16. ex raff
16.
Ain melabuhkan punggung, bibirnya muncung apabila berkali kali panggilan yang dibuat nya tidak berjawab.
Kesudahannya dia keseorangan di kedai makan ini. Niat mahu mengajak Husna makan malam bersama, sengaja tidak mahu mengganggu Zaffran memandangkan lelaki itu agak sibuk dengan kerja.
Itu yang diberitahu oleh Zaffran.
" Una , kenapa kau tak jawab?" Bebel dia sambil menekan sesuatu di skrin.
Sakit nya hati, Husna ni kenapa?
Abaikan dia sampai macam ni.
Sebelum ni okey je keluar sama².
Tiba2 meja nya diketuk oleh seseorang. Dan seseorang itu duduk tanpa disuruh.
"Ain Najiha kan? Ex raff? I mean Zaffran Hasyraff . "
Ujar jejaka yang memakai baju uniform bomba. Entah dari mana pula datang manusia ni. Dengan uniform bomba dia. Tapi bahagian atas tertutup dengan sweeter (?) kelabu.
Dan Ain masih tahu jejaka itu seorang bomba.
" You siapa? Macam mana tahu i ex Raff?"
" Siapa je tak kenal Ain Najiha. Perempuan yang tinggal kekasih dia semasa hari perkahwinan"
" Kau nak apa hah ??! " Ain menyoal kasar.
Panas hati dia melihat jejaka kacak dihadapan nya ini. Entah siapa² datang sini lepas tu nak persoal benda² tu bagai.
" Woo chill la baby. "
" Baby kepala angguk kau!" Ain terus bangun meninggalkan kedai makan itu.
Jejaka itu bangun mengejar , tak kisah dengan mata² yang memandang. AL maklum lah kejar perempuan dengan uniform bomba dia.
" Hey, kejap!" Tangan Ain dipegang namun laju Ain merentap kembali.
" Jangan sentuh aku la! Kau ni kenapa ha? Nak apa dari aku??!"
Ain membetulkan rambutnya. lupa pulak nak ikat rambut tadi lol 🤧
" Kau period ke?"
Ain membutang kan mata nya sebesar alam. Mana dia tahu aku tengah period ni??
" Apa masalah kau? Dari tadi lagi kau ganggu aku. Kau nak apa?"
Jejaka itu melepaskan sweeter (?) dipakai sebelum dililit di pinggang Ain. Terkedu terus Ain dengan perlakuan lelaki itu.
Terus jadi patung 😂
" Lain kali pakai seluar biar lagi terang dari ni, biar dari jauh orang nampak kau punya trafik light merah kau ni "
Usai melilit sweeter (?) dipinggang Ain jejaka itu berlalu pergi.
Ain mengetap bibir. Malu bercampur segan.
Tak sedar yang dia boleh bocor !!
Seluar slack putih dilihat sebelum dia membawa diri ke kereta yang diparkir tidak jauh dari kedai tersebut.
" Malu nya ya Allah"
.
" Sakit lagi tak perut tu yayang?" Soal Zaffran bila aku keluar dari bilik air.
Masuk hari ni dah tujuh kali berulang alik ke bilik air. Ni mesti penangan makan Maggi pedas giler semalam.
" Abang tak sakit perut ke?" Soal aku sambil melabuhkan duduk di katil.
" Tak. Sini abang sapu minyak. Kalau tak okey petang nanti kita pergi klinik ya? "
" Tak apa. Susahkan abang je. Yayang boleh pergi sendiri" aku menolak.
Sudah la Zaffran ponteng kerja lagi hari ni, semua gara2 aku yang sakit perut dari pulang dinner semalam.
Sanggup dia ponteng kerja. Dan hari ni merupakan hari pertama aku mula kerja di tadika.
Nampaknya tak ada rezeki aku untuk hari ini.
" Tak susah pun . Abang lagi susah hati kalau tengok yayang sakit. "
Zaffran menyapu minyak di perut aku. Aku rasa sedikit lega.
" Yayang. Dalam ni ada isi tak?" Soal Zaffran dengan wajah tak bersalah.
" Ada "
Bersinar sinar mata zaffran.
" Betul ke?"
" Ha ah. Isi lemak je. Abang tengok ni berlapis je perut yayang "
" Eee yayang ni. Suka main²kan abang. Mencik lah gini "
Zaffran mencebik, sebuah jelingan diberi pada aku. Aku ketawa gembira.
Pipi dia aku cubit sebelum memeluk tubuh sasa dia.
" Alolo merajuk dah sayang titew ni. Nak Oreo tak?"
Sepeket Oreo berperisa coklat aku hulur pada Zaffran. Zaffran tenung aku sebelum mengambil peket Oreo tersebut.
Jangan tanya macam mana oreo tu boleh ada dengan tiba². Ini magic okeh.
" Pandai eh umpan abang dengan benda ni. "
Aku tersenyum. Mesti lah, ini makanan kesukaan Zaffran dari zaman sekolah lagi. Segala makanan kesukaan dia sudah tersimpan rapi di ingatan.
" I love you yayang "
" I love you more abang "
Ain dan hero baru.
Jenggg jengg jengg 😱
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro