CHAPTER 21
"Hoi betina,kau yang bunuh Imah kan.Mengakulah cepat!" gertak Mak Bidah.Seri menyorok di belakang Awang.Dia takut sekiranya Mak Bidah akan menyerangnya.
"Sumpah Seri tak buat semua tu.Seri tak pernah pun simpan dendam pada Imah.
Abang,percayalah cakap Seri.Perompak tu yang bunuh Imah bukan Seri.Seri cuba tolong Imah tapi Imah suruh Seri larikan diri.Seri tengok dengan mata kepala Seri sendiri perempok tu tikam perut Imah bila Imah cuba lawan dia!"Seri memberi penjelasan palsu yang panjang lebar.Lakonannya menjadi sehingga Awang dan keluarga Sarimah percaya bulat bulat dengan kata katanya.
"Kau tipu!Kau yang bunuh Imah!Kau yang bunuh dia.Mengaku jelah babi!" Mak Bidah mengamuk dan menyerang Seri.Rambut Seri ditarik.Pipi Seri ditampar.Awang cuba menghentikannya.Seri tidak mampu melawan.Tubuhnya berasa lemah dan perlahan lahan semuanya menjadi hitam.
* * * *
Seri perlahan lahan membuka matanya.Kepalanya masih terasa berat dan sakit.
"Syukurlah Seri dah sedar!" kata Awang yang dari tadi lagi berada di situ menemani Seri.
"Apa yang dah jadi pada Seri?"
"Seri pengsan sebab kena pukul dengan Mak!" Awang tersenyum memandangnya.Seri agak pelik.Buang tebiak ke apa jantan tak guna ni.Mak pun sama sama tak guna macam anak dia.
"Kenapa abang nampak gembira sangat ni?" soal Seri.Awang menggenggam tangannya.Dia juga turut mengucup dahi Seri.Rimaslah gila!
"Seri disahkan mengandung 3 minggu!" kata Awang teruja.Seri tersenyum lebar.Dia pegang perutnya.
"Betul ke ni?"
"Betullah.Takan abang nak tipu pulak.Esok abang ingat nak buat tahlil untuk Imah dan kenduri doa selamat untuk Seri!"
Air muka Seri terus berubah pucat.
"Habislah aku!"
* * * *
Dia tak senang duduk,ke hulu ke hilir tanpa arah tuju.Bunyi alunan ayat ayat Al-Quran itu menyebabkan tubuhnya berasa sangat panas seperti dipanggang di atas bara api.Kulitnya sudah mula melecur.
"Babi punya Awang!Kau sengaja nak seksa aku!Menatang gila!" jerit Seri.Dia hanya duduk berkurang di bilik.Majlis bacaan yasin diadakan di ruang tamu berdekatan biliknya.Kalau dia keluar,hangus rentung dia nanti.
Seri ambil cerminnya yang berada di atas meja solek.Dia juga dapat mendengar Gelap meraung raung dari dalam cermin itu.Cermin tersebut mengeluarkan darah menunjukkan Gelap betul betul berada dalam kesakitan.
Dia membacakan mentera,cuba melawan alunan ayat ayat Al-Quran.Kuasa Allah lebih kuat daripada segala galanya.Mentera itu langsung tidak dapat menghilangkan kepanasan yang Seri alami.
* * * *
Awang terjaga daripada tidurnya.Perutnya berkeroncong,minta diisi dengan makanan.Awang bingkas bangun.Seri kelihatan lena tidur disebelahnya.
Dia keluar dari bilik dan menuju ke dapur.Peti sejuk dibuka.Tangannya mula menggeledah mencari makanan.Nasib baik masih ada lagi kuih lapis yang lebih semasa kenduri doa selamat pagi tadi.
Awang menyuapkan kuih lapis ke dalam mulutnya.Kemudian,air kosong diteguk.Barulah berasa selesa selepas perutnya diisi.
Selepas itu,dia kembali semula ke biliknya.Dia melihat kelibat Seri ketika melalui ruang tamu.Seri duduk di atas kerusi.Dia sedang menyikat rambutnya yang panjang mengurai sambil menilik wajahnya pada cermin.
"Sejak bila Seri keluar?" soal Awang hairan.Awang berasa seriau,lalu segera masuk masuk ke dalam biliknya.
Seri masih tidur di atas katil.......jadi siapa yang dia lihat di ruang tamu tadi?
* * * *
"Basuh semua baju ni!Aku nak semua kerja ni siap sebelum Awang balik!" Bakul besar yang penuh berisi dengan baju dilempar di depan Seri.Semua kerja rumah dia suruh Seri yang buat dan si jalang tua tu pulak hanya tahu goyang kaki.
"Banyak ni mak!Sempat ke Seri nak siapkan semua ni!"jawab Seri.Mak Bidah menyekeh kepalanya kasar.Gayung air diambil.Dia mencedok air yang berada di dalam baldi lalu disimbah ke arah Seri.
"BUAT JELAH.JANGAN BANYAK SOAL.KAU TU HANYA MENUMPANG DI SINI!" jerkah wanita tua itu lalu berlalu pergi.
"Kau memang sengaja nak mampos cepat orang tua.Kau belum kenal aku sape.Takpe,kau tunggulah balasannya nanti...." Seri menendang bakul tersebut ke dinding.Habis baju baju yang berada di dalamnya bertaburan di atas lantai.
* * * *
"Aku nak,kau hapuskan Mak Bidah.Minggu depan Awang akan pergi ke Pahang selama seminggu!Jadi nilah peluang kita!" kata Seri pada Gelap yang sedang sujud di hadapannya itu.
Gelap mengangguk.Patuh pada arahan tuannya.
"Aku lapar.Aku nak darah!" Gelap merungut.Memandangkan Seri sedang mengandung,
memang takan keluarlah darah haidnya.Seri terpaksa jugak memberikan darahnya dengan cara lain.Sudah beberapa minggu rasanya Gelap tak diberi makan.
Seri hulurkan ibu jari kakinya pada mulut Gelap yang sudah ternganga luas.Tanpa teragak agak,Gelap terus mengigit dan menghisap darah dari ibu kaki Seri.
Seri tak sedar,Awang sedang mengintai akannya di sebalik pintu bilik.Awang sangat terkejut dengan apa yang dia lihat tadi.
* * * *
Cermin kecil itu menimbulkan beribu ribu tanda tanya di fikiran Awang.Mengingatkan peristiwa yang dia lihat tadi,jin yang dipanggil Gelap itu keluar dari cermin tersebut.
Agak susah untuk Awang percaya samada matanya dikaburi fantasi atau realiti.
Bukan sekali,malah berkali kali Awang melihat Seri bercakap dengan cermin tersebut.
Awang beranikan diri pegang cermin tersebut.Dia dapat merasakan cermin tersebut bergerak gerak seperti ia bernyawa.
"Abang buat apa ni?"tegur Seri.
Terus Awang meletakkan kembali cermin itu di atas meja solek.
"Takde apa?Seri pergi mana tadi?"
"Seri keluar kejap.Ambik angin!"
* * * *
"Seri jaga diri elok elok ye!" pesan Awang.Seri mengangguk.Tangan suaminya itu diraih dan dicium.Awang memeluk Seri erat.Berat hatinya untuk pergi meninggalkan Seri tambahan lagi Seri sedang sarat mengandung sekarang.
"Mak dan adik tolong tengok tengokan Seri ya!Kalau ada apa apa jadi pada Seri,telefon Awang cepat!"kata Awang lagi ketika menyalami Mak Bidah dan adiknya iaitu Aminah.
Awang mengambil beg pakaiannya dan berjalan menuju ke keretanya.Lelaki itu masuk ke dalam perut kereta.Enjin kereta proton saga hitam itu dihidupkan.Hon dibunyikan sebelum kereta itu meluru pergi.
* * * *
" Kau masak apa ni hah?Tawar bodoh!Kau memang tak reti letak garam gula ke!"Mak Bidah memarahi Seri kerana kari kepala ikan yang Seri masak tawar.Seri hanya diam!
"Kenapalah Awang ni boleh kawen dengan kau?Kau ni dah lah muka hodoh,lembap lepastu tak pandai masak.Kau memang takde fungsi langsung!"tengking Mak Bidah.Rambut Seri ditarik kasar lalu kepala Seri diselam ke dalam periuk yang berisi kari kepala ikan itu.Seri menjerit kerana matanya berasa pedih apabila terkena kuah kari.
"Sakit mak!Sakit!Janganlah buat Seri macam ni.Seri janji akan masak semula kari kepala ikan untuk mak!" rayu Seri.Mak Bidah langsung tak berhati perut.Tubuh Seri ditolak jatuh ke lantai.
"Baik kau matilah daripada hidup.Aku pun tak heran keturunan aku ada pertalian darah dengan kau!"Mak Bidah mengambil senduk besi yang berdekatan dengan periuk itu.Dia memukul belakang tubuh Seri menggunakan senduk tersebut sehingga berbirat dan luka.
Sekali lagi,Seri meraung kesakitan.Tidak cukup dengan itu,kari kepala ikan yang masih panas itu dicurah pada Seri.
"Rasakan!Sejak dari dulu lagi aku tak suka kau.Kau tu bawa sundal dalam keluarga aku!"Puas hati orang tua itu bila melihat Seri diseksa.Dia ingin melangkah pergi meninggalkan dapur,tetapi langkahnya terhenti apabila Seri memegang buku lali kakinya.
"Kau nak apa lagi hah!"
Seri meletuskan tawa panjang.Matanya tajam memandang muka Mak Bidah.
"Seri nak nyawa mak.Seri nak mak mati!" balas Seri.Mak Bidah terus menguis guis tangan Seri pada kakinya.Cengkaman tangan Seri sangat kuat sehingga kakinya mula berasa sakit dan sengal.
"Lepakan aku!Lepaskan aku.Lepaskan aku!" jerit Mak Bidah dalam kesakitan.
"Sakit ke?Habis tu kau pukul aku tadi kau ingat aku tak sakit!Aku dah lama sabar dengan kau orang tua.Kau jangan ingat aku ni lemah.Aku bukan Seri yang dulu yang boleh kau pijak pijak!"Kaki Mak Bidah dipatahkan.Seri ambil pisau pemotong daging yang berada di atas meja.Mak Bidah pula merangkap rangkap cuba melarikan diri.
" Kau takan dapat lari Bidah.Malam ni jugak kau akan mati di tangan aku!"
Sebelah lagi kaki Mak Bidah dikerat.Bila Mak Bidah cuba melawan,Seri terus memotong kedua dua tangannya.
Aminah yang mendengar jeritan Maknya terus bergegas-gegas ke dapur.Bila dia di sampai di dapur,dia hampir saja pengsan bila melihat kepala maknya sudah terputus dua.
"Aminah jangan bagitau sesiapa tau terutama sekali abang Awang yang Kak Seri....dah bunuh mak!"
Dua chapter lagi ff ni akan habis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro