.
Edited. 25/6/2020, 11.55 pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro