CHAPTER 8
Satu persatu rantai yang melilit pada tubuhnya terlerai.Berpuluh puluh tahun dia terkurung di situ,menahan segala derita dan seksa dibakar api.Sekarang,dia akan bebas daripada sumpahan Nek Peah .Dia akan keluar dari cermin itu setelah sekian lama terpasung di dalamnya.Dunia ingat dia sudah mati.Tetapi tidak.Insan bernama Seri masih ada.Takan sesekalipun dia mati.
Bila masanya sudah tiba,Seri akan kembali.
* * * *
Dioles gincu berwarna merah darah pada ulas bibirnya.Bibirnya dikemam untuk meratakan sapuan gincu tadi.Sempurna!Refleksi wajahnya yang terpancul pada permukaan kaca cermin antik itu kelihatan sungguh sempurna.Sangat cantik,seperti tiada langsung cacat celanya walaupun hanya sedikit.
Sengaja Lisa mengubah penampilannya,dengan erti kata lain lahirnya Lisa yang baru.Rambutnya dipotong pendek sehingga paras telinga kemudian diwarnakan dengan warna hitam pekat.Menjadikan Lisa lebih kelihatan menawan.Dia membetulkan sedikit blouse putih pada tubuhnya.Kunci kereta yang berada di atas meja solek diambil dan dimasukkan ke dalam tas tangan Gucci.Beberapa langkah diatur menuju ke pintu bilik sebelum dia meloloskan diri keluar.
* * * *
Sekali lagi Big Hit Intertainment dibanjiri dengan para wartawan televisyen dan akhbar.Satu sidang media telah diadakan untuk mengumumkan tarikh perkahwinan Eun Ha dan Jung Kook.Selepas tiga bulan bercinta dan sudah masak dengan hati budi masing masing,kedua dua mereka membuat keputusan untuk menamatkan hubungan mereka dengan sebuah perkahwinan.
Ada para fans yang tumpang gembira tapi kebanyakkannya frust menonggeng disebabkan Jung Kook kesayangan bakal menjadi hak milik orang lain.Jadi,tidak heranlah kalau ada yang sanggup bunuh diri lepas sidang media ni nanti.
Di atas pentas,Jung Kook kelihatan begitu sweet berpegangan tangan dengan Eun Ha.Segala gerak geri mereka berdua dirakam dengan kamera digital.Beberapa orang wartawan pula sedang menemu ramah mereka.Jung Kook dan Eun Ha bersepakat memilih tarikh perkahwinan mereka pada 1 haribulan September,sempena hari jadi Jung Kook.Menurutnya lagi,keputusan tersebut adalah muktamad walaupun banyak mengecewakan pihak ARMY.Walauapa pun yang terjadi,Jung Kook akan tetap mengahwini Eun Ha.
Lebih mengejutkan apabila Jung Kook tiba tiba saja bangun.Dia kemudiannya duduk melutut di hadapan Eun Ha.Sejambak bunga dan sebentuk cincin dihulurkan pada gadis bertuah itu.Setelah Eun Ha menerima pemberian tersebut,Jung Kook mencium bibirnya di hadapan ramai.Terkejut bagi sesiapa yang melihatnya.
Dan betapa sakitnya hati Lisa ketika itu seperti sakit disiat siat dengan pisau.Begitu mudah Jung Kook melupakannya walaupun hanya baru 3 bulan mereka berpisah.Begitu cepat lelaki itu mencari pengganti.Lisa tetap kuatkan semangatnya.Dia tidak boleh lemah.Sekali dia pernah jatuh dan ditindas,untuk kali kedua dia takan benarkan perkara itu terjadi lagi.Dia akan bangkit menuntut bela.Dendam tetap dendam.
Semua tidak perasan akan kehadiran Lisa di situ.Lisa menyeluk begnya.Kaca mata hitam dikeluarkan dan segera dipakai.Dia menyelinap keluar dari dewan yang agak sesak dengan ramai orang.Buat dia tidak selesa berada di situ lama lama.Tambahan pula,rasa meluat tengok Eun Ha dan Jung Kook.
* * * *
"Lisa right?What happen to you dear after three month you disappear?" Sally,iaitu jurusolek Lisa turut juga tidak percaya melihat wajah Lisa.Seakan akan magik saja kawannya itu boleh sembuh dalam masa yang singkat.Ketika lunch di cafe Big Hit Intertainment tadi,Lisa terserempak dengan Sally.Secara tidak sengaja Sally menegurnya.Ingat lagi si sotong tu pada dia.
"Nothing impossible Sally.You pun tak sangka yang dulu I boleh jdi beast and now I'am turn to a beauty!"balas Lisa.Sally mengusap wajahnya.Dia bukan bermimpi.
"Macam mana you boleh sembuh.Plastic surgery eh!" Nak je disimbah latte panas tu ke muka Sally disebabkan mulut celupar dia tu.
"Tolong sikit.You ingat I terdesak sangat ke sampai nk buat plastic tu semua."Lisa ketap bibir.Sally meletuskan tawa kecil.Sengaja dia mahu menyakat Lisa tadi.
" I gurau je.Jangan terasa ok.Macam mna You boleh cantik tu tak penting,the most important thing now....you dah tahu ke yang Jung Kook dan Eun Ha sundal tu nak kahwin!"Sally buat mimik wajah geram.Tangan dikibas berkali kali.Panas mungkin.
"Dah.I ada masa sidang media tadi!"
"Really.Maklumlah,kau kan dah lain sekarang.Jujur aku cakap...you look more beautiful with your now style!" jujur Sally membuatkan Lisa tersenyum nipis.
"Kau ingat aku akan diamkan diri macam tu je ke.Sakit sangat bila dia tinggalkan aku dulu.Dia hina aku.Buang aku macam sampah.Aku takan benarkan dia dan Eun Ha bahagia!"Suaranya naik seoktaf,cuba dikawal marahnya.
" Nilah my Lisa yang aku kenal.I jamin bila Jung Kook tengok You nanti,dia pasti akan tergoda dengan You!"
"Sure.I akan rampas dia balik dari Eun Ha.You tengoklah nanti.Btw,dia invite tak you datang weeding dia minggu depan?" Lisa menyoal.Anggukkan diberikan oleh Sally.Ada peluang.
"Boleh I ikut you sekali!"
Sally angguk lagi.
* * * *
Zupp!Seperti ada satu kelibat melintas laju di belakang Ahjumma Seo.Dipalingkan kepalanya,tetapi tiada sesiapa pun.Bayagan misteri itu sering saja muncul,ia seperti mengekorinya,memerhatikannyapada setiap masa.
Ahjumma Seo jelas dapat merasakan ada sesuatu yg tidak kena mengenai villa tersebut.Dia bukan berseorangan,tetapi ada sesuatu entiti lain sedang menemaninya sekarang.Sebelum ini,tidak pula timbul gangguan seperti tadi.
Dia cuba menghalau jauh jauh perasaan takut itu.Entah mengapa jantungnya berdebar kuat seiring dengan roma pada tubuhnya yang berdiri tegak.Seriau dibuatnya!Nak tak,terpaksa diteruskan jugak kerjanya mengemaskan rumah yang telah tergendala beberapa minit tadi.Semua bahagian di dalam villa telah dibersihkan.Tinggal bilik Lisa dan Tuan Leo saja yang belum dikemaskan.Tapi,sebelum Lisa keluar tadi,gadis itu sempat berpesan kepadanya supaya jangan bersihkan biliknya.
Ahjumma Seo akur saja.Dia bergerak ke bilik Mr.Leo yang berada bersebelahan bilik Lisa.Beberapa jenis peralatan pembersihan dibawa bersama.Tombol pintu bilik Mr.Leo dipulas.Daun pintu dikuak!Sebelum dia meloloskan diri ke dalam,telinganya sempat menangkap bunyi sesuatu.
KKKRRRRRR!!!
Bunyi seperti dinding dicakar dengan satu benda tajam.Dia belum pekak lagi.Bunyi tersebut kedengaran cukup jelas datang dari bilik Lisa.
Wanita itu mula mati akal.Walaupun takut,dihampiri jugak bilik Lisa.Daun pintu diketuk berkali kali,cuba untuk menandingi bunyi itu.Namun,sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.Tiba tiba saja pintu itu bergegar seperti digoncang dari dalam.Cepat cepat Ahjumma Seo berlari masuk ke dalam bilik Tuan Leo.Wajahnya pucat lesi tak berdarah.Kalau ditoreh kulitnya,pasti tiada darah yang keluar.
Bersambung....
Vote and comment
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro