Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17. kicap vs cili

17.

Hari pertama aku memulakan kerja sebagai cikgu tadika. Macam biasa Zaffran lah manusia yang paling nakkk sangat hantar aku ke tempat kerja.

Banyak kali aku tolak, sebab aku rasa lebih baik naik motor boleh mencelah kalau jalan jem. Bukan tak tahu jalan nak ke tempat kerja aku tu.

Sesak bukan main !

Tapi biasa lah Zaffran, menegah aku berkali kali. Macam2 dia ugut aku sampai aku rasa nak hempuk dia pakai helmet pink aku.

Tapi kenan kan encik suami ni sabar je lah.

" Yayang, tudung tu lepas ni adjust bagi labuh sikit depan. Boleh?" Ujar Zaffran bila dia lihat aku sedang pin tudung.

Aku lihat diri dicermin, tudung shawl ni memang agak singkat sikit di bahagian dada. Aku jadi malu sendiri.

Terus aku adjust bagi labuh dan zaffran pun senang hati melihat.

Oh ya, hari ni kami sedondon ye.

Aku berbaju kurung merah dengan corak bunga kecik² berwarna coklat, manakala Zaffran berkemeja merah dengan tie berwarna coklat.

Semua nak sama. Alahai suami siapa ni?

" Yang, sini jap." Zaffran menarik tangan aku .

Kami berdiri dihadapan cermin dan macam biasa lah Zaffran sempat tangkap gambar kami. Lepas tu post dalam Instagram.

" Menyempat je kan? Jom la turun breakfast. Nanti lewat "

Dan ya, tangan aku dipimpin sampai ke ruang dapur.

" Abang rasa macam kahwin lain. Turun tangga pegang tangan sweet macam ni, ishh cuti la Hari ni. "

" Jangan nak mengada eh. Semalam dah ponteng. "

" Alaaaa " bibir Zaffran memuncung macam tikus mondok. Biar kan dia.

Aku hidangkan sarapan pagi, usai sahaja kami bersarapan Zaffran terus menghantar aku ke tempat kerja.

" Balik pukul berapa Yang?" Soal Zaffran bila kami sudah sampai ditempat kerja aku.

" Tak tahu lagi. Tak apa yayang ambik grab je "

" Habis tu apa function abang as your husband yayang ?"

" Bantal peluk yayang malam². Boleh jawapan tu?"

" Nakal nya " Zaffran mengecilkan mata nya. Aku ketawa kecil.

Tangan Zaffran aku salam dan sebelum keluar kereta Zaffran hadiahkan ciuman di dahi.

" Take care yayang, I love you"

...

Ain mengeluh. Sudah dua puluh minit dia berdiri di hadapan rak yang menempatkan bahan² seperti kicap , cili sos dan sewaktu dengannya.

" Mama suruh beli kicap. Tapi tak tulis kicap apa? Jenama apa? " Bebel Ain sambil membelek kicap berjenama kipas udang.

Sempat dihidu kicap itu sebelum dia menggeleng.

" Mana rasa apa². Alah telefon tak bawak. Aduh , karang tak beli mama bising. Eee susah la jadi orang cantik ni tapi bodoh bab² ni semua " diletak kembali kicap itu.

" Tahu pulak dia bodoh"

Ain menoleh bila terasa dia dibodohkan seseorang.

" EH kau???!!" Membulat mata Ain bila jejaka yang dia jumpa semalam kini berdiri di sebelahnya.

" Hai minah bocor. Bagus lah hari ni pakai seluar gelap. Dah tak nak bawak lampu 'merah' ke?" Mata lelaki itu turun ke seluar jeans hitam yang dipakai oleh Ain.

" Mulut kau ni kan "

" Asal mulut aku? Nak rasa ke?"

" Aku cili kang padan muka !"

" Kau kicap pun tak kenal, nak cilikan aku pulak. "

Ain mendengus sebelum melangkah pergi. Dengan muka tak puas hati dia menolak troli itu menjauh dari jejaka mulut puaka itu.

" Ingat aku ni teruk sangat ke tak kenal cili. Ishh !" Bebel Ain terus ke tempat sayuran pula.

Terus lupa akan kicap yang dipesan oleh mama.
Sayuran yang segar bugar itu dilihat. Semua warna hijau. Ada beza pendek, daun besar, daun panjang.

Arggghhhh !

" Susah la nak pilih. Kalau ada Una dia yang selalu beli. Ermmm "

Ain membebel kembali. Sayuran yang dipandang dengan riak tak puas hati. Tanpa sedar dia sedang penyek² kan sayuran disitu.

" Apa salah sayur tu sampai kau penyek² kan dia?"

Suara itu Ain sudah pasti siapa. Tidak tunggu lama dia berlalu pergi ke kaunter bayaran . Sempat jelingan maut diberi buat jejaka itu.

Jejaka itu ketawa senang hati. Seronok tengok perempuan itu dengan wajah masam nya. Puas hati boleh kenakan wanita itu.

Barang yang diambil didalam troli diletak atas kaunter. Usai itu dia melihat bayaran yang perlu dibuat. Tangan menyeluk beg duit di dalam poket seluar.

Ain mengetap bibir geram. Telefon tak bawak, dompet pun boleh lupa!!

Ya Allah.

" Err kalau cancel boleh? Saya tak bawak purse. "
Dengan rasa malu nya dia bersuara.

" Dik, bayar sekali dengan dia. Berapa ?"

Ain Najiha terdiam. Dia sekadar memerhati lelaki itu membayar barangan dia. Dalam hati tak habis memaki diri sendiri.

Tak habis² memalukan diri.

Beg plastik dihulur oleh lelaki itu, Ain mengambil sebelum berlalu pergi.

Sampai parkir kereta dia menyimpan barang ke dalam kereta bezza nya.

" Kau ni jenis tak reti nak berterima kasih ke?"

Ain yang mahu masuk ke dalam kereta dihalang tangan tegap lelaki tadi.

" aku tak suruh kau bayar pun" jawab Ain angkuh. Dia memeluk tubuh, diri dia dan lelaki itu agak rapat.

" Bab bayar tu aku tak kisah. Tapi kau period semalam, mana terima kasih kau?"

" Hey, kau tolong tak ikhlas. Perlu ke ungkit² ?"

" Aku ungkit sebab kau manusia yang tak reti nak berterima kasih. Harap rupa je elok tapi bab adab ke laut. Elok la Raff tinggal kau, perangai tak semengah !"

Jejaka itu berlalu pergi ke keretanya. meninggalkan Ain yang terkedu disitu.

" Teruk sangat ke aku?" Soal Ain perlahan.










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro