07
Pagi mula menjelmakan diri. Mingyu seperti biasa bersiap ke tempat kerja.
"Aku pergi kerja dulu. Pff.. Jangan nakal-nakal!"
Mingyu membelai lembut rambut Yena sebelum bergegas ke kereta sambil senyum sumbing. Yena melirik ke arah tubuh Mingyu yang menyarung long coat meloloskan diri ke dalam perut kereta. Yena melambai ke arah Mingyu dan Mingyu membalas dengan tindakan sama.
Mingyu hilang daripada pandangan. Berdesup macam formula 1 tapi asap macam lori sembur nyamuk denggi. Pelik juga si Yena, entah apalah yang tak kena dengan si rambut merah tu. Daripada bangun tidur, mandi, sampaikan makan breakfast pun kerjanya ketawa dengih macam lembu dah kenapa?
Teringat akan nota yang ditinggalkan Mingyu di meja makan selepas sarapan, Yena segera bergerak ke meja makan. Manalah tau, tulis surat cinta ke? Paling-paling pun surat benci. Ehek.
"Yena ni nu, kau pakai baju terbalik semalam. Macam mana kau boleh pakai baju tu terbalik? Macam nak mati aku gelak dalam tidur! - Mingyu ye yi."
"Jamkan-"
Yena memandang ke arah baju yang di pakainya. Patutlah dia rasa semacam sahaja sejak pakai baju tu semalam! Terbalik rupanya!
"Ini bukan surat cinta dan benci, ni surat minta kaki! Pabo pabo pabo pabo! Augh!"
Segera Yena menuju ke bilik mandi untuk mandi pagi. Memang masuk plastik hitamlah baju dia pakai malam tadi. Cantik tak cantik belakang kira, ini soal maruah! Huhu!
--
Jam menunjukkan angka 12 tengah hari. Mulalah..
"Yena oh Yena, aku datang bawa cerita best ni! Bukalah pintu! Ding Dong!"
Jun menggegarkan pagar rumah Yena. Bosanlah tu asyik layan bibik dekat rumah! Tak pasal Yena secara sahnya menjadi ahli persatuan kelab netizen bawang pedih mata tapi pedih lagi hati.
"Yena panas kat luar ni! Cepatlah buka pintu! Into the unknown!"
Yena daripada dalam rumah membuka pintu rumahnya sambil terteleng-teleng kepalanya. Ingatkan mamat handsome sebelah rumah macam Exo next door. Ini bukan handsome next door ni, ini kurang hasam next door!
Yena membuka pagar hadapan, ye, dia masih lagi angguk-angguk geleng-geleng pusing-pusing, pening dengan Jun. Hari ini juga Jun datang seacara luar biasanya.. Mungkin Jun ni lahir di andromeda, belajar sekolah tadika di antartika, sekolah menengah gurunya mungkin yoda dan berakhir di universiti dengan pensyarah Lee Soogeun.
"Ini baju apa kau pakai ni?" Yena berkerut.
"Eh! Yena, Yena, Yena! Inilah Pentagon! We:th! Seputih bunga daisy, sekarang jangan benci aku lagi~ Kau nampak ni unibong, kipas Koh Shinwon! Baju ni aku beli masa Fanmeeting online Pentagon:air tau! Jangan lupa stream daisy!"
Jun memberikan wink pantas. Hilang selera nak makan Yena. Dia memakai baju lengan pendek berwarna putih, penuh tangan depan belakang kiri kanan dengan barang-barang milik Pentagon. Yena juga pelik, tak faham dia sedang berjiran dengan lelaki di usia hujung 20an ataupun budak perempuan yang menyamar menjadi lelaki... misteri.
"Dah la, masuk dalam." Yena mula membuka pagar.
"Sebelum tu, aku perkenalkan, Boo Seungkwan! Tunduk hormat dekat aunty Yena. Kau jangan nak macam-macam eh Seungkwan.."
Budak lelaki lebih kurang 10 tahun keluar daripada belakang Junhui. Mukanya bulat, pipi penuh macam pau! Yena apa lagi, tak bagi salam terus dia gomol-gomol pipi Seungkwan! Tak kira, budak comel lebih penting daripada mamat tiga sekupang macam Junhui!
"COMELNYA! MANA KAU SELUDUP BUDAK NI?"
Seungkwan mencari nafas- apa mak cik tua ni tekan-tekan pipi aku? Dia ingat aku ni playdoh ke? Seungkwan sudah sebakul dia mengumpat Yena di dalam hati.
"Ni anak sedara aku. Kau tengok dia comel kan? Kau tunggu la dia buka mulut nanti. Ok, dah jom masuk!"
Seungkwan melirik tajam, anak mata dia dan Junhui bertentang dan bagaikan berapi mata si Seungkwan, Pak cik yang mulut puaka!
Junhui mengecilkan matanya tajam bak helang memanah anak mata milik Seungkwan, kau tu budak darjah 5, hormat sikit orang dah habis degree ni!
Patutnya mereka berdua ni diletak di padang pasir bersama pistol olok-olok biar berperang dua orang! Jun mengheret anak buahnya masuk ke dalam rumah Yena. Bak kata Junhui, buat macam rumah sendiri!
Yena dibiarkan terpinga-pinga di pagar hadapan rumahnya. Tuan rumah dia, yang pegang grand tanah juga dia, yang tahu password pintu depan juga dia, suka hati si Junhui ceroboh?! Junhui, jangan sampai aku bakar rumah kau!
Yena berjalan masuk ke dalam rumahnya. Junhui di dapur sibuk membuat air sirap, Seungkwan si budak 10 tahun itu pula memasang televisyen dan menyambung wayar-wayar DVD.
Yena tidak berkedip memandang dua manusia yang sibuk menjelajah rumahnya. Semapt juga dua keluarga itu bertekak walaupun masing-masing jarak boleh tahan jauh. Parasite? Penthouse? War of marriage?Mungkin.
"Yena imo, uncle Junhui tu otak dia macam loose sikit. Kalau eomma tinggalkan Seungkwan dengan uncle Junhui, Seungkwan yang jaga dia."
Redho betul muka budak ni. Tapi Yena pun faham, dia kenal Junhui sekejap pun dah tahu... Krik..
"Itulah, imo pun baru kenal dia, rumah imo ni dah macam taman jongkang jongket dia je. Tu tengok dia baling balang biskut padahal sirap kat tepi."
Seungkwan angguk memahami. "Kan?"
"Berdesing telinga aku korang berdua mengumpat aku! Yena! Gula kat mana?" Junhui yang sibuk mencari gula di dapur menjerit.
"Sebelah kicap! Balang kelabu!"
"Alrite!"
Yena senyum kecil. Kau sepahkan dapur aku, rasakan sirap garam. Yena mengambil tempat duduk di sofa dan mencuri nafasnya yang hilanh dek kemarahan. Mana tidaknya, rumah dah macam tongkang pecah! Sudahlah Mingyu pengemas.. masak nak kemas semha ni.
Laju sahaja tangan Seungkwan memasang wayar-wayar DVD pada tv besarnya. Seungkwan nampak seperti budak bijak. Yena memerhati gerak geri Seungkwan.
"Seungkwan pasang apa?"
"DVD uncle Junhui, entah dia kata Spring memories apa benda tah Pentagon lebih kurang. Dah tua kerepot muka berkedut tiga ribu pun sibuk beli dvd. Orang zaman sekarang pakai pendrive dia duduk zaman batu kot, tu yang cari gula pun dua bulan baru jumpa. Kalau belanja Seungkwan main bayblade ke beli pokemon ke takpe jugak. Orang tua zaman sekarang tak ikut trend, kesian uncle patut lah tak ada girlfriend."
Wow... Dasyat mulut budak ni.
"Yena imo, Seungkwan dah 6 kali dah break dengan girlfriend Seungkwan. Kami putus sebab atas alasan masing-masing nak fokus belajar kan, maklumlah belajar tu penting. Walaupun sayang, terpaksa demi masa depan. Uncle tu girlfriend pun tak pernah ada. Ish ish ish, macam patrick star duduk bawah batu." Seungkwan mengeluh.
"Susah jadi popular ni", hujung matanya di lap dengan hujung jari.
Mak aih budak ni. Ini spesis kulit gajah campur mulut nyamuk. Baru 10 tahun dah pandai macam ni? Ini kalau besar memang habis dia roast semua orang.
"Seungkwan, kau tu sekolah rendah pun tak lepas lagi! Soalan suruh kau tambah, kau tolak. Soalan tanya pilih ABCD kau buat jawapan baru E! Kau tu yang macam nobita, macam mana soalan tolak tambah markah kau 10/100? Jangan nak mengajar aku." Jun pantas flip hair.
Ok, gamble, ni memang gaya-gaya penthouse! Perang saraf urat belikat kain pelikat!
"Daripada uncle, masak telur rebus jadi telur meletup! Rebus ramen pun boleh keras ketu macam ais batu dalam peti ais warna biru!" Seungkwan menjelir, wek!!
"Kau ingat aku tak tau yang kau practice main bayblade sampai 1 pagi semata-mata nak menang dalam kelas tapi esok tu tengok-tengok beyblade jadi beybald sebab mummy kau buang kepala bayblade tu? Aku dulu zaman sekolah main gasing pun tak ada kalah berderet macam kau! 20 kali main 25 kali kalah!" Junhui mengambil giliran menjelir. Werkk!
"Uncle pakai seluar dalam gambar pokemon bau busuk masam macam lemon!!" Muka Seungkwan mula memerah.
"Kau tu tidur minum botol susu! Orang dah besar mana minum susu botol! Boooo!" Junhui membalas.
"Erm erm uncle tu suka korek hidung lepastu salat dekat belakang sofa! Ha!"
Seungkwan seperti puas dengan kutukkannya. Padan muka tua tua pun tak reti lagi cara nak korek hidung! Yena berkerut di antara pergaduhan mereka.
"Ewww??"
"Daripada kau, kau sebenarnya suka pony tailkan? Uncle nampak mummy belikan kau pony tail dengan barbie. Besar-besar main barbie!"
Junhui memang habis dikorek, di pusing, di lantun, di labung berpusing 360 darjah rahsia budak 10 tahun itu. Rasakan! Nak lawan sangat!
"UNCLE JAHAT NAK BALIK! EOMMA!" Seungkwan mula melalak menjerit menangis. Habis ditendang-tendang sofa milik Yena.
"Sayang oi sofa mahal ni!" Yena bermonolog sendiri.
"Eomma? Mak kau Junhee tu pukul 10 malam nanti baru habis meeting. Sampai malamlah aku kacau kau pasal barbie. Eee tak malu!"
Jun mengambil tempat duduk dan Seungkwan menembak peluru hidup yang datang dari mulut kecil itu,
"SEUNGKWAN SUMPAH UNCLE TAK KAHWIN SAMPAI 60! DAH 60 BARU JUMPA JANDA ANAK 5 LEPASTU LEPASTU HA LEPASTU DIA RUPANYA BOTAK SEPARUH!"
"BOTAK? Kau nak kena betul.."
Pemain bola berjersi 03, Jun mencapai telinga Seungkwan, pemain bola Seungkwan pula menyerang pemain 03 itu dengan menarik rambutnya. Perlawanan sengit di antara dua keluarga! Hebat!
"Arghhhhhh!" Jun dan Seungkwan masing-masing menjerit sakit.
Yena menghela nafas panjang. Yena berdiri dan mencerung tajam dua keluarga itu. Nak kena dua ekor ni!
"Nak bertekak balik rumah! Balik sekarang!" Yena melipat dua tangannya. Geram betul tengok mangkuk ayun dua ni bergaduh tak pasal-pasal!
"Taknak!" Serentak Junhui dan Seungkwan menjawab.
Yena terkebelakang terkejut diprotes dua keluarga ini. Mingyu, balik la rumah cepat sikit halau langau-langau ni balik rumah diorang!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro