23.
Beberapa bulan kemudian ...
Aku mengemas baju yang terakhir untuk dibawa ke percutian aku dan Zaffran. Dengan usia kandungan aku yang masuk 6 bulan ni baru Zaffran ingat yang kami belum pergi berbulan madu lagi.
Lol laki aku ni. Kang kalau aku menolak mahu merajuk berhari hari. Kalah aku yang mengandung pula.
Pernah satu hari tu aku keluar ke rumah mama Lynn untuk memberi masakan kesukaan mama Lynn, bukan aku tak beritahu pada Zaffran, tapi Zaffran kata tunggu dia balik.
Masalahnya dia ada meeting penting tak info aku , aku tunggu berjam jam sampai mama Lynn call bagitahu dia dah lapar tunggu masakan aku tiba.
Terpaksa lah aku hidupkan motosikal lama aku yang berbulan aku tak naik, aku bawak ke rumah mama Lynn.
Sampai saja mama Lynn orang pertama marahkan aku sebab mengandung naik motor macam tak ada apa².
Sudahnya malam tu Zaffran jemput aku pulang. Depan papa dan mama Lynn dia layan aku baik je, elok masuk kereta sampai ke rumah dia palau aku.
Apa aku cakap dia buat tak tahu.
Menyirap juga aku, tapi bila dia cakap yang dia kecewa bila aku naik motor ke rumah mama Lynn terus aku rasa bersalah. Walaupun bukan salah aku.
Biasa lah perempuan kan. Mana pernah mengaku dia salah walaupun dia tahu dia salah dan akhirnya Zaffran tak bertegur aku buat beberapa hari.
Puas aku pujuk dengan makanan kesukaan dia, last² aku give up. Aku minta maaf dan dia terus peluk cium aku.
Katanya menyesal sebab merajuk lama² pastu tak dapat peluk cium aku macam selalu.
Padan muka. Mengada lagi sangat. Tapi salah aku juga, Zaffran risaukan kandungan aku, dan aku pulak buat perangai tiga suku degil namateyyy!
" Yayang.. baju melayu abang yang warna merah tu mana?" Soal zaffran yang baru keluar dari bilik air.
Aku dah kerut dahi, pelik.
" Nak buat apa baju melayu?"
" Laaa yang, tak tahu ke?"
" Tahu apa?"
" Abang nak kasi madu kat yayang. "
Aku membeliak kan mata aku yang bulat cantik comel ni. Zaffran tersengih sebelum menghampiri aku.
Cuba menyentuh bahu aku , namun aku mengelak.
" Abang gurau je. Hari ni hari jumaat, abang nak pergi sembahyang jumaat. Itu yang tanya baju melayu tu. "
" Ke abang memang ada niat nak bagi saya madu?" Soal aku dengan geram.
" Eh yayang nak madu ke?" Soal Zaffran dengan wajah bodoh².
Aku jengilkan mata, Zaffran terus ketawa. Seronok dapat mengusik aku.
" Abang jangan macam² eh, kalau saya tahu abang duakan saya, memang saya tinggal abang. Ikut jejak Ain. " Ugut aku pada zaffran.
Biar dia tahu apa itu erti kehilangan. Tudiaa sis !
" Ish jangan macam tu yang, benda boleh bincang kan?" Zaffran menggengam tangan aku erat.
Tahu takut.
" Habis tu sebelum nak bagi maduuuu tu ada bincang tak dengan saya?"
Ayat madu tu aku tekan agak dalam, tapi bukan Zaffran kalau tak main² kan aku.
" Tadi yayang cakap nak madu - Auchhh Yangg, sakit !" Cubitan ketam tahap empat aku beri pada Zaffran.
" Garang betul dia. Abang gurau je lah, abang dah ada yayang kan? Buat apa nak tambah² lagi. Sorang ni pon tak terjaga tahu. " Hidung aku dicuit manja. Kucupan berlabuh di dahi aku lama.
Aku tersenyum senang, seronok nya ada suami. Boleh manja² begini.
suami aku jenis kuat mengusik tapi pandai pujuk.
" Abang sayang yayang. Jangan tinggal abang macam mana Ain tinggal keluarga dia. "
Benar. Beberapa bulan yang lalu Ain terus hilang kan diri. Nombor telefon yang selalu aku hubungi tidak dapat dihubungi lagi.
Merata tempat aku mencari, Aliff juga turut mencari tetapi tiada kesudahan. Ain seolah-olah ada tetapi tidak tahu di mana dia berada.
Aliff manusia yang paling kecewa, dengan membawa cincin untuk melamar Ain dirumah keluarga Ain, tapi bila kami sampai papa is bagitahu yang Ain sudah keluar dari rumah dua hari lepas itu.
Kami terlambat. Mama Lynn jatuh sakit kemudian hari. Ulang alik hospital untuk mendapatkan rawatan. Sakit rindukan anak nya, Ain.
Segala yang terjadi malam pergaduhan keluarga itu papa is cerita, aku sangat terkesan. Sungguh pun bukan keinginan Ain, tetapi tidak wajar Ain dilayan sebegitu oleh mama Lynn.
Sudah nya mama Lynn menyesal dan merayu agar Ain kembali ke pangkuan nya. Merata zaffran dan Aliff mencari tapi hasilnya tetap sama.
Ain hilang tanpa berita dan jejak!
Laman sosial media juga kosong. Segala gambar dihapuskan oleh nya. Jadi kami tidak boleh mencari tahu di mana dia berada.
Cuma berharap akan keajaiban berlaku.
" Mana mungkin saya tinggal abang. Saya ada abang je. Tentang Ain tu nanti kita cari lagi ya?"
Zaffran sekadar mengangguk sahaja.
Aku rindu kau Ain. Balik laa.
...
Aku menahan tawa, melihat wajah cemberut Aliff aku dah boleh agak yang dia di paksa oleh Zaffran untuk mengikut percutian mereka kali ini.
Pulau Langkawi menjadi pilihan Zaffran untuk bulan madu yang tak berapa nak madu sebab aku dah mengandung 6 bulan. Nak berjalan pun aku rasa malas kadang² tu 😂
" Bro, senyum la sikit. Engkau ni pun apasal jujur sangat muka tu tak suka??" Sembur Zaffran bila kami tiba di jeti.
" Tahu aku tak suka asal kau ajak?" Balas Aliff sambil mengalas beg nya.
Sakit hati lelaki nya dipaksa oleh Zaffran untuk bercuti di Langkawi. Walaupun cuti dia masih banyak, tapi bukan bercuti dengan pasangan itu.
Nampak sangat dia macam jadi orang ketiga. Eeee Zaffran ni!
" Halahhhh kau ni, sombong betul. Aku ni ajak sebab nak bagi kau tu tak stress fikirkan tentang dia tu. "
Aliff buat muka bosan. Sememangnya dia masih teringat akan wanita pujaan nya yang hilang tanpa jejak itu.
Puas dia mencari tetapi hasilnya hampa.
' mana la Kau pergi Ain? ' ujar hati kecilnya.
" Aku ni ibarat jadi peneman kau tahu tak? Jadi lelaki tetapi pengecut bawa geng jumpa awek. Haaa macam tu "
" Tak usah mengingat kan tentang hal zaman² sekolah la bro. Kau pun sama je dengan aku dulu. Pirahhhh "
Aliff yang cuba mengelak dari tumbukan Zaffran berlanggar dengan seorang perempuan berjubah hitam.
" EH maaf², saya tak nampak. " Aliff meminta maaf.
Perempuan berjubah hitam berpurdah hanya menampakkan mata itu mengangguk sebelum berlalu pergi dengan kalut.
Aliff terpaku. Mata cantik itu mengingatkan dia tentang seseorang.
" Oii tangkap cintan kah tu? Bukan main kau usha awek tu" usik Zaffran yang melihat Aliff bagaikan terpaku dengan kejadian tadi.
"Diam lah kau. Suka² hati je tolak aku. Kalau dia jatuh tadi macam mana?"
" Macam tu lah. Kau ada kau sambut la. Mana tahu merasa kami.makan nasi minyak kau tahun ni "
Aliff menahan rasa, nasib baik sepupu, kalau orang luar ni mahu mendapat penumbuk abang bomba.
" Sudah la zaff usik Aliff. Awak ni kenapa menjadi jadi sangat perangai ni??" Marah aku bila dari tadi aku tengok dua lelaki ni buat perangai.
Laki aku yang buat perangai sebenarnya.
" Marah dia Una, melampau betul perangai. Cubit² sikit tuu " Aliff menambah perisa. Zaffran muncung kalah itik.
Kisah pulak aku.
...
Malam itu Aliff mengambil angin diluar bilik nya. Selesai makan malam dengan Zaffran dan Husna pasangan itu kembali ke bilik kerana Husna sakit belakang.
Jadi hanya Aliff saja berjalan di pantai. Keadaan yang sunyi sepi hanya beberapa orang pengunjung sedang membuat aktiviti sendiri.
Aliff melabuhkan punggung di batu tepi. Matanya meliar sekeliling kawasan sebelum terhenti pada seorang perempuan berjubah putih sedang berjalan ke arah pantai.
Aliff lihat jam ditangan, pukul 11 malam. Keadaan yang sunyi sepi menaikan rasa seram dalam dirinya.
" Lain macam ni. Orang ke hantu tu?" Soal Aliff sendiri, matanya digosok berkali kali.
Perempuan berjubah putih itu mula berjalan ke arah air laut. Perasaan Aliff tak tentu. Sebagai seorang bomba naluri nya kuat menyatakan itu manusia bukan hantu!
Tak tunggu lama Aliff berlari sambil memanggil perempuan itu.
" Hey cik jubah putih ! Nak ke mana tu ?? Bahaya laa !" Jerit Aliff bila perempuan itu sudah masuk ke air laut yang paras pinggang.
Dia sudah masuk ke dalam air, tetapi terhenti apabila perempuan itu berhenti.
" Haa sudah, takkan aku kena tipu?" Omel Aliff sendiri.
" Encik jangan nak sibuk hal saya. " Ujar suara itu
Suara itu mirip seseorang.
" Ain Najiha" terpancul dari bibir lelaki itu.
Wanita jubah putih itu menoleh dan Aliff juga bagaikan terpaku seketika.
Tak mungkin..
"Aliff "
"Ain "
....
Zaffran sudah bercekak pinggang, kalah guru besar gayanya. Manakala Aliff sesekali menoleh ke arah Ain yang berada dalam pelukan Husna.
" Mana kau pergi Ain? Semua orang cari kau." Ujar Zaffran apabila keadaan sedikit reda dengan tangisan dua wanita itu
Melihat keadaan Ain yang sudah berpurdah itu sejuk mata dua lelaki itu memandang. Suka dengan penghijrahan ain. Semakin cantik dimata Aliff.
" Aku ada ja tak kemana. Maaf susahkan korang semua."
" Tahu pun susahkan kitaorang semua ADOIII YANGGG !'
kan dah kena cubitan ketam dari puan isteri.
Aku jenggilkan mata garang buat Zaffran. Mulut tu eeeee aku cilikan juga nanti.
" Ain, kenapa tinggal kan aku? Aku rindu kau. "
Ujar aku sambil memeluk Ain dengan erat.
" Aku rasa aku dah susah kan ramai orang. Jadi aku ambik keputusan untuk tinggal sebentar, aku kesian sebab mama mesti malu dengan aku lagi"
" Ain, setiap ujian yang Allah beri pada kita, itu tanda dia sayangkan kita. Ujian yang berat pada kau ini dianggap istimewa buat Nya. Kau insan terpilih Ain, jangan rasa kau dah susahkan kami. Kau hilang macam ni lagi kami risau, dan tentang mama kau .. "
Tangan Ain aku genggam erat. Mata kami saling memandang antara satu sama lain
" Dia tunggu kau pulang" aku kesat airmata Ain yang mengalir laju. Syukur kerana Ain sudah kembali pada kami.
" Kita pulang ya?" Pujuk aku lagi. Kali ini Ain tidak menolak. Tetapi sekadar diam sahaja.
" Mama tak marah kan aku lagi ke?"
"Tak. Semua orang tunggu kau . Kita balik ya?"
Lambat² Ain angguk sebelum dia memeluk aku erat dengan mulut tak henti² meminta maaf.
Zaffran menepuk bahu Aliff yang turut beremosi. Syukur dipanjatkan, akhirnya Ain kembali!
..
Dua minggu kemudian ...
Ain melihat ke arah luar, kawasan itu sudah dibanjiri dengan hujan lebat. Seketika dia lupa bahawa hari ini dia dihantar oleh papanya ke tempat kerja.
Sudah telefon kehabisan bateri, power bank Pula tak bawa. Macam mana dia mahu pulang? Keluar dari bangunan tempat kerja nya dia berlari anak ke arah pondok menunggu bas.
Nampaknya dia kena tunggu bas akhir pada pukul 8 malam. Cuma dalam hati dia berharap agar papa akan menjemput dia pulang.
Pap !
Dahi nya ditepuk. Lupa yang papa dan mama keluar kawasan kerana ada hal kecemasan saudara di Perak ketika menghantar dia ke tempat kerja pagi tadi.
" Alaaa macam mana ni? " Bisik ain. Sedikit trauma dengan keadaan begini.
Tambahan lagi dengan kejadian beberapa bulan yang lalu. Dia melihat sekeliling, keadaan semakin gelap dengan cuaca hujan lebat.
Ain memeluk tubuh, keadaan yang sebegini dia cuba elakkan. Tidak mahu sejarah kembali berulang. Dalam hati tak henti dia berdoa minta dilindungi dari perkara yang tak diingini.
" Ain !" Jerit seseorang dari sebuah kereta Honda Civic berwarna putih.
Lambat² dia menoleh sebelum menghembuskan nafas lega.
Aliff, jejaka itu segak dengan pakaian kasual. Bila je tak pernah segak jejaka bomba ni? Hari² segak.
" Jom aku hantar balik. "
" Tak apa saya tunggu bas"
" Kau nak aku dukung kau masuk dalam kereta atau kau masuk sendiri?" Ujar Aliff yang sudah mula.membuka tali pinggang keledar. Bersedia untuk keluar jika Ain berdegil tidak.mahu masuk.
Ain menurut, sembang kemas nak tunggu bas bagai, sendiri takut nak berlagak lagi.
" Papa suruh aku jemput kau. Sebab kau tak bawa kereta " Aliff memulakan perbualan.
"Saya tak berani nak drive dalam bandar. " Jawab Ain perlahan.
Segala berubah tentang Ain. Dari pemakaian sampai ke bicara. Kalau dulu asyik nak bertikam lidah kini Ain lebih berhati hati dalam berbicara.
" Kau kahwin dengan aku jelah. Hari² aku jemput kau balik kerja macam ni. "
" Saya tak nak susahkan awak. Kalau awak tak jemput tadi saya boleh tunggu bas-"
" Kau nak perkara lama berulang ke? Tempat tu sunyi sepi kot. Kalau apa² jadi dekat kau macam mana??"
"Tak perlu awak ungkit kisah lama saya. Saya sedar diri saya siapa"
Airmatanya jatuh kembali. Dengan lelaki ini hati nya cepat terusik. Tidak perlu Aliff mengungkit perkara yang lalu.
Aliff membelok ke bahu jalan. Melihat airmata Ain mengalir hatinya dirundung pilu.
" Sayang, sorry. Aku tak bermaksud nak ungkit kisah silam kau. "
Ringan saja tangan nya naik mengusir airmata Ain. Ain memulakan kerja disebuah syarikat, namun dia tidak dibenarkan memakai purdah jadi Ain terpaksa membuka kembali. Dia akan memakai bila diwaktu kerja sahaja.
Dagu Ain diangkat. Mata mereka saling bertatapan.
Rindu nya Alif dengan raut wajah cantik Ain. Kalau sudah halal mahu saja dia memeluk wanita itu.
" Aliff, jangan sentuh saya" Ain menolak tangan Aliff.
Bila berdua begini bila² masa sahaja mereka akan terhanyut oleh nafsu.
" Ain, aku bagi kau tiga pilihan. "
" Pilihan apa?" Berkerut dahi Ain melihat Aliff yang menayang wajah serius.
" 1. Kau kahwin dengan aku.
2. Aku kahwin dengan kau.
3. Kita kahwin "
" Kau pilih, atau aku paksa mama dan papa terima pinangan aku. Tak pun aku suruh Husna pujuk kau kalau tak aku tak bagi Zaffran jumpa bini dia.. "
Ain kehabisan kata.
Pilihan apa yang dia punya?
Tolong jawab kejap untuk Ain.
Dia tengah confuse tu 😂
Satu lagi bab penamat atau pun ada beberapa bab lagi. Tak tahu la, ikut otak sis nak buat penamat nya berapa bab.
So, sis tunaikan sebelum raya bab baru 😊
Next bab insyaallah lepas raya 🤭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro