Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Raya


" Warna pink boleh?" Ujar aku cuba menayang wajah secomel habis berharap agar zaffran bersetuju pakai baju warna pink.

" Yang, pink? Serius la?"

Aku angguk. Mata dikelip kelip. Jadi perempuan kena bijak. Lelaki ni lemah sikit kalau perempuan kesayangan mereka goda ² ni.

Kan?

" Mama, tukar la warna lain. Takkan Iman nak jumpa Rara pakai baju pink? Tak hensem la Iman cem ni tiap² tahun pakai warna sama "

Tudiaa anak teruna aku dah mula buat perangai bapak dia. Untuk makluman, anak teruna aku dah berumur sepuluh tahun, jadi faham² la ya ?

" Alah pink pun baju juga kan? Papa okey tak?" Kini pandangan aku pada Zaffran yang serba salah untuk memberi keputusan. Sama ada aku atau anak teruna dia.

Imani Raudhah dalam dukungan Zaffran hanya memerhati tingkah laku kami. Ini anak kedua aku dan berumur lapan tahun.

Manja dan mengada.

Dah besar pun masih suruh dukung, yang bapak pun menjadi jadi manjakan si princess dia

" Maa, tahun ni tukar pakai warna lain ya? Kesian la hensem boy mama kena pakai warna pink. Dah la nak jumpa gegirl dia esok lusa ni. "

Zaffran cuba memujuk, masuk tahun ni tiga kali raya mereka pakai baju warna pink.

Lambat² aku letakkan kembali baju melayu pink dan Imani dalam dukungan Zaffran aku ambil.

Terus tangan Imani aku tarik keluar dari butik pakaian.

Zaffran dan Iman hanya berpandangan, masing-masing dah garu kepala.

" Papa, mama marah ke?"

" Habis tu iman nampak mama gembira ke tadi?" Soal zaffran sarkastik.

Terus anak teruna dia ditarik keluar dari butik itu. Mata mencari sang isteri dan puteri nya.

" Mana pulak dah mama dengan princess pergi?"

" Tu sana, eh umi Ain lah !"

Terus iman berlari ke arah Ain dan Husna yang sedang rancak berborak. Teruja nak jumpa bakal mak mentua dia.

" Umi !" Jerit iman dan terus menyalam tangan tua umi Ain nya.

" Eh menantu umi ada sekali la, wahh makin hensem iman ya?"

" Mesti lah hensem. Macam abah luq kan?"

" Habis tu papa ni tak hensem ke?"

" Mesti lah papa hensem. Iman kan anak papa dan mama?"

Husna menghiraukan dua beranak itu. Imani yang berada dalam pelukan Aliff diperhati saja.

Princess dia ni memang manja dengan Zaffran dan Aliff.

Ikut perangai dia ke?

Ishh tak kot !

" Rara mana? Datang berdua je, berdating la ni" soal aku pada Ain.

" Berdua je sebab Rara sibuk nak kemas rumah dengan kembar dia. Tak tahu pulak nak jumpa kau kat sini. Kalau dia tahu si Iman ni ada sekali mesti suka. "

Balas Ain sambil ketawa melihat ke arah iman yang sedang diusik oleh Zaffran.

Tak habis² dengan mengusik orang.

" Kan.. Dorang tu rapat sangat, dah macam adik dengan abang. "

" Tapi tula, si kembar tu macam dah tersuka pula dekat iman. Aku risau dorang berebut iman bila besar nanti "

Aku hanya ketawa. Tak dinafikan yang si Ain hamilkan anak kembar dua tahun lepas kelahiran Iman, jadinya umur imani sama dengan Rara dan kembarnya cuma beza bulan sahaja dengan Imani.

Imani agak rapat dengan kembar Rara berbanding Rara yang rapat dengan iman.

" Tak ada nya. Aku risau kau tu yang pening nak pilih siapa jadi partner anak aku.."

Zaffran dan Aliff hanya memerhati dua wanita itu bersembang.

Bagi Aliff dia sedikit tidak berkenan dengan cara Ain untuk.menjodohkan salah seorang kembar mereka dengan iman.

Baginya biarlah anak² mereka sendiri yang menentukan soal jodoh.

Tapi di diamkan saja memandang kan itu boleh membuat Ain tersenyum dan gembira.

" Anak lelaki kau ni darjah berapa?"

" Abah ni orang dah darjah empat la. Lupa la tu"
Jawab iman walhal soalan itu dituju pada papa nya.

EH biarlah dia nak jawab.

Sekali sekala sibuk hal orang tua² kan? Bukan salah pun.

" Abah luq kenapa Rara tak ikut sekali? " Sedikit sedih kerana Rara tidak ikut bersama. Baru nak ajak pilih baju raya.

Huhuhu

" Rara sibuk kemas rumah dengan Rinrin. Biasa lah anak dara abah tu rajin dia lain macam. Kenapa? Rindu Rara ke?"

" Ha ah. Lama tak jumpa Rara. Haritu ajak papa pergi rumah Rara tapi papa busy kerja. Rara sihat ke abah luq?"

Zaffran menjengil mata dengan garang pada iman, namun selamba saja iman buat2 tak nampak.

" Makin Cubby " jawab Aliff sambil ketawa.

Alesha Zahra kembar dengan Aleeya Zahrin berumur lapan tahun dan Rara macam yang diberitahu memang rapat iman sebab iman suka layan Rara berbanding Rinrin yang sedikit mengada.

Haha

Mengata anak sendiri ke abah Luqman?

" Jom kita balik dah lewat ni. Nanti lambat sampai rumah" ajak Ain pada kaum lelaki yang sedang berborak.

" EH dah beli baju ke?" Soal Zaffran pada Husna. Wanita itu tersenyum lebar dengan gembira.

Lain maciemmmmm nih

" Dah beli. Jom balik , tak sabar nak cuba baju raya kita !!"

Ain dan Husna beriringan keluar dari pasaraya tersebut. Zaffran dan Aliff hanya mampu mengikut.

Debor pulak rasa bila isteri dia beli baju tak bagitahu dia.

Risau kena pakai warna pink lagi buat kali ke empat.







..



" Selamat hari raya, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sayang kauuu!" Ujar aku dengan sendu sambil berpelukan dengan Ain

Raya tahun ini kami sekeluarga beraya dengan Ain, jadi selepas habis solat raya terus serbu rumah Ain.

" Sama la Aku pun. Eh anak teruna kau mana?" Soal Ain bila kelibat iman tidak kelihatan.

" Merajuk. "

" Laaaa kenapa?"

" Tengok lah baju raya kami ni " ujar aku sambil tersengih.

Ain hanya mampu ketawa.

Benar.

Buat kali ke empat mereka berpakaian warna pink. Sudahnya anak teruna dia merajuk dari malam raya sampai pagi ni.

Puas dia pujuk namun tak jalan. Zaffran pula siap pesan jangan minta tolong dia kalau anak merajuk.pandai² LA pujuk sendiri.

" Kau ni pun, patut LA dia merajuk. "

" Alaaa bukan lama merajuk tu, jumpa anak dara kau tu hilang LA merajuk dia"

Alesha Zahra menghampiri iman yang sedang memeluk tubuh di kolam renang. Sedikit sebal dengan mama nya yang tak habis² suruh pakai baju raya pink.

Tak tahu ke dia nampak jambu bila pakai warna pink??

" Abang Iman !"panggil Rara yang segak berbaju kebaya sama warna dengan dia.

" Eh Rara buat apa sini? Rindu abang la Tu Cari sampai sini. " Usik iman sambil memberi ruang duduk pada Rara.

" Ha ah rindu. Lama tak jumpa abang. Selamat hari raya abang Iman !" Ucap Rara ceria.

Iman turut tersenyum melihat Rara yang ceria. Ini sebab kenapa dia rapat dengan Rara berbanding Rinrin .

Rara kakak kembar Rinrin jadi dia sedikit matang berbanding Rinrin yang agak manja dan mengada.

Macam Imani.

" Selamat hari raya Rara abang yang comel montel ni !" Pipi Rara dicubit geram.

Rara sedikit berisi berbanding Rinrin yang kurus ramping. Rara juga bertudung walaupun berumur lapan tahun.

" Abang, mana boleh sentuh. Dosa, nanti umi marah !" Ucap Rara kalut sambil melihat ke dalam rumah.

Risau umi dia nampak. Banyak kali umi dia berpesan agar menjaga batasan dengan mana² lelaki walaupun mereka masih kanak².

Dan pesanan umi nya sentiasa di ingati.

" Alaa sorry la, abang lupa pulak. Rara la comel sangat kenapa?? Eeeee"

Rara tunduk malu. Dia suka dengan iman tapi umi selalu pesan iman akan dijodohkan dengan Rinrin.

Dia tidak mengerti namun dia akur. Beberapa kali juga dia dipesan agar tidak dapat dengan iman.

Namun bukan dia yang mencari iman, tetapi iman yang selalu mencari dia.

" Rara " panggil iman.

". Ya kenapa ?"

" Nanti dah besar sudi tak jadi isteri abang?"

Rara terdiam. Dia tidak mengerti tetapi dia angguk dan senyum.

Iman jangan cakap lah, teruja tahap apa lagi.

Dalam hati dia tidak henti berdoa agar satu hari nanti dia akan berjodoh dengan Rara.

Amin !

" Baju kita sedondon la Rara, warna sama. Jom selfie !"

Dari jauh Ain dan Husna melihat mereka berdua. Husna senang akan layanan iman pada Rara manakala Ain hanya diam.

Entah apa bermain difikirannya, yang dia tahu Rara harus dijauhkan dari iman!

"Jom tangkap gambar raya, cepat²!" Riuh suara zaffran menjerit dari ruang tamu.

Kelam kabut mereka yang ada disitu menyusun tempat untuk bergambar.

Rara yang berdiri disebelah Imani hanya mampu tersenyum melihat Rinrin digandingkan bersama iman.

Dia kakak, dia kena mengalah. Tak apa lah.

Namun lain jadinya bila iman bertukar dengan Imani. Imani disuruh berdiri sebelah Rinrin manakala dia berdiri disebelah Rara tersenyum puas.

Sempat mata dikenyit pada Rara.

Gatal nya kau Iman Riqki.

" Okey sedia, 1 2 4 senyum ! Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin "




























Selamat hari raya wahai pembaca Milik Dia 😊

Saya disini menyusun sepuluh jari memohon ampun pada korang kalau ada sakit kan hati korang tanpa sengaja, terguris kan perasaan korang dan sewaktu dengannya,
Ampun dan maaf dipinta.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro