Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4. sesuaikan diri


4.

Aku membetulkan tudung bawal yang aku pakai semasa majlis tadi. sedar atau tak aku kini sudah sah bergelar isteri kepada Zaffran Hasyraff Bin Dato Zain Hadi.

mama lynn tidak bersuara selepas aku sah menjadi milik Zaffran. mama terus jadi dingin, aku sedikit pelik. marahkah dia pada aku?

keluhan terlepas dibibir. Nasuha manusia paling gembira bila aku bersetuju untuk menjadi isteri Zaffran tadi.

baju yang aku pakai juga sama warna dengan baju melayu Zaffran jadi tidak ada pengantin berbaju pelangi tadi. cuma wajah aku saja di tacap oleh kak su.

" Warda.." teguran papa Iskandar buat aku panggung kepala. senyuman aku beri pada papa.

papa Iskandar sudah aku anggap seperti bapa sendiri. kerana aku kerap dibawa oleh ain ke rumah ini bila aku tidak pulang ke kampung.

" papa is, mama lynn marah kan Warda ke?"

" tak la. mama tak marah cuma dia masih susah nak terima ain malukan kami macam ni. papa bersyukur sekurang masih ada warda yang sudi menggantikan tempat Ain. " ujar papa Iskandar.

entah la. aku sendiri tak faham dengan Ain. apa saja yang buat dia nekad meninggalkan majlisnya bersama Zaffran? bukan kah itu impian nya untuk berkahwin dengan Zaffran??

" Warda dah jadi isteri orang, papa harap warda tak lupakan kami disini. "

aku tersenyum sebelum menggelengkan kepala.

" papa is kan keluarga warda, mana boleh warda lupakan papa is. papa dan mama banyak tolong warda, terima kasih" ucap aku ikhlas. wajah tua papa is aku pandang penuh kasih.

mereka yang menjaga aku selama ini. kerana aku adalah anak yatim. punya seorang abang tetapi kesibukkan dia bekerja sebagai pilot buat aku jarang bertemu dengan dia.

wang di bank in setiap bulan buat belanja, cumanya aku masih kekurangan kasih sayang sebuah keluarga. hanya keluarga Ain aku ber kasih sayang. dan Ain tidak sombong dan menerima aku sebagai 'adiknya' disini.

" ni, papa hadiahkan untuk perkahwinan kamu berdua. papa harap Warda tabah dan kuat dalam menempuh alam rumah tangga. kalau ada salah faham, duduk berbincang, ya?" sebuah beg kertas diberi pada aku.

" apani papa? susah²kan papa je. dah banyak papa bagi pada warda."

" papa ikhlas. warda dah selamatkan air muka keluarga ni jadi ia nya tak menyusahkan papa."

aku sekadar menunduk. bibir aku gigit sebelum bahu aku disentuh oleh seseorang.

aku angkat kepala. wajah Zaffran menyapa mata. senyuman aku beri sedikit hambar.

" Zaffran jaga warda elok². papa minta maaf bagi pihak Ain." Zaffran hanya tersenyum saja sebelum membalas pelukkan papa Iskandar.

bermula hari ini aku akan tinggal bersama Zaffran.

lelaki yang dicintai dalam diam kini jadi miliknya.

hebatnya percaturan Dia.

didalam kereta aku hanya diam. Zaffran disebelah yang sudah bertukar baju memandu dengan tenang.

sesekali dia melihat aku disebelah.

" Wa, okey tak?" soal Zaffran disebelah. lampu isyarat merah membuatkan kereta terhenti.

" ha? erm. okey . kenapa?" gugup aku bertanya. bukan tak biasa berdua dengan Zaffran. tetapi hari ni jadi luar biasa.

sebab?

aku dah bergelar isteri Zaffran. kalau sebelum ni bertepuk tampar aku dengan Zaffran macam adik dan abang.

tapi sekarang, dah jadi gadis melayu terakhir. gelak pun cover tutup mulut hihihi.

" diam je. tak selesa dengan abang?" erk !

abang? biar betik Zaffran ni?

" aku ok-"

" aku??" Zaffran menyoal dengan wajah serius. ah sudah.

aku kemam bibir sebelum menelan liur yang agak kelat.

" saya okey. masih cuba sesuaikan diri. "

" ye, kena belajar sesuaikan diri. tak kan nak bercakap dengan suami dengan panggilan aku kau?" aku diam dengan mata terkebil kebil.

" belajar sebut abang depan cermin, nanti lama² biasa la tu. tak de la nak tergeliat lidah, sayang "

aku pandang Zaffran sebelum dia mengenyit mata pada aku.

Astaga !

debor jantung Warda !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro