19. Aliff Luqman
19.
"Terima kasih tolong hantarkan Una balik. " Ucap Zaffran pada Aliff.
Usai makan tadi kak Su bawak aku ke sebuah klinik untuk cek sama ada aku mengandung atau tidak.
Selepas itu katanya hendak menghantar aku pulang sekaligus boleh berjumpa dengan zaffran dirumah. Tapi kak Su dapat call kecemasan dari tempat kerja, jadi Aliff disuruh menghantar aku ke rumah.
Dan kebetulan waktu sudah senja jadi semestinya Zaffran sudah berada dirumah. Panggilan dari zaffran sedikit pun aku tidak jawab.
Masih terasa hati dengan pembohongan dia.
" Tak da hal la. Bukan orang lain, sepupu aku juga " Aliff menepuk bahu Zaffran .
Mereka terus bersembang diluar, aku masuk ke dalam rumah.
Barang² yang aku beli aku susun dalam peti sejuk. Yang bahan mentah aku basuh siap².
Usai menyimpan bahan² mentah ke dalam peti sejuk aku melangkah untuk membersihkan diri. Dari pagi sampai ke malam dengan pakaian yang sama.
Busuk kalah ikan.
" Yayang pergi mana ni? Abang call tak berjawab. Telefon Tu silent ke apa?" Soal Zaffran bila aku keluar dari dapur.
" Dah balik Aliff?" Soal aku sambil melihat ke luar. Soalan Zaffran aku biarkan. Sakit hati masih bersisa.
" Kenapa? Seronok keluar berdua dengan dia? Sedar tak Wa tu isteri abang! Ke mana pergi wajib bagitahu abang. Bukan keluar berdua dengan jantan lain!"
Wah Zaffran, hebat ya?
" Wa keluar dengan kak su. Wa dah bagitahu wa terus beli barang. Harini wa kerja separuh hari, wa dah bagitahu abang. Abang lupa ke?" Aku masih cuba berlembut.
Zaffran tidak pernah marahkan aku sebegini rupa. Entah kenapa malam ini marah dia lain macam. Seolah aku membuat kesalahan yang besar.
" Kalau wa keluar dengan kak Su kenapa kak Su tak hantar wa sendiri? Kenapa mesti Aliff? Seronok ya boleh balik berdua dengan lelaki lain?? Seronok kalau jiran² semua tengok isteri abang balik dengan lelaki lain?? Seronok ke Wardah Husna??" Suara Zaffran naik senoktah.
Nafas nya turun naik bila memarahi aku. Aku pandang dia lama sebelum menggeleng kepala perlahan.
" Wa masih jaga maruah wa sebagai isteri abang. Wa tahu mana haram mana halal untuk wa. Cuba abang fikir tentang diri abang. Abang cakap abang sibuk tak sempat jemput wa lunch, tapi abang boleh keluar makan dengan Ain. Siap nak beli baju nikah lagi."
Zaffran bagaikan terkejut mendengar kata² aku.
" Wa terjumpa kak Su masa nak balik tadi, kak Su ajak makan. Kebetulan kak Su datang dengan Aliff. Lepas tu kak Su nak hantar wa balik tapi ada urusan kecemasan ditempat kerja dia wakilkan Aliff untuk hantar wa. Wa tolak sebab wa takut nanti apa orang² yang kenal abang nampak kalau wa balik dengan Aliff."
" Wa nak jaga maruah suami wa, wa dah tolak. Tapi kak Su pujuk. Dia cakap takkan abang nak cemburu dengan Aliff sepupu abang sendiri? Aliff pun dah jelaskan tadi kan? Kenapa abang masih nampak salah wa? Sedangkan abang yang salah pada wa sekarang ni!"
" Kalau abang nak kahwin dengan Ain, teruskan. Tak elok tangguh, benda baik . Abang pun suka kan? Teruskan. Perasaan wa dah tak penting pada abang lagi."
Terus aku melangkah ke bilik. Pintu bilik aku kunci dan tangisan yang aku tahan akhirnya terlepas jua.
Benci nya perasaan ini. Kenapa aku perlu menangis sebegini?
Kenapa aku diuji begini?
Kenapa aku yang bersalah dalam hal ini?
Kenapa aku dilihat sebagai seorang pesalah?
Kenapa aku?
.
Mama Lynn menghampiri anak daranya yang sedang tersenyum sambil melihat telefon.
" EH anak mama happy semacam je hari ni? Ada apa2 ke?"
Ain tersenyum sebelum memeluk mama Lynn.
" Ain happy ma, tadi waktu lunch raff call ajak makan sekali."
" Oh really? Wah patut la happy je mama tengok"
" Ye ma. Cuba mama teka apa yang Raff bagi tahu Ain tadi?"
" Dia ajak Ain kahwin?"
Ain angguk laju dan terus menjerit suka. Mama Lynn terikut menjerit teruja.
Akhirnya Raff akan menjadi menantunya.
"Bila?"
" Tak tahu lagi, tapi tadi kitaorang dah pergi tengok baju untuk wedding nanti. Eee tak sabar nya !"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro