Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 7

Di beranda rumahlah yang menjadi tempat kegemeran Mr.Leo.Angin malam meniup lembut menepis ke arah pipinya.Terasa sungguh tenang.Beransur ansur lenyap sedikit serabut yang bergelumang di ruang mindanya dengan masalah Lisa.Dia rasa betul betul bersalah kerana telah memukul Lisa tadi.Lisalah salah satu pewaris yang dia ada.

Mug yang berada di atas meja berdekatan dengannya itu digapai.Pemegangnya digeggam dan pinggir mug dihalakan pada bibir.Kopi panas yang berada di dalamnya dihirup beberapa teguk.

"Daddy!"Satu suara halus memanggil Mr.Leo dari arah belakang.Diletakkan kembali mug tersebut.Segera ditoleh kepalanya ke arah itu namun belum sempat matanya bertemu dengan mata si pemanggil,begitu pantas sebilah pisau melakukan pendaratan tepat pada dahinya.Mata pisau itu terbenam di dalam kepalanya dan tembus ke belakang.Habis sisa sisa halus otaknya bersembur keluar bersama darah merah pekat.

" Liiisssa!"

"Ye Daddy.Ni Lisa!Mian....Lisa terpaksa buat semua.Daddy cakap daddy sayangkan Lisa?"

Mr.Leo mengangguk lemah.Mengiyakan kata kata Lisa.Lisa membelai pipinya membuatkan lelaki itu tersenyum walaupun pada ketika itu kesakitan yang dirasa tak terperi.

"Nae,daddy....ssangat ssayangkan Lisa!" balas Mr.Leo dengan suaranya yang tersekat sekat di hujung kerongkong.Lelaki itu membeliakkan biji mata apabila melihat satu lembaga hitam berwajah hodoh sedang duduk bertenggek di atas bahu kanan Lisa.Makhluk itu sungguh mengerikan.Rambutnya panjang mengurai sehingga mencecah lantai.Lidahnya panjang persis lidah ular.Terjelir keluar dari mulut dengan lumuran cecair yang berwarna hitam dan busuk.Mukanya pula separuh cantik dan separuh lagi rentung menampakkan tulang putih.Hairannya Lisa langsung tidak perasaan akan makhluk itu.

Mr.Leo menghalakan telunjuknya ke arah bahu kanan Lisa dengan harapan gadis itu akan faham apa yang ingin disampaikan olehnya.Lisa hanya tersenyum sinis begitu juga dengan makhluk tersebut seperti mengejek Mr.Leo.

"Kennapa Lisa buat ssemuaa ni pada Daddy?"

"Tadi daddy cakap daddy sayang Lisa dan inilah pengorbanan yang perlu daddy lakukan untuk Lisa.Lisa takan sesekalipun lupa akan daddy.Semoga daddy happy hidup dengan mummy kat syurga!"Ditarik balik pisau tersebut keluar dari kepala Mr.Leo.Darah yang berlumuran padanya dijilat oleh Lisa sehingga licin dan berkilat.Rasa darah daddynya sungguh manis dan sedap.

"Selamat tinggal daddy!"Kata kata terakhir daripada Lisa untuk Mr.Leo.Tanpa sedikit pun rasa belas kasihan,dikelar leher Mr.Leo sehingga kepalanya terputus dari tubuh dan jatuh bergolek di atas lantai.Kerjanya menjadi mudah kerana Ahjumma Seo tiada di rumah,balik kampung.

*    *    *    *

Tubuh Lisa dibogelkan.Dia duduk bersila di atas lantai.Sekelilingnya dipagari dengan berpuluh puluh batang lilin.Lampu sengaja dimatikan.Tingkap biliknya dibiarkan terkuak luas.

Seri datang menghampirinya.

" Sudahkah kau bersedia dengan segala apa yang aku mahu!"Seri menyoal.Lisa anggukkan kepala.Seperti yang dimintak oleh Seri,sebaldi darah manusia dan jantung daddynya sudah siap disediakan.

"Bagus.Elok kita mulakan upacara sekarang!"balas Seri.Bibirnya mula terkumat kamit membawa mentera,sambil tangannya berada di atas kepala Lisa.

Serentak dengan itu,angin kuat datang menerpa masuk ke dalam bilik tersebut.Habis semua lilin terpadam.Gelap gelita jadinya.Bebola mata Seri bertukar merah.Wajahnya berubah menjadi hodoh.Tiada lagi rupa manusia.Itulah sebenarnya Seri.Jin bertopengkan manusia.

Lisa memejamkan mata seerat yang mampu.Dia cuba mengikuti setiap rentak alunan mentera yang dibaca oleh Seri walaupun dia langsung tidak memahaminya.Ketika itu,seluruh jalinan urat urat pada tubuhnya mula timbul dan seperti mahu terkeluar dari kulit.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang mengalir melalui ruang ruang salur darahnya dan ia berkumpul di bahagian muka.

Sebaik saja Seri habis membaca mentera,wanita itu mengubah posisi berhadapan dengan Lisa.Baldi yang berisi darah tadi dicapai.Dicelupkan kedua dua tangannya di dalam baldi tersebut dan dikeluarkan kembali.Bau hanyir darah mula memenuhi ruang udara.

Seri melumurkan darah darah yang melekat pada tangannya itu di muka Lisa.Sekali lagi mentera dibaca.Dihembuskan ke arah wajah Lisa menyebabkannya mengeluarkan cahaya berwarna merah.Sebaik saja cahaya itu hilang,Lisa memegang wajahnya.Dia begitu terkejut apabila mendapati kulit mukanya licin.Tidak menggelupas dan tiada lagi lengkok lengkok kasar.Dia beralih memandang Seri.Seri tersenyum.

"Muka kau dah kembali cantik Lisa." beritahu Seri.Lantas Lisa mengheretnya ke dalam pelukan.Dia rasa betul betul terhutang budi pada Seri.

"Terima kasih Seri." ucap Lisa.Pelukan dilepaskan.Upacara masih belum tamat.Lisa  dimandikan pula dengan darah supaya seri pada wajah dan tubuhnya naik.Sesiapa saja yang akan melihat Lisa,pasti akan terpegun dengannya.

"Untuk kekalkan kecantikkan kau,cuma satu perkara lagi yang perlu kau lakukan.Cuma satu Lisa dan lepas ni semua lelaki akan tunduk pada kau!"Seri membelai lembut rambut perang Lisa yang basah kuyup dengan darah.Dia berjaya menguasai sepenuhnya jiwa Lisa.Bererti,gadis itu akan tunduk pada segala arahannya.Inilah yang Seri mahukan.

"Apa yang perlu aku lakukan?Cakaplah!Aku sanggup lakukannya!" Takut tidak mahu kehilangan lagi kecantikkan wajahnya,Lisa rela menjadi kembing hitam Seri.

"Betul ni kau sanggup?Aku nak kau makan jantung daddy kau!" arah Seri.Langsung tidak menjadi masalah bagi Lisa.Terus saja dilahap jantung daddynya sendiri dengan begitu berselera.Dikunyah kunyah rakus oragan dalaman sehingga hancur dan selamat masuk ke dalam perut.Kesedapan jantung itu tidak terkata sehingga dia menjilat jari.Mungkin rasanya lebih sedap daripada kimchi.Upacara malam itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.Setiap sebulan sekali,Lisa perlu melakukan upacara yang sama sebagai tanda penghargaan pada Seri.Dengan pertolongan Seri,dia  seperti dilahirkan semula sebagai Lisa yang baharu,yang jauh lebih hebat dan cantik.Dia juga akan pastikan,sesiapa saja yang menghinanya dulu akan mendapat pembalasan.Masa untuk balas dendam.

*    *    *    *

Keesokan harinya,Ahjumma Seo kembali semula bekerja di Villa Mr.Leo.Saudaranya di kampung jatuh sakit,jadi dia terpaksa ambil cuti sekejap semalam untuk pergi melawat.Risau jugak dia ingin ditinggalkan Lisa dan Mr.Leo di villa.

Ketika sedang dia sedang menyiapkan sarapan di dapur,sesuatu yang aneh berlaku padanya.Ahjumma Seo sering saja mendengar bisikan seseorang memanggil namanya.Mungkin dia hanya berhalusinasi kerana semalam dia tak cukup tidur.Sarapan telah siap disediakan di atas meja.Hidangannya ringkas saja,nasi goreng kimchi,sandwich dan susu panas.Lagipun,Mr.Leo dan Lisa jarang sangat bersarapan.Semua hidangan dia jugak yg akan habiskan nanti.

Pukul 8.00 pagi.Mr.Leo dan Lisa masih belum turun ke dapur.Pelik juga Ahjumma Seo kerana sejak dia pulang dari tadi,langsung tidak kelihatan kelibat Mr.Leo di dalam rumah.

Ahjumma Seo naik ke tingkat atas untuk panggil Lisa dan Mr.Leo turun makan.Dia menuju ke bilik Lisa terlebih dahulu.Beberapa kali pintu bilik itu diketuk dan barulah Lisa keluar.Namun,satu kejutan besar berlaku.Bisu bibirnya untuk berkata kata apabila dia melihat wajah Lisa sudah kembali pulih seperti sedia kala.Bahkan,gadis itu bertambah cantik.Tiada lagi wajah ngeri Lisa yang dia lihat kelmarin.

"Apa yang dah berlaku pada Lisa?Wajah Lisa dah sembuh kembali!" Dia sangat teruja.Diraba muka Lisa untuk mendapatkan kepastian.Memang betul!

"Adalah rahsianya.Tak penting kot untuk Ahjumma tahu macam mana Lisa boleh sembuh macam ni.Yang penting sekarang,Lisa dah boleh jalani hidup Lisa seperti dulu.Everthing come to normal!" balas Lisa.Gembira Ahjumma Seo bila keadaan Lisa sudah kembali pulih seperti sedia kala.Dia tak nak Lisa tanggung sengsara seperti beberapa hari lepas.

"Daddy dah tahu ke pasal hal ni?Tentu dia happykan?"

Bisu sekejap Lisa bila Ahjumma Seo sebut pasal daddynya.Apa yang perlu dia jawab nanti.

"Kenapa Lisa diam je ni?Merajuk lagi ke dengan Daddy?" Melihat Lisa hanya diam terkutik,kembali disoal gadis itu.

"Taklah.Lisa dengan daddy dah ok.Untuk pengetahuan Ahjumma,daddylah yang tolong sembuhkan muka Lisa ni.Lisa sangat berterima kasih pada dia.Btw,daddy pagi pagi tadi dah keluar.Dia terpaksa balik Thailand.Syarikat di sana ada masalah."dalih Lisa.Ahjumma Seo sekadar menganggukkan kepala.Nampaknya wanita itu percaya akan kata katanya.Bagus!

" Jom turun makan.Ahjumma dan sediakan breakfast!"

Bersambung....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: