Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20. cerai vs dirogol?

20.

Zaffran bangun sedikit lewat hari ini. Selalunya warda akan mengejutkan dirinya. Tetapi tidak hari ini, wanita itu tidak mengejutkan dia.

Zaffran taip wajah, bilik air dituju untuk membersihkan diri. Usai itu dia menghampiri katil yang sudah tersusun baju untuk dia pakai yang sudah disediakan oleh warda.

Usai bersiap dia turun ke bawah. Dapur dituju, sudah terhidang sarapan pagi. Dia mengeluh perlahan. Tahulah bahawa warda merajuk dengan dia.

Sarapan tidak disentuh, dia terus melangkah keluar dari rumah. Telefon diambil dan setiausaha nya dihubungi.

" Cancel semua nya hari ni. Saya tak masuk pejabat "

Talian dimatikan. Terus dia memandu ke tempat kerja warda. Ada perhitungan yang perlu diselesaikan.

Sampai ditempat kerja warda, dia berjumpa dengan guru besar tadika dan memberi alasan untuk membawa pulang warda.

Warda yang sedang mengajar disuruh pulang oleh guru besar. Katanya ada hal penting dan dijemput oleh suaminya.

Aku menghampiri Zaffran , lelaki itu tersandar di kereta menanti kedatangan aku. Tak kerja ke ?

Tangan Zaffran aku salam. Zaffran macam biasa tak tahu malu terus mencium dahi aku lama sebelum memeluk aku erat.

Aku menolak. Tidak selesa. Tiba² rasa macam nak muntah.

" Masih marahkan abang ke? Abang minta maaf. Masuk dulu kita bincang"

Zaffran buka kan pintu kereta Honda. Kereta yang sudah ditukar, jika dahulu dia hanya naik kereta satria. Tetapi selepas berkahwin dia menukar kereta Honda.

Katanya ikut trend budak² H.

Zaffran tenang memandu, aku sedikit pun tidak menoleh melihat dia. Kalau boleh nak bersuara pun aku tak sudi.

Tetapi hormat akan suami aku akur.

" Tak kerja ke?"

" Tak. Abang cuti hari ni. Nak bawak yayang jenjalan"

Ucap zaffran. Tangan aku cuba disentuh namun aku laju menolak.

" Saya kerja kan? Kenapa tipu guru besar tadi?"

" Abang tipu untuk kebaikan kita yang. "

" Untuk awak, bukan saya ! Kalau tak da hal penting hantar saya semula. "

Zaffran menghentikan kereta nya dipinggir jalan. Bahu aku diraih dan dihadap dia. Dagu aku ditarik untuk melihat dia.

" Yayang. Jangan macam ni, abang nak jelaskan hal sebenarnya"

Zaffran usap pipi aku perlahan.

" Abang buat bersebab. Memandangkan Ain tak jadi sambung belajar dia letak syarat baru. Dia nak abang ceraikan yayang"

" Jadi ceraikan je saya, zaff. "

" Yayang tak bahagia dengan abang ke?" Soal Zaffran penuh lirih.

Aku menelan liur. Siapa ja yang tak bahagia? Tapi bila memikirkan Ain yang cintakan zaffran, aku perlu berkorban.

" Tak. Saya tak bahagia dengan awak. " Ucap aku yakin.

" Ceraikan saya. Dan awak boleh bahagia dengan Ain."



.

Ain Najiha menepuk kepala nya berkali kali. Kebodohan apa lagi yang dia cuba tunjukkan hari ini? Gara² hendak menyelamatkan seekor kucing ditengah jalan, kini pintu kereta nya terkunci sendiri.

Jalan raya yang lenggang tidak membantu keadaan nya ketika ini. Telefon juga berada dalam kereta. sudahnya dia melutut ditepi kereta

Kucing tu pula bila dia turun nak dapatkan binatang tersebut elok pulak bangun berlari macam tak ada apa².

" Ya Allah! Dugaan apa ni??" Ain berdiri kembali.

Matanya melihat ke arah jalan raya yang lengang. Memandang waktu sekarang sudah ke pukul 8 malam. Jadi jalan raya disini agak lengang.

Ain kematian akal.

" Macam mana ni? Aduh kenapa la aku bodoh sangat???!!"

" Mama, Ain takut. Macam mana niii ya Allah "

Airmata nya sudah mengalir. Takut bercampur sedih dan sebagainya. Lagi2 hanya dia seorang dijalan ini.
Takut andai tiba2 dia cuba dirogol atau diculik.

" Awek, kenapa ni?" Soal penunggang motosikal yang kebetulan lalu disitu.

Ain yang tidak mengesyaki apa² tersebut gembira.

" Kereta saya ni, terlock sendiri. Abang boleh tolong call bomba tak?"

" Boleh². Kejap saya cuba dulu ya. "

Ain mengangguk dengan teruja. Di beri laluan untuk lelaki misteri itu untuk menolong. Sambil² itu dia cuba melihat sekeliling.

Hutan kosong dan hanya ditemani beberapa lampu jalan.

Baru hendak menoleh kembali hidung nya ditekup lelaki misteri tadi dan tubuh nya diheret ke arah semak samun.

Ain meronta untuk melepaskan diri, namun hanya sia²
Apa bila kekuatan dia sebagai seorang wanita tidak mampu melawak kekuatan lelaki itu.

" Lepas lah. Tolonggg !!"

" Jerit la bodoh. Tak ada siapa akan tolong kau. Hahahaha . "

Helmet dibuka. Ain hanya mampu menggeleng lemah dengan airmata berjurai.

"Farid "

" Ya sayang, abang janji abang layan sayang lembut²"

Pipi Ain ditampar berkali kali akibat cuba melepaskan diri. Lelaki itu berdiri sebelum membuka seluarnya. Ain yang lemah tidak mampu membuat apa².

Akhirnya Ain tidak sedarkan diri .























Akan datang ....

21. Bukan siapa²

Aku cuba menenangkan Ain. Perasaan hiba menghantui diriku. Sakit Ain ,begitu juga aku turut terasa.

Tidak menjangka yang Ain dirogol oleh lelaki berhati syaitan itu.

Farid. Lelaki itu yang gilakan Ain semasa mereka belajar di kolej dahulu. Ain menolak untuk bersama dengan zaffran ketika itu.

Akibat dendam ditolak oleh Ain, lelaki itu merogol Ain. Baginya Ain tidak layak untuk sesiapa.

Wanita itu sudah kotor.

" Una. Aku malu. Aku dah tak suci lagi. ". Ain menangis teresak dalam pelukan aku.

" Mama dah tak anggap aku anak dia. Mama buang aku. Aku dah malukan mama. Aku tak minta semua ni terjadi"

.

" Kahwin dengan Ain."

" Wa gila ke?? "

" Habis tu takkan nak biar Ain macam tu? Abang sendiri nampak kan keadaan dia macam mana! Dia perlukan abang!"

.

" Aku terima nikah nya Ain Najiha binti Iskandar-"

.

" Semoga bahagia Ain, sampai akhir hayat kau. " Ucap aku ikhlas. Airmata yang cuba ditahan terletak jua.

" Aku minta maaf una. Aku sayang kau dunia akhirat"  Ain mengusap perut aku yang semakin membuncit sedikit.
Senyuman bahagia terukir dibibir wanita itu.
Tubuh aku ditarik ke dalam pelukan Ain.

" Aku minta maaf una. "


.

Sedikit sedutan untuk part akan datang.

Selamat berpuasa gais 🥰

Meh komen sikit.

Makin hari makin menjadi merapu sis 😂
Hadap korang boleh terima sis punya merapu🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro