9. ada baby Ke?
9.
" Wa, petang ni kita keluar beli barang basah. abang teringin nak makan sambal petai udang. Wa masakkan ya?"
kebetulan hari ni cuti jadi aku hanya menghabiskan masa dirumah. dan Zaffran juga cuti hari ini memandangkan dia juga turut berada dirumah.
kejadian semalam buat aku rasa ingin menyorok. Zaffran aku tengok selamba saja wajah nya. sedangkan aku sudah malu.
terasa bahu Zaffran bersentuhan dengan bahu aku. aku alihkan pandangan, sikit lagi hidung aku nak berlaga pipi dia.
eh sejak bila
" Wa dengar tak abang cakap apa? termenung ke tengok tv?" soal Zaffran yang sudah tersenyum merenung aku.
rambut aku diselit ke celah telinga. aku telan liur. oleh kerana hal semalam, Zaffran tidak membenarkan aku pakai tudung di dalam rumah.
" saya tengok tv la. awak yang kacau saya."
" eh bila masa abang kacau Wa? ke Wa nak abang betul² kacau Wa, urmm?" Zaffran tayang senyum gatal nya.
aku tolak bahu dia menjauh. Zaffran ketawa sebelum menarik tubuh aku dan dipeluk erat.
awal nya aku gugup tetapi setelah berada dalam dakapan nya aku berasa tenang.
rambut aku dibelai tangan Zaffran.
aku nak ikat rambut pagi tadi, tapi getah rambut aku hilang. pelik bukan? stok² getah rambut aku pun sama hilang.
ke aku salah letak? tapi macam pelik sebab getah barang pun satu takde dalam rumah ni. pelik betul. sudahnya rambut aku bebas tanpa ikat.
" Abang suka bau rambut Wa, wangi je. macam tuan nya " puji Zaffran bersama kucupan di kepala aku. sedangkan aku tersimpul malu.
macam tak caya je Zaffran puji aku.
" err awak, kejap lagi nak keluar kan?"
" ye sayang. kenapa? Wa ada barang nak tambah ke?"
aku angguk. " saya nak beli getah rambut. getah rambut saya hilang. pelik betul sekali stok² saya simpan tak ada."
Zaffran terbatuk kecil. aku pandang dia tapi dia tersengih saja. macam pelik.
" oh iya ke? Wa salah letak kot. "
" mana ada. saya memang simpan dalam bekas biru atas meja solek tu. getah barang pun tak ada ni. saya nak ikat rambut, rimas."
"Abang tak rimas pun tengok Wa. lagi sukaaa ada la " ujar Zaffran. jari jemari nya bermain di rambut aku sebelum turun ke leher. aku mengeliat kegelian.
pap.
tangan Zaffran aku tampar perlahan.
" auch sayang ! sakit laa .." Zaffran mengosok tangan yang aku tampar.
"tahu pun sakit, jangan la kacau saya." bebel aku dengan wajah masam.
Zaffran buat tak peduli. tubuh aku dipeluk semakin erat . buat seketika aku lupa tentang hal ain dan aku semalam.
"sayang, kejap lagi kemas barang ² sayang pindah masuk bilik abang."
"ehh kenapa pulak?" soal aku hairan. dah kenapa nak suruh pindah bilik ni.
" lupa ke? semalam kan kita dah bersama. abang rasa Wa dah cukup bersedia. Wa lupa apa janji wa pada abang?"
aku mengigit bibir. betul la tu. aku dah janji akan pindah masuk bilik dia bila aku dah bersedia dan boleh terima dia.
"tapi semalam tu kan-"
"apa semalam tuu apa?wa nak bela diri ke? padahal semalam dia punya sua-"
aku tolak tubuh Zaffran dan mula bangun dari sandaran nya.
muka aku jangan cakap la.dah merah menyala macam udang kena bakar.
"ehh sayang.. nak ke mana tu?" tangan aku dipegang bila melihat aku bersedia untuk pergi.
"Wa nak makan meggi. perut rasa teringin nak makan. awak nak ?"
Zaffran angkat kening sebelum matanya jatuh pada perut aku. aku mengerut tanda hairan.
"kenapa?"
"ada baby ke dalam ni?" soal Zaffran sambil berdiri.tapak tangan nya melabuh di perut aku.
masyallah. apa kena dengan mamat ni.
" baby?" soal aku hairan.
baby apa pulak ni?
eh kejap.
jangan cakap yang dia salah faham ayat teringin aku tadi tu.
" ma..mana ada baby. saya cuma rasa teringin nak makan meggi je ." dah tergagap aku menjawab.
Zaffran tersengih sebelum melabuhkan ciuman dipipi aku.
" tak sabar nak ada baby dengan Wa."
dan Zaffran berlalu naik ke bilik nya sambil ketawa. manakala aku sudah terkaku sebelum sebuah senyuman terukir dibibir.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro