Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12. pujuk zaffran

12.

Aku melangkah keluar rumah. Menjemput tetamu yang tak diduga kedatangan nya. Mata aku sempat menyapa mata Zaffran.

Manakala Ain disebelah tersenyum suka. Aku sekadar tersenyum, menjemput ain dan Zaffran masuk ke dalam rumah.

" Sihat ke kau Una? Nampak berseri kau sekarang ni." Tegur ain bila aku melabuhkan duduk disofa.

Zaffran sudah meminta diri untuk salin baju di atas. Tinggal aku dan ain saja disini.

Sempat air aku hidang buat ain.

"Sihat macam kau nampak ni la. Biasa je ain, tak ada berseri pun. Kau bila nak sambung belajar?"

" Aku tak nak sambung la Una. Aku nak kahwin dengan Zaffran. Tapi dia paksa aku untuk sambung jugak. "

Aku hanya mengangguk. Kenapa zaff suruh sambung? Bukan kah percepatkan perkahwinan itu menguntungkan kedua belah pihak?

Dan aku boleh bebas dari Zaffran.

" Kau tolong aku boleh?"

" Tolong apa?"

" Pujuk zaff suruh cepatkan perkahwinan kami. Aku tanak berpisah dengan dia lagi. "

Aku menahan rasa. Kenapa perlu aku?

"Aku tak pandai nak pujuk orang ni. Kau la pujuk dia. Mesti dia terima punya "

" Aku dah pujuk tapi tak jalan jugak. Tolong la Una. Demi aku, please. " Rayuan dari Ain membuatkan aku rasa pedih.

" Baik. Aku cuba"

"Terima kasih, kau sahabat baik dunia akhirat aku. " Ain memeluk aku. Aku sekadar tersenyum perit.

Jika ini kesudahan perkahwinan kami dan jodoh aku sampai disini aku rehda.

.

" No ! Abang takkan terima dia. Una sedar tak yang abang cuba selamatkan perkahwinan kita??"

Zaffran meraih bahu isterinya. Sudah tentu dia fikir Warda Husna sudah gila. Sanggup memujuk dirinya untuk terima Ain Najiha.

" Perkahwinan kita ni abang sendiri tahu macam mana kan? Una sekadar penganti tempat Ain. Sebelum terlambat, Una rasa baik abang kahwin dengan Ain "

" Lepas tu Una nak abang lepaskan Una? Macam tu??"

Husna sekadar mengangguk . Perpisahan ini lebih baik dari hidup bermadu dengan Ain.

Memang dia sukakan Zaffran bahkan perasaan sayang dan cinta itu sudah wujud. Andai tertulis jodoh mereka sekadar disini, dia rehda.

Cinta tak seharusnya memiliki.

" Itu lebih baik" jawab Husna perlahan.

Lengan Husna ditarik, wajah isteri nya dipandang penuh harapan. Pipi Husna yang sudah basah dengan airmata diseka perlahan.

" Dalam hati ni hanya ada Warda Husna, bukan Ain bukan makcik Kiah sebelah rumah ni. Bukan! Abang cuba selamatkan perkahwinan kita, jadi Una kena percayakan abang. Abang buat semua ni untuk elakkan perkahwinan abang dan dia berlaku. "

" Sebab tu abang letak syarat. Kalau Una mengandung perkahwinan kami takkan berlangsung. Jadi "

Berkerut seketika Husna mendengar bicara Zaffran yang tergantung itu. Lelaki itu tersenyum.

Sebuah senyuman yang penuh misteri dan agak nakal mungkin.

Husna telan liur. Sisa airmata disekat Zaffran.

" Jadi apa abang?"

" Jadi kita kena cepat buat baby. Jom !!"

Terus tubuh kecil Husna dicepung Zaffran. Habis la Husna, tak sangka Zaffran lebih cekap!







Preview next part 13.

" Abang pelik. Sayang demam sebab kita bersa-"

Membulat mata Husna. Dia tahu apa yang ingin lelaki itu sampai kan. Terus ditekup mulut Zaffran sebelum lari ke ruang tamu.

Tak sanggup dengar kata² mengarut suaminya.

Manakala Zaffran ketawa gembira. Bergema ruang dapur itu dengan suara ketawa Zaffran.

" Haa lari la jauh², malam nanti kita settle ye Yang?"

Selepas itu jelas kedengaran suara jeritan Husna diruang tamu. Zaffran ketawa sambil menggeleng kepala.




😊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro