Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11. aku boneka

11.

Aku mengurungkan diri didalam bilik selepas pulang dari rumah Ain. perasaan aku yang bagaikan dipijak pijak seolah olah aku ini manusia yang tidak punya perasaan.

aku raut wajah. rambut yang berserabai aku betulkan dengan jari jari. mata sedikit sembab. biarlah!

siapa kisah dengan boneka seperti aku??

teringat kembali kata2 Zaffran semalam.

"kalau aku mengandung perkahwinan mereka takkan jadi?" guman aku sendiri.

aku tak perlu mengandung kan? aku akan biarkan perkahwinan mereka berlangsung macam dirancang.

dan selepas itu aku akan pergi dari hidup Zaffran.

aku nekad. Zaffran hanya milik Ain.

bukan milik dia.

===

Zaffran melangkah ke arah dapur. selepas kejadian semalam terus isterinya masuk ke bilik sehingga lah sekarang.

mengurungkan diri.

tiada susuk tubuh sang isteri di ruang tamu dan juga dapur. langkah diatur semula untuk mengejutkan sang isteri.

baru hendak mengetuk pintu bilik, pintu itu terlebih dahulu terbuka dan susuk tubuh sang isteri menyapa pandangan mata nya.

Warda Husna sudah bersiap mungkin untuk keluar dengan berpakaian baju blouse labuh hitam dan seluar jeans putih. tudung pula dililit cantik bab neolofa.

ahh, kenapa Warda Husna boleh menjadi secantik bidadari??

" Wa nak keluar ke?" soal Zaffran bila keadaan mereka kaku seketika.

" saya nak keluar beli barang dapur sekejap. sebelum tu saya nak siapkan sarapan awak." jawab warda sebelum melangkah masuk ke dapur.

malas mahu melihat wajah suami nya disitu. rasa sakit hati nya masih bersisa.

terasa tangan nya ditarik Zaffran. dia menoleh seketika sebelum pandangan nya jatuh di tangan Zaffran dan dia.

" tak payah. kita sarapan kat luar sekali. jom" tangan Warda ditarik keluar dari rumah.

keadaan dalam kereta sepi. warda lebih suka melihat ke arah luar berbanding Zaffran yang sesekali melihat ke arah warda.

dia tahu isterinya masih terasa dengan kelakuan nya semalam. dan dia buat semua itu adalah bersebab.

dan sebab nya hanya dia saja yang tahu.

tangan warda dicapai. wanita itu dilihat sedikit terkejut.

" maaf tentang semalam." ucap Zaffran ikhlas. warda sekadar diam tidak bersuara.

" abang nak Wa tahu, abang sentiasa sayang kan wa. hanya wa seorang dalam hati abang. bukan Ain."

" sudah la, Saya okey. kalau awak nak ceraikan saya sekarang pun saya terima. saya sedar, saya hanya peganti diri Ain. " balas warda sebelum melangkah keluar dari kereta meninggalkan zaffran yang sudah meraup wajah.

Ya Allah, bantu hamba MU ini.









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro