Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15. yayangg

15.


" Yayang... Abang kena makan juga ke?"

Aku sekadar mengangguk kepala. Tangan sibuk menyiapkan makanan. Dua mangkuk aku bawa ke meja makan dan hidangkan di depan Zaffran yang menongkat dagu.

" Tudia bau dia Yang, sakit hidung "

Komen Zaffran bila terbau maggi kari pedas giler yang aku hidang depan muka dia. Biar lah dia.

Pedas dia bukan sebarang pedas, aku dah makan tiga kali sebelum ni hasilnya bertapa dalam jamban pukul dua tiga pagi 🤣

Dua pasang chopstick aku letakkan di setiap hidangan masing². Zaffran tak habis² ambik bau Maggi tu.

Sebelum terlupa aku bangun ambilkan susu dalam peti ais sebelum Zaffran bebel lagi pasal chopstick pulak.

" Yayang kayu kembar ni guna macam ni ke?"


Aku julingkan mata ke atas sebelum membuat muka menyampah. Aku debik juga kang kejap lagi 🤧

Aku cubit pipi dia tanda geram sebelum dia menangkap tangan aku dan sebuah ciuman diberi di tangan.

Dah mula perangai gedik dia.

" Comel rupanya isteri abang ni ye? Merah² buat abang marah aummm "

" Ye tahu yayang abang memang comel. Cantik lagi tau " aku dah mula masuk bakul angkat sendiri.

Zaffran mencebik. Tula siapa suruh puji aku.

" So yang, siapa kalah kena ikut apa yang disuruh oleh pemenang kan?"

" Ha ah. Peraturan dia bila makan tak boleh minum air. Kena makan sampai habis tak kisah lambat ke cepat janji habis tanpa minum "

Aku mainkan kening berkali kali. Ini legend okey, kalau lah Zaffran tahu aku pernah makan benda alah ni, memang habis dia maki aku 😂

" Tak jantan la kalau abang kalah. See my mouth lah"

Tudiaa Zaffran dah mula riak.

" Okey kita tengok. Siapa habiskan semangkuk ni kira menang "

" Boek !" Zaffran dah mula ceduk Maggi dengan chopstick dia.

Bila kira satu sampai tiga kami mula makan. Suapan pertama aku diteruskan tanpa rasa nak minum air.

suapan pertama Zaffran , jejaka itu sudah mula terkebil kebil kan mata. Tapi bila tengok aku dah masuk suapan yang ke lima dia kalut² kejar.

Aku menahan tawa melihat mata zaffran yang sudah berair. Tisu aku hulur pada dia, tapi dengan ego nya dia menolak.

Air susu aku tuang dalam cawan sebelum menghulurkan pada dia, tapi laju dia menggeleng.

" Abang nak menang, yayang jangan saiko abang. Luku kang!"

Aku ketawa tetapi lain pula bila aku tersedak Maggi pedas itu. Maka terbatuk batuk aku . Pedih nya hidung !

Zaffran gelabah, terus bangun tinggal maggi dan menghampiri aku. Air suam diberi pada aku sebelum aku menggeleng.

" Minum. Jangan nak mengada tolak bagai. " Aku menggeleng lagi.

Tanak kalah punya pasal. Tula kau derhaka kat suami dalam diam nak perdajal kan suami sendiri.

Kan diri sendiri dah kena.

" Minum Yang, sakit hidung tu nanti. Tuu dah merah dah, minum" hidung aku di kuis2 manja oleh Zaffran.

Sakit nya bila tersedak Maggi pedas giler ni hanya tuhan saja yang tahu.

Aku minum juga air walaupun tak mahu. Bila Zaffran dah buka kuasa veto sebagai suami aku pasrah saja.

Sudahnya dua² makan Maggi tak habis.

" Kiranya dua2 kalah. Yayang lepas ni jangan nak buat perangai bijak pandai main game macam ni. Bahaya tahu tak, dengan tersedak lagi. Tu hidung dah macam apa je merah² "

Sambil bebel tangan dia main² hidung aku, sempat la dia cucuk jari dia dalam lubang hidung aku sebelum aku cubit guna kuasa ketam berbisa ni.

" Sakit la yayang. Adoiii la garang betul, nasib sayang tau !"

" Pedih la abang hidung.. " Adu aku bila hidung masih terasa pedih.

Zaffran menggeleng sebelum mengambil ketulan ais dan diletakkan atas hidung aku.

" Sejuk la !"

" Nak abang peluk tak?"

" Ishh buat apa nak peluk pulak?"

" Laaa tadi cakap sejuk. Abang nak panaskan la"

Zaffran tersengih dengan wajah tak bersalahnya.
Kuat mengusik betul dia ya?

" Okey Dah. Kurang tak rasa pedih tu?"

Aku sekadar mengangguk. Kurang sikit tapi Okey lah Dari tadi. HAHA

" Yayang pergi siap², kita dinner kat luar hari ni. Atas ni biar abang kemas."

Tubuh aku ditolak keluar dari dapur. Mata dia jenggil garang pada aku bila aku tak bergerak. Akur dengan arahan dia aku melangkah untuk bersiap.

Telefon yang berbunyi aku ambil. Panggilan dari Ain buatkan aku rasa tidak senang hati.

Kalau lah Ain tahu aku dan zaffran sedang bahagia, macam mana penerimaan dia?

Adakah aku bersalah kerana tidak mengotakan janji aku?

Tapi kalau aku tinggal Zaffran, adakah lelaki itu bahagia bersama Ain?



























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro