ʚ° o n e °ɞ
"ZUYYIN.. saya dah penat. Kita.. putus?"
Zuyyin diam memandang lelaki itu. Lelaki yang pernah memegang sekeping hatinya.
Ya. Pernah.
Tatkala bibir itu melafazkan ingin pisah dengannya, bukankah itu bermakna lelaki itu sudah melepaskan hatinya? Melepaskan dirinya?
"Sayang.. awak dengar tak?"
"Sayang? Valid lagi ke panggilan sayang tu kalau awak minta putus Raykal?"
Soal Zuyyin kembali sambil melihat sekeliling. Kafeteria itu sedikit lengang. Mungkin masih ramai yang mempunyai kelas pada waktu itu.
"Saya rasa.. awak dah lain Zuyyin. You're not the same as before"
"Talk to the mirror huh?"
Soal Zuyyin perlahan namun jelas kedengaran dinginnya. Tak ada alasan lagi cerdik ke. Dahlah tukar topik tiba-tiba.
"Kenapa? Apa yang berubah dari saya? I'm just the same Zuyyin"
Zuyyin mengangguk kecil. Mengiyakan. Malas ingin bertikam lidah kerana satu hal yang kecil. Memang. Memang dia je berubah. Semalam Zuyyin harini orang lain agaknya depan dia.
"Awak ada lelaki lain ke Zuyyin?"
Haa.. kalau hal ini pantang betul dia. Kenapa tiba-tiba naik kes lelaki ni?
"Apa yang awak merepek ni Raykal?"
Soal Zuyyin dengan jelingan tajam. Tiba-tiba nak tuduh dia macam tu kenapa?
"Awak nampak lain. Awak nampak macam awak dah tak cintakan saya"
Zuyyin ketap bibirnya kuat.
"Seriously? Jangan guna alasan bodoh kalau awak dah bosan dengan saya"
"Alasan bodoh? Kenapa nak marah kalau benda tu tak betul?"
Kata Raykal selamba buatkan Zuyyin menggenggam penumbuknya erat. Mulut mengalahkan perempuan. Ehh cuba kalau aku tuduh kau macam tu, marah tak agak-agak?
"Awak tuduh saya Raykal. I don't love you anymore? How about you then? Kenapa dah lama awak tak cari saya?"
Soal Zuyyin kembali. Seingat dia.. kali terakhir mereka bertemu ialah seminggu yang lalu. Mesejnya dibiarkan tidak berbalas. Panggilannya juga tidak terangkat.
"Saya si--"
"Tak bayar bohong sibuk study. Saya tahu awak dah complete semua assignment awak"
Cantas Zuyyin laju.
"Mana awak tahu?"
"Bella kawan saya la Raykal"
"Awak lebih percayakan orang luar daripada saya? Boyfriend awak sendiri?"
Soal Raykal buatkan Zuyyin tarik senyum sinis.
"Boyfriend? Bukan ke awak baru lepas minta putus 15 minit yang lepas?"
Raykal kaku seketika. Melihat kearah Zuyyin yang cuma selamba sahaja. Tiada riak sedih ataupun kecewa terpeta di wajahnya.
"You betul-betul berubah Zuyyin"
"You? Awak salah orang ke Raykal?"
"Huh?"
Soal Raykal kembali kerana tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Zuyyin namun tak sampai sesaat.. dia menggigit bibirnya.
"Lainkali.. tutup elok-elok"
Kata Zuyyin sambil bangun dari duduknya.
"Awak nak pergi mana?"
"Awak penat dengan saya kan? Awak nak putus kan? Saya setuju. Terima kasih untuk 3 tahun yang awak luangkan dengan saya"
Kata Zuyyin sebelum dia berura-ura ingin berlalu.
"Zuyyin.. kita kawan kan?"
Langkah kaki Zuyyin terhenti seketika. Memandang keatah Raykal dengan pandangan yang kosong.
"Saya kenal Fara. Saya tahu.. dia tak suka boyfriend dia kawan dengan perempuan"
Usai itu dia terus berlalu meninggalkan Raykal. Biarlah Raykal nak terkejut atau apa sekalipun. Dia nak Raykal tahu yang semua perkara lelaki itu lakukan, ada didalam tangannya.
Dia juga tidak akan mempercayai soal itu kalau orang lain yang memberitahunya tetapi apa yang harus dia lakukan jika hal itu jelas terpampang nyata di hadapan mata?
'I'll get everything you want?'
'I sayang you sampai bila-bila sayang'
Mengapa ayat yang pernah menjadi miliknya kini mulai bertukar arah? Puas dia menyangkal tetapi kenyataan tetap kenyataan.
So.. dia akan tarik balik ayat tadi. Lelaki itu takkan marah bila kena tuduh ada perempuan lain. Sebab apa? Sebab dia nyatakan fakta dan lelaki itu benar-benar ada wanita lain dibelakangnya.
Ting!
Ting!
Ting!
Notifikasi yang berbunyi buatkan dia berhenti melangkah. Telefonnya dikeluarkan dan isi mesej itu dibaca.
Ayyin.. belikan nasi ayam untuk adik tauu!
Jangan lupa!
Thankyou. Loveyou.
Senyuman manis dia ukirkan perlahan.
"Perangai tak berubah-ubah"
Katanya perlahan sebelum telefon ditutup dan dia mula berjalan meninggalkan kafetaria itu. Dari ekor matanya, dapat dia lihat Raykal masih ada disitu. Malah sudah ada beberapa temannya yang lain juga dimeja mereka tadi.
"Kau.. putus dengan dia? Seriuslah matt?"
Soal temannya tak percaya. Raykal yang diam itu dipandang aneh.
"Kalau aku tahu semudah ni.. dah lama aku minta putus"
Wait.. what?
"Maksud kau?"
"Perempuan tu sumpah boring gila. Nak pegang tangan pun tak boleh sia. Apa dia ingat aku bercinta dengan robot ke?"
Terus terdiam temannya yang lain. Ini memang layak di sepak kawan-kawan.
"Kau.. curang ke?"
"Dia yang mula dulu. Siapa suruh gatal sangat layan si Haneef tu"
"Tapi diorang kawan je kan?"
"Kawan apa kalau gelak-gelak macam tu? Sorry to say tapi awek aku tak boleh ya"
Kata Raykal selamba sambil menghirup jus epal miliknya.
"Kau pun buat benda yang sama. Kau tahu Fara dengan Bella tu kawan Zuyyin.. asal kau tiba-tiba rapat dengan diorang? And sekarang ni, kau dengan Fara? Seriously Kal? Kau tak malu ke?"
Sembur Faiz buatkan Raykal merenung garang padanya.
"Aku cuma kawan je and pasal Fara tu privacy aku"
"Jadi kau boleh kenapa dia tak boleh?"
Soal Faiz pula.
"Kenapa kau menangkan dia sangat ni? Kau suka dia ke?"
Soal Raykal sambil berpeluk tubuh.
"Siapa tak suka Zuyyin? Kau je yang buta. Eh.. Zuyyin yang buta sebab pilih kau sedangkan berlambak lagi lelaki yang sanggup sayangkan dia lebih dari kau"
Balas Faiz selamba.
"Where's the lie bro? Kalau bukan sebab dia awek kau. Dah lama aku rembat"
Kata temannya yang lain pula.
"Serabutlah aku layan korang. Aku blah dulu"
Kata Raykal sebelum dia berjalan keluar dari kafeteria itu.
"Tahu pula sakit hati. Zuyyin dengan Fara bagai langit dengan bumi woo. Memang melepas lah kau"
Kata Faiz sambil menggeleng sebelum mereka juga turut sama mengangkat punggung dari situ kerana kelas mereka akan bermula.
TOK!
TOK!
TOK!
"Bangun or mummy letupkan bilik kamu"
"Five minutes mummy"
Suara garaunya menyambut panggilan mummynya.
"Buka pintu ni cepat!"
Kata mummynya bersama ketukan pintu yang bertalu-talu. Ni kalau tak bangun memang roboh banglo 2 tingkat ni.
"Datin Maziah, mohon bersabar. Saya tak ada duit nak ganti rugi pintu yang awak pecahkan"
Katanya sebelum dengan langkah malas dia berjalan kearah pintu dan membukanya. Usai pintu itu terbuka cepat sahaja langkahnya diatur menuju ke katil sebelum dia membaringkan tubuhnya kembali.
"Bangun! Dah pukul 10 Saif Shaqeel"
Shaqeel hanya buat tak dengar. Malah selimut semakin ditariknya untuk menutupi sekujur tubuhnya.
"Heii budak ni kangg"
Bebel Datin Maziah sebelum matanya jatuh pada meja anak lelakinya yang bersepah dan tidak teratur itu.
"Pukul berapa tidur?"
"Lepas solat subuh tadi"
Jawab Shaqeel tanpa membuka mata.
"Buat apa sampai subuh?"
"Qeel kena submit something sebelum pukul 7 pagi tadi. Lecturer Qeel minta tolong. Mummy pun tahu Qeel sibuk dengan urusan pindah rumah last week. Tak sempat"
"Siapa suruh pindah? Dah elok-elok duduk dengan mummy gatal nak pindah"
Kata Datin Maziah sambil melabuhkan punggung di sebelah anaknya. Rambut serabai Shaqeel diluruskan menggunakan jarinya.
"Mummy.. kan Qeel dah cakap yang rumah tu dekat dengan universiti Qeel"
"Habistu tinggallah mummy sorang-sorang dekat sini?"
"Adik ada. Dia kata nak tinggal dengan mummy kan?"
Kata Shaqeel sambil membuka mata. Memandang kearah Datin Maziah yang menayangkan wajah hiba itu.
"Nanti kalau dia kahwin.. tinggallah mummy sorang-sorang"
"Nanti Qeel paksa dia suruh dia tinggal sini dengan mummy"
Datin Maziah hanya menggeleng perlahan sebelum dia menepuk bahu anaknya.
"Tidurlah dulu kalau macam tu. Sebelum zohor bangun"
"Baik ma'am"
Kata Shaqeel sebelum dia menarik selimutnya sekali lagi. Datin Maziah pula hanya tersenyum sahaja sebelum dia berjalan keluar.
Ting!
Ting!
Notifikasi yang masuk buatkan dia tak jadi untuk meneruskan mimpinya. Telefonnya diambil sebelum dia membukanya.
Dr Saif.. don't forget our date.
Dekat tempat biasa ya.
Shaqeel hanya membuat muka sebelum laju jemarinya menekan butang dail nombor tersebut.
"What date darling?"
Soalnya perlahan buatkan suara disebelah sana melepaskan tawa kecil.
Date with Dr Fad. Jangan nak buat-buat lupa.
"It's tomorrow"
Jawabnya sambil memejamkan mata.
Tomorrow otak kau Qeel! Harinilah! Selasa
Terus hilang darling darling tadi. Sakit hati punya pasal.
"Riaz.. harini Isnin"
Jawab Shaqeel pula. Mamai pun sedar lagi dia. Si kawan apa cerita? Bercakap sambil bermimpi ke?
Isnin? Broo! Assignment akuu!
Sah mimpi lagi.
"Bukan masalah aku. Aku dah submit. Settle"
Balasnya dengan nada bangga.
Ehh bukan ke kau dah habis? Ke kau repeat balik?
Soal Riaz bingung.
"Sir Ronald minta tolong aku buat. Nak bagi contoh kepada orang-orang yang repeat macam kau"
Weiii.. assignment akuuuuuu
Meleret suara Riaz berbunyi sebelum talian diputuskan tanpa kata.
Kurang ajar.
Shaqeel hanya menggeleng sahaja sebelum dia bangun dari pembaringan. Hilang sudah kantuknya kerana melayan mummy dan si Riaz tadi.
"Allah.."
Ucapnya perlahan sambil melakukan regangan. Dah tua agaknya sebab tu habis sakit badan lepas semalaman duduk tercongok depan komputer.
"Allah bersepahnya"
Katanya pula apabila matanya singgah di meja kerja miliknya yang penuh dengan buku-buku dan kertas yang berteraburan.
Tanpa menunggu lama, kaki dihalakan kearah meja sebelum dia mulai mengemas mejanya. Satu persatu buku diambil dan disusun kembali kedalam rak. Kertas-kertas itu juga diklip menjadi satu agar tidak berterabur.
Ting!
Ting!
Telefonnya yang berbunyi hanya dibiarkan sahaja sambil tangannya masih ligat menyusun kertas-kertas itu mengikut urutan.
Ting!
Ting!
Ting!
Ehh makin rancak pula.
Tapi dia masih sama. Malas nak melayan. Kalau bukan adiknya, mesti si Riaz. Tak ada orang lain.
Ting!
Ting!
Ting!
"Ya Allah.."
Katanya mulai hilang sabar. Apatah lagi suara notifikasi tadi sudah mulai bertukar menjadi nada dering. Menandakan ada panggilan masuk. Dengan malas dia berjalan kekatil dan menjawab panggilan itu.
"Nak apa dik? Ya Allah"
Kan dah cakap.. tak ada orang lain punya.
Bangg.. nak duit
Sumpah rasa menyesal jawab call adik dia.
"Abang ni bank kau ke dik?"
Haah. Tolonglahhh. Transfer tau! 1K je. Urgent. Bye Assalamualaikum!
Tuttt..
Kurang ajar 2.0
Ni mesti banyak sangat bergaul dengan si Riaz. Bukan setakat serumah, mandi pun sama-sama agaknya sampai perangai pun sama naik.
"Letih betul aku"
Shaqeel menggeleng kecil sebelum dia melakukan apa yang disuruh oleh adiknya. Marah pun bagi. Telefon ditutup kembali sebelum dia berjalan semula kearah mejanya untuk menyambung kerjanya tadi.
Tiba-tiba tangannya mencapai sesuatu.
"Apa ni?"
Soalnya perlahan sambil membelek sampul surat yang tidak pernah dilihatnya itu. Dihujung kanan sampul surat itu jelas tertulis namanya.
"Siapa bagi ek?"
Puas dia memerah otak namun tiada satu pun ingatan tentang sampul itu muncul di benaknya. Tangannya mula membuka sampul itu dan mengeluarkan isi yang ada di dalamnya.
"Kad jemputan? Siapa pu--"
Terus terhenti kata-katanya apabila sebaris nama itu dibaca.
Alora Qaisara.
Nafasnya dilepaskan perlahan.
"Tapi kenapa perlu ada nama? It just the same"
Soalnya lagi. Tak ke pelik bagi kad kahwin siap tulis nama dekat sampul surat? Tapi tiba-tiba matanya menangkap secebis kertas yang ada didalam sampul itu.
Sorry Qeel, I found him already.
Thanks for everything.
Lora.
Untuk apa kata maaf itu? Kisah mereka sudah lama berakhir. Malah, dia bahagia jika wanita itu sudah menemui lelaki yang sepatutnya.
"Macam mana boleh tak perasan ek?"
Dia hanya mengangkat bahu sahaja sebelum dia meletakkan kad itu keatas meja dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Past is the past. Let bygone be the bygone.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro