Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ʚ° e i g h t °ɞ

"ZUYYIN!!"

Panggilannya hanya dibiarkan tidak berjawab. Pintu yang terbuka itu buatkan dia tidak dapat berfikir panjang.

"Saya masuk!"

Terus sahaja dia berlari kepintu dan langkah kakinya terhenti apabila melihat pasu pasu yang pecah di lantai. Telefon gadis itu yang retak juga turut ada disana.

"Zuyyin! Mana awak?!"

Laungnya namun tiada sahutan. Dia berlari keatas. Tak kisah apa dah.. dia nak gadis itu selamat sahaja.

"Zuyyin!"

Namun ruang atas juga kosong. Rumah ini bagaikan ditinggalkan oleh penghuninya.

"Tolongg!!"

Terus sahaja dia berlari kebawah apabila suara meminta bantuan itu sayup sayup kedengaran.

"Zuyyin!"

Panggilnya kuat.

"Doktorr!"

Sayup sayup suara itu menjawab buatkan dia terus meredah hujan tanpa berfikir. Suara yang berbunyi dikawasan jalan yang sunyi itu buatkan dia berlari kearah situ.

"Zuyyin mana awak?!"

Panggil Shaqeel lagi.

"Si..ni!"

Suara itu kedengaran semakin jauh darinya. Terus laju dia berlari kekawasan taman permainan yang ada disitu.

"Kau diam!"

Suara tertahan itu buatkan dia melangkah berhati hati menuju kearah satu phon besar yang ada disitu. Firasatnya kuat menyatakan bahawa Zuyyin ada disebalik pohon itu.

"Kau diamlah betina!"

Jerkah lelaki itu sambil menutup mulut Zuyyin dengan tangannya. Namun Zuyyin masih kuat meronta. Tangannya yang di pegang kejap oleh lelaki itu cuba dilepaskan tetapi gagal.

"Dok...tor!"

Dia cuba memanggil tanpa tahu Shaqeel sudah ada dihadapannya. Tak semena-mena, dia rasakna tubuh lelaki tadi ditarik kuat menjauhi dirinya.

"Jahanam kau!"

Buk!

Buk!

Buk!

Terus terkaku tubuh Zuyyin melihat Shaqeel yang basah kuyup itu sedang membelasah lelaki tadi. Tumbukan padu dilepaskan secara bertubi tubi.

"Dok..doktor"

Panggilnya perlahan sambil cuba untuk menarik baju Shaqeel. Meminta agar Shaqeel berhenti menumbuk lelaki yang sudah terkulai layu itu.

"Allahuakhbar"

Ucap Shaqeel perlahan. Mencuba menenangkan amarahnya. Kan ada juga yang tidur lokap.

"Zuyyin. Awak ok—"

Terus keras menbatu tubuh Shaqeel apabila Zuyyin terlebih dahulu menerpa dirinya.

Dia.. kena peluk.

Mummy!!!

Sumpah dia tak tahu nak buat apa. Patut ke dia balas pelukan tu balik?

"Awak.. okay?"

Soalnya perlahan bimbang jika dia mengejutkan Zuyyin yang kelihatan jauh tenggelam itu.

"Zarith.. Ayyin takut"

Hanya itu jawapan Zuyyin sebelum dia melorot jatuh dalam dakapan Shaqeel. Nasib baik sempat tahan kalau tak.. berenang la Zuyyin. Dalam juga air ni. Adalah sampai dada itik.

Ehh Ya allah!

Zuyyin tu bangggg!

Terus dia cempung tubuh Zuyyin. Dibawa ke keretanya.

"Nak buat apa ni?"

Soalnya sambil memandang kearah stereng keretanya. Nak call abang Zuyyin pun tak ada number. Bella?

"Zuy—"

Tiba tiba dia berpaling kearah lain.

"Allah.. macam mana boleh tak perasan?"

Soalnya sebelum dia menyelongkar tempat duduk belakangnya. Jaket kulitnya diambil sebelum dia meletakkannya di atas kepala Zuyyin.

Menutup aurat gadis itu yang terdedah. Lama dia berfikir sebelum akhirnya dia membuat keputusan.

Keputusan yang gila pastinya!

Terus sahaja keretanya di hidupkan sebelum dia mulai memandu. Zuyyin yang tidak sedarkan diri hanya dibiarkan sahaja tetapi tangannya tak habis habis membetulkan jaketnya yang menutupi kepala dan tubuh Zuyyin agar tidak melorot jatuh.

"Maafkan saya Zuyyin"

pintanya perlahan sebelum dia terus memandu dalam kelajuan sederhana kerana hujan yang lebat itu membatasi pemandangannya.

"Zarithh.. tolong ayyin"

Suara lemah yang berbunyi itu buatkan Shaqeel menggenggam sterengnya erat. Teringat kembali kepada lelaki itu. Lelaki yang hilang entah kemana.

Tadi..

Usai pelukan dileraikan, lelaki itu sudah tiada. dia pun tidak pasti kemana lelaki itu berlari dan saat dia ingin mengejar, Zuyyin juga memerlukan dirinya.

"Kalau aku dapat kau.. habis kau aku kerjakan"

suaranya berbisik amarah.

Wajah ketakutan Zuyyin.

Suara indah yang memohon pertolongan itu.

Tubuh kurus yang menggigil kesejukan itu.

Semuanya masih elok bermain di kepalanya sehinggakan amarah mulai mencanak naik ke kepala. Perasaan marah mulai menguasai dirinya tatkala bayangan Zuyyin yang ketakutan tadi kembali menjengah minda.

"arghh!"

Jeritnya dengan suara tertahan bimbang dia akan mengejutkan Zuyyin yang tampak keletihan dan kesejukan itu.

"Maafkan saya Zuyyin"

Ujarnya lagi apabila dia melihat pagar tinggi itu. Dengan lafaz bismillah, dia membelok masuk.

"Maafkan saya"














































































CAHAYA yang menerobos masuk untuk mewarnai bilik itu mulai membuatkan tidurnya terganggu. Matanya dibuka perlahan-lahan.

"Auchh"

Dia mendesis kecil sebelum ingatannya kembali teringat kejadian semalam.

Dr Shaqeel.

Sup ayam.

Pasu.

Hujan.

Dr Shaqeel lagi.

Dan....

Peluk.

Ehh!! Peluk?!!!!

Terus terbuka luas matanya sebelum dia bingkas bangun dari tidurnya.

"Aku.. peluk dia?"

Soalnya tak percaya sambil memandang kehadapan. Saat itu dia mulai tersedar

"Dekat mana ni?"

Dia melilau sekeliling. Melihat kearah bilik tidur yang bertemakan hitam kelabu itu.

"Astaghfirullahalazim.. aku dekat mana ni?"

Soalnya lagi sebelum..

"Arghh!"

Dia menjerit kecil sambil memeluk tubuhnya sendiri.

"Ya Allah.."

Terasa nak menitik air matanya saat itu.

Baju t-shirt lengan panjangnya dan kain batik yang dipakainya semalam sudah bertukar rupa. Kini.. dia sudah elok memakai baju tidur yang entah siapa punya.

Tapi..

Persoalannya sekarang.

Dekat mana?

Dekat mana dia sekarang?

Bukan ke semalam orang terakhir yang ada bersamanya ialah Shaqeel?

Kejap...

Sekali lagi dia menjerit kecil.

"Jangan kata..."

Tak sanggup dia nak sambung ayatnya itu. Tubuhnya dipeluk kemas bagaikan ingin membuatkan baju itu terus melekat ditubuhnya.

Tok!

Tok!

Tok!

"Zuyyin.. awak okay?"

Sah! Dia dekat rumah Dr Shaqeel.

Dia mulai menangis. Kejadian semalam bagaikan kembali berputar dalam kepalanya. Lelaki bertopeng itu yang memeluk dirinya. Mencumbui tubuhnya didalam derasnya hujan mengalir.

Allah..

Sungguh. Dia rasa jijik dengan dirinya sendiri

"Zuyyin! Awak okay tak?"

Soal Shaqeel bimbang. Rasanya dia dengar Zuyyin menjerit tadi tapi.. kenapa senyap pula? Nak serbu pun takut.

"Mummy! Hurry up"

Suara Shaqeel berbunyi dari arah luar buatkan Zuyyin kaku seketika. Air matanya juga bagaikan tersekat.

Mu..mummy?

Baru sahaja dia ingin membuat andaian sendiri, tiba-tiba pintu terbuka dan seorang wanita yang berusia hampir separuh abad itu melangkah masuk ke dalam bersama dengan seorang lagi wanita yang lebih berusia berbandingnya.

"Allah.. kamu dah sedar?"

Terus hilang kotak suara Zuyyin apabila disapa tiba-tiba oleh wanita itu.

"Kenapa menangis ni? Kamu ada sakit mana-mana?"

Lambat lambat Zuyyin menggeleng. Kesian melihat wajah gusar itu yang kelihatan bimbang akannya.

"Pakaikan dia tudung. Shaqeel dah macam apa menggelupur dekat luar tu"

Kata Datin Maziah disambut dengan anggukan Kak Yam sebelum tudung disarungkan ke kepalanya.

"Dia dah pakai tudung. Masuklah"

Tak sampai sesaat, Shaqeel muncul di depannya.

"Awak okay?"

Soalnya namun Zuyyin kelihatan pegun. Datin Maziah pantas sahaja berdiri dan mengajak Kak Yam untuk keluar. Tahu gadis itu masih memproses apa yang sedang terjadi.

"Jangan lama-lama"

Pesannya pada Shaqeel sebelum dia berlalu keluar.

"Awak.. okay?"

Tanya Shaqeel lagi.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?"

soalan berbalas soalan.

"Awak pengsan semalam. Saya tak tahu nak bawa awak kemana. Rumah mummy was the best choice"

Jawab Shaqeel tenang.

"I don't know anyone to contact"

Sambungnya sambil memandang kearah Zuyyin yang turut sama memandangnya.

"Everything mummy dengan Kak Yam yang uruskan cuma.. sorry"

"Untuk?"

Soal Zuyyin pula.

"Sebab saya nampak aurat awak masa saya tolong awak semalam. I tried to cover it afterward but it's change nothing"

kata Shaqeel sambil menunduk. Sudah bersedia menerima kemarahan gadis itu.

"He saw all of that too. Not just saw, he touch it. He.. ki..kiss it"

Shaqeel genggam penumbuknya erat melihat kearah Zuyyin yang kelihatan tenggelam dalam memori hitam itu.

"Maaf sebab dia terlepas"

"Dia.. terlepas?"

Lambat lambat Shaqeel jatuhkan kepalanya.

"Macam mana kalau dia datang balik? How am I supposed to live as nothing ever happened Dr?"

Shaqeel diam seketika sebelum dia melabuhkan duduk di birai katil. Matanya tunak memandang Zuyyin yang berada tak jauh darinya.

"He will never. Saya akan cari dia sampai jumpa. You can live your own life just like usual"

Kata Shaqeel dengan senyuman bagaikan memberi janji kepada gadis itu. Lama. Lama mata mereka saling bertatapan sebelum suara Kak Yam berbunyi.

"Qeel, Datin panggil makan"

Shaqeel dan Zuyyin pantas sahaja berpaling ke pintu.

"Nanti saya turun"

Kak Yam mengangguk kecil sebelum dia berjalan turun.

"Jom makan dulu. Nanti kita check up hospital and buat report"

kata Shaqeel sambil bangun namun Zuyyin masih sama.

"Mummy tahu everything. Jangan risau.. she won't ask you anything other that you're okay or not"

Kata Shaqeel bagai memahami kebimbangan hati Zuyyin.

"She's okay with that?"

"Kenapa perlu tak okay? It's not your fault"

ringkas sahaja Shaqeel menjawab namun mampu buatkan mata Zuyyin berkaca.

"Kenapa ni?"

Tak pasal-pasal panik Dr Shaqeel dibuatnya!

"Terima kasih tolong saya"

Shaqeel senyum sahaja sebelum dia memberi isyarat menyuruh gadis itu bangun.

"Boleh jalan? Nak saya panggilkan Kak Yam pimpin awak?"

Zuyyin menggeleng lemah sebelum dia bangun perlahan-lahan dan berjalan bersama Shaqeel yang mengikut rentaknya.

"Saya dah bagitahu abang awak"

Terus terhenti langkah Zuyyin.

"Ma..macam mana?"

"Saya terpaksa selongkar awak punya maklumat pelajar"

"Habis tu dia kata apa?"

Soal Zuyyin perlahan. Takut untuk mengetahui reaksi Zarith yang selalu berusaha menjaganya sebaik mungkin.

"Dia tak boleh balik sekarang sebab flight delay. Sana hujan lebat. He really apreciated if I can handle it for a while"

Balas Shaqeel pula. Masih dia ingat bagaimana lelaki itu tidak percaya dengan apa yang di dengarinya dan dirinya juga turut diragui.

"Dia.. tak marah Dr kan?"

Soal Zuyyin dengan kening terangkat.

"Tak"

Balas Shaqeel pendek dengan senyuman penuh rahsia. Soal itu.. biarlah hanya mereka berdua yang tahu.

"Ehh jemput duduk"

Zuyyin hanya memberikan ssnyuman kekok sahaja sebelum dia melabuhkan punggung di hadapan Datin Maziah. Shaqeel pula mengambil tempat di sebelahnya.

"Makan. Jangan malu-malu"

Zuyyin mengangguk kecil sambil memandang nasi putih itu.

"Makan Zuyyin"

Kata Shaqeel pula sambil mencedok lauk ke pinggannya.

"Atau awak nak bubur? saya buatkan"

Baru sahaja Shaqeel ingin bangun suara Zuyyin menahan.

"Terima kasih"

Kata Zuyyin perlahan sebelum dia menyuap nasi itu kemulutnya. Walaupun payah.. dia telan jua.

"Saya masakkan bubur kejap"


































































"ADA rasa sakit mana mana tak? Doktor tu kata luka dekat dahi awak yang teruk. Yang lain alhamdulillah okay"

Zuyyin hanya menggeleng sambil memandang kearah nombor giliran yang ada ditangannya. Lama pula nak panggil nama dia. Dah 15 minit tunggu nak ambil ubat ni.

"Nak air?"

Zuyyin menggeleng lagi. Dalam hatinya tak habis habis mengucapkan rasa terima kasih kepada Shaqeel walaupun tak terluah di bibirnya.

"Kalau ada sakit mana mana terus bagitahu saya"

Zuyyin angguk pula.

"1708 kaunter 3"

Baru dia ingin bangun, Shaqeel terlebih dahulu berdiri dan berlalu ke kaunter untuk mengambil ubat yang disediakan.

"jom"

Tak sampai 5 minit, lelaki itu kembali di sebelahnya. Mengajaknya untuk berlalu. Tanpa kata, dia bangun dan berjalan beriringan ke kereta.

"Saya nak balik rumah. Mesti Zarith terkejut tengok keadaan rumah"

"Zuyyin.."

Langkah kaki mereka terhenti apabila Shaqeel tiba tiba sahaja menyeru namanya.

"Put yourself first please"

Zuyyin tarik sangih hambar.

Meletakkan dirinya ditangga tertinggi?

Tak mungkin.

Di dalam kehidupan orang lain.. dia selalu menjadi yang terakhir. Bagaimana dia ingin meletakkan dirinya sebagai yang pertama?

"I'm alwasy the last one Dr"

"You'll alwasy being the first for me Zuyyin Safiyya"

Kata Shaqeel sebelum dia berlalu meninggalkan Zuyyin yang termangu sendiri.

"Taknak balik?"

Terus tersedar Zuyyin dibuatnya. Dengan wajah yang memerah dia membuka langkah menuju ke kereta Honda milik Datin Maziah.

"Masuk"

Kata Shaqeel lagi sambil membuka pintu.

"Terima kasih"

Ujarnya sebelum dia masuk ke dalam kereta. Shaqeel juga turut sama berbuat demikian sebelum kereta meluncur laju keluar daripada perkarangan hospital.

"Dr.. ni bukan jalan rumah saya"

"Kita balik rumah mummy. Rumah awak saya dah minta tolong orang kemaskan. Saya dah janji dengan  abang awak yang saya akan jaga awak sebaik mungkin"

Balas Shaqeel tanpa berpaling.

"Dia kata dia dah naik flight tadi so.. dia akan datang ambil awak sendiri"

"Kenapa doktor tolong saya?"

Soal Zuyyin tiba tiba walaupun dia tahu ianya tidak berasas.

"Awak nak jawapan jujur?"

Soal Shaqeel kembali dengan tenang walaupun soalan Zuyyin terkeluar daripada konteks perbualan mereka tadi. Zuyyin pula hanya mengangguk sahaja.

"Sebab saya sukakan awak"

Terus pegun Zuyyin dibuatnya. Sebelum ini, lelaki itu hanya berkias dan hari ini.. kata kata keramat itu sudah terbit di bibir Shaqeel.

Lalu..

Bagaimana dia ingin lari?

Bagaimana dia ingin melakukan itu jika Shaqeel terus terusan menarik dirinya supaya mendekat?

"Saya tahu.. it's not easy. Tapi.. saya berhak luahkan apa yang saya rasa dan saya juga tahu, awak berhak menolak"

sambung Shaqeel dengan senyuman. Tidak manis tetapi tidak juga tawar. Hanya berharap gadis itu memahami keresahan sekeping hatinya.

"Tapi saya dah tak suci. Saya jijik dengan diri sendiri"

air mata yang ingin menitik di tahan sehabis daya. Dia tidak ingin terlihat lemah di hadapan lelaki itu

"Zuyyin.. saya terima baik dan buruk awak. I don't care about it"

"I care. Saya yang tak sanggup nak rosakkan hidup seseorang disebabkan saya"

Balas Zuyyin sambil memandang Shaqeel dengan mata berkaca.

Apa?

Apa yang harus dia katakan agar lelaki itu mengerti keadaannya? Bagaimana bisa dia memusnahkan hidup lelaki itu dengan mengambilnya yang sudah tidak suci.

Dia tidak mahu.

Dia rela hidup sendirian daripada musnahkan hidup orang lain deminya.

"Hidup saya takkan musnah Zuyyin. Everything gonna be okay.. as long as I have you"

Kata kata tulus itu sudah tidak mampu membuatkan Zuyyin kuat menahan air matanya. Di biarkan sahaja ianya mengalir tak terseka.

Shaqeel?

Dia hanya diam memerhati.

Apa makna di sebalik air mata itu?

Bahagiakah?

Sedihkah?

Terharukah?

Dia tidak dapat menyimpulkannya. Keretanya sudah berhenti betul betul di hadapan rumah. Dengan helaan nafas yang cukup lemah, dia berpaling kearah Zuyyin.

"Zuyyin.. kahwin dengan saya"

hahh?!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro