Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10. bermadu?


10.

Nombor telefon Ain Najiha yang masuk dalam senarai pemanggil diperhati. aku rasa macam lupa sesuatu.

usai beli barang semalam Zaffran keluar semula dan lewat malam baru pulang. tapi aku tak menyoal banyak kerana aku terlalu letih untuk menyoal dia.

dan pagi ni aku terima berpuluh puluh panggilan dari Ain. pelik dah kenapa Ain cari aku?

terus nomber Ain aku dail kembali dan beberapa saat kemudian panggilan dijawab.

" Una !! aku call banyak kali tak berjawab. kau buat apa?"

soal Ain dengan lantang ditalian. amboii marah ke bertanya ni?

" aku cas phone semalam lepas tu aku set vibrate. sorry " ujar aku mencipta alasan.

sedangkan helokk ja telefon aku beteri penuh.

" zaff ade tak? aku call dia tak jawab pulak."

aku pandang bilik zaffran. semalam dia pesan pada aku untuk pindah masuk ke bilik dia. kalau aku tak ikut apa yang dia suruh dia nak ngapp aku pulak.

eeeiii encik somi ni. macam² peal.

" entah la Ain. kau ada janji apa² ke dengan dia?" soal aku menahan rasa.

semalam dia tinggal aku sebab nak jumpa Ain ke? fikiran aku mula memikirkan yang buruk.

kalau betul, kenapa masih ikat aku? kenapa tak lepaskan aku saja?

" Una. kau dengar tak?diam je kenapa? terkejut?"

" terkejut? sorry ?"

terdengar keluhan dari bibir Ain. aku memang tak dengar weh dia cakap apa. lol

" mama minta kau dengan zaff datang rumah malam ni. ada benda nak bincang"

" bincang apa? papa tak sihat ke?"

" itu sebab aku suruh kau datang. ajak zaff sekali sebab dia objektif utama perjumpaan kita malam ni."

aku telan liur dengan payah. apa pulak masalah kali ini?

sebulan kahwin hanya papa is sahaja yang selalu bertanya tentang aku. mama lynn tidak pernah bertanya apa pun pada aku.

" Wa, kau sayangkan aku kan?"

aku termangu seketika.

"mesti la aku sayang kau. kenapa ni?"

"kau ingat janji kau dua hari lepas masa kita jumpa tu"

aku menahan rasa. bodoh la aku kalau aku tak ingat ain. aku ingat sampaikan sanggup minta Zaffran lepaskan aku.

sedangkan dia memang nak begitu. tapi entah la. lain pulak jadinya.

dengan berat aku menjawab sebelum panggilan dimatikan oleh Ain.

aku raup wajah. betul ke keputusan aku?
macam mana dengan Zaffran?

ya Allah aku buntu.

====

dalam perjalanan menuju ke rumah ain aku lebih banyak berdiamkan diri. Zaffran juga begitu. bicara hanya perlu. mungkin sudah tahu akan apa yang bakal berlaku dirumah ain nanti.

brek tangan ditarik Zaffran. aku menunggu sehingga lock pintu kereta dibuka. lama menyepi aku menoleh memandang dia.

jelas wajah redup Zaffran memandang aku dengan riak bersalah.

"bukak kunci. saya nak keluar. " ujar aku tanpa memandang dirinya.

Zaffran melepaskan nafas berat. tangan aku ditarik perlahan dan digenggam erat.

" walau apa pun yang jadi, percaya pada abang. abang buat semua ni bersebab." pesan Zaffran dan sebuah kucupan berlabuh di dahi aku.

entah kenapa aku rasa sebak dan terharu. aku hanya diam dan mula membuka pintu. langkah aku atur ke dalam rumah. wajah ain yang ceria menyambut kami.

tak. bukan aku. tapi sambut zaffran yang berada dibelakang aku.

laju tangan ain menarik lengan zaffran masuk ke dalam rumah meninggalkan aku diluar.

aku tersenyum pahit bila wajah papa is menjengah dimuka pintu. bagai memahami apa yang terasa di hati papa menarik tangan aku masuk.

tiba diruang tamu kedengaran suara manja gelak tawa ain dah mama lynn menyambut kedatangan aku. Zaffran aku lihat hanya tersenyum melihat Ain disebelahnya.

bahagia betul wajah ain bila Zaffran berada bersama nya. begitu wajah Zaffran.

nampak sangat aku hanya menjadi boneka mereka disini.

" Ain jaga kelakuan kamu. zaff masih suami Una." tegas papa iskandar menegur kelakuan ain yang tak renggang langsung dengan zaffran.

Ain mencuka bila ditegur papa is. aku pula hanya diam dan mula duduk disofa single berhadapan dengan zaffran , ain dan mama lynn.

"Lynn, air mana ? tak nampak kita ada tetamu." soal papa iskandar sambil melirik mata ke arah isterinya.

" tu air nya saya dah hidang. tinggal nak minum je." ujar mama lynn sambil menunjuk ke 4 cawan yang berisi air teh o belum disentuh.

aku diam. kenapa aku perlu wujud dalam keluarga ini? jika sebelum berkahwin aku dilayan bagai kan anak sendiri oleh mama lynn tetapi selepas berkahwin terus dilayan nya aku macam orang tak penting.

salah aku kah?

" air Una mana? awak hidang empat mug saja atas meja ni sedangkan kita disini berlima." ujar papa iskandar dengan tegas. mama lynn kecut . air liur ditelan kasar.

baru berura mahu bangun aku menegah.

" tak apa. Una dah minum tadi dirumah. kalau dahaga una boleh masuk dapur buat sendiri. " ujar aku bersama sebuah senyuman.

papa iskandar mengangguk. wajah zaffran aku lihat, seperti tidak berperasaan sahaja melihat aku diperlakukan sebegini rupa.

sedar la Warda Husna, kau hanya penganti seketika untuk Ain. sampai masa nya nanti kau akan ditinggalkan oleh Zaffran.

" mama kata ada benda nak bincang. boleh tahu perkara apa?" soal aku setelah keadaan menyepi.

mama lynn tersenyum pada Ain sebelum menjeling aku dengan wajah benci.

" Zaffran ni setuju nak kahwin dengan Ain semula."

terbatuk batuk papa Iskandar bila mendengar kenyataan yang keluar dari mulut isterinya.

" apa kamu merepek ni? Zaffran betul ke?"

aku diam tidak terkata apa. tanpa berbincang dengan aku terus zaffran buat keputusan sendiri.

dan ya aku lupa. aku bukan sesiapa pada dirinya. tapi kenapa perlu tiduri aku jika tidak punya apa² perasaan pada aku?

aku pejam mata seketika.

" Una sendiri dah setuju kalau zaff nak kahwin papa." terus membulat mata aku mendengar kenyataan dari Zaffran.

apakah..

bila masa aku setuju?? bincang pun tak!

" tapi syarat selepas ain habis study di istanbul lima bulan lagi." sambung zaffran sambil melihat aku dengan pandangan redup dan bersalah.

aku angguk perlahan. seolah olah akur dengan kata² zaffran yang aku sendiri tidak pernah berbincang.

" Una, kamu setuju ke? macam mana dengan kamu sendiri? sanggup bermadu?" soalan papa iskandar buat aku termangu.

sanggup kah aku bermadu?

" ehh tak la sayang. lepas je Ain habis study, zaffran akan ceraikan Una. tu perjanjian mereka bertiga " sampuk mama lynn bersama sebuah senyuman. pada aku dijeling sahaja.

" dan mama mungkin lupa, kalau una mengandung perkahwinan ain dan zaff takkan berlangsung" Zaffran mencelah. jelas anak matanya melihat ke arah aku.

aku hanya diam. entah la. aku rasa aku hanya lah sebuah robot ciptaan mereka. hanya sekadar memerhati dan mengiakan apa yang dirancang oleh manusia ² itu.

tabah kah aku seorang Warda Husna?






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro