21. bukan siapa²
21.
Aku cuba menenangkan Ain. Perasaan hiba menghantui diriku. Sakit Ain ,begitu juga aku turut terasa.
Tidak menjangka yang Ain dirogol oleh lelaki berhati syaitan itu.
Farid. Lelaki itu yang gilakan Ain semasa mereka belajar di kolej dahulu. Ain menolak kerana ketika itu dia sudah bersama dengan zaffran.
Akibat dendam ditolak oleh Ain, lelaki itu merogol Ain. Baginya Ain tidak layak untuk sesiapa.
Wanita itu sudah kotor.
" Una. Aku malu. Aku dah tak suci lagi. ". Ain menangis teresak dalam pelukan aku.
" Mama dah tak anggap aku anak dia. Mama buang aku. Aku dah malukan mama. Aku tak minta semua ni terjadi"
Pelukan semakin erat. Aku juga turut menangis. Kenapa sahabat aku di uji sebegini?
Dia mendapat panggilan dari papa is menyatakan yang Ain sedang dirawat dihospital. Apa bila sampai papa is memberitahu pada aku dan zaffran yang Ain ditemui oleh Aliff yang kebetulan baru pulang dari tempat kerja dalam keadaan separuh bogel.
Mama lynn lah manusia yang paling tidak boleh terima keadaan Ain.
" Ain, kau ada aku. Jangan risau. Aku sentiasa ada untuk kau."
Aku leraikan pelukan kami, airmata nya aku sapu.
Wajah Ain yang pucat aku pandang hiba.
" Aku malu. Apa salah aku? Atau pun ni mungkin dosa aku."
" Dosa apa ni? Jangan merepek la Ain"
Tangan aku digenggam erat oleh Ain. Dia merenung aku lama sebelum menggeleng perlahan.
" Aku nak rehat. Kau balik la "
Tubuh aku ditolak menjauh oleh Ain.
.
Zaffran mengampiri aku yang ketika itu baru keluar dari wad yang menempatkan ain. Sungguh aku terkesan dengan keadaan Ain.
Boleh saja aku hendak menemani dia, tetapi melihat cara layanan Ain, aku tahu dia mahu bersendirian.
" Yang.. okey tak ni?" Soal zaffran sambil menggengam tangan aku.
Tubuh aku yang lemah dibawa dalam pelukan nya.
Aku menangis dalam pelukan zaffran.
" Kenapa mesti Ain? Apa salah dia? Farid. Lelaki tu tak guna!!" Marah aku dengan emosi yang tidak stabil.
" Sayang.. sabar². Abang akan pastikan Farid tu kena tangkap. Biar dia meringkuk dalam penjara." Pujuk zaffran lembut.
Kepala aku yang berbalut kain tudung dikucup berkali kali.
" Kahwin dengan Ain." Ujar aku perlahan.
" Wa gila ke?? " Tubuh aku ditolak. Mata nya tajam merenung aku.
" Habis tu takkan nak biar Ain macam tu? Abang sendiri nampak kan keadaan dia macam mana! Dia perlukan abang!"
" Sayang tak perlukan abang ke? "Lirih suara zaffran menyoal aku.
"Wa cakap wa tak bahagia dengan abang, wa tipu! Abang tahu dan abang yakin yang wa sendiri tak sanggup berpisah dengan abang kan?"
Aku mengangguk perlahan. Ya tipu . Aku tipu zaffran. Sungguh aku tak boleh berpisah dengan zaffran. Tapi aku tidak boleh penting kan diri. Ain perlukan zaffran saat ini.
" Tapi Ain perlukan abang."
" Tak sayang. Dia tak perlukan abang. Dia perlukan 'kita' . "
" Abang yang perlukan sayang, baby ni perlu kan abang" perut aku disentuh.
Aku terkejut. Bagaimana zaffran boleh tahu yang aku sedang hamilkan anak nya?
" Kak su bagitahu abang. Sebab tu abang cuti hari ni. Nak pujuk yayang. Nak tengok lama mana yayang boleh sembunyikan dari abang "
Hidung aku di cuit, sebelum pipi aku dicium.
Dah tak kisah nak beromantik dekat tempat awam dengan perangai tak tahu malu zaffran ni.
" Wa minta maaf. Wa -"
" Abang sayang wa, abang cinta kan wa, bukan Ain bukan orang lain. Jadi wa tetap ada di Carta hati abang yang teratas. " Ujar zaffran sambil menepuk dada nya.
Aku tersenyum.
Dari jauh Ain hanya melihat pasangan itu bermesra tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Wajarkah dia untuk merosakkan kebahagiaan sahabat nya sendiri?
Sudah jelas zaffran mencintai warda, bukan diri nya.
Jadi untuk apa dia mengharap lagi?
.
Buka saja mata Ain dikejutkan dengan kehadiran Aliff luqman. Jejaka yang selalu menjengkel kan pada dia. Tapi dia harus berterima kasih pada lelaki itu kerana menyelamatkan diri nya.
Cuma dia rasa agak malu untuk bersemuka dengan Aliff buat masa ini.
Mungkin atas dosa² nya yang ingin meruntuhkan masjid yang dibina husna dan zaffran, dia mendapat balasan begitu .
Sudah tidak sempurna dia sebagai seorang wanita apa bila maruah nya sudah tiada . Dia sudah tidak suci. Wanita kotor yang bila² saja bakal dipandang serong oleh masyarakat.
" Macam mana keadaan kau hari ni? " Soal Aliff sambil memandang Ain.
Wanita itu bagaikan mengelak untuk melihat dirinya yang cukup kacak hari ni. Habis bertugas dia terus ke hospital untuk melawat Ain.
" Okey alhamdulillah" jawab Ain.
Rasa kekok bila berdua ,padahal sebelum ini jika mereka berjumpa pasti ada perang mulut berlaku.
Ain cuba membetulkan duduk nya, sebelum tangan cuba mencapai gelas berisi Air putih.
Tapi tangan Aliff lagi laju membuat kerja. Air putih yang sudah dituang dihulur ke mulut Ain.
Ain yang awalnya menolak terpaksa akur apa bila lelaki itu berdegil.
Dua2 tanak kalah 🙄
" Dah makan ke?"
Ain menjawab dengan gelenggan. Tidak berselera untuk menjamah makanan hospital.
" Aku belikan bubur mcd." Bubur yang masih dalam plastik dikeluarkan dan disalin ke dalam mangkuk.
" Makan sekarang nanti perut kau masuk angin."
" Kejap lagi aku makan. " Ain menolak. Segan betul nak makan depan lelaki itu.
Sudah la segak berseragam bomba. Dengan wajah kacak dia lagi. Sumpah hati nya terdetik sesuatu.
Bubur nasi diambik, dan satu sudu di hulur ke bibir Ain. Ain yang terkejut hanya mengikut saja.
Pikir sweet ke?
Bibir Ain dilap apabila sisa bubur terlekat di pipi.
Ain menepis perlahan sebelum mengelap sendiri pipinya.
Wajah tenang Aliff di pandang. Dengan hembusan nafas perlahan dia bersuara.
" Terima kasih . " Ucap Ain ikhlas.
Aliff yang terjangka dengan ucapan maaf dari Ain hanya diam. Lama dia melihat Ain yang nampak sedikit tenang berbanding tadi.
Senyuman yang terukir dibibir wanita itu juga kelihatan sangat ikhlas. Lagi cantik bila senyuman menghiasi bibir pucat itu.
Cantik.
"Terima kasih sebab selamat kan aku. Aku berhutang budi dengan kau. Banyak kali kau selamatkan aku. Kau minta la apa saja, aku akan tunaikan sebagai ganti sebab selalu jadi hero aku"
Ujar Ain bersama senyuman. Hati nya terasa tenang bila melepaskan apa yang terpendam selama ini.
Aliff mengangguk seketika. Lama dia memandang Ain sebelum berdehem.
" Untuk ucapan terima kasih tu, aku ucap sama² kasih la. "
Mata Ain bagaikan terpaku pada wajah kacak Aliff. Terpukau dengan riak tenang jejaka itu.
Tetapi memikirkan dirinya yang sudah tidak suci lagi dia mengalihkan pandangan. Terasa diri nya sangat hina.
Mana ada lelaki yang majukan wanita yang tidak sempurna seperti dirinya?
" Untuk hutang budi aku tu, betul aku boleh minta apa saja?"
" Yaa betul. Kalau aku mampu, aku boleh bagi"
" Bagi apa ? "
" Err... Duit ?"
Aliff ketawa berdekah dalam wad itu. Mujur Ain ditempatkan di wad persendirian. Jadi tidak ada gangguan disitu
" Aku kerja bomba ni makan gaji tak habis tau. Kau nak bayar pulak dekat aku. Nak buat apa? Aku tak perlukan duit kau."
" Lepas tu, kau nak apa?"
Aliff tersenyum manis. Terserlah kekacakkan nya.
" Aku nak kau "
Aliff Luqman aka abang bomba
Ain Najiha
Ini watak² yang dalam imaginasi sis,
Dua² ni berlakon cita Hero tv2
Boleh rujuk situ ya 🥰
Sis lanja lagi abam bomba kita
Macam mana setakat ni?
Puas hati tak zaffran pilih Warda dari Ain?
Sis dah cakap, story ni takda konflik sangat 🤭
Lebih kepada 'drama' je 😂
Hero tetap untuk heroin.
Sis tahu ada yang tak suka isteri² dimadukan.
Dua part lagi insyallah penamat story ni 🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro