22. bro cuba
22.
Pagi itu Aliff datang ke rumah, katanya mahu berjumpa dengan zaffran. Ada hal penting hendak dibincangkan.
Setelah dua minggu kejadian buruk itu berlaku, Farid berjaya ditangkap dan dalam proses perbicaraan dengan makhamah.
Manakala Ain pula menjalani kehidupan seperti biasa, wanita itu sudah berhijab sepenuhnya. Ada hikmah disebalik ujian dari Nya.
Cuma Ain sudah jarang berhubung dengan aku. Jika aku menghubungi nya mungkin dia akan bersembang seperti biasa, tetapi jika di ajak bertemu dia tidak mahu.
Dan buat kali kedua aku berhenti kerja. Kata zaffran dia tidak mahu aku bekerja apabila aku kini berbadan dua.
Air yang aku bancuh aku hidang dalam dulang bersama kek coklat kesukaan zaffran yang aku buat semalam masih berbaki. Aku hidang pada mereka yang sedang rancak berborak tanpa menghiraukan kedatangan aku.
" Kejap lagi sambung borak tu, minum dulu "
Akur, mereka berhenti berborak. Aliff tanpa segan silu mengusik aku.
" Mak buyung, dah berapa bulan ni?" Soal Aliff ingin tahu. Matanya jatuh ke perut aku yang sudah menampak kan baby bump.
Ya Allah, comel nya perut aku !
" Tiga bulan dah bro. Kau bila lagi?" Sampai zaffran menjawab pertanyaan aliff.
Aliff tersenyum pahit.
" Aku nak minta tolong kau boleh tak una?"
" Asal pulak minta tolong bini aku? Aku ni sepupu kau merangkap sahabat baik kau. Kenapa tak minta tolong aku?" Soal zaffran dengan riak tidak puas hati.
" Ish kau ni, bukan minta tolong yang pelik². Una, boleh tolong tak?"
" Kalau boleh tolong, una tolong. Apa benda Aliff?"
Aliff diam. Matanya dipejam erat sebelum membuka bersama hembusan nafas.
" Tolong pujuk Ain kahwin dengan aku. Boleh?"
Terkebil-kebil mata Aliff dengan riak wajah kesian nya. Ya Allah ,hilang terus kacak abang bomba kita seorang ni.
Zaffran terus menghembur kan ketawanya. Tidak peduli dengan wajah masam Aliff. Ketawa dia makin menjadi jadi sampaikan terbatuk batuk.
Amboii seronok dia ketawakan orang ya!
Nahh rasakan cubitan ketam mak buyung!!
" Adoiii yang!! Astaghfirullah, apa ke ganas sangat yayang ni?? Sakit laaa " Zaffran menggosok peha yang menjadi mangsa cubitan aku.
" Itu lah kau, seronok sangat ketawakan aku. Padan muka" Aliff tersenyum sinis. Puas hati sebab Zaffran kena cubitan dari isteri.
" Tak apa, kitaorang dah halal. Kau tu? Takkan mampu tengok aku bahagia je kot?? "
Ehh Zaffran ni, sempat lagi nak perli² Aliff. Aliff pulak dah bengang semacam.
" Sudah la awak pun. " Bahu Zaffran aku tampar sedikit. Zaffran mencebik sebelum menyuap kek ke dalam mulut.
" Macam ni lah Aliff, Una cuba cakap dengan Ain macam mana nanti. Tapi Aliff tak kisah ke?"
" Pasal 'tu' ke? Una kalau aku ni memilih, aku tak akan berada disini merayu pada kau. Kau tahu kan aku macam mana?"
Aku mengangguk kepala. Memang la Aliff ni nampak biasa saja, tapi mana tahu andai dia saja² nak mainkan perasaan Ain.
Walaupun aku berkawan dengan dia, tapi hati manusia lain² walaupun rambut sama hitam. Aku takut andai satu hari nanti Ain akan dihina kerana kisah silam nya sendiri.
" Una takut Ain tak boleh nak terima. "
" Yayang, abang tahu dia masih trauma. Tapi sampai bila? Keadaan dia macam tu dia perlukan seseorang. Seseorang yang boleh dia sangkut masalah dia tu. Kita sendiri tahu kan Ain macam mana? "
Aku hanya diam. Andai niat Aliff untuk memperisterikan Ain , aku akan cari jalan untuk satukan mereka.
Semoga hati Ain terbuka untuk Aliff.
.
" Lynn, saya tengok awak dah jarang bertegur dengan Ain. Kenapa?"
Soalan itu sudah lama bermain di fikiran Iskandar. Memikirkan isterinya yang melayan acuh tak acuh anak bongsu nya itu membuatkan hati nya terpanggil untuk menyoal.
" Elok je saya tegur dia. Awak ni dah kenapa?"
Mama Lynn membetulkan duduk. Nak tonton televisyen pun susah. Suaminya sempat dijeling geram.
" Masih marahkan Ain?"
Mama Lynn menghela nafas berat.
" Ye. Saya marahkan dia. Dia tu saya jaga tatang bagai minyak yang penuh, tapi sanggup buat benda terkutuk tu dibelakang saya. Anak apa macam tu??"
" Ya Allah Lynn. Apa cakap macam tu?? Dia sendiri tak minta jadi macam tu! Awak sendiri kan tahu kes ni kes rogol? Bukan suka sama suka."
" Alah abang percaya ke cakap dia??"
" Polis saksi. Budak tu pun dah meringkuk dalam penjara. Bawak² mengucap la Lynn, sampai bila asyik nak salahkan orang je? "
" Bila pulak saya salahkan orang?? Dia tu dari dulu lagi buat perangai. Kalau tak lari masa majlis dulu, dah bahagia dengan zaff. Ini tidak, buat malu saya je. Mana saya nak letak muka saya ni?? Orang asyik bercakap je tentang dia! Malu saya ni bang!!"
Papa Iskandar menggeleng kepala. Ada saja yang hendak dipertikaikan oleh isterinya.
" Lynn, orang yang kamu bercakap tu anak kamu sendiri. Darah daging kita, mulut orang kita bukan boleh tutup. Biarlah Dorang nak mengata, dah penat nanti diam la Tu."
Aizil Nazran menghampiri mama dan papa nya yang sedang bertikam lidah tentang adik perempuan nya.
" Mama kesian Ain tau. Kita sebagai ahli keluarga kena tolong dia mama. "
" Sebelum dia conteng arang kat muka mama ni, ada dia fikirkan pasal keluarga dia?? Takkan ? Biar lah dia tanggung sendiri. " Bidas mama Lynn dengan angkuh.
" Ya Allah Lynn. Mengucap Lynn !"
Papa Iskandar mengucap panjang. Terkejut dengan bicara sang isteri yang masih belum boleh menerima kenyataan.
" Papa mama "
Papa Iskandar dan Aizil menoleh ke arah tangga. Kelihatan Ain sedang turun membawa bagasi. Dari tadi lagi dia mendengar segala keriuhan diruang tamu itu.
Dan kata² mama nya sedikit sebanyak meluka kan hati wanitanya. Bukan dia minta jadi begini. Bukan ini dia mahukan.
" Ain, nak ke mana dengan beg segala ni?" Soal Aizil yang sudah menghampiri adiknya.
" Ain nak keluar dari rumah ni."
" Nak ke mana ?? Sini tempat Ain. Duduk je sini. Papa ada, abang mama semua ada untuk Ain"
" Ain tanak susahkan papa dan mama lagi. Ain tahu mama malu dengan Ain. Biar lah Ain pergi, sekurangnya bila Ain tiada kat sini kurang la orang² bercakap tentang Ain. "
Tangan papa nya disalam penuh duka. Bukan ini yang dia mahukan, tetapi melihat sendiri dengan mata kepala sudah tentu mama nya sudah jijik dengan dirinya yang hina ini.
" Mama, halal kan susu mama masa menyusu Ain kecil². Halalkan makan minum Ain selama Ain membesar dengan mama dan papa. Maafkan Ain kerana selalu membuat masalah pada mama dan papa. Ain tahu, Ain tak layak untuk dikasihi mahupun disayangi. Ain rehda dengan takdir dari Ilahi. Ampun kan Ain mama "
Tangan mama Lynn cuba diraih, tetapi dek ego yang tinggi mana Lynn menepis tangan putih pucat itu sebelum membawa diri ke bilik.
" Kalau nak keluar, buat cara nak keluar. Jangan tunjuk muka tu dekat rumah ni lagi.!" Usai itu mama Lynn berlalu pergi bersama ego nya.
Airmatanya mengalir laju. Wajah papa dan abang nya dipandang sebelum sebuah senyuman diberikan. Cukup lah mama membencinya, dia tidak mahu papa dan abang nya begitu.
" Maafkan Ain. Assalamualaikum"
Ain berlalu pergi dengan langkah berat. Hatinya terluka, jiwa dan raganya menderita.
Cukup lah sampai disini saja.
Andai panjang umur, mereka akan bertemu kembali.
' maafkan Ain semua '
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro