7. jumpa kawan
7.
" Wa.. "
aku pandang Zaffran yang sudah siap hendak keluar. selepas sembahyang tadi aku turun ke bawah untuk siapkan makan malam, manakala Zaffran aku lihat hanya duduk bermain phone.
" abang nak keluar kejap jumpa kawan."
" habis wa masak ni siapa nak makan?" soal aku pada Zaffran.
Zaffran dengan riak bersalah. aku melepaskan nafas. tidak mahu mengeluh dihadapan nya.
" tak apa la. nanti wa simpan dalam peti. kalau awak nak makan wa panaskan nanti." ujar aku dan langkah aku bawa ke dapur.
usai menyimpan masakan yang aku masak aku kemaskan dapur. rasanya Zaffran dah keluar sebab aku tengok diruang tamu tiada kelibat dia.
aku mengunci pintu hadapan, entah bila Zaffran pulang tapi dia ada kunci rumah jadi tak perlu la aku menunggu.
sedar atau tidak kini masuk sebulan perkahwinan kami. dan kami masih duduk bilik asing. Zaffran ada meminta aku pindah ke bilik dia tetapi aku cakap belum bersedia dan dia menghormati keputusan aku.
telefon aku capai dan laman instagram aku bukak. pelbagai gambar aku lihat sebelum terhenti pada gambar yang baru dimuat naik oleh Ain sejam yang lalu.
gambar Ain bersama seorang lelaki sedang makan di restoran. dan aku kenal lelaki itu. Zaffran.
keluar jumpa kawan? maksudnya ain?
hati aku sedikit terasa kecewa. kenapa ni? kenapa rasa sesakit ini?? walaupun sudah milik aku tetapi perasaan nya masih pada Ain.
ya aku lupa tentang itu. hubungan mereka sudah lama jadi tak mustahil perasaan sayang itu masih ada.
untuk apa aku disini? menjadi boneka Zaffran?
aku kecewa.
=
Pagi itu aku bersiap awal. sarapan aku siapkan selepas subuh. hari ni aku tidak mahu bertemu dengan Zaffran. sempat aku selit sticky note pada sarapan yang aku sedia.
kasut aku sarung dan beg aku galas. aku melangkah ke arah motor pemberian along semasa hari lahir aku tahun lepas.
buat masa ini mengelak dari Zaffran adalah jalan terbaik.
" Wa !" baru hendak hidupkan enjin motor Zaffran memanggil dari dalam.
maka lagi cepat aku hidupkan enjin moto dan masuk gear terus aku tuju ke arah pagar yang sudah terbuka.
biar lah apa Zaffran nak fikir tentang aku. yang aku tahu aku belum bersedia bersemuka dengan dia.
teringat komen² dari rakan Universiti yang memberi komen kepada gambar² ain.
' weh korang getback balik ke?'
'wow sweet couple gais!'
' Zaffran? srius la ain?'
'dorang dah brsama, lepas ni sruh Zaff ceraikan bini dy kt rumah tu'
hati aku bagai dicarik carik.
macam ni ke rasa dikecewakan?
macam ni ke rasa diduakan?
aku tak layak untuk Zaffran.
ya allah, aku buntu!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro