Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ʚ° f o u r °ɞ

"SAIF SHAQEEL?"

Terus membulat mata Bella mendengar nama itu meniti di bibir Zuyyin. Kata tak buka portal. Dah la main panggil nama je. Mana gelaran dr dekat depan woi?

"I thought you forgot me.. Cik Zuyyin"

Balas Shaqeel buatkan Zuyyin rasa nak sumbat diri sendiri dalam beg.

Tak akan jumpa konon!

Nahh.. hadaplah muka tu hari-hari.

"Kenal ke?"

Soal Bella pula. Aneh. Nampak macam kenal tapi.. macam tak pun ia juga.

"Nantilah aku cerita"

Kata Zuyyin sambil mencubit Bella buatkan gadis itu mendesis kecil.

"Kenapa?"

Bisik Bella sambil mengetap bibir. Sakit woo.

"Kenapa kau tak bagitahu nama dia?"

"Ehh manalah aku tahu. Dah kau yang taknak tahu"

Balas Bella sambil menggosok lengannya. Betul apa? Bukan ke Zuyyin yang tak berminat dengan cerita pensyarah hot dia?

"Kaki Cik Zuyyin dah okay?"

Soal Shaqeel sambil menyembunyikan senyuman. Bukan dia tak nampak yang Zuyyin cubit lengan kawannya tadi.

Malu ke?

"Alhamdulillah dah. Terima kasih sekali lagi.. Dr"

Kali ini Shaqeel biarkan sahaja giginya yang cantik tersusun itu kelihatan.

"Sama-sama"

Balas Shaqeel masih dengan senyumnya. Kan dia dah cakap.. larilah sejauh mana pun, kalau dah jodoh mesti jumpa juga. Persoalannya..

Jodoh ke?

"Cik Zuyyin ambil kelas saya?"

Soalnya sambil menunjuk ke dewan kuliah yang mulai dipenuhi oleh pelajar itu

"Iya Dr, rasanya.. Dr dah boleh stop panggil saya cik Zuyyin, Zuyyin dah cukup"

Shaqeel hanya mengangguk. Lagipun.. mesti orang lain tertanya-tanya nanti kalau dia panggil Zuyyin begitu.

"Dr Shaqeel nak masuk terus?"

Soal Bella pula apabila perasan kawannya sudah kehilangan kata.

"No. Ada masa lagi 15 minit. I'll start on time"

Bella dan Zuyyin hanya mengangguk sahaja sebelum masing-masing diam.

"Ermm.. kami masuk dulu ya Dr"

"Silakan"

Selepas menunduk sedikit, terus mencicit Zuyyin lari. Shaqeel pula hanya menggeleng sahaja dengan senyuman yang masih utuh dibibir.

Jodoh.. kenapa awak comel sangat?

Sah! Dr Shaqeel dah angau.

"Weii!! Macam mana kau kenal hot stuff tu?"

Pakk!

"Slow la sikit"

Marah Zuyyin sambil menjeling Bella yang sedang menggosok lengannya itu sebelum matanya kembali meliar memandang sekeliling. Mencari tempat duduk kosong.

"Depan la weii. Baru dapat usha"

Zuyyin memandang Bella dengan pandangan tak puas hati. Bella tak tahu ke yang dia nak lari sekarang ni? Apa pula depannya?

"Tak ada tempat duduk kosong dekat belakang. Ni je yang ada"

Kata Bella lagi sambil menunjuk kearah kerusi kosong di barisan kedua itu.

Allah..

Depannya!

"Bella.."

"Tak ada. Apahal yang kau takut sangat? Dia ada buat percubaan menculik kau ke?"

Pakk!

"Alahai.. lebam la tangan aku"

"Volume tu slow la sikit. Kalau dengar dek orang macam mana?"

Bella hanya sengih sahaja sebelum dia mengambil tempat duduk. Zuyyin juga sama. Tak ada pilihan lain dah.

"Ceritalah cepat"

"Sebelum aku cerita.. kenapa kau tak bagitahu nama dia awal-awal? Tak pasal-pasal aku jadi macam orang bodoh tadi"

Marah Zuyyin buatkan Bella ketawa.

"Itulah. Cakap besar lagi. Takkan terbuka mulut konon. Last last jadi patung cendana. Pakej pula dengan muka terkejut beruk. Buat malu je"

Zuyyin menjeling lagi. Bahan orang nombor satu!

"Ehh.. ceritalah macam mana kau kenal diaaaa"

Meleret suara Bella berbunyi.

"Dia yang tolong bawa aku pergi hospital hari tu. Tak sangka pula nak jadi lecturer dekat sini"

Cerita Zuyyin pendek. Biarlah Bella tahu yang tu je. Yang lain tak perlu.

"Serius?"

"Haah dan untuk pengetahuan kau.. aku pernah jadi penumpang Buggati dia"

Kata Zuyyin dengan senyuman bangga. Saja nak mengusik Bella sebenarnya. Sebab Bella nampak macam amazed gila dengan Buggati Shaqeel.

"Girll... Tak aciiiiiiii"

Dah merengek pula anak manja makcik Aini ni.

"Kecil betul dunia"

Kata Zuyyin buatkan Bella mengangguk.

'Macam mana nak lari kalau hari-hari kena hadap muka dia?' monolognya sendiri sebelum dia mengeluh.

"Kenapa? Sakit kaki ke?"

Zuyyin menggeleng pula. Tapi.. rasa berdenyut jugalah kaki dia. Kaki pun macam tahu-tahu je jumpa si penyelamat. Terus buat hal.

"Kalau sakit bagitahu"

"Iya.."

Baru sahaja Bella ingin menjawab, tiba-tiba dapat dia rasakan satu aura luar biasa sedang memasuki dewan kuliah mereka. Siapa lagi kalau bukan pensyarah hot stuff mereka aka Dr Saif Shaqeel?

"Everything's fine?"

Soal Shaqeel sambil meletakkan beg komputernya diatas meja sebelum dibuka.

"So harini kita akan sambung yang semalam. Untuk yang tak datang semalam, ask your friend. I might have some time to repeat it for you but we might waste your friend time as well"

Kata Shaqeel selamba sambil mengerling ke arah Zuyyin buatkan gadis itu mengetap bibir. Rasa macam ayat tu tertuju padanya padahal bukan dia sorang yang tak ada.

"Dia cakap dekat kau ke? Oh my god. He has time to waste for you"

Usik Bella buatkan laju saja tangan Zuyyin bergerak. Amaran satu. Senyap.

"So untuk pembelajaran semalam, anything yang you guys tak faham?"

Senyap. Dewan kuliah itu bagaikan tidak berpenghuni buatkan Shaqeel tarik senyum. Tidak sinis tetapi mampu buatkan seluruh isi dewan menelan liur mereka. Zuyyin juga termasuk.

"Also.. please be responsive. I'm not teaching a dolls. Kalau awak semua tak respon, how can I teach you? Kalau saya je yang faham.. baik saya ajar diri saya sahaja"

Kata Shaqeel perlahan. Lembut sahaja suara garau itu berbunyi tetapi ketegasannya jelas terasa.

"Understand?"

"Yes!"

Lega Zuyyin bila dewan bergema dengan suara mereka. Kalau tidak.. ada yang kena sembur rasanya.

"So.. semua faham apa yang saya ajar?"

"Dr.. about the derivative.."

Shaqeel angguk perlahan.

"I'll explain again"

Ucapnya sebelum dia mulai menerangkan satu persatu tentang apa yang ditanya oleh pelajar dan Zuyyin..

Kehilangan kata.

Lelaki 10 tahun yang lalu,

Lelaki seminggu yang lalu,

Dan..

Lelaki yang ada dihadapannya kini.

Semuanya berbeza.

Apa cuma dia yang merasakannya?

Iya. Pasti cuma dia.


















































































































"SAYANG..."

Semua buat muka apabila suara manja itu berbunyi tatkala mendekati meja mereka bersama beberapa orang temannya yang lain. Rasa nak termuntah pun ada juga.

"Kelas you dah habis sayang?"

"Dahh"

Jawab suara itu pula. Temannya yang lain hanya senyum sahaja.

"Ray.. kau sibuk ke?"

Soal Faiz. Sengaja mengalihkan perhatian Raykal kepadanya. Bukan cemburu tapi loya tengok drama sebabak tu.

"Tak sibuk pun. Ehh duduklah dulu"

Ajaknya buatkan mereka semua mengambil tempat masing-masing.

"Korang tak ambil ke kelas pensyarah baru tu?"

Soal Faiz berbasa basi.

"Kelas Dr Shaqeel? Mestilah ambil. Boleh cuci mata"

"Betul tu. Korang tak tahu ke mata si Wina ni tak tertutup masa kelas dia tadi?"

Terus pecah gelak mereka. Faiz juga sama. Apa nak dikata. Dah memang hakikatnya macam tu. Dia yang lelaki pun sama. Aura Dr Shaqeel buatkan matanya segan untuk tertutup. Takut pun satu hal juga.

"Tapi nampak garang"

Komen Fara buatkan Raykal mengangkat kening. Menyoal tanpa suara.

"Entahlah.. tak tahu nak explain macam mana tapi dia lain gila dari Dr Hussain"

Faiz dan yang lain mengangguk setuju.

"Handsome sangat ke? Dari semalam aku dok dengar diorang bercakap pasal Dr Shaqeel ni"

"Aku yang handsome ni pun kalah"

Jawab Faiz buatkam tawa mereka bergabung.

"Bang.. offenced dia dengar kau cakap macam ni"

"Aku handsome apa?"

Kata Faiz lagi tak berpuas hati kerana mereka mentertawakannya.

"Handsome tapi kalau duduk sebelah Dr Shaqeel, bagai langit dan bumi la jawabnya"

"Wahh.. handsome betul bunyinya"

Kata Raykal pula buatkan Fara ketawa kecil.

"You jealous ke sayang?"

Raykal cuma diam.

"Muda lagi. Baru masuk 30.. beza 5-6 tahun je dari kita"

Kata Faiz pula sengaja mengapi-apikan temannya itu. Siapa suruh drop calculus? Kang tak pasal-pasal cemburu awek tengok pensyarah hot.

"Ehh korang ada dengar tak pasal Zuyyin accident?"

Tanya Wina tiba-tiba. Elok pula masa tu, Zuyyin sedang melangkah masuk ke kafeteria dengan dipimpin oleh Bella. Memang cun jadi bahan umpatan manusia tak ada topik macam diorang.

"Iya ke? Teruk?"

"Teruk juga. Kereta dia rempuh pembahagi jalan. Kaki luka sebab terhentak"

"Mana kau tahu?"

Soal Raykal sambil memandang Faiz tak puas hati buatkan lelaki itu tarik senyum.

"Ada laa"

Jawab Faiz sengaja. Tak payah kisah pasal aku bro.. awek dah berapi telinga tuu. Tunggu nak mele--

"Kenapa you sibuk nak tahu pula pasal dia?"

Ehh dah meletup.

"I kan tanya jee"

Kata Raykal sambil memandang Fara sebelum matanya terpandang kearah Zuyyin yang sedang elok bergelak tawa dengan Bella. Makin panas lah awek dia.

"Sayang!"

"Iyaa?"

Soal Raykal dengan muka bingung. Dah apahal tiba-tiba lengan dia jadi mangsa tamparan kekasih hati?

"You pandang dia kenapa?"

Yang lain hanya diam sahaja menikmati makanan mereka. Malas masuk campur urusan rumah tak bertangga orang ni.

"Mana ada pandang dia.. I tengah tengok lelaki yang baru masuk tu. Bukan ke pensyarah baru korang?"

Soal Raykal menukar topik. Elok pula Shaqeel tengah berjalan masuk ke dalam kafeteria itu..

"Haa itulah"

Raykal angguk sendiri. Mengakui apa yang mereka katakan tadi. Memang handsome. Memang bertuah siapa yang da--

Tak habis ayatnya apabila tiba-tiba saja..

"Weii dia kenal Zuyyin ke? Nampak mesra je"

Iya. Lelaki itu sedang bercakap dengan Zuyyin. Bekas kekasihnya.
















































































"NANTI kau terangkan balik apa yang Dr Shaqeel ajar semalam ek? Yang harini aku faham tapi yang semalam tu jelah"

Kata Zuyyin sambil mengemas peralatan menulisnya

"Kau bercakap macam baru kenal aku semalam"

"Jangan kata kau tak faham"

"Muka handsome dia buatkan aku distracted"

Zuyyin hanya menjulingkan matanya. Nampaknya kena minta dengan orang lain la jawabnya. Usai itu terus sahaja mereka berlalu ke kafeteria tanpa sedar ada sepasang telinga yang mendengar setiap bait bicara mereka.

"I'll always have time to waste for you"

Ucapnya perlahan sebelum dia turut mengemas peralatan yang dia gunakan.

"Dr.. can I ask something?"

Terus dia mengangkat wajah. Memandang kearah muka pelajar yang datang bersama buku nota mereka.

"I'm in a bit rush.. awak nak tanya apa?"

Soalnya perlahan tanpa senyuman.

"Saya kurang faham pasal teorem nilai purata"

Balas suara itu dengan senyuman.

"I think saya akan ulang balik esok. It's normal sebab saya baru masuk bab tu"

"Ouh.. okay Dr. Thank you"

"Welcome. Sorry, saya ada hal. Nanti saya terangkan esok"

Kata Shaqeel perlahan. Pelajar tadi juga sudah beredar. Dewan kuliah itu sudah kosong sewaktu dia melangkah keluar. Matanya masih sempat melirik kearah Zuyyin dan Bella yang sedang berjalan kearah kafeteria.

"Ermm.. nak makan apa harini?"

Soal Bella sambil memimpin lengan Zuyyin.

"Agak-agak ada benda manis tak? Dari semalam craving"

"Ada rasanya. Kek"

"Ikutlah apa pun.. asal benda manis"

Bella hanya mengangguk sebelum membuka pintu untuk Zuyyin masuk.

"Aww sweetnya kawan aku. Nanti aku belanja kek ya"

Bella hanya buat muka. Macam tak biasa.

"Ehh dah tak malu nak tunjuk depan orang sekarang ni"

Zuyyin mula-mula tak faham tetapi apabila matanya terpandang kearah Raykal dan Fara.. terus otaknya menangkap

"Biar je lah dia"

"Kau duduk dulu. Aku beli kek kejap"

Zuyyin hanya mengangguk sebelum dia duduk dan menghulurkan beg duitnya kepada Bella. Dia hanya buat bodoh sahaja walaupun dia tahu dua pasang mata di seberang sana sedang merenungnya bagai nak tembus.

"Apa masalah dengan diorang pun aku tak tahu"

Bebelnya sendiri sambil memandang kearah Bella yang sedang beratur. 10 minit berlalu dan dapat dia lihat Bella sedang berjalan kearah. Sudah semestinya bersama sehiris kek ditangan.

"Nahh biscoff"

"Kecur liur akuu"

Kata Zuyyin sambil memandang kearah slice cake biscoff itu.

"Jangan direnung saja. Makanlah kak oii"

Zuyyin apa lagi, terus capai sudu dan ngap kek itu. Manisssssssss.

"Sedap?"

"Sedap weii. Hilang kempunan aku"

Bella hanya menggeleng sahaja. Kenapalah orang manis sudah makan makanan manis? Tak ke lagi bertambah kemanisan dia?

"Kau tak rimas ke orang asyik pandang?"

Zuyyin hanya angkat bahu. Tahu siapa orang yang dimaksudkan oleh Bella.

"Agak-agak kalau kau rapat dengan Dr Shaqeel dia jealous tak?"

"Jealous apanya? Dia dah ada girlfriend"

"Maknanya kau boleh rapat dengan Dr Shaqeel la?"

Soal Bella mengusik. Dia ingatkan Zuyyin bakal melenting soal itu, ehh lain pula.

"Eh? Eh.. tak ada maknanya. Un..untuk apa aku rapat dengan dia?"

"Haa gagap"

"Eh diamlah!"

Marah Zuyyin buatkan Bella ketawa tapi tak lama selepas itu, tawanya mati. Macam mana boleh tak mati kalau si pensyarah hot diorang tengah otw kesini?

Haih.. speak of the devil betul ni.

"Weii dia mai dahh. Habislah kita"

"Apa yang ma--"

Terus terhenti kata-katanya apabila tiba-tiba ada sepasang kasut berhenti betul-betul di tepi kerusinya. Dia mengangkat wajah ingin melihat gerangan si pemilik kasut tersebut dan hampir sahaja dia terjerit.

"Dr? Dr buat apa dekat sini?"

Soal Zuyyin perlahan. Matanya melilau sekeliling. Nasib baik tak ramai orang, kalau tak.. memang dia sumbat diri sendiri dalam beg.

"Saya nak jumpa awak"

"Sa..saya?"

Shaqeel angguk sahaja. Wajahnya langsung tiada senyuman.

"Kenapa?"

Soal Zuyyin lagi.

"You might need this. Kalau tak faham apa-apa. Just text me"

Kata Shaqeel sebelum dia meletak beberapa helai kertas yang sudah diklik bersama itu.

"Huh?"

"Ini untuk apa yang saya ajar semalam. Kawan awak mungkin ada tak faham so I think this is better"

Kata Shaqeel lagi. Kali ini, wajah itu sudah bertukar. Dia sudah menjadi lelaki yang menyelamatkan seminggu yang lalu. Senyuman kecil juga tidak segan bergayut di bibir lelaki itu.

"Ouh. Thank you"

"Most welcome. Just remember.. I'll have time to waste for you"

Kali ni memang dah tak selindung. Straight to the point terus. Usai itu Shaqeel terus sahaja berlalu. Meninggalkan Zuyyin yang terpinga-pinga.

"Allahuakbar.. bukan setakat Raykal. Aku pun jealous ni Zuyyin"

Dengar sahaja nama itu, dia mengangkat wajah, memandang lurus kehadapan dimana lelaki itu sedang mencerlung garang kepadanya.

Untuk apa?

Untuk apa renungan itu diberikan jika lelaki itu sudah ada Fara disisi? Dan dia..

Ada lelaki itu?

Aneh bukan bunyinya?

Tapi..

Kertas itu dipandang. Diambil lalu dibelek satu persatu sebelum sehelai kertas berukuran kecil itu jatuh.

014*******
-Shaqeel

"Dia baru tulis ke nota ni Yin?"

Soalan itu buatkan dia memandang kearah Bella yang sedang membelek kertas itu.

"Kenapa?"

Soalnya sambil memasukkan kertas kecil itu ke dalam tote bag miliknya.

"Baru lagi ni. Dakwat belum kering"

Kata Bella sambil menunjukkan kertas itu kepadanya. Tidaklah belum kering cuma.. memang nampak baru tulis.

"Tapi lawanya tulisan.. beruntungnya kau yinn"

Kata Bella sambil menepuk-nepuk lengan Zuyyin dan gadis itu?

Kehilangan kata.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro