Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5. kuat mengusik


5.

Kini genap seminggu aku menjadi isteri Zaffran. banyak yang berubah. kalau dulu cuti kerja aku banyak habiskan masa tidur. tapi sekarang bila cuti aku banyak habiskan masa di dapur.

mengemaskan apa yang patut dan menyediakan makan minum Zaffran.

dan sepanjang seminggu macam² perangai Zaffran aku tahu. kuat mengusik dan tak kekok.

hanya aku yang kekok walaupun tidur bilik asing. Zaffran menghormati keputusan aku. tetapi ada waktu dia beri. katanya bila aku dah boleh terima dia sebagai suami pindah la ke bilik berhadapan.

pagi sabtu yang indah ceria aku sudah bertukus lumus seorang diri di dapur. Zaffran cakap ada tetamu hendak datang ke rumah hari ini dan dia suruh aku masak yang sedap².

" sebelum ni saya masak tak sedap ke?" soal aku bila Zaffran memberitahu untuk memasak sesuatu yang sedap buat tetamu.

" sedap. apa saja yang Wa masak sedap sangat. " aku cebik bibir.

" asal bibir tu? nampak kesunyian jer. nak peneman tak?" bibir Zaffran sudah mula memuncung.

"gatal !" Zaffran ketawa kuat. seronok la tu dapat mengusik aku.

" Wa masak sedap. tengok perut abang, dah ada lemak² terkumpul tau. masakan Wa paling terbaik selepas Ibu. " puji Zaffran. rambut aku yang terjuntai di depan di betulkan oleh Zaffran sebelum mengepit rambut aku dengan penyepit rambut.

entah mana dia rembat tak tahu.

" Wa macam mana dengan kerja?"

" okey je. cuma Wa rasa letih sikit. sebab cikgu yang sorang tu dah berhenti jadi tugas dia semua Wa yang buat.."

Zaffran diam. mata dia pandang aku lama. aku telan liur. aku ada salah cakap ke?

tangan aku diraih oleh Zaffran sebelum dibawa ke bibirnya.

" berhenti la Wa. duduk rumah je jaga abang. abang mampu tanggung Wa"

" tapi Wa dah lama kerja situ-"

"sayang "

mata kami bertentangan.

" tolong bagi Wa kerja. Wa janji hujung tahun ni Wa berhenti. boleh?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro