18. pregnant ke?
18.
Tengahari itu aku dapat panggilan dari Zaffran menyatakan dia tidak akan menjemput aku makan tengahari kerana ada urusan penting.
Jadinya aku keluar seorang diri ke gerai berhampiran tadika. Kebetulan hari ini aku bekerja separuh hari saja. Jadi aku membuat keputusan untuk ke pasaraya membeli bahan² yang habis.
Aku sekadar menaiki grab sahaja, kalau ikutkan nak bawa motor aku tu, tapi biasa lah Zaffran.
Tak habis-habis hina motor buruk aku. Dia kata kalau tanpa dia jangan nak berangan bawak motor.
Dah sah² la dia kena sekali bila bawak motor.
Aku memulakan langkah. Troli aku tolak ke bahagian basah dahulu. Ikan , ayam,udang segar mengamit pandangan aku.
Tak tunggu lama aku capai apa yang perlu. Rasanya teringin nak makan sotong celup tepung.
Boleh la suruh Zaffran masakan malam ini buat makan malam mereka.
Apa guna suami kalau tak berbakti untuk isteri ye dok?
Lepas itu aku ke bahagian menempatkan rempah dan sos cili. Teringat kalau ke pasaraya beli barang dengan Ain selalu nya dia akan merungut lebih.
Kenapa perlu beli itu ini segala. Lepas tu main telefon buat hal sendiri. Boleh ajak je lah dia tu. Bab² membeli semua diserahkan pada aku.
Usai membeli barang aku membuat pembayaran, duit barangan sudah di bank in oleh Zaffran semalam. Dia cakap nak apa beli je janji bahagia 😂
Aku menolak troli ke arah sebuah kedai menempatkan beberapa jajan dan buah² yang dipotong siap.
Ada tembikai susu , jambu batu, mangga muda.
Terliur nya tengok mangga muda. Terus tekak rasa nak makan. Aku sambar 3 paket plastik Manga.
Memandangkan sudah pukul 4 aku cuba menghubungi Zaffran. Andai kalau dia boleh menjemput aku dipasaraya.
Kali pertama tak berjawab, aku cuba lagi. Namun tiada hasil. Aku mengeluh. Dua tiga hari ni badan terasa letih.
Nak bergerak aku rasa malas. Tapi mulut teringin benda yang masam² dan pelik. Cuma setakat ini keinginan aku hanya buah mangga dan sotong goreng tepung.
Panggilan masuk dari Zaffran buatkan aku tersenyum. Terus aku jawab panggilan itu sebelum riak wajah ku berubah.
" Una ! Sorry tau Raff dalam toilet. Tak sempat jawab call. Kau sihat tak?"
Suara Ain disana menyapa aku. Dimana kah mereka?
" Hai Ain. Alhamdulillah sihat. Ain sihat ke? Zaff datang jumpa kau ke?"
" Ha ah. Kitaorang baru habis lunch. Ni tengah nak gerak cari baju nikah. EH kau dekat mana?"
Baju nikah? Tapi zaffran kata -
" Aku tutup dulu ya. Ada hal bye"
Panggilan aku tamatkan. Sebak nya hati.
Zaffran dan Ain akan berkahwin kah?
"Una !"
Aku menoleh bila terasa bahu ku disentuh seseorang.
Kak Su dan sepupu Zaffran.
Aku memeluk tubuh kak Su erat dan kak Su membalas dengan senang hati. Pada sepupu Zaffran aku memberi senyuman.
" Dari mana ni? Sorang je ke?" Soal kak Su apabila melihat aku bersama troli berisi barangan yang aku beli.
" Dari pasaraya tu beli barang sikit. Ha ah sorang² je. Zaff ada kerja "
"Ouh yeke? Berani pulak zaff lepaskan isteri kesayangan dia ni beli barang sendiri. Ni dah makan belum?"
Aku sekadar menggeleng. Rancang nya memang nak makan dahulu tetapi memikirkan tentang bahan² dirumah habis terus aku gerak ke pasaraya.
"Ha jom makan sekali dengan kak Su. " Kak Su menarik tangan aku dan sempat mengarahkan sepupu Zaffran menolak troli untuk aku.
Kami makan dicafe berhampiran Pasaraya. Melihat menu sahaja aku sudah loya tekak. Tiada yang berkenan di hati.
" Una nak air apa? Biar abang bomba kita ni orderkan." Ujar kak Su sambil menumbuk bahu sepupu Zaffran.
Apa yang aku tahu Zaffran dan sepupu nya seorang ini sangat rapat. Kemana saja mereka pergi dahulu sekali dengan aku diheret sekali.
Al maklum lah kitorang kan dapat dulu.
Jadi aku tahu sepupu dia bekerja sebagai bomba dan Zaffran mengambil alih syarikat arwah papa nya.
" Una tak nak makan. Una nak minum je. Air mangga nak fresh tau "
Lelaki itu mengangguk dan dia terus membuat pesanan.
Kak Su pandang aku sambil tersenyum.
" Kenapa tengok Una macam tu?"
" Una tak suka air mangga. Kalau dulu zaff order mesti Una menolak. Tapi ni -"
" Una teringin. Sejak dua tiga hari ni Una teringin benda² masam. "
Terus kak Su genggam tangan aku. Wajah dia jangan cakap lah. Happy semacam.
Dah kenapa?
" Una pregnant tak?? "
Aku pregnant?
Takkan lah??
Okey korang. Memandangkan sepupu lelaki Zaffran tidak ada nama lagi.
Boleh suggest kan nama yang best² tak untuk dia?
Nanti sis pilih nama yang sis rasa okey 😊
Husna pregnant ke 🤔
Hmmmm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro