Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ʚ° f i v e °ɞ

IPHONE miliknya yang tertutup itu dipandang. Entah berapa kali dia buka tutup telefon itu pun dia tak tahu. Selepas sahaja solat isya', dia berbaring disitu. Menanti sesuatu yang tak pasti.

"Telefon aku rosak ke?"

Soalnya lagi sambil menekan-nekan skrin telefon miliknya sebelum iPhone itu diletakkan di sebelahnya.

"Takkan dia faham semua benda?"

Soalnya lagi. Rasanya tadi dia tulis nota tu dalam keadaan tergesa-gesa. Takkan tak ada typo langsung? Nak bertanya, dia pula yang tak ada nombor. Salah langkah rupanya dia. Kalau macam tu, baik minta nombor terus tadi.

Ting!

Terus bangun terduduk dirinya. Dia diam dulu. Mana tahu mesej berantai yang masuk. Tak mahu meletak harapan yang tinggi. Kalau adik dia yang mesej nak duit macam mana?

Senyap.

Hampir 2 minit berlalu dan telefon itu masih diam. Dengan berhati-hati, dia menghidupkan telefonnya.

Bang.. nak duit.

Allah.

Hancur harapan yang dah sedia tipis. Rasa nak marah tapi.. pada siapa?

Dia yang menunggu sesuatu yang tak pasti.

"Haih yang ini tahu duit sahaja"

Katanya sebelum dia membuka aplikasi untuk menghantar duit kepada si adik dan pantas sahaja menutupnya. Telefon diletakkan di atas meja tepi katil.

Ting!

Dia hanya buat bodoh sahaja. Siapa lagi kalau bukan si adik? Selepas itu dia bangun dan berlalu ke bawah.

"Ehh Qeel, ada lagi kamu?"

"Mummy ni, hari tu masa Qeel nak pindah tak bagi, sekarang ni menghalau pula"

Kata Shaqeel sambil melabuhkan duduk di hadapan mummynya yang sedang menghirup kopi panas itu.

"Mana ada menghalau. Kamu tu yang nampak macam nak keluar sangat daripada rumah mummy"

Shaqeel ketawa kecil.

"Mummy okay ke duduk dengan Kak Yam je? Adik tak jadi tinggal sini?"

Soal Shaqeel lagi dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada Kak Yam yang memberikan cawan berisi kopi kepadanya.

"Biar je la dia tinggal situ. Lagipun dia sibuk belajar. Jauh pula nak ulang alik. Mummy okay je dengan Kak Yam dekat sini. Man dengan pak din pun ada"

Kata Datin Maziah meyakinkan anaknya. Dia pun serba-salah dengan anak bongsunya itu, dah la belajar.. berkerjaran pula nak ke universiti.

"Suka hati mummy la. Kalau ada apa-apa terus telefon Qeel tau"

"Iyaa.. dah berapa kali kamu pesan dekat mummy ni Saif Shaqeel?"

Soal Datin Maziah pula buatkan Shaqeel ketawa sahaja mendengar balasan mummynya.

"Anak teruna mummy apa khabar? Dah dua tiga hari tak call mummy"

"Sihat je mummy. Baru 10 minit lepas mesej Qeel minta duit"

"Kamu ni.. jangan manjakan sangat dia"

Kata Datin Maziah sambil memandang kearah anak sulungnya itu. Ikutkan sangat perangai tak semengah si adik tu.

"Kalau bukan dengan Qeel, dengan siapa lagi dia nak meminta? Mummy? Lambat lagi"

Balas Shaqeel pula. Dah memang itu hakikatnya. Si adik bukan pandai meminta dekat orang lain. Dengan dia je nampak kurang ajar gitu.

"Iya tahu tapi janganlah sampai beribu-ribu sehari kamu habiskan dekat dia"

Shaqeel hanya mengangkat bahu. Tak tahu dah nak balas apa. Makin dibalas, makin kuat mummy dia membangkang. Rasanya lagi elok diam. Terus sahaja dia mengubah topik pembicaraan mereka.

"Mummy, ada nampak Qeel punya baju tak? Qeel cari tak jumpa la"

"Baju apa?"

"T-shirt biasa je. Warna brown. Qeel lupa letak mana. Takut-takut mummy atau Kak Yam ada tertengok kan?"

Kata Shaqeel pula. Dah seminggu cari tak jumpa. Biasanya orang kata tangan mak ni ajaib.

"Mummy tak basuh baju kamu. Kamu bukan jenis yang buang baju merata Shaqeel. Adalah tu. Entah-entah dekat rumah baru kamu"

Shaqeel diam sejenak. Iya ke?

"Nantilah Qeel tengok. Mummy Qeel naik dulu ek"

Kata Shaqeel pula sebelum menghabiskan kopi miliknya. Usai itu dia terus berdiri dan berjalan kearah mummynya.

"Iya. Selamat malam"

"You too mummy. Assalamualaikum"

Kata Shaqeel sebelum pipi mummynya dikucup lembut dan dia terus berlalu keatas. Memandang kearah telefonnya yang hanya dibiarkan tadi.

"Tak ada rezeki kut"

Kata Shaqeel sambil menghidupkan iPhone miliknya dan hampir sahaja telefon itu tercampak dari tangannya. Skrin telefon itu ditatap berkali-kali dengan pandangan tak percaya.

Nak jerit boleh tak mummy?

011*******
-Assalamualaikum Dr

"Ya Allah! 30 minute ago? Apa kau buat ni Shaqeel"

Soalnya sendiri sebelum laju dia membuka aplikasi hijau itu. Tadi kemain confident kata adik.. kang tak pasal-pasal melepas dia.

"Ermm.. reply salam je lah ek?"

Soalnya pada diri sendiri sebelum dia ketawa. Dah macam orang baru first time bercinta.

Ehh ingat umur. Awak dah kepala 3* !

Kutuknya pada diri sendiri sebelum dia memandang kearah skrin telefonnya. Dah tidur kut. Dah masuk pukul 10 malam.

Ting!

Tak sampai 5 minit, bunyi notifikasi masuk lagi buatkan Shaqeel tak dapat menahan bibirnya daripada tersenyum.

Maaf ganggu Dr malam-malam ni.

Hanya itu yang dihantar oleh Zuyyin namun sudah cukup membuatkan senyuman Dr Shaqeel melebar.

Tak menganggu, ada apa-apa yang awak tak faham?

Balas Shaqeel dengan senyuman.

Saya faham semuanya. Alhamdulillah. Saya cuma nak ucap terima kasih.

Apalagi.. makin lebar la senyuman Dr Shaqeel. Sikit lagi memang koyak mulut dia.

Sama-sama. Kalau ada apa-apa, awak boleh terus mesej saya.

Call pun tak apa.

I have time to waste for you.

Gatal.

Kutuknya pada diri sendiri. Ni sehabis usaha dah ni Mummy! Tebalkan je muka mengurat anak dara orang dengan alasan mengajar.

Thank you again.

Insyaallah.

Selamat malam Dr, Assalamualaikum.

Salam itu dijawab sebelum dia menutup telefonnya apabila melihat gadis itu juga sudah offline. Senyuman masih tak henti-henti bergayut dibibirnya.

"Angau angau angau"



































































































































MYVI milik Bella yang sedang menunggunya itu dipandang. Kakinya dah okay sebenarnya cuma entahlah, semua orang melarangnya untuk memandu sendiri.

Masalah sekarang ni, dia ke diorang yang trauma?

"Masuklahh! Kang lewat mahu date dengan Dr Shaqeel kita harini tapi.. macam best je"

Zuyyin hanya membuat muka seraya masuk ke dalam Myvi itu sebelum kereta bergerak perlahan menyusuri jalan raya.

"Yang kau senyap je ni asal?"

Soal Bella pula. Mana tahu si gadis tu trauma ke kan? Tapi rasanya perlahan je di bawa kereta.

"Aku.. mesej dia"

"Siapa?"

Soal Bella pula. Dia siapa pula yang dimaksudkan? Raykal? Dr Sha--

"Weyh! Dr?"

Lambat lambat Zuyyin mengangguk. Rasa nak terjun je dari kereta ni. Taknak pergi kelassss.

"Bila masa dia bagi number?"

Soal Bella pula. Rasanya tak ada tulis apa-apa pun dalam kertas nota semalam.

"Dia ada selit dengan sticky note. Aku dah sorok awal-awal"

Kata Zuyyin sambil berpaling kearah lain. Menunggu masa untuk gunung di sebelahnya meletus.

"Zuyyinn!!"

Kan dah cakap.

"Aku bukan sengaja. Tak tahu nak react macam mana. Kalau aku bagi kau, comfirm bergegar satu uni tu"

Kata Zuyyin dengan sengihan.

"Habistu kau mesej apa?"

Soal Bella cuba menenangkan diri. Alasan Zuyyin.. munasabah.

Memang menjerit dia kalau dapat tahu benda tu.

"Ucap terima kasih"

Jawab Zuyyin sambil menggigit bibir.

"Tu je?"

Zuyyin angguk lagi.

"Aku serba salah. Takkan aku nak biarkan je number tu dekat situ? At least aku ucap terima kasih sebab dia sanggup tuliskan nota tu untuk aku"

Kata Zuyyin lagi. Tapi..

Dia memang serba-salah semalam.

Lepas baca nota-nota yang diberikan, hampir setengah jam dia renung number tu sebelum dia ambil keputusan untuk ucap terima kasih.

"Kau ingat senang? Nak terputus jantung aku. Dah la lepas aku mesej dia terus off"

Kata Zuyyin pula.

Usai sahaja mesejnya dihantar semalam, terus status lelaki itu bertukar offline padahal elok je online masa dia type mesej tu.

"Mungkin dia sibuk"

Kata Bella pula dan Zuyyin hanya mengangkat bahu.

I have time to waste for you.

Ayat itu tiba-tiba muncul dibenaknya. Rasanya.. dah banyak kali ayat itu dituturkan namun dia juga tidak mahu membuat keputusan melulu. Mungkin.. lelaki tu memang bermulut manis.

"Haa termenung pula. Aku boleh comfirm yang kau bukan sekadar ucap terima kasih. Dia mengurat kau ke?"

Uhuk!

Serkap jarang pertama dah mengena.

"Ma..mana ada mengurat"

"Mesti ada ayat I have time to waste for you kan?"

"Kau tanam cctv ke dalam mata aku?"

Terus pecah tawa Bella. Dia main cakap je.. dah rezeki betul. Tapii..

"Jealousnya akuu"

Zuyyin hanya menggeleng sahaja melihat perlakuan Bella.

"Aku rasa dia ada hati dengan kau la Zuyyin"

"Dah. Tak payah nak mengarut. Buka kunci pintu. Aku nak turun"

Sedar tak sedar, diorang dah sampai rupanya. Lagipun jarak rumah Zuyyin dan Universiti dekat je. Dalam 10 minit je.

"Kejap"

Kata Bella sebelum dia membuka kunci dan turut sama turun. Baru sahaja mereka ingin melangkah, bunyi sesuatu menghentikannya.

Dejavu bukan?

Cuma bezanya hari ini lelaki itu tidak lagi merempit dengan motosikal berkuasa tinggi itu. Ferrari SF90 hitam berkilat pula yang menjamu pandangan mereka.

"Weii berkilat!"

Puji Bella dan Zuyyin hanya diam sahaja. Dia bukan kaki motor atau kereta tapi.. mesti mahal.

"Aihh kuat betul kau jadi patung cendana ya sekarang? Kau ke dia yang angau ni?"

Kutuk Bella sambil menarik tangan Zuyyin untuk berlalu.

"Kelas pukul berapa?"

Soal Zuyyin mengalihkan topik pembicaraan mereka. Malas nak dengar Bella mengusiknya lama-lama.

"10:00. Ada 30 minit lagi"

Kata Bella sambil melirik jam tangannya. Hari ini, mereka cuma ada satu kelas sahaja. Iaitu kelas Dr Shaqeel. Macam bestkan satu kelas je? Agak-agak best tak kalau dia kata kelas tu 4 jam lamanya? Memanglah boleh usha tapi naik muak juga menghadap nombor-nombor.

"Sampai?"

"Entahlah. Dr kata dia akan atur sendiri. Wether bagi kita rehat kejap or habis awal"

Zuyyin mengangguk sebelum melabuhkan duduk di kerusi batu yang ada disitu. Lenguh pula rasa kakinya.

"Sakit lagi ke?"

Soal Bella bimbang.

"Tak adalah. Aku lenguh"

Balas Zuyyin pula. Bella punya risau dah macam mak-mak.

"Kau nak air tak? Aku rasa nak minum kopi"

"Taknak. Kau pergilah.. aku tunggu sini"

Bella hanya mengangguk sahaja sebelum dia terus berlalu ke kafeteria.

"Macam mana aku nak hadap muka dia ni?"

Keluhnya sendiri.



























































































"OKAY.. memandangkan dah masuk waktu zohor. How about you guys solat and rehat dulu? One hour. Is it enough?"

Terus terangkat wajah semua. Memandang kearah Shaqeel yang sedang berpeluk tubuh sambil melihat kearah mereka yang tak bermaya.

Mau tak bermaya. 2 jam dah dok tengok angka dan abjad. Muka Dr Shaqeel pun tak boleh tolong dah.

"Cukup Dr"

"Alright.. see you at 2"

Kata Shaqeel sebelum dia menutup komputer miliknya dan berlalu keluar.

"Nak patah pinggang aku. Agaknya kaki Dr bergetar tak? 2 jam berdiri"

Kata Bella sambil memandang kearah Zuyyin yang masih sibuk menulis sesuatu di komputernya.

"Heh minah! Dengar tak?"

"Huh? Apa?"

Sah tak dengar.

"Tak ada apa-apa lah"

Kata Bella. Malaslah nak terangkan balik.

"Jom solat dulu lepastu pergi makan. Aku lapar"

"Elok juga. Awal-awal mesti boleh ikut imam"

Kata Zuyyin sambil menutup komputernya. Tote bag diambil sebelum mereka beriringan keluar dari dewan kuliah itu.

"Dr nak ke surau juga ke?"

Soal Bella apabila mereka berpapasan dalam perjalanan ke Surau. Rambut lelaki itu terlihat basah menandakan dia baru sahaja lepas berwuduk.

"Haah"

Jawab Shaqeel sambil mengerling kearah Zuyyin yang seolah-olah tidak melihat kehadirannya. Bukan dia tak perasan. Tengok Zuyyin duduk belakang pun dia dah boleh agak.

Gadis itu lari darinya.

"Awak pun nak kesana?"

Soal Shaqeel kepada Bella walaupun matanya jelas memandang kearah Zuyyin.

"Iya"

Jawab Bella sambil menyiku Zuyyin. Tolonglah cover wahai kawan. Jangan tunjuk sangatt

"Zuyyin?"

Zuyyin angkat kening. Rasa pelik pula dengar namanya meniti di bibir lelaki itu tanpa panggilan Cik.

"Saya pun nak ke surau Dr"

Jawabnya perlahan. Shaqeel pula hanya mengangguk sebelum dia meminta diri untuk berlalu.

"Kau ni Yin.. janganlah nampak sangat yang kau tak suka dia"

Marah Bella sambil menampar lengan Zuyyin.

"Nampak sangat ke?"

"Haihh! Benci betul aku bercakap dengan kau"

Marah Bella sebelum dia terus berllau meninggalkan Zuyyin yang terpinga-pinga.

"Nampak ke?"

Rasa bersalah tiba-tiba dia. Kalau si lambat pick up macam Bella pun perasan, agak-agak Shaqeel.. perasan ke? Ke dia lagi lambat dari Bella? Nampak biasa je.

"Kau taknak solat ke?"

"Nak pergi la ni"

Marah Zuyyin sambil berjalan laju untuk mengejar langkah Bella. Tak ada jauh sangat. Si kawan pun tahu kaki dia sakit.. takkan jauh beribu batu dia nak tinggal.

"Masuk dulu, aku letak kasut"

Zuyyin hanya mengangguk sahaja sebelum masuk ke dalam surau itu. Bella pula sibuk menyusun kasut mereka di dalam rak. Siapa yang nak curi kasut tiktok shop dia?

"Assalamualaikum.."

Salam diberi terlebih dahulu sebelum dia mulai membuka stokin dan tudungnya untuk mengambil wudhu.

"Tak ramai la harini"

Tegur Bella sambil memandang kearah Zuyyin yang sudah selesai berwuduk.

"Haah. Kelas Madam Lala sampai pukul 2 jadi diorang sambung terus"

Balas Zuyyin sambil memandang kearah Bella sebelum matanya jatuh pada jemaah wanita. Ada sebaris je. Mungkin ramai pergi makan dulu.

Fikirnya sendiri.

"Ehh cepatlah Bella. Dah nak start"

Kata Zuyyin memarahi Bella untuk memakai telekung apabila suara imam mulai menyuruh mereka membetulkan saf.

"Sabarlah"

Marah Bella sebelum laju-laju dia memakai telekung. Nasib tak melayang. Ni kalau terpijak kain memang jatuh terlungkup dia.

"Allahhuakhbar.."

Takbir sudah diangkat dan saat itu, hati Zuyyin disapa ketenangan walaupun sebenarnya hatinya tertanya-tanya siapa pemilik suara itu.

"Fokus Zuyyin"

Bisiknya pada diri sendiri sebelum dia mulai mengangkat takbir. Bacaan Al-Fatihah dan surah-surah pilihan itu buatkan jiwanya disapa ketenangan untuk kesekian kalinya.

"Assalamualaikum.."

Salam yang diberi menandakan sudah tamat pertemuan mereka dengan sang pencipta. Usai sahaja siap melaksanakan solat, tangan ditadah. Mengaminkan doa yang dibaca dengan hati yang khusyuk.

Aaminn.

"Ehh siapa imam kita? Macam lain je"

Soal Bella usai sahaja doa itu diaminkan.

"Sabar dulu Ya Allah. Tak sampai lagi doa aku kau dah ajak bergosip"

Kata Zuyyin sambil mencubit lengan Bella.

"Orang tanya je. Dah la suara sedap, lancar pula tu"

Zuyyin hanya menggeleng sahaja sebelum dia membuka telekung miliknya. Tudung bawal maroon yang diletakkan di tepi juga diambil kembali.

"Kau taknak pakai make up dah?"

Soal Bella apabila dia melihat Zuyyin sudah siap mengenakan tudung dikepalanya.

"Tint sunscreen dengan lip balm sudahlah"

Kata Zuyyin sambil mengeluarkan lip balm miliknya lalu dicalitkan sedikit.

"Kau tunggu aku la ek? Aku tak secantik kau"

Kata Bella sambil mencalit foundation ke wajahnya. Zuyyin hanya mengangguk sahaja. Malas nak komen lebih-lebih. Lagipun sekarang hanya tinggal mereka berdua. Yang lain dah hilang entah kemana.

"Dr belajar mana dulu?"

Soalan itu buatkan mereka berdua diam seketika.

"Dr Shaqeel ke?"

Soal Bella buatkan Zuyyin mengangkat bahu. Manalah dia tahu.

"Uni biasa-biasa je"

Sah Dr Shaqeel.

"Tapi bacaan Dr lancar betul. Tahfiz ke?"

"Saya pernah belajar dekat Mesir dulu, 3 tahun juga. Last last balik sebab rasa tak sesuai profesion"

Terus ternganga mulut Bella. Zuyyin juga sama tapi masih sempat dikawal.

"Mesir weii"

Kata Bella tanpa suara. Selepas itu, mereka hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Orang lelaki biasalah, random topiknya.

"Dah siap?"

Soal Zuyyin sambil melihat kearah Bella yang sedang membetulkan awningnya.

"Dah"

"Jom"

Ajak Zuyyin pula. Dah masuk 1:35, tak sempat makan.. kebulur diorang. Saat dia melangkah keluar dari surau itu, tak sengaja matanya memandang kearah bahagian lelaki dan..

Klikk!

Memang cliché! Dr Shaqeel pun tengah berjalan keluar, dengan posisi yang sama and.. pandang arah sini.

Allahuakbar..

Dup! Dap! Dup! Dap!

































Haaa.. panjangkan ?

Baca jelah korang. Syuu syok menaip 😔🤍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro