14. makan
14.
Aku melihat jam dinding, sudah menunjuk ke pukul 7.40 pagi. Kelibat encik suami tidak kelihatan. Pantas aku siapkan sarapan pagi buat Zaffran sebelum menjenguk lelaki itu di dalam bilik.
Rasanya tadi lepas subuh Zaffran dah bangun, takkan tidur semula?
" Awak " aku menjenguk sedikit kepala didalam bilik.
Kaki melangkah masuk ke dalam bilik, kelibat Zaffran tiada . Baru hendak keluar dari bilik pinggang aku terasa dipeluk seseorang.
Seseorang itu siapa lagi kalau bukan Zaffran.
" Abang ! Apa buat perangai macam ni? Terkejut Wa "
Zaffran ketawa. Seronok dapat kenakan isterinya. Tubuh Husna dibawa ke katil sebelum dia melabuhkan duduk.
Aku berdiri melihat Zaffran yang seperti tiada gaya untuk ke kerja.
" Abang tak kerja ke?" Soal aku , mata kami sama² memandang. Zaffran tersengih sebelum menyentuh perutnya.
" Abang sakit perut. Okey tak alasan abang MC hari ni?" Mata dikedip kedip meminta simpati sang isteri.
" Sakit perut? Abang makan apa semalam?" Soal aku sebelum melangkah ke rak kecil yang menempatkan pelbagai jenis minyak dan ubat jika kecemasan.
Minyak panas diambil . Tubuh Zaffran yang tidak berbaju dilihat sebelum meneguk air liur dengan payah.
Apahal seksi sangat suami aku ni?
" Abang makan sayang je adoiii yang !"
" Mulut tu.. "
Zaffran menggosok lengan dia yang dicubit oleh aku. Rasakan, ada je benda lucah nak bercakap.
" Kenapa mulut abang? Sayang nak rasa ke?"
Aku buat tidak peduli. Minyak disapu ke perut Zaffran. Lelaki itu hanya memandang aku menyapu minyak.
Sempat juga rambut aku dimain main sebelum tangan dia merayap tempat lain.
" Tangan tu jangan nak gatal². Abang siap lepas tu turun makan. Nanti boleh makan ubat sekali" ujar aku usai menyimpan kembali minyak panas.
Zaffran sudah siap berpakaian santai. Nampak gayanya tidak ke tempat kerja lah dia hari ni.
" Lepas makan ubat abang makan sayang boleh?"
" Ni nampak ?" Aku menunjuk penumbuk comel aku.
Zaffran buat² hairan. Sebelum dia mengangkat penumbuk nya dan dibawa menghampiri penumbuk aku.
Dah macam gaya nak bertinju pun ada.
" Abang punya besar lagi. Setakat penumbuk sayang yang kecik kemetot tak cukup inci ni tak da hal la. "
Ehh dia main hina penumbuk aku pulak.
Malas nak layan aku melangkah keluar bilik. Zaffran macam biasa sentiasa berpegang tangan dengan aku tak kira masa.
Kalau boleh aku tengah masak pun dia nak berpegang tangan. Sweet sangat pun susah.
" Abang, Wa dapat surat tawaran kerja " aku memulakan perbualan.
Sambil² bersarapan pagi ni boleh la bincang sikit² tentang tawaran kerja yang aku dapat semalam.
" Kerja apa tu?"
" Cikgu tadika. Dekat taman Dato Setia. " Surat yang aku dapat aku hulur pada Zaffran.
Memandangkan dia sudah bersuami seharusnya dia meminta izin suaminya dahulu dalam segala hal.
Korang yang ada suami tu haa boleh la minta izin ye .
Yang ada pakwe jangan nak minta izin bagai, aku luku kang!
Zaffran meletakkan kembali surat itu sebelum memandang aku lama. Aku tersenyum sedikit untuk menutup rasa tidak sedap hati.
Rasa nya Zaffran tak bagi aku kerja. Sebab gaji dia bekerja dah mampu tanggung pakai minum aku.
Tapi aku teringin nak kerja. Al maklum la dah biasa bekerja. Aku bukan jenis mengharap duit dari orang.
Dari zaman belajar lagi aku mula berdikari walaupun ada abang yang aku tahu boleh sara aku.
Tapi abang aku sangat sibuk dan tinggal di kota. Jadi kami jarang berjumpa, mesej hanya sekadar bertanya khabar.
" Yayang " panggil Zaffran. Menyentak lamunan aku seketika.
" Yayang?" Soal aku pelik. Dah kenapa beryayang yang ni?
" Comel je panggil yayang. Abang nak tukar la. Lepas ni bahasakan diri Wa sebagai yayang. So cute " pipi aku dicubit geram.
Tahu lah pipi aku dah berisi. Eeeee suami aku ni.
" So tentang kerja ni , yayang terima ke?"
" Wa tak kisah. Wa ikut keputusan abang. "
" Tapi yayang masih nak kerja kan?"
"Ermmm.. abang bagi ke wa kerja?"
" Yayang . Bukan Wa. Ingat gengster ke wa lu wa lu. "
Aku ketawa dengan kata2 Zaffran. Dengan lelaki ni apa je yang tak buat aku terhibur?
" Abang kalau boleh nak yayang duduk rumah. Tapi abang tahu yayang mesti bosan kan terperap je dalam rumah?"
Aku angguk sedikit.
" Tapi yayang tak kisah. Kalau abang tak benarkan yayang Okey je"
Tangan aku digenggam oleh Zaffran. Sebuah ciuman berlabuh di dahi aku.
Aku terasa disayangi. Rasa selamat dan senang hati diperlakukan begini oleh Zaffran.
" Abang izinkan. Tapi"
Aku dah tersenyum gembira.
" Wahh suka eh abang izinkan? Tapi ingat, sayang kena jaga kelakuan sayang, Maruah abang sebagai suami sayang. Jangan nak gatal² dengan bapak budak-budak pula. Kalau abang dapat tahu memang abang suruh sayang berhenti terus. Takda kompromi, takda talian hayat. Faham Mrs Zaffran?"
Aku meneguk liur. Sememangnya itu tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Sentiasa menjaga maruah dan nama baik suami.
" Aip aip Mr Zaffran."
" Okey jom" tubuh aku dicempung. Dengan kalut aku memaut leher Zaffran.
" Eh nak ke mana?"
" Bilik "
Keesokkan nya Warda Husna demam lagi. 🤦
.
.
.
Ain Najiha menghempas badan atas katil. Telefon bimbit yang dibaling tadi dilihat.
Sudah seminggu Zaffran tidak menjawab panggilan nya. Husna juga tidak balas segala mesej yang dihantar.
Ain Najiha tidak senang duduk. Perlukah dia pergi ke rumah Zaffran? Hati nya merindui jejaka itu.
Rasa menyesal kerana terlalu ikutkan hati meninggalkan Zaffran saat hari perkahwinan mereka.
Hasilnya dia yang meroyan seperti suami mati.
" Aku percaya kan kau Una. Aku harap zaff setuju nak bersama aku kembali"
Ujar Ain Najiha dengan yakin. Sedangkan hakikatnya dari pihak sana tiada keinginan untuk kembali bersatu.
Hi 😊
Boleh tahu tak dari mana korang mula baca cerita Milik Dia?
Kawan² suggest kan ke atau korang terjumpa? Hehehe
Setakat ini macam mana dengan jalan cerita? Boleh terima tak?
Cerita ni santai² je tau, insyaallah tak ada konflik yang rumit².
Terima kasih sudi baca 🥰
Jenguk2 la karya sis Yang lain 😁
#stayhome
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro