Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 1❤️‍🔥

        
       10 SAAT kemudian,


Sepantas kilat, Aufa menyorok bawah meja kantin yang mempunyai alas kain labuh dan tidak jarang itu. "Kali ni mesti dia tak akan jumpa aku." Aufa tergelak jahat. Kali ini plan dia nak ponteng akan berjaya! Tawa Aufa terhenti tatkala ada satu suara ikut gelak jahat juga. Macam suara...


"Saya dapat awak!" automatik Aufa mengundur ke belakang tatkala wajah Zill secara terbalik muncul di depan mata. Bayangkan, Lelaki itu duduk atas meja kantin lepas tu kepala dia tunduk, masuk ke bawah meja ini. Tak ke terkeluar roh Aufa sekarang. Sikit lagi jantung Aufa mahu gugur!

12 minit kemudian...

"Panas gila duduk dalam stor sukan." Aufa mencekak pinggang sebelah. Tiba-tiba Aufa merasakan angin dari arah atasnya atau kata lain arah belakang. Sejak bila pula kipas dalam stor ni dah baiki? Pantas Aufa memusingkan tubuh dia dan alangkah terperanjatnya, ada satu manusia berpakaian sekolah putih tengah memanjat di antara dua buah rak sukan.

Pandai betul kau seimbangkan badan? Serupa macam orang kena rasuk pun ada. Nak buat cerita munafik 3 ke!

Sampai terduduk Aufa dibuatnya.

Zill tersengih bangga.

"Saya jumpa awak lagi!" lelaki itu bertindak melompat keluar daripada celah rak itu. Dalam proses Zill nak keluar, badan dia tidak sengaja menarik sekali bakul yang penuh dengan pelbagai jenis bola.

Satu demi satu biji bola terbang ke udara. Mata Aufa dah lama terbeliak habis. Lantas ingin dipejam rapat. Mesti sakit bola tu kena kepala aku. Eh, pembetulan. Kepala aku mesti sakit kalau kena bola keras itu nanti. Silap-silap amnesia!

"Aku benci kau!"

"Do i look like i care?" sepasang mata yang hampir tertutup itu segera dibuka lebar. Aufa terkedu seminit melihat lelaki itu tangkas menyepak satu persatu bola itu supaya tidak mengenai Aufa. Macam-macam gaya menyepak dia yang pasti dapat membuatkan gadis itu ternganga tidak percaya.

Masalah satu dah selesai. Peluh didahi dilap. Penat selamatkan oranglah katakan. Aufa ingin bersuara namun Zill pantas memintas.

"Kau nak pergi pejam mata tu kenapa? Tak reti nak mengelak atau larikan diri?" nada Zill kedengaran mahu marah namun masih ditahan. Tidak mahu menakutkan gadis itu lagi-lagi gadis itu ialah Aufa Delisha.

"Kenapa kau...kau?" Aufa kehabisan kata-kata.

Debu kotor yang bersarang pada lengan bajunya disapu kuat-kuat. Berapa lamalah lelaki itu menyorok dalam stor ini sebelum Aufa masuk?

"Kenapa aku selamatkan kau?" Zill mengulangi persoalan gadis itu.
Aufa kekal membisu.

"Lelaki yang baik adalah lelaki yang pandai menghormati dan melindungi wanita. Besarnya tanggungjawab seorang lelaki sehinggakan segala tanggungjawab keatas wanita dipikulkan keatas bahu seorang lelaki,"

"Dan bukannya menjadi mimpi ngeri kepada kaum hawa..." Zill senyap tiba-tiba begitu juga dengan Aufa. Mata dia tidak terkelip-kelip memandang wajah lelaki itu yang sedang menayangkan wajah sukar ditafsir. Kaki panjang lelaki itu bergerak ke sana ke sini.

Bola-bola yang bersepah, dikutip Zill. Salah dirinya buat sepah dalam stor sekolah. Sedangkan gadis itu masih dalam posisi terduduk atas lantai banyak debu itu. Masih dalam keadaan tengah memahami ayat dia lontarkan sebentar tadi. Zill menghentikan perbuatan dia nak ambil lagi satu sebiji bola.

"Tapi...sorry aku cakap. Tindak balas kau agak lembab. Kosong markah." Selamba lelaki memberi komen seperti itu. Anak mata Aufa menjegil tajam. Dapat kosong markah pula tu.

Tak semena-mena belakang badan Zill menerima serangan keras iaitu serangan bola tampar. Terpelanting jauh lelaki itu. Aufa dah mendengus kasar. "Kau cakap aku lembab lagi, lusa kau masuk hospital!" Herdiknya, aku tarik balik pujian aku buat dia.

-To be continued-

*still menunggu ada yang beli ebook*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro